Memaparkan catatan dengan label Dunia Punya Dalam.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dunia Punya Dalam.... Papar semua catatan
Khamis, 1 Ogos 2013
Huhuhuhu : Kehilangan Permata Negara... Chua Boon Huat...
Salam... Lama tak berposting...
Awal pagi hari ini, kita dikejutkan dengan kematian atlet hoki negara, Chua Boon Huat... Betul-betul rasa kehilangan... Semoga jasa dia selama ni terus dikenang kepada sukan negara amnya dan hoki khususnya...
Chua Boon Huat ni, macam nicol david pada aku, sebab dari aku sek. men. lagi dah dengar nama dia... Sebijik nicol... Dia start naik lepas sukan Komanwel Kuala Lumpur... Macam Nicol jugak, bila tengok dia keluar dulu, terdetik dalam hati, ntah kenapa, akan cakap budak ni ( pdahal masa tu aku pun budak jugak lagi, hehehe) msti akan jadi star @ lama bertahan dalam sukan...
Dan, telahan aku betul... Dia antara atlit yang paling lama dalam skuad kebangsaan... sampai sekarang ada lagi, still main untuk skuad kebangsaan... bagi aku, dia model untuk orang-orang muda dalam sukan... Bersih... komitmen... macam Nicol...
walaupun dia bukan islam, tapi aku ucapkan takziah kepada ahli keluarganya... semoga dia terus diingati.. dan yang pastinya, aku sebagai peminat sukan akan terasa kehilangannya dalam bidang sukan...
Jumaat, 7 Jun 2013
Wahai wanita...
Emmm... Persoalan...
- Berapa ramai kaum wanita yg faham yg mereka pergi bekerja pun atas
izin suami, dan atas niat hendak membantu suami dalam membesarkan
keluarga?
- Berapa ramai yang sanggup melepaskan kerja mereka sekiranya suami mereka menyuruh mereka berhenti kerja dan jadi surirumah?
- Berapa ramai pula yg bersolek berhias bukan main utk ke tempat kerja
tetapi selekeh bila di rumah dan ketika suami hendak mengadakan
hubungan intim di kamar tidur?
- Berapa ramai isteri yg faham melayan kehendak seks seorang suami
adalah lebih mulia berbanding dia keluar bekerja dan bila pulang ke
rumah tidak dapat melayan suaminya atas alasan penat bekerja?
- Berapa ramai isteri yg faham mereka kena bagi keutamaan kepada suami berbanding ibu bapa mereka sendiri?
- Berapa ramai isteri yg begitu mudah meninggikan suara kepada suami mereka apabila berlaku perselisihan faham?
- Sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada
dirumah. Isteri hendaklah dalam keadaan wangi supaya suami selesa dengan
isteri.
- Tunjukkan wajah yang ceria dan senyuman yang manis ketika suami
pulang dari bekerja, tapi tiada susahnya untuk menghadiahkan suami
senyuman. Senyum seorang isteri sedikit sebanyak mampu mengurangkan
keletihannya.
- Elakkan bersikap moody apatah lagi menarik muka masam dengan suami, sikap begini boleh saja membuatkan suami tersinggung.
- Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya. Jangan suka menyampuk dan memotong percakapan suami.
- Layani perbualan suami biarpun apa yang diperkatakan bukan yang anda
minati. Dengarkan saja kata-katanya dan responlah bila diperlukan.
- Apabila bercakap dengan suami pula pastikan anda mengucapnya dengan nada yang lemah lembut dan bukan menengking-nengking
- Sekiranya suami marah, seeloknya isteri mendiamkan diri. Jangan
amalkan sikap suka menjawab (walaupun anda rasa anda betul). Suka
menjawab akan mengundang lagi kemarahan suami.
- Ada kalanya suami suka mengusik isteri. Bila yang dilakukan
menyentuh perasaan, janganlah terlalu dan cepat merajuk. Tanamkan sikap
untuk menjadi lebih sporting bukan lebih sensitif.
- Bergurau sendalah dengan suami, ketahuilah bahawa bergurau senda
antara suami isteri juga salah satu ibadah yang diredhai Allah S.W.T
- Jika suami berhajat sesuatu, isteri hendalah cepat bertindak. Bangun
segera jika disuruh dan janganlah melengah-lengahkan kemahuannya
sehingga mencetuskan kemarahan.
- Bila kehendak suami dan anak-anak bertembung, dahulukan kehendak suami.
- Minta izin suami sebelum keluar daripada rumah begitu juga sekiranya
anda pulang lewat dari tempat kerja supaya suami tidak risau.
- Mintalah izin terlebih dahulu sebelum menggunakan harta suami baik
kereta mahupun wang ringgit. Jangan amalkan “Guna Dulu Beritahu
Kemudian”
- Sediakan suasana rumah yang memberi ketenangan buat suami. Jangan
biarkan rumah berselerak terutamanya ketika suami yang penat bekerja
pulang kerumah.
- Masaklah hidangan mengikut kesukaan suami dan bukan selera isteri.
- Air minuman suami pula hendaklah sentiasa disediakan. Tak perlu
tunggu suami minta baru nak sediakan. Sebaiknya, sentiasa sediakan air
ketika suami pulang dari kerja
- Sentiasa sediakan barang-barang keperluan suami sebelum dia keluar dari rumah untuk ke tempat kerja.
- Cium tangan dan pipi suami sebelum suami keluar dari rumah.
- Jangan membuat perkara yang boleh membebankan suami seperti suka berhutang dalam membeli barang.
- Hargai pemberian suami walaupun cuma hadiah yang kecil.
- Biarkan suami tahu yang anda cintai dirinya. Sebelum berkahwin hari-hari cakap i love u dan i miss u, kenapa tidak selepas berkahwin??
- Teman suami ketika makan walaupun anda tidak makan
- Jangan biarkan suami tidur sendirian.
Ahad, 5 Mei 2013
Jom Undi PRU 13...
Fuhhhhh, lama tak jalan kaki menuruni bukit ke sekolah rendah Kebangsaan P.P.P.T.R... Ayah aku wat cadangan masa nak kuar ngundi, jalan kaki jer, sebab parking tetap jauh jugak kalau bawak keta...
Last jalan kaki masa darjah 6 dulu... Masa menuju ke pusat pengundian ni, teringat waktu jalan dengan panasnya, bawak beg beratnya... Dulu, anak-anak pokok, sekarang sebesar-besar pokok... Huhhhh...
Seronok jugak mengundi ni yek, rasa macam besar je tanggungjawab... Dulu tak ngundi, walaupun duk bising-bising cite pasal politik, tapi tak rasai feel mendalam...
On the way, jumpa kawan-kawan abah sepanjang perjalanan, semua kutuk aku tua dari abah sebab ada uban penuh dah... kekekekeke... Tapi yang pentingnya, aku hepi kerana dari kecik sampai sekarang, jalinan hubungan baik dengan geng-geng abah aku, tak pernah putus... Sentiasa je orang kenal, orang ingat... Pasal abah aku pun jenis mulut riuh, so orang ingat la anak sulong dia ni, walaupun aku pendiam... Tumpang glamour jgak la kiranya... Senang, pegi mana-mana kat area tu, orang kenal aku anak sape... Nasib baik abah aku bukan calon... keekekeke...
Rabu, 6 Februari 2013
Tugas-tugas Orang IT...
Tugas-tugas orang IT di zaman canggih sekarang... 8 kerja / bahagian / degree / diploma / sijil / Kursus yang berlainan tetapi di bawah tugas seorang kakitangan IT di mana-mana agensi sekalipun... So, sape-sape orang IT, nak tak nak, kena kuasai ke lapan-lapan bidang ni, kalau tak, kena la ayat-ayat macam ni :
" orang it pun tak tau??? belajar mende masa kat U dulu?"
"jadi orang it saje je, tapi xtau"...
** Sumber pic dari : http://dailyinfographic.com
Khamis, 13 Disember 2012
Sabarlah kawan...
Salam,
Hari ni tergerak hati nak contact member rapat selepas habis meeting... Teringat ke dia yang tiba-tiba menghilang tanpa berita... Bila berjumpa, terbongkar semua sebab kehilangan dia selama ni...
Sampai malam buta ni pun, aku still terkejut, tak sangka terjadi perkara macam ni pada kawan-kawan aku... Lebih-lebih lagi yang rapat dengan aku... Buat kawan (yang dimaksudkan), kuatkan diri untuk diri sendiri dan anak-anak... Walaupun kelihatan bodoh dengan ucapan 'bersabarlah, tabahkan hati dan seumpamanya' tanpa dapat menolong lebih dari itu, tapi harap faham yang aku betul-betul cuba nak menolong jika diperlukan (selain hanya ungkap kata-kata motivasi tadi dan hanya menjadi good listener)...
Apepun, macam kita bincangkan, ada hikmah dalam semua perkara, cuma tak tahu bila akan nampak hikmahnya, samada terus langsung atau hikmahnya akan nampak setelah 5 10 tahun nanti... yang penting percaya dan terima ketentuan... Cuma harap yang baik-baik sahaja...
Dalam keadaan macam ni, terasa betul sebagai kawan, tak dapat bantu lebih... Tak tahu mana nak start, tak tahu bagaimana nak menolong... Aku betul-betul terkedu... Macam tamparan pada muka secara tiba-tiba...
Aku doakan, kawan aku dapat bina semula bersama kekuatan dengan mereka yang akan sentiasa ada disisi (anak-anak)...
Jumaat, 2 November 2012
Untold stories...
Dah lama aku nak cite pasal dokumentari yang aku tengok di youtube lama dulu... Rasanya tak banyak video-video yang siar bertentangan dengan arus perdana media barat... Kebanyakan video ceritakan keburukan tokoh ni... Cite pasal seorang peminat seni lukis, Adolf Hitler... ape dia buat pada Yahudi, amatlah disokong (atas sebab yang betul)...
Dalam dokumentari ni, cite macamana faktor Hitler benci Yahudi... Permulaannya pada 1919 bila German kalah dalam WW1... Walaupun tak berundur dan tak pernah kalah dalam medan perang, tetapi atas sikap ketakutan France & England (2 negara penjajah yang terbesar dunia) terhadap kuasa baru ekonomi dunia masa tu... German tak semena-mena kehilangan tanah, kena bayar denda (ganti rugi peperangan) dalam perjanjian berat sebelah selepas perang tamat kerana dituduh sebagai negara yang memulakan peperangan...
Selepas tu, german jatuh teruk, rakyat dorang kehilangan pekerjaan, semasa Hitler dilantik jadi pemimpin, rekod pengangguran tertinggi dicatatkan, 7 juta penggangur (rekod paling tinggi kadar pengganguran di eropah yang bertahan sampai kini), orang yahudi berleluasa dengan penindasaan kewangan, perniagaan dan media... Tapi, hitler berjaya mengubah german dengan penyatuan, mewujudkan 6 juta peluang pekerjaan, menaikkan nasionalisme dan yang paling penting membuang 'Cancer' yang mengambil peluang mengaut untung (sambil rakyat german sengsara), menyebarkan perpecahan antara rakyat, spekulasi wang dan lain-lain... So sape cancer tu??? tak lain tak bukan, golongan bangsa yang paling dibenci dalam dunia ni, JEWSSS dan Komunis... komunis adalah propaganda yahudi masa tu... Hitler selalu menyebut tentang yahudi dengan perkataan "tikam dari belakang" yang merujuk kepada bangsa penghisap darah dalam senyap, mereka hidup dikalangan rakyat, mengekalkan budaya, menguasai pentadbiran, pengurusan institusi kewangan, kebudayaan, filem, kesenian dan lain-lain, sambil tu dorang s... Selepas kejatuhan german pada WWW1, semua tu berlaku... malah, teater homoseksual diadakan di german masa tu (masa ni pengaruh keagamaan masih kuat, at least dari segi moral)... Hitler seorang yang conservative, tak suka budaya buruk, sosial teruk, even lawak berkaitan seks pun dia tak suka... Yahudi bawak semua benda buruk dalam masyarakat german ketika tu...
Dari komen-komen orang eropah sendiri di youtube, kesemuanya mengakui yahudi adalah parasit bagi dorang... Hampir semua akui, tiada apa yang boleh dibuat, kerana yahudi menguasai dunia kewangan, penyiaran dan lain-lain...
Emmmmm... yahudi jahanam.. tu kesimpulannya...
Ahad, 12 Ogos 2012
Geografi...
Ilmu Alam... Geografi... 1 cabang pengetahuan yang penting dalam kehidupan seharian manusia... Tetapi, masih ramai yang tak berminat nak ambik tau pasal alam, pasal udara, pasal tanah, pasal atmosfera...
Kalau masa aku sekolah dulu, Geografi adalah subjek picisan (sama macam kembarnya, Sejarah)... Seringkali dianaktirikan oleh bebudak... yang lebih mementingkan Matematik, English, BM... Walhal, kalau ikut logik, Sejarah dan Geografi adalah pembantu resukt periksa... Tak kira la, PMR kw, SPM ke... Tapi tak leh salahkan student, sebab dasar pendidikan negara kita ni, lebih kepada subjek-subjek yang lebih core untuk kegunaan masa depan...
Tapi pada aku, geografi paling indah untuk dipelajari, walaupun salah satu subjek periksa (maknanya kena study jugak buku), tetapi orang macam aku, seronok belajar Geografi, berganda-ganda dari Matematik, sains, BM dan lain-lain... Sebabnya ilmu ni, ilmu dunia, lebih seronok untuk diketahui... diterokai... Maknanya, walaupun study untuk lulus Geog, tapi ibarat buat lawatan sambil belajar ke seluruh dunia... Tengok Prairie, tengok gurun, tengok gunung, banjaran dan lain-lain... Dalam buku teks, macam-macam jenis gambar yang jika kita tak pernah lihat depan mata @ takkan dapat tengok dengan pergi sendiri ke negara-negara luar...
Baru-baru ni. masa tengah nak cari arah qiblat umah baru aku, bini aku terkejut betapa cepatnya aku memahami peta (google earth tu la), betapa cepat aku cari umah orang ni, umah orang tu, hanya dengan masa yang sekejap... (masa tu terus aku jawab dengan bangga la depan bini, dia pun meluat dengar jawapan aku, kekekekeke, so aku tak payah la bagitau ape yang aku jawab pada dia, kekekeke)... Tapi moral cite tu, geog penting sebab ada gunanya tiap-tiap hari... dari sekecik-kecik hal sampai la ke besar-besar hal...
"GEOGRAFI merupakan
satu cabang sains yang menerangkan dan mengkelaskan ciri-ciri fizikal
dan budaya bumi termasuklah fenomena-fenomena semula jadi dan ciptaan
manusia di muka bumi. Geografi juga meliputi kajian tentang ciri-ciri
fizikal bumi, iklim, tumbuh-tumbuhan, tanah-tanih, hasil-hasil keluaran,
penduduk, kegiatan manusia, ciri-ciri kebudayaan serta taburan
masing-masing."
So pesan aku pada adik-adik sekolah, belajarla Geog dengan penuh keseronokan... Ibarat berjalan-jalan ke negara orang, ke tempat yang kita tak pernah impikan untuk sampai...
Sape Lahir Bulan 9???
Hehehehe, saje aku nak up... Ciri-ciri perangai orang yang lahir bulan September... Cuma dalam ciri-ciri ni, takde plak yang buruk-buruk, kekekeke...
- sangat besopan santun dan betolak ansur
- sangat cermat, teliti dan teratur
- suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
- pendiam tetapi pandai bercakap
- sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati
- sangat prihatin, terperinci, amanah, setia dan jujur
- sensitif kepada sesuatu yang tidak diketahui
- banyak berfikir
- daya penakakulan yang baik
- otak bijak dan mudah belajar
- suka mencari maklumat
- mengawal diri dari selalu mengkritik
- pandai mendorong diri sendiri
- mudah memahami orang lain ( daya firasat tinggi ) dan banyak simpan rahsia
- sukakan sukan, hiburan dan melancong
- kurang menunjukkan perasaan
- lama menyimpan jika terluka hati
- terlalu memilih pasangan
- sukakan benda yang luas
- bersistematik
So untuk lagi best, aku ada dapat perincian untuk tarikh lahir aku ni :
PERINCIAN ANALISIS PERIBADI
##############################
##############################
Sangat berdikari, namun ditikam belakang. Berjauhan (mental/fizikal) menyebabkan berpisah. Sangat berdikari, tidak suka orang lain camputangan urusannya. Sukar percaya orang lain, sukar ada rakan niaga, mudah disabotaj. Rasa kesunyian dan sendirian. Sesuai menjadi agen/middleman. Suka simpan banyak maklumat, mudah mengalami tekanan/depresi/sakit mental. Bakat pada suara, boleh bercakap dengan laju, spontan dan berhujah. Cakap lepas dan pedas. Sesuai menjadi guru, pensyarah, penceramah, ahli politik, pemasaran, penyanyi. Pergerakan wang sangat aktif, wang mudah diperolehi tetapi boros. $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Hehehehehhehehe... Yang aku boldkan tu, memang paling sebijik kot dengan perangai aku yang sebenar...
Kuantan Jem!!!!!
Salam Ramadhan...
Tahun ni, parak kuantan jem... Kesesakan yang melampau sejak sebelum puasa start bagi tahun ini... Sebelum posa tu sebab SUKMA... So sukma habis, atlet-atlet yang mencarik baju raya plak yang mengerumuni Kuantan... Hehehehehe...
Aku rasa, trend kesesakan lalu lintas di Kuantan ni (yang melampau jemmm nyer) start dalam 2 tahun lepas (raya 2010,2011 dan tahun ni 2012)... Dalam 3 tahun ni, memang jelas sangat... Jalanraya kat bandar Kuantan ni dah tak dapat menampung jumlah kereta yang keluar masuk Kuantan...
Asal ada aje karnival sikit, confirm jemmm... Sebab tu aku sekarang dah kurang nak pegi bandar time hari cuti... Kalau pergi pun, aku akan pergi betul-betul pagi... Pasaraya bukak pukul 10, so pukul 10 aku dah sampai bandar... So tak la sangkut sangat @ nak cari parking...
Kuantan ni, dah tak perlu tunggu musim raya untuk sesak (sekarang)... So harap kerajaan @ mana-mana pihak yang berkenaan, boleh la pikir-pikirkan apa yang boleh korang pikir...
Bagi aku la, Kuantan ni sebenarnya tak la ramai orang nak datang... Rasanya kalau hari sabtu ahad, yang ramai turun orang Terengganu... Tapi yang jadi masalah adalah orang yang tak nak pegi bandar, tapi kena lalu bandar sebab takde jalan lain untuk ke seberang bandar sekiranya ada urusan @ apa-apa sahaja... Contohnya, orang yang duduk area Beserah, Balok, Cherating kalau nak pergi ke Tanjung Lumpur, kena jugak lalu bandar, masuk bandar... Dah takde jalan lain yang lebih mudah... Kecuali Jalan ikut Teluk Chempedak... Tapi kira-kira, sama je jarak masanya... Kena ada start buat fly-over dah macam MRR2, lalu pinggir KL je...
AKu nampak tu jer jalan yang paling 'senang' (senang dari segi penyelesaian masa depan je la, bukan senang buat)... Selagi takde fly-over, selagi tu la, 'orang berpusu-pusu masuk ke bandar semata-mata untuk keluar bandar'... Sape yang keje bandar, lagi la terasa, yang kena amik bini keje kat bandar la (kekeke, macam tau sape ni, kekekekeke)...
Orang yang duk KL akan kata, 'eleh, baru jem sikit dah nak merungut!!! kitaorang kat KL ni dah jadi makanan harian'... --> Memang tak nafikan KL berganda teruk... Tapi kena la dengan kepadatannya, berapa ramai penduduknya, pekerja di situ, semua shopping mall, tempat menarik... Lagipun, penduduk sana dah biasa... kan kan kan...
Berlainan dengan kes Kuantan... Dah la memang tak biasa dengan jem... Tapi semua orang marah sebab tau, Kuantan jem bukan sebab padat penduduk, kereta banyak... Tapi Kuantan ni jemm atas sebab yang aku nyatakan di atas tadi... Lagipun, kitaorang memang dimanjakan dengan perjalanan yang lancar @ tak jemmm dari dulu... Balik keje pun, pukul 5 keluar, pkul 5.10 leh main-main dengan anak kat umah dah, kekekekeke... So kalau kena jemm ni, memang marah la...
Apepun... Harap ada tindakan/gerakan/janji-janji dari janji ditepati/usul-usul dari pihak yang terlibat untuk meningkatkan prasarana jalan raya di bandar Kuantan tercinta ini...
Fuhhhhh, 3 tahun dah baju raya settle awal (beli) sebab tak nak menempuh jemmm di bulan posa/di ambang raya... Huhuhuhuhuhu... Tapi, macam tahun lepas, gatal jugak aku nak turun bandar time sehari dua nak raya, jemmm 3 4 jam, parking keta, masuk Kuantan Parade, 5 minit keluar (orang macam semut dalam Mall tu), balik umah... Kekekekekeke sia-sia pekerjaan...
Rabu, 8 Ogos 2012
Olimpik London 2012 : Emas???
Salam,
Pagi tadi tengok kegagalan Azizul Hasni untuk dapatkan pingat emas (peluang terakhir Malaysia untuk emas), dapat tempat ke- 6 (last) dalam Keirin... Chris Hoy terus jadi lagenda tahap gaban... 6 kali dapat pingat emas Olimpik...
Dari awal sampai habis leading, memang tenaga kuda dia nih... Azizul plak, pada mulanya nampak ada peluang, tapi dia terperangkap, kena duduk belakang masa awal perlumbaan, so final 2 lap tu, azizul habiskan tenaga untuk ke depan, duduk betul-betul di belakang hoy, LAST lap, tak boleh plak mencelah sebab taktik 2 lagi pelumba (German dengan Belanda kalau tak salah) di belakang azizul yang blok belah kanan, so azizol takkan boleh buat speeding akhir (masa tu nampak azizul macam dah ready nak masuk bersebelahan Hoy)... Lap last tu, azizul dah tak nak berkayuh dah, dia tau dia takkan dapat tempat, so dapat la no. last... Sayangggggggggggnnyaaaaaaaa... kecewa jugak akhirnya Malaysia...
Sebelum ni Lee Chong Wei, gagal jugak buat kali kedua berturut-turut di Olimpik, pada tangan Lin Dan... Game memang best, Chong Wei dan Lin Dan sama hebat, tapi Lin Dan lebih bernasib baik... Bagi aku, bila tengok game ni, Chong Wei dah ada keyakinan diri lebih dari dulu... Malangnya, satu-satunya kesalahan Chong Wei, kerana hidup sezaman dengan zaman kegemilangan Lin Dan... Kalau la Lin Dan ni takde, rasanya habis dah sapu belaka ke Chong Wei...
So ape-apepun, Chong Wei rasanya dah takde next olimpik di Brazil... Azizol, lepas ni dia akan lebih berpengalaman & Hoy rasanya last Olimpik dah, so dah kurang sorang pesaing hebat dia...
Cite lain yang menarik bagi aku di Olimpik ni (selain cite pasal team Malaysia), Usain bolt menang 100 Meter Lelaki... So cipta sejarah defend emas Beijing dulu... Pecah rekod Olimpik...
China rasanya akan jadi juara keseluruhan, banyak acara China pegang dan terlalu kuat... Harap Malaysia boleh wujud struktur akademi sukan macam dorang...
Sumber Pic :
Selasa, 24 Julai 2012
Pokok Di Tepi Jalan...
Dulu... Kalendar-kalendar selalu je ada gamba-gambar jalan dan pokok... Jalan tu selalunya menuju ke arah si pemandang kalendar... Kalau kita tengok, macam kita yang sedang melalui jalan tu... Aku selalu je berangan nak pergi ke tempat-tempat dalam kalendar tu... Betul-betul indah... Ada satu perasaan, tapi tak pasti perasaan ape, yang penting, sesuatu yang menyenangkan... cantik, indah dan damai... Cuma, sampai sekarang tak pernah pun dapat pergi tempat-tempat gitu, hehehehe... Alasannya sebab tak tau kat mana... dan alasan paling tak best, sebab tak berapa ada duit nak pergi negara orang... kekekekeeke...
Apepun, sesuatu yang seronok masa keciil, bila simpan impian nak pergi tempat-tempat tu...
** Sumber Pic : Copy dari tenet...
Selasa, 26 Jun 2012
Qilbat : Tentukan Dengan Betul...
Baru-baru ni, timbul konflik kat umah yang aku baru duduki ni... Qiblat... Macam semua tau, sekarang ramai yang ikut piring astro, katanya sama sebijik ke arah qiblat... Tapi bila ayah mertua aku datang ke rumah, dia check kedudukan matahari, arahnya dalam 45 darjah berlainan (lebih kurang la!!!) dari tiang astro tu... Aku plak tak berapa bersetuju nak ikut matahari sebab ada tarikh tertentu untuk tengok qiblat jika kita di Malaysia ni...
So, masa ni la baru nak guna tenet... (baru rasa ada gunanya tenet di zaman moden nih, kekekekeke)... Ni antara yang kita boleh gunakan sebagai rujukan!!! :
- Untuk tengok matahari (ukur ikut matahari) hanya pada 28hb Mei dan 19hb Julai... Masa tarikh ni la Matahari betul-betul berada tempat di Mekah...
- Untuk tengok darjah dalam compas, kalau Malaysia ni, darjah dia bermain dalam area 291-292 darjah...
- Guna website-website yang papar locator Qiblat ni. Contoh yang senang :
Apepun, nak tak nak, kena jugak tau baca kompas... Nampak je simple kompas tu, tapi kalau tak tau, memang tak leh nak gunakannya... Ye la, selama ni pun, aku tak pernah ada tujuan untuk guna kompas... Masuk hutan pun tak pernah takat semak-semak belakang umah ada lerrr... Tu pun masa kecik-kecik dulu... Kekekekeek...
Isnin, 25 Jun 2012
Pangkat????
Pangkat??? Macam-macam jenis pangkat ni... Bergantung kepada kedudukan di dalam sesebuah organisasi, sesebuah hierarki, sesebuah pasukan, tu baru pangkat dalam kumpulan, belum lagi pangkat yang diberi kerana jasa-jasa tertentu (terutamanya artis la, kekekeke)...
Penting ke pangkat pada kita semua???? <-- Kadang-kadang cukup tak paham betapa dalamnya dunia ni... Tak cukup akal nak pikir kenapa perkara yang berkaitan pangkat ni, sering jadi isu, perbalahan, irihati, jealous dan lain-lain...
Kenapa kita tak boleh stay pada 1 tempat tanpa melobi-lobi untuk dapat pangkat @ kedudukan yang lebih tinggi??? Kenapa kebanyakkan orang sekarang siap melobi diri sendiri untuk naik ke atas??? dan tak kisah kenaikannya adalah pada kejatuhan orang lain (yang dijatuhkannya)??? Kenapa sekarang semuanya berorientasikan wang, pengaruh & kuasa semata-mata????
Selalunya senario persoalan di atas terjadi dalam bidang politik... Dalam parti yang sama pun, sanggup melobi untuk dicalonkan jadi calon pilihanraya... Beria-ria tunjuk muka pada yang superior, support sini sana, canang sini-sana ' akulah yang terbaik!!! aku aje yang boleh bawak ke tahap lebih baik!!'... Dah la semua orang tau, jiran sebelah rumah pun tak kenal habis lagi, tapi beria nak jaga satu mukim, satu daerah, satu DUN, satu PARLIMEN...
EMmmmmm... Tu dari segi politik untuk pilihanraya... Dalam kehidupan seharian kita pun, penuh adegan-adegan di atas... Kat opis kita semua pun, ramai yang koya ke jawatan tinggi... Menjatuhkan orang, mengutuk orang, menyalahkan orang, dah jadi rutin... Dah jadi macam pak-pak YB yang tercari-cari penyokong untuk diangkat calon pilihanraya... Huh, sampai macam tu sekali yek????? Semua teringin nak dapat penghormatan dengan diiringi, ditemani, didrebarkan, dikendurikan... Sembang tak pernah jatuh... Ape-ape hal, dia la yang lebih ari orang lain... Semua tu hanya untuk menyedapkan halwa telinga bila dengar orang panggil kita 'Tuan'...
KESIMPULANNYA : Tahukah dioarang semua ni (pelobi dalam politik, opis dan sebagainya), bila duduk di atas = tugasnya
memimpin??? Ringan sangat ke tugas pemimpin sampai terlalu ramai melobi
untuk dapat tempat terbaik???
!!! Berajakan Nafsu, Bersultankan wang !!!
Selasa, 13 Mac 2012
Dirang : Ape Jadi pada Manusia...
Salam,
Akhirnya berita yang kita tak ingin dengar (walaupun dalam hati dah terasa, berdasarkan kes-kes sebelum ni), TERJADI!!!... adik Dirang (Nurul nadirah) telahpun meninggal dunia... Mayat orang dewasa yang terbakar yang dijumpai 4 km dari rumah Dirang, rupa-rupanya dah disahkan mayat adik Dirang... Aku menangis dalam hati bila tengok gambar adik Dirang ketika hidup, muka penuh ceria, perangai suka bercakap, aktif... memang teringat pada anak sulong aku, Mia... Perangai dan iras adik Dirang, cuma umur Mia je kurang setahun dari Arwah adik Dirang yang malang ni...
Bila dengar berita penemuan, aku terus je terbayang ni terjadi pada anak aku, Mia ni... Aku bayangkan dari saat dia lapar, turun nak beli meggi & telor. Dalam perjalanan ke kedai, terserempak dengan mak sedara, jiran... Sampai kedai, jumpa owner kedai... Then, bermula mimpi ngeri Mia...
Dia diseret ke belakang semak, dengan selipar dijumpai... tak jauh dari situ plak, telor yang dibeli, pecah di tanah... Meggi plak terburai ke tanah, menunjukkan Mia struggle tak nak ikut si pengkhianat amanah Tuhan. Tapi apa daya, tenaga anak kecil berbanding lelaki durjana tu... dah sampai destinasi, emmmmm aku tak dapat bayangkan dah ape yang terjadi, bukan tak dapat... tapi tak sanggup nak bayangkan orang buat perkara buruk ni pada anak-anak kecil... Rontaan, tangisan... Aduhai, rasa nak luruh hati kalau bayangkan anak aku berada di tempat arwah adik Dirang...
Bayangkan anak kecil ni, dengan kita bergelak ketawa, senyumnya, manjanya... tetiba bertukar cemas ketika berdepan dengan si pengkhianat amanah Tuhan ni...
Aku tak nak salahkan si emaknyer, hal kelekaan, pada sape-sape boleh berlaku... Kita tak boleh nak kata emaknya abaikan dia sebab perkara tu, dah 5 tahun jaga, sebelum ni pun tak terjadi perkara tak diingini... ditakdirkan terjadi macam tu... Sayu... dengan cara kematiannya... saat-saat kematiannya...
Pada kita ni, bila-bila pun boleh berlaku... Cuma, kita sama-sama harap tak berlaku... Semoga keluarga arwah adik Dirang dapat menerima takdir ni... Kepada si pengkhianat amanah Tuhan, aku pun tak tau apa yang bermain dalam kepala korang masa buat benda macam ni... Tak minta dikenakan hukuman seberat-beratnya, tapi apa yang engkau bagi/buat - engkau jugak yang akan terima/dibalas...
Syurga dah tentu bagi arwah adik Dirang... Tempatnya, dah ditentukan bagi anak yang tak berdosa ini...
How could you touch something...
So innocent and pure...
Obscure...
How could you get satisfaction
From the body of a child...
You're vile, sick...
~ Fee Fi Fo, The Cranberries ~
Ahad, 9 Oktober 2011
Kisah manusia...
Huhuhuhuhu... baru-baru ni ada kes budak campak bayi yang baru je lahir ke longkang dari tingkat 2 bangunan si budak ni duduk... Aduhai, sedihnya aku tengok baby tu dalam longkang kecil, tak bernyawa... Apelah nasib dia dibuat macam tu, maknya yang buat buat kenyataan baby tu dah meninggal sebelum dia buang ke bawah sebab panik... Tapi apepun alasan budak tu, tak kisah la baby tu dah tak bernyawa ke hidup ke, tak berhak untuk buat macam tu...
Sedih sangat sebab baby tu lebih kurang je dengan usia beberapa hari baby kedua aku, Afeefa... Aku mengalir jugak air mata masa tengok gambar yang terpampang dalam paper... Dicampak dari tingkat 2 oleh mak kandung sendiri, tak menerti apa-apa, baru je sekejap tengok dunia, tapi dilayan begitu gaya... Singkat pemikiran mak baby tu...
Dah buat @ terlanjur tu dah satu dosa, tapi kenapa tambah dengan perkara kejam macam ni??? panik macamana pun, baik la bagitau rakan-rakan serumah... bagitau perkara sebenar... daripada bertindak luar batas... Malu tetap malu bila lahir anak luar nikah... Tapi kenapa nak tambah malu / gelapkan masa depan dengan cara ni??? Tak paham betul...
Apepun, baby tu dah ada tempatnya di akhirat kelak... seperti yang dijanjikan pencipta kita... Semoga tak kerap dengar cerita-cerita macam ni lagi... Walaupun tak mungkin tak akan berlaku lagi... Huhuhuhuhu...
Isnin, 1 Ogos 2011
Posa datang lagi...
Salam,
Selamat berposa pada semua umat Islam... hari ni hari pertama posa untuk tahun ni... Walaupun aku sebagai perokok tegar, tak dapat isap rokok siang-siang, tapi still bangga, hepi dengan kehadiran bulan mulia ni...
Tahun-tahun sebelum ni, hari pertama posa, mesti rasa lain... Rasa macam nak pasang rokok la ape la, tapi setakat pagi ni, takde lagi aku 'ter'silap... kekekek...
Pagi tadi, dalam keta, teringat lak posa masa kecik-kecik... Aku teringat pasal kejelesan aku pada adik perempuan aku, mardiha... Dulu, aku memang sayang sangat nak tinggal posa, walaupun sebenarnya leh je nak bukak posa, sebab ramai geng-geng sebaya, tak sampai tengahari dah bukak posa... So citenya, adik aku ni, jenis posa gitu jugak, tak sampai tengahari dah nak bukak posa, lebih-lebih lagi time cuti, sama-sama kat umah... beria la aku mereport la, marah-marah la... bukan sebab nak ngajar, tapi jeles, kekeke... Dia leh makan dulu kuih-kuih, lauk-lauk yang dah dimasak mak aku... Aku lak, kena telan air liur sampai bukak posa... dah la, time bukak posa, dia leh duduk makan sekali dengan orang posa, cehhhh... bengang betul... kekekeke...
Tapi, bila dah kenyang, hilang plak jeles-jeles, sebab aku pun tak termakan kuih-kuih yang ada depan mata... kelakar pemikiran masa kecik-kecik...
Anyway, selamat berposa...
** Tapi bila dah besor pun, jeles, iri hati still ada jugak, payah betul la...
Selasa, 10 Mei 2011
Ape nak cite????
Sekarang rasa dah slow nak tulis blog nih, hehehehe... Memang aku ni ikut mood la orangya... time rajin, sejam 3 4 post topik... time tak rajin, 4 bulan 1 topik pun tak tentu... Kekekekekekeke... kunun nak blog la sangat... Tapi tak leh nak konsisten...
Tapi dalam hati, banyak jer nak menaip, banyak je idea, tapi nak mengadaptu jadi masalah, masalah malas-malasan... Susah betul nak hilang...
Seminggu dua ni, kitadi Malaysia yang aman damai ni, dihidangkan dengan 'desert' yang lazat, macam minyak ron97 naik lagii, gula plak minggu ni naik 20 posen, kekekeke... Aman sungguh dan cukup memberi ketenangan jiwa...
Kenaikan @ pelarasan gaji gomen pun tak dapat, di kala (ada la orang kata) Malaysia tengah memuncak ekonominya, tiba-tiba dapat alasan, takde duit... Hehehehehe, sungguh menggembirakan hati yang gundah...
Tun Mahathir plak berkata, tak patut ada Pilihanraya Umum tahun nih, hehehehe... Amatlah berlainan dengan pemimpin sekarang... Dalam bab Osama meninggal pun, tak sama pendapat... Sesenang hati Tun Mahathir anggap tu cara Amerika membalas dendam ;
"Dia (Osama) memanglah orang yang salah tetapi menghantar satu pasukan untuk membunuh orang itu bukan cara untuk kuatkuasakan undang-undang. Kalau boleh tangkap, tangkaplah,"
"Tidak semacam manusia bertamadun. Orang yang tidak bertamadun,"
Hahahahaha, berlainan sungguh dengan kenyataan dengan pemimpin sekarang yang meng 'iya' kan pembunuhan Osama... lebih kurang gini ;
"dunia akan lebih selamat dan aman berikutan kematian pemimpin pengganas Al-Qaeda, Osama bin Laden"
Aduhai... Aku tak tahu nak lepas geram kat mana masa kenyataan ni dikeluarkan, huhhhhhhhhhh... Tun Mahathir memang lagenda... Betul aku tulis dalam topik sebelum ni tentang kematian Osama , tak lama lepas tu, Mahathir keluarkan kenyataan ni... Tak semua benda dia buat dengan betul (ahli politik, emmmmmm...), ramai membenci dia... Tapi suara dia, takde sape pun leh tanding kat Malaysia nih... Pendirian dia dalam soal ni, memang teguh... Takde nak selindung, takde nak jaga hati US ke barat ke, dari sejak memimpin sampai la dah pencen... Patut la bila jumpa orang Arab dulu, "How is Mahathir? still PM?", hahaha, dah 2 orang dah PM tukar, still cakap pasal Mahathir, "Arabs love Doc Mahathir..." bayangkan kembang idungku masa dengar macamtu + tersipu-sipu bila cakap nama PM sekarang dia xtau, "who??? never heard of him"... kekekekekekekeke...
Indah panorama...
Selasa, 3 Mei 2011
Osama...
Osama Bin Laden... Dapat berita semalam, dah meninggal dunia bersama seorang anaknya serta yag lain... Tak kira la apa 'dosa' dia yang barat dok war-warkan, semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman...
Harapan aku, agar orang kita tak cedok 100% cerita pasal pengganas-pengganas yang diwartakan barat terutamanya US... Memang ada jugak salahnya pada 'pengganas' ni, tapi perkara yang paling penting (yang selalu Tun Mahathir cakap dulu), kenapa wujudnya keganasan? kerana ape??? Penindasan, mengaut hasil dari negara lain dan macam-macam lagi bentuk monopoli oleh barat... Tak perlu nak cari individu-individu untuk dibunuh, sebab ini bukan macam kongsi gelap... Kalau didengari, tak mungkin berlaku bunuh-membunuh ni...
Libya dihentam teruk dengan NATO, dengar cite, anak Gadafi pun meninggal... Emmm, betapa tak adilnya si barat keparat nih... Mesir masa Hosni Mubarak, bunuh orang awam, takde satu pun suara dari US, malah mengutuk para orang awam yang turut serta demonstrasi... Tiba giliran Gadafi, tak semena-mena, NATO terus masuk campur... Dengan alasan nak selamatkan orang awam dari terus jadi mangsa Gadafi... Aduhaiii, berita-berita kita sesedap je copy berita barat... Macam negara kita ni, bukan negara yang ada kaitan dengan negara-negara Arab, macam bukan seagama jer setiap komen-komen orang kita... Sedih tengok...
Selasa, 22 Mac 2011
Quote of The day...
"Welcome to the world of viruses where you can get the blame for someone else's infection."
Selasa, 15 Mac 2011
Jepun : Takziah buat orang di sana...
Baru-baru ni, kita dikejutkan dengan gempa bumi terkuat selepas 100 tahun di Jepun. 9.berapa ntah skala ritcher... Aku pun lambat tau, sehari lepas tu baru la perasan ada berita pasal gempa bumi dan Tsunami yang melanda Jepun...
Mula-mula, info cakap macam tak seteruk mana, yang mati @ hilang pun tak la ramai mana, tapi sehingga semalam, dah kira hampir 10,000 orang mati @ hilang... Huhuhuhuh...
Cuma, Jepun nampak macam dah bersedia sikit la, maybe sebab duduk dalam lingkaran api dan biasa kena... Jumlah kerugian, kematian, kehilangan dapat dimaksimumkan... Kalau kena tempat lain, mungkin lagi teruk...
Macam breakwater pun banyak diaorang buat, bangunan pun tahan lasak (walaupun runtuh jugak), so persediaan tu dah ada... Berbanding la dengan Acheh kena dulu...
Walaupun tak ramai kot Islam, tapi simpati sesama manusia, pun kena ada... So harap rakyat dia tabah hadapi kuasa alam ni...
Mula-mula, info cakap macam tak seteruk mana, yang mati @ hilang pun tak la ramai mana, tapi sehingga semalam, dah kira hampir 10,000 orang mati @ hilang... Huhuhuhuh...
Cuma, Jepun nampak macam dah bersedia sikit la, maybe sebab duduk dalam lingkaran api dan biasa kena... Jumlah kerugian, kematian, kehilangan dapat dimaksimumkan... Kalau kena tempat lain, mungkin lagi teruk...
Macam breakwater pun banyak diaorang buat, bangunan pun tahan lasak (walaupun runtuh jugak), so persediaan tu dah ada... Berbanding la dengan Acheh kena dulu...
Walaupun tak ramai kot Islam, tapi simpati sesama manusia, pun kena ada... So harap rakyat dia tabah hadapi kuasa alam ni...
Langgan:
Catatan (Atom)