Khamis, 22 Disember 2011

Senarai Pemalin & Pegawai Pahang Musim 2012-2013...

List player Pahang 2012-2013




PEGAWAI
YH. Dato' Che Nasir Bin Salleh (Pengurus)
Zainal Abidin Bin Hassan (Penolong Pengurus)
Dollah Bin Salleh (Ketua Jurulatih)
Ahmad Shaharuddin Bin Ahmad Rosdi (Penolong Jurulatih)
Mudzar Bin Mohamad (Jurulatih Penjaga Gol)
Mohd Suhaimi Bin Ramli (FISIO)
Abdul Razak Bin Akil (Kitman)


*** kredit
info : azman dzulkaple
pic : dR ali
Web : Tokgajah.Com...



Rabu, 21 Disember 2011

Liga futsal tokgajah.com2012...



Keputusan Undian Pasukan Liga Futsal TOKGAJAH.COM (edisi 6) 2012 

BAYERN MERCHONG Azahar Adha Shahrul Didi Masrizal Ramly Khairuddin Naimullah UMP Mohd Azaha

BORUSSIA DONGMUND Abdul Halim Tukang Belari Adik IM Hady Azhar Yarid Ahmad Hazran Malik Syafeeq Dahalan

HERTHA BALOK Hasib Amir Ndriey Chenko Mohd Fierdaus Azizi Jaafar Khairul BASF Salleh Shariff

WERDER BERAMEN Shahmee Nazrul Naruki Armyroll Abu Hanifah UMP Farhan Aiman Dahalan Rudy Exahar

BAYER LEPARKUSEN M. Irwan Jamaluddin Nakata Rinami Za Zakaria Zul SKMM Faiz Majid Maizu Kaizumura Ahmad Latiff

BESERAH MONCHENGLADBACH Zaki Hafiz Mohd Farid Keka Kaka Amir Kurtrock Aizat Haikal Ero Senin Ismaputra

VFB TONG KIAT Rizal Badruzzaman Rahman Azman Afiz Nesta Ahmad Jetto Zam

SKMM JENGKA 04 Hadi Anip Gebeng Adam Sayed Aizuddin Abg Long IM Aizat Razali Safsalas


** Sumber  : FB shafeeq Dahalan...

Sabtu, 17 Disember 2011

Afee...Nov 2012...

Makin semangat bdan Afeefa sekarang... Tambah minum susu badan jer... 2 blan lebih, 5.7kg dah...



Mia... Okt 2011...

Kuat betul sekarang melawa...Baju nak pakai, pilih sendiri...

Ikea...

Baru-baru ni aku gi Ikea... Dah lama nak pegi tapi tak berkesempatan, ni pun pegi sorang-sorang... Best gak tempat dia, banyak menda yang boleh beli, murah & design cun... ( hehehe cite macam xberapa suka je, padahal aku memang suka gila tempat-tempat gini, leh abiskan duit... kekekeke... parok...) aku memang obses dengan barang-barang umah... ade je nk beli, walaupun pegi kedai pasar mini dekat umah...

 Parking basement... 

 Aras 1... Tempat pameran...

 GEram tengok meja nih... Tapi bini lak sound, meja kat umah tu nak campak mana, kekekeke...

Nak cari katil baby, perghhh, nasihat aku, pegi ramai-ramai, jangan bawak anak. kekekeke...

bahagian Baby...Aku amik katil biru tu... (belakang katil pink ni)

Family Affair...

Fabulous Mum... Cari penyedut susu mama...

 Mia tengok  mesti jeles ni...

Emmmm... Layan perasaan... 

Time mama/abah pegi wat susu, Mia la tukang jaga...

Jumaat, 14 Oktober 2011

Liga Futsal TGC... Edisi ke-6...


Dengar kabar, cikgu Epit nak buat liga Futsal Tahunan TGC 2012 ni lebih awal... Maybe 1.1.2012 atas sebab-sebab tertentu... Hehehehe, gue henjut jer... Seronok gak... Sekarang susah betul nak boleh dapat main futsal... Ada je sebab... Time dah free, kena plak outstation... Cuma, maybe ramai 'takde'... takpelah, main mana yang ada...

Ahad ni plak, TokGajah.Com anjurkan 1 kejohanan amal (Kejohanan Futsal Amal Azam Bakar 2011) sempena bagi membantu bekas player dan orang penting dalam bolasepak Pahang, Azam Bakar yang jatuh sakit... Cuma kejohanan ini, sepatutnya untuk membantu sedikit sebanyak, namun arwah pergi dulu (4hb Oktober 2011), so hasil kutipan diserahkan pada family arwah... Semoga rohnya dicucuri rahmat... Jasa dia tak akan dilupakan, antara yang terlibat bawak balik Piala Malaysia terakhir pahang menangi masa tahun 1992... Semoga hasil kejohanan amal ni, dapat memberi sikit sebanyak bantuan kepada waris arwah...

Antara team yang akan bertanding dalam kejohanan amal ni :


1. 90's Ex-player (Azaruddin Aziz / Zul Hamizan)
2. Tokgajah.com (Nakata Rinami)3. CENFED UMP (Aiman Dahalan)4. Persatuan Jurufoto Kuantan (Ali Shamsul Bahar)5. Media Pahang6. Jejempot FC (Faiz Majid)7. Runner FC Junior (Denny Arf)8. Briged Al-Qassam (Zaki Hafiz)9. Kuccha FC (Ajis Bkt Goh)10. Telekom A (ApEez Rayyan)11. Telekom B12.  HIJAU (Umar Mukhtar Badrul Huzaini)..

Harap kejohanan ni jugak merapatkan hubungan sesama kami semua...

Ahad, 9 Oktober 2011

Mocca... Terbaik dari Jiran Sebelah...



Pernah dengar Mocca??? Huhuhuhu, setakat ni, aku rasa satu-satunya artis dari Indon yang boleh singkirkan Anggun dari senarai Top List Indon aku adalah band Jazz + ala-ala country sikit ni, Mocca... Aku jatuh cinta dengan lagu-lagu, lirik-lirik, cara penyampaian, lead singer yang kiut gilerrr & paling penting, harmoni jer dengor... Band ni kalau tak salah aku dari Bandung... Lagu-lagu dia simple jer... Minat betul aku...




Album dia mula-mula paling aku minat, My Diary... Dengar masa belajar dulu, rasanya dalam 2002 @ 2003 @ 2004 la lebih kurang... Ada banyak lagu top-top, macam Secret Admirer, Me & boyfriend, Dear Diary, My Only One dan The Best Thing...
Cuma aku pelik, group ni tak menonjol sangat kat Malaysia, tak tau kenapa, padahal kat luar, boleh tahan Mocca ni... Band ni memang susah nak dengar kat Malaysia ni... Apepun, good luck to Mocca...


* Pic dari site Mocca & blog dari indon...

Nirvana... Selepas 20 tahun...


Nirvana... Nevermind 20th Anniversary Editions... Macam nak tangkap jer satu, hehehehe... Geram nih... Esok pegi cari jap la kat bandar... Antara kelebihan edition ni :
      • Ada 40 tracks...
      • 13 lagu yang tak pernah released...
      • Gambar-gambar rare masa amik pic baby dalam air nih, hehehehe...
      • Dan lain-lain... kot...

Kisah manusia...



Huhuhuhuhu... baru-baru ni ada kes budak campak bayi yang baru je lahir ke longkang dari tingkat 2 bangunan si budak ni duduk... Aduhai, sedihnya aku tengok baby tu dalam longkang kecil, tak bernyawa... Apelah nasib dia dibuat macam tu, maknya yang buat buat kenyataan baby tu dah meninggal sebelum dia buang ke bawah sebab panik... Tapi apepun alasan budak tu, tak kisah la baby tu dah tak bernyawa ke hidup ke, tak berhak untuk buat macam tu... 


Sedih sangat sebab baby tu lebih kurang je dengan usia beberapa hari baby kedua aku, Afeefa... Aku mengalir jugak air mata masa tengok gambar yang terpampang dalam paper... Dicampak dari tingkat 2 oleh mak kandung sendiri, tak menerti apa-apa, baru je sekejap tengok dunia, tapi dilayan begitu gaya... Singkat pemikiran mak baby tu... 


Dah buat @ terlanjur tu dah satu dosa, tapi kenapa tambah dengan perkara kejam macam ni??? panik macamana pun, baik la bagitau rakan-rakan serumah... bagitau perkara sebenar... daripada bertindak luar batas... Malu tetap malu bila lahir anak luar nikah... Tapi kenapa nak tambah malu / gelapkan masa depan dengan cara ni??? Tak paham betul...


Apepun, baby tu dah ada tempatnya di akhirat kelak... seperti yang dijanjikan pencipta kita... Semoga tak kerap dengar cerita-cerita macam ni lagi... Walaupun tak mungkin tak  akan berlaku lagi... Huhuhuhuhu...

Ahad, 2 Oktober 2011

Umah : Siap... Tunggu CF...


Area umah aku yang dah siap... Jalan, longkang semua beres dah...


Sliding Door dah dikunci oleh pemaju...


Umah Corner Lot ni kalau dapat memang puas hati... Tapi tak dapat... Kekekeke...

Khamis, 29 September 2011

Orang Baru dalam Keluarga!!!...


Salam...

HARI INI, tanggal 29hb September 2011, Khamis dan pukul 8.35 pagi, lahirla seorang lagi waris keluarga aku di dunia ni... Syukur Alhamdulillah... Syukur pada Allah Taala kerana memberikan aku dan Ja rezeki ini... Seorang bayi perempuan seberat 2.82kg... Adik perempuan Damia... Harap dia tak jeles nanti, maklumla Damia lebih senang rapat dengan kawan-kawan lelaki, kalau sama-sama perempuan, dia mesti asyik nak berkelahi jer...


Setelah hampir seminggu lewat daripada tarikh due dia (patutnya 23hb 9), baru la malam tadi Ja sakit-sakit kerap...Pukul 2.30 pagi kuar dari rumah, Ja kena tahan kat wad Al-Farabi... Pkul 6.30 pagi masuk Labour Room dan pukul 8.35 pagi baru la Ja deliver... Alhamdulillah...

Perbarisan!!!



Baru-baru ni joint opis aku masuk perbarisan untuk sambutan hari kemerdekaan tahun ni... Tema warna hijau kali ni... Sebenarnya last minute punya penyertaan... Aku pun mula-mula malas nak masuk pasal due wife dah dekat dengan tarikh tu hari sambutan (16hb Sept)... Tapi pikir balik, joint je la...

Dengan Echah...

Kami sempat training dalam masa seminggu jer, tu pun training tak pernah cukup orang, bergabung plak dengan KPC, so staf KPC ramai tak dapat pelepasan untuk training petang-petang waktu keje... Raptai penuh pun ada 20 orang je kot kat padang MPK 1, Kuantan... Pastu, kebetulan minggu perbarisan tu, ada plak jamuan raya opis aku buat kat bangunan opis... Masing-masing sibuk...


Tapi, yang bestnya, kami jadi naib johan bagi kategori Badan Kerajaan 2 @ badan berkanun... Hehehehehe, bangga jugak pasal aku duk depan, kena jadi ketua kontijen... Kekekeke, firt time merasa duk depan, tu pun pasal pegawai lain tak masuk perbarisan, aku yang kena...


Rabu, 28 September 2011

Raya Tahun ni...




Raya Aidilfitri 1432 H / 2011... First time lepas kawin raya pertama di Kuantan (ke-3)... Sebelum ni raya pertama kat jengka... Asyik-asyik kat kampung bini jer dulu, kekekekeke... Dah lama tak rasa raya di Balok ni... Meriah dengan sedara mara jer pasal semua dekat-dekat... Tahun ni sembahyang raya kat Bukit Goh, cuma tak sempat nak rasa masjid baru Bukit Goh, tak sempat siap... huhuhuhuhu... (huhuhuh, dah nak abis sebulan raya baru nak cite pasal raya, kekekeke)...

Baru first time penuh jadual kat Bukit Goh, sembahyang raya, ziarah kubur nenek, pegi beraya umah jiran-jiran atuk... Dulunya atuk aku sihat, jiran-jiran atuk aku sihat walafiat... Tapi sekarang dah berubah, atuk aku dah tak berapa ok sejak kena strok, percakapan pun tak berapa dah, ingatan tak berapa... Jiran-jiran pun macam tu, ada yang dah tak berapa nampak walaupun jarak hanya semeter, sakit kaki, sakit badan... Rasa macam kejap je masa berjalan, tapi sebenarnya bukan masa cepat berjalan, cuma aku pun tak berapa tengok sekeliling sejak 3- 4 tahun ni, sibuk dengan dunia sendiri, dengan family, dengan keje, dengan hal-hal lain sampai lupa masa 'dulu' dah lama berlalu...


Petang aku, mak ayah aku, adik-adik aku beraya plak kat Balok... Sampai malam... Pergi umah member keje, member sebangunan keje dan sedara-mara... 

Hari kedua, kitaorang pegi ke kubur di Balok, ziarah kubur nenek (emak mak aku) dan sedara yang telah lama pergi... Kebetulan ada majlis tahlil kat kubur, joint sekali...


Abis tu, baru la balik ke Jengka... Sampai abis cuti... Minggu lepas raya pun meriah... Pegi beraya & dikunjungi... Tahun ni meriah sangat bagi aku yang dah tak berapa nak rasa nikmat raya ni... Cuma, paling terasa sekarang, memang kurang dah orang nak berkunjung-kunjung ke rumah... Ada sesetengah, kita nak datang raya, dia suruh tunggu umah dia buat umah terbuka... Semua nak ready-ready dengan makanan berat bila kawan-kawan nak datang raya, sedangkan, tak pe pun kalau datang makan kueh jer... Dulu-dulu boleh jer macam tu... Pelik aku... Dengan aku-aku pun terikut, member nak datang umah, kena confirm tarikh betul-betul, sebab nak masak makanan berat... Huhuhuhuhu....

Isnin, 29 Ogos 2011

Damia Gunting Rambut... First Time!!!



Semalam, 28hb Ogos 2011... jadi sejarah buat Damia... hehehehe... First time nak gunting rambut... Ntah apa yang buat dia terbuka hati nak gunting rambut pun aku tak tau... Cuma, semalam aku pegi gunting rambut... Dia lepak dengan mama kat kerusi... Then, lepas abis gunting, dia nak jugak... Tanya tokey kedai Gunting ni, dia tak reti gunting rambut Girls...

Oleh sebab nak sangat... kitaorang bawak pegi ke East Coast Mall, saje je nak pegi gunting kat situ... Bagi selesa sikit untuk dia duk kat kerusi dalam aircond... Singgah 1 kedai tu... Tunggu punya tunggu, sampai giliran Damia... Senyap jer dia, muka pun takut-takut... Tapi nasib baik la tak lama, sebab gunting belakang & depan je sikit... Tu pun, las-last dah merungut, takut la ape la... Apepun, tahniah Damia... berjaya hilangkan takut (walau tak spenuhnya) pada gunting... Hehehehehe...

Tengah ketar...
 Pakar rambut Loreal sedang memberi khimat nasihat... Kekekeke...

Hasil yang tak seberapa... hehehehe...

Selamat hari Raya Aidilfitri 1432...


Assalamualaikum...

Raya dah dekat, puasa untuk tahun ni dah tinggal sehari aje kot (kalau esok raya la)... Ramai dah balik kampung untuk bersama keluarga tersayang... Yang keje hari Isnin (hari ni) pun, boleh kira berapa kerat, semuanya muka toya kena keje, kekekekeke... Biasa la, baru kena berkorban sikit jer... Ramai lagi tak dapat beraya dengan keluarga, kan!!!

Aku tahun ni raya pertama di Balok, kampung aku sendiri... Raya kedua, balik pulak ke Jengka, umah mak mertua... Jumaat aku kena balik Kuantan balik pasal kena keje lagi, aku cuti time cuti umum raya tu jer 3 hari... lepas raya aku bantai lak cuti 4 hari... Saje nak lepak umah...

Dah 2 malam berbuka kat umah orang, kelmarin di umah adik aku... Saje nak makan sekali sekeluarga, Mak-Abah-Aku-Akak-Ja-Farez... Lagi 2 orang, Pikah - bukak umah mak long, Jang - tak nampak muka lagi dari Klang... Susah family aku ni nak berkumpul... Mesti ada je yang hilang... Raya pun, dah berapa tahun tak sempat jumpa semua serentak, time aku balik ke raya ke-dua, adik aku plak dah balik kampung laki dia, dan lain-lain alasan... Tahun ni pun takkan penuh, adik perempuan aku balik kampung laki dia... Nak kena adjust timer nih... 

Hari semalam, berbuka di umah pusaka arwah Tok Wan aku... Maksu, Makde, Sepupu-sepupu, Adik beradik... Hari raya pertama nanti, umah mak long la jadi tempat berkumpul keluarga besarbelah mak aku... sejak arwah Tok Wan meninggal, Mak Long ni jadi ibarat macam nenek la pada kitaorang semua... Masakan dia pun simple, tapi aku minat betul nasi goreng merah dia tu, kalau pegi pagi-pagi buta, rasa kenyang betul dapat makan, walaupun simple jer, takde la sayur ke ape ke, cuma tambah lauk ikan masak asam pedas yang tak abis dicampurkan dalam nasi goreng... Memang best...


Raya tahun ni jugak, paling sikit makan masakan orang umah aku... Ja malas nak masak dah, tak larat sangat sejak pregnant, lagipun dah tak sampai sebulan lagi dah untuk bersalin... Paling Banyak pegi ke padan MPK masjid Besar Kuantan tahun ni, 5 kali tak salah... Paling banyak makan bungkus, hampir keseluruhan puasa, bungkus... Hehehehehe... Takpelah, bersebab...

Persiapan raya, aku tahun ni, tak terkejar langsung... Pasal dah settle awal, beli baju raya Damia, Ja dan aku sejak sebelum bulan puasa... Baru-baru ni aku  boleh pegi Kuantan Parade, pastu tak sampai 5 minit duk dalam Mall, dah nak balik, crowded sangat dengan orang, hehehehe... Rileks je balik, nak boleh dapat parking 1 jam!!!... saje nak merasa kehangatan raya, kekekeke....

Apepun, Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri... maaf Zahir & Batin... Pada semua rakan-rakan... Seikhlas hati... Sayang semua... & hati-hati di jalan raya...


 Depan umah arwah Tok Wan aku...

Umah pusaka Tok Wan...