Rabu, 8 Ogos 2012

Olimpik London 2012 : Emas???


Salam,

Pagi tadi tengok kegagalan Azizul Hasni untuk dapatkan pingat emas (peluang terakhir Malaysia untuk emas), dapat tempat ke- 6 (last) dalam Keirin... Chris Hoy terus jadi lagenda tahap gaban... 6 kali dapat pingat emas Olimpik...


Dari awal sampai habis leading, memang tenaga kuda dia nih... Azizul plak, pada mulanya nampak ada peluang, tapi dia terperangkap, kena duduk belakang masa awal perlumbaan, so final 2 lap tu, azizul habiskan tenaga untuk ke depan, duduk betul-betul di belakang hoy, LAST lap, tak boleh plak mencelah sebab taktik 2 lagi pelumba (German dengan Belanda kalau tak salah) di belakang azizul yang blok belah kanan, so azizol takkan boleh buat speeding akhir (masa tu nampak azizul macam dah ready nak masuk bersebelahan Hoy)... Lap last tu, azizul dah tak nak berkayuh dah, dia tau dia takkan dapat tempat, so dapat la no. last... Sayangggggggggggnnyaaaaaaaa... kecewa jugak akhirnya Malaysia...

Sebelum ni Lee Chong Wei, gagal jugak buat kali kedua berturut-turut di Olimpik, pada tangan Lin Dan... Game memang best, Chong Wei dan Lin Dan sama hebat, tapi Lin Dan lebih bernasib baik... Bagi aku, bila tengok game ni, Chong Wei dah ada keyakinan diri lebih dari dulu... Malangnya, satu-satunya kesalahan Chong Wei, kerana hidup sezaman dengan zaman kegemilangan Lin Dan... Kalau la Lin Dan ni takde, rasanya habis dah sapu belaka ke Chong Wei...

So ape-apepun, Chong Wei rasanya dah takde next olimpik di Brazil... Azizol, lepas ni dia akan lebih berpengalaman & Hoy rasanya last Olimpik dah, so dah kurang sorang pesaing hebat dia... 

Cite lain yang menarik bagi aku di Olimpik ni (selain cite pasal team Malaysia), Usain bolt menang 100 Meter Lelaki... So cipta sejarah defend emas Beijing dulu... Pecah rekod Olimpik...

China rasanya akan jadi juara keseluruhan, banyak acara China pegang dan terlalu kuat... Harap Malaysia boleh wujud struktur akademi sukan macam dorang...

Sumber Pic :  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la kalau nak...