Jumaat, 30 April 2010

Zaman Dahulu Kala...



Ni pic zaman sekolah aku, amik dari facebook budak kelas aku dulu... kabur la sikit, dulu mana ade digital camera, ni pun scan...


Gambar ni masa aku kat kelas 3 Iman... Di Sekolah Menengah Jengka Pusat 2, SMJP2 (sekarang dah SMKJP2)... Sekolah ni kat depan UITM Jengka, Pahang... Tempat kerja orang rumah aku 4 5 tahun selepas tamat SPM kat sekolah ni...

Dalam gambar ni, ramai aku tak jumpa sejak abis zaman sekolah 1998... Macam kawan baik aku masa kat kelas dulu, Tajri, Shahril dan lain-lain... Time reunion SPM1998 pun, tak ramai sangat yang datang... Rindu kat zaman ni... Dulu dalam kelas, geng-geng laki memang kuat bising, denda tak payah cakap la, asyik kelas aku jer kena sound...

Masuk tingkatan 4 & 5, masa ni la zaman kegemilangan lelaki kelas aku... kekeke... Gambar kat bawah ni masa tingkatan 5, kelas Akaun... Budak laki kelas aku tak ramai, ada la 2 3 orang yang tak masuk dalam gambar ni... Tapi bising, emmmm... Kalah kelas-kelas belakang yang berganda ramai budak laki... Masa ni masing-masing ada gelaran yang aku & Sapuan bagi ikut komik Naga Merah... Aku macam biasa la, watak hero, Harimau Hitam... kekekeke... ada wira pikir la dewa durjana la ape la... memang seronok...

duduk (kiri) --> budin & Syed... 
Berdiri (kiri) --> Shah, Meran, Aku, Midi, Syidan, Arwah man, sapuan...

Arwah Man baru aje meninggal akhir tahun lepas kalau tak salah... eksiden di Selangor masa balik ke Kuantan (amik ikan untuk jual kat pasar)... Arwah tetap dalam kenangan... Kalau dia & Meran ada, kitaorang memang bergendang meja la jawabnyer... Arwah jadi vokal... Semoga rohnya dicucuri rahmat...

Sekarang dah ada facebook, so ramai jugak yang dah dapat contact balik & dah pun jumpa sesetengahnyr masa reunion SPM 1998 hari tuh...

Kenangan kita semua di kelas & di SMJP2 ni, memang aku tak akan lupa sampai bila-bila... Rasa macam baru-baru jer tinggalkan zaman sekolah... Kira-kira balik, dah hampir 12 tahun... Ishhhhh, lama dah yek!!!


Khamis, 29 April 2010

ButterFinger's --> Selamat tinggal Dunia...



Sebelum ni, duk cite pasal band luar... so ni jom cakap pasal butter!!!...
Salah satu band tempatan yang paling kuat pengaruhnya masa aku masih kat sekolah... sape-sape pun yang umur lebih kurang aku, semuanya akan mengakui...

bagi aku, band ni memang aku ikut dari awal lagi... nak-nak plak, butterfingers ni ada influence dari nirvana... Muzik diaorang bawak pun sama... Lirik yang best (walaupun bagi sesetengah orang, tak beh lalu)... Sampai sekarang tak pernah pun boring dengar lagu diaorang... bila pegi keje ke balik keje ker, lagu-lagu diaorang la yang aku mainkan selalu...

Lagu Malayneum, Garden City of light's &  nicc 'o tynne memang dah sebati sangat dengan aku....

Kat bawah ni sikit sinopsis tentang penubuhan butterfingers yang aku copy dari web royalbutterfingers.net... Mari kita mengimbas kenangan...

 

Loque, Kadak dan tiga rakan mereka iaitu Cop, Ayul dan Bobo berusia 14 tahun dan bersekolah di Kolej Melayu Kuala Kangsar pada 1991. Fitrahnya seperti remaja lain, muzik memang banyak memberi pengaruh utama sebagai medium untuk merehatkan fikiran atau lebih tepat untuk melepaskan geram.

Lima remaja itu nyata mempunyai minat mendalam bukan daripada sekadar mendengar muzik tetapi mereka mahu menghasilkan muzik mereka sendiri.

Loque's Tail- Itulah nama awal kumpulan mereka dan setiap sabtu serta ahad, kelima-lima remaja itu akan keluar dari asrama dan ke pekan Kuala Kangsar untuk "Jamming". Zai Am Studio di Kuala Kangsar menjadi saksi kepada aksi Loque' Tail dengan lagu heavy metal mereka. Ketika itu lagu Metallica seperti Ride The Lighting, Master Of Puppets dan Fade To Black menjadi pilihan mereka.

Pada tahun 1992 pula menyaksikan minat mereka semakin mendalam dan mereka mengakui album kedua kumpulan grunge popular dunia Nirvana yang berjudul Nevermind melahirkan inspirasi yang begitu utuh.Setahun selepas itu Loque'Tail sah bergelar sebuah kumpulan Punk. Kalai menyertai kumpulan itu setelah Cop dan Bobo berundur. Mereka hanya tinggal berempat dan tidak lama kemudian Ayul pula mengundur diri. 

Mereka hanya tinggal bertiga dan Loque menjadi vokalis serta gitar utama, kadak selaku pemain bass dan kalai bermain dram. Walaupun bertiga, mereka gah dengan muzik grunge mereka dan aksi mereka bertambah hebat di studio jamming dengan lagu sex pistol dan nirvana.

Pada pertengahan 1993, Loque pulang ke Kuala Lumpur untik bercuti lalu menjengah sebuah studio jamming di Petaling Jaya dan Loque telah terpikat melihat aksi Emmett sedang asyik bermain gitar di studio Black Widow. Emmett ketika itu adalah pemain gitar utama kumpulan Grunge Dayz memikat Loque ketika sedang beraksi dengan lagu popular kumpulah RHCP iaitu Under The Bridge.


Mereka seolah-olah telah ditakdirkan kerana selepas beberapa lama Emmett meninggalkan Grunge Dayz dan bersetuju untuk beraksi bersama Loque dan sekaligus bercadang untuk menghasilkan Demo Tape.Loque ketika itu sudah mempunyai dua buah lagu iaitu Girl Friday dan Nicotine. Loque dan Emmett kemudian buat pertama kali jamming di studio Black Widow dengan dua buah lagu tersebut.

Sebelum menduduki peperiksaan SPM pada 1994. Loque membawa Kalai menemui Emmett dan sekali lagi mereka jammming di studio berkenaan. Dalam pada itu, mereka tidak pernah melupakan soal pelajaran.
Apabila selesai Spm, mereka menjadi lebih serius, namun tidak pada Kadak yang mahu meneruskan pelajarannya. Mereka bagaimana pun tidak putus asa lalu sering jamming bertiga. Loque , Emmett dan Kalai bercadang mencari pemain bass baru.


Mereka ketika itu memang sudah dikenali sebagai Butterfingers, nama yang di berikan oleh Loque. Mereka jelas mudah menjinakkan muzik dalam diri kerana tidak lama selepas itu, Butterfingers mula dikenali di ibu kota dan sering dijemput dalam beberapa persembahan kecil.

Persembahan pertama mereka ialah di Cobra Clubhouse di Petaling Jaya. Mereka menerima pujian demi pujian sebaik sahaja selesai persembahan itu dan ia menyemarakkan lagi semangat Butterfingers.

Butterfingers lalu merakam demo tape di FM Studio pada 1995. Mereka merakamkan 7 buah lagu yang semuanya di cipta oleh Loque. Demo tape tersebut di jual secara underground dan lama-kelamaan, Butterfingers makin popular.

Aksi mereka di gig Moderate Rock di kelab Picadally pada 1 Mei 1995 meninggalkan kesan begitu mendalam kerana ada yang berpendapat Butterfingers mempunyai masa depan yang cerah dalam arena muzik.


 Emmmm... memang betul, akhirnya band ni menjadi band terkenal & legasinya membantu band-band alternative yang lain keluar dari kepompong mereka... Sekarang, macam-macam band yang ada, macam One buck Short...

Rabu, 28 April 2010

Afrika Selatan '10... Ghairah yang hilang...


Piala Dunia... 2010 di Afrika Selatan... First time di benua Afrika... Dah tak lama WorldCup ni nak start... Sebulan lebih je lagi... Tapi aku tak rasa seghairah dulu, tak seghairah masa aku kecik :-

--> masa aku tengok Mexican wave di Stadium Azteca, Mexico '86 ( Aku ingat ke bola FIFA lama tu jer, yang hitam putih tuh, kekekeke)... Maradona & Matthaus bertarung di Italia '90... Bila tahu Maradona kena ban dari USA '94... Excited tengok Argentina kalahkan england di France '98... Tengok Kahn tunduk kecewa di Korea/Japan '02... Tengok Germany gagal ke akhir di hadapan penyokong sendiri di Germany 06...

Aura & pesona bolasepak dah makin kurang, walaupun still follow, still minat, still sukan no. 1 aku... Aku rasa sebab mungkin dah kerja, dah berfamily, dah tak banyak masa & ntah ape lagi ntah...


Kalau tanya aku, team apa yang layak pun, aku tak berapa ingat, lebih-lebih lagi banyak plak kejutan team yang layak ke final kali ni mcm new zealand... Huhuhuhuhu... Turki? Czech? Iran? yang aku sokong, semua tak lepas, kekeke (Banyak betul yang aku sokong)...

Kalau dulu, boleh ingat team apa dalam peringkat kumpulan... Tau tarikh pengundian peringkat kumpulan, walaupun takde astro (sampai sekarang pun takde lagi, kekeke)... Silap-silap, nama-nama player untuk setiap team pun leh ingat lagi...

Sekarang, team-team yang aku sokong pun, aku tak tau sape player-player yang akan ke WorldCup nih... Argentina, Germany & Mexico... Sampai sekarang blur lagi barisan diaorang nih...


Cuma, aku harap, WorldCup kali ni, team-team pilihan layak ke peringkat tinggi macam suku akhir... Harap tak banyak kejutan...

& macam biasa la, aku harap biar team yang aku sokong ke final WorldCup kali nih... Argentina & Germany... Mexico? emmm, harap layak sampai suku akhir la... Kalau team pilihan tak lepas, aku sokong team underdog je la nanti...

** Gambar-gambar di atas adalah hiasan semata-mata, walaupun mereka ensem, tapi abaikan, wakekekeke...

Selasa, 27 April 2010

Mat kilau...


Nama :  Mat Kilau...
Ayah :
Imam Rasu a.k.a Tok Gajah...
Nama Ibu :
Mahda ( Anak kepada Tok Kaut Burau)...
Lahir :
1865/66... 

Tempat Lahir : kg. Pulau Tawar, Jerantut, Pahang Darul Makmur... 
kelebihan : Mengaji, berzanji, dan berdikir Maulud + rebana (dikir pahang), bersilat... 
Hobi : bermain gasing & laga buah keras (jogho kampung)... 
Isteri : Yang Chik Imam Daud (3 orang anak)...

PERJUANGAN...
  • Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. 
  • Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang. 
  • Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau.
  • Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. 
  • Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali(khatib), Awang(Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.

DICOP PENDERHAKA OLEH BRITISH...
  • Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura .
  • The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka, iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895. 
  • The Free Press pula memberitahu bahawa Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya. 
  • Luka-luka itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah. Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau.
  • Akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali ,Raja Ibrahim(Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain. Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris,maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang. 
  • Semenjak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.

TAMATKAN PERSEMBUNYIAN...
  • Dalam bulan Disember 1969 ,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.
  • Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau Tawar Jerantut .
  • Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah mebaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.
  • Pengisytiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau.
  • Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis, 6 Ogos 1970 , Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang YAB Tan Sri Haji Yahaya Mohd Seth.

  • Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun.
     

saje up sejarah Mat Kilau... Moyang aku... Dulu ingat lagi, atuk-atuk & pak-pak sedara aku kat Pulau Tawar selalu cite, masa berita Mat Kilau meninggal, kereta yang datang melawat, sepanjang-panjang jalan, penuh kiri-kanan... Masa zaman tu lain, nak tengok keta sebijik pun susah... Tapi boleh penuh...

kalau ikutkan keturunan, emmm... Aku keturunan ke-4 @ ke-5 (@ ke-5 & ke-6) di bawah moyang aku ni...

Semoga rohnya dicucuri rahmat... Amin...

Honours, Trophies & Awards --> Bayern Munchen...

setakat 2009-2010...

German Championships (21): 1932, 1969, 1972, 1973, 1974, 1980, 1981, 1985, 1986, 1987, 1989, 1990, 1994, 1997, 1999, 2000, 2001, 2003, 2005, 2006, 2008.

German Cup titles (14): 1957, 1966, 1967, 1969, 1971, 1982, 1984, 1986, 1998, 2000, 2003, 2005, 2006, 2008


League Cup (6) : 1997, 1998, 1999, 2000, 2004, 2007

European Champions' Cup/League titles (4): 1974, 1975, 1976, 2001

European Cup Winners' Cup title: 1967

UEFA Cup title:
1996

Intercontinental Cup:
1976, 2001

Bayern Munich FC... 2009-2010...



Ni list player2 BM tahun ni...


GOALKEEPERS
Michael Rensing
Hans-Jorg Butt
Thomas Kraft

DEFENDERS
Daniel Van Buyten
Martin Demichelis
Philipp Lahm
Stefan Schurf
Diego Contento
Christian Lell
Bjorn Kopplin

MIDFIELDERS
Franck Ribery
Hamit Altintop
Andreas Gorlitz
Mark Van Bommel
Danijel Pranjic
Thomas Muller
David Alaba
Holger Badstuber
Bastian Schweinsteiger
Mehmet Ekici
Anatoliy Tymoshchuk

FORWARDS
Arjen Robben
Ivica Olic
Miroslav Klose
Saer Sene
Mario Gomez
Daniel Sikorski
Deniz Yilmaz


** Sumber gambar :- http://eurorivals.net/clubs/bayern-munich.html

Skuad Pahang 2010...


Senarai Player Pahang bagi tahun 2010... Semua player muda kecuali ada 2 player lama yang diamik dari Shahzan Muda, jalal & shahrizan...

1. Jallaluddin Jaafar : 1.1.1975
2. Fadzirul Zakaria : 19.4.1986
3. Nik Zul Aziz Nawawi @ Omar : 7.4.1984
4. R. Surendren : 17.5.1987
5. S. Karthigesu : 12.5.1985
6. Azamuddin Akil : 16.4.1985
7. Mohd Fazli Baharuddin : 8.1.1986
8. Yosri a/l Derma Raju : 15.7.1982
9. Mohd Shahrizan Salleh : 16.1.1982
10. Hasmizan Kamoridin : 24.1.1984
11. Wan Mohd Azraie Wan Teh : 7.7.1986
12. Mohd Rosfaizul Azuar Ali : 30.11.1984
13. Mohd Saiful Nizam Miswan : 3.3.1981
14. Mohd Hazri Rozali : 26.6.1986
15. Amirullah Abd Razak : 25.2.1991
16. Famirul Asyraf Sayuti : 17.11.1989
17. Abdul Rahman Kadir : 5.1.1978
18. Mohd Syawal Norsam : 29.5.1989

Ada penambahan player sorang dua pertengahan musim, aku pun tak ingat nama... 


** Sumber pic dr. web Doc. Ali --> 2121studio.com

Isnin, 26 April 2010

Pegi Stadium...




Hari ni,ada selection olahraga & balapan antara staf UMP (orang rumah aku)... Dia tak joint pun, tapi uruskan makan minum Unit Keselamatan UMP... So aku pun kena la ikut, pagi-pagi buta Damia kena mandi... Hari ujan masa kuar, tapi kejap je... panas balik masa sampai kat Stadium...

Dari pukul 8 sampai la pukul 1 duk situ... Sambil-sambil tengok selection tu, dapat la tengok balik stadium kebanggaan Pahang nih... Rasanyer baru aje cat setahun 2 yang lepas, dah berlumut balik... Tak berapa nak dijaga sangat... Bini aku tanya, "sape yang mentain stadium ni? teruknyerr? MPK?" aku jawab, bukan! Tapi aku pun tak sure sape sebenarnya yang jaga!!!



Lampu pun banyak pecah, malam tadi masa tengok Pahang lawan Kedah, rasanya makin suram jer cahaya lampu limpah, tak macam dulu... Speakernya plak sound pecah tahap gaban... Tempat wartawan buat liputan, meja, emmmmmm, berkarah sekali!!! Aku wat kesimpulan sendiri jerrr, Malaysia ni terlalu jauh lagi nak sampai ke tahap 'World Class Facilities, World Class Maintenances'... Cuma yang ada, 'World Class Facilities & after 3 month, leaking here & there, everywhere'... Kekekekeke...

Banyak jugak pic aku amik, tapi nanti aku up bawah tajuk Pahang FA lak... Tak tau la bila tuh... kekekeke...


Ahad, 25 April 2010

Pahang 2 vs Kedah 1...


Lama betul Pahang tak menang dengan Kedah, dalam 10 game akhir, 9 kali kalah... Memang Kedah antara salah satu team kuat dalam liga Malaysia sejak masuk tahun 2000... Player-player mudanya pun bagus... Sebelum import tak dibenarkan, semua piala diaorang bolot... 

Pahang plak, sejak masuk tahun 2000 sampailah sekarang, makin hilang dari pentas utama & langsung tak dianggap kuasa bola sepak besar dalam liga kita... Lebih-lebih lagi sejak 3-4 tahun ni, rasanya takde dah penyokong luar nak takutkan team Pahang & anggap team ni jadi tempat pungut 3 mata jerr...

Tapi...
Malam tadi, sekali lagi musim ni Pahang tunjukkan semangat melawan & tak mudah putus asa... Walaupun dengan pengalaman takde & serba serbi kurang, tapi player-player muda Pahang berjaya kekang star-star muda yang ternama dari team Kedah macam Badrol Bakhtiar, Azlan Ismail, Ismail Abu dan lain-lain...

Kedah jarang sangat mengancam, tapi dapat goal awal sebab kesilapan keeper muda Pahang, Wan Azraei yang keluar awal untuk selamatkan bola crossing, tapi tak dapat, senang-senang jer player Kedah tadah kepala ke pintu gol Pahang yang kosong...

Tapi, keseluruhan game, memang Pahang yang pegang, cuma idea ada, perlaksanaan buruk sangat, basic football pun berterabur lagi... Standard la tu... Kedah pun sama jer teruknya...

Separuh masa kedua, still seimbang... Tak lama start game, kapten Kedah, Shahrulnizam injured & terpaksa dikeluarkan, ganti plak dengan anak Pahang jati, Boy A.K.A Shahril Faizal... Lepas tu, Kedah memang tak serang sangat dah, sebab Boy lebih defensive berbanding kapten diaorang yang selalu ke depan bantu striker... Adalah sekali dua diaorang serang yang boleh jugak wat goal, tapi takat tu jer la...

Pahang dapat gol dari Alex... Kesilapan Helmi Eliza, keeper Kedah... Bola crossing dia tangkap tapi terlepas, jatuh depan Alex jer, terus sepak leweh jer, gol memang dah kosong... hehehehehe... senyap fan-fan Kedah yang datang dari jauh tu... Mula-mula bukan main lagi berkompangnyerrr, ingat leh makan besar kot... 1 lagi fakta musim ni, Pahang hanya tewas sekali jer di Stadium Darul Makmur sebelum game Kedah nih, tu pun kalah minggu lepas dengan pasukan tercorot liga, Johor... Walaupun kat tempat luar, Pahang kena belasah, tapi tempat sendiri, takde lagi & main pun best jer...

Then, Pahang pegang game seterusnya... Karthi dimasukkan, nampak la gerakan yang lebih tersusun walaupun Karthi sendiri macam anak ayam hilang mak ayam, kekekeke...

At last, gol yang dinantikan datang jugak, hasil dari sepakan sudut, Shahrizan Salleh tanduk ke bahagian kanan gol Kedah, Alex just tanduk mudah jerrrr... goalllllllllllllllllllll...

Memang best betul malam tadi... Abis suara aku... Malam tadi jugak, first time pakai jersey Pahang musim ni yang baru... Budak-budak ni dah pakat untuk pakai untuk setiap game... Congrate's semua...

Malam tadi rodong-rodong dari TGL KL pun turun... habis game, pegi makan murtabak Mengkasor, kekekekeke, thanks Epit, belanjer...

Sabtu, 24 April 2010

Germany 1994 Jersey...



Beli kat bundle pasar malam Jengka...Tertengok, terus je sebat satu... Tapi ada satu lagi jersey lama kat situ, jersey france, kalau tak salah, maybe jersey tahun lewat 80an @ awal 90an... tapi masa tu tengah nak cepat, tak belek beria-ria pun...


Jersey ni German pakai dari tahun 1992-1994 kalau tak salah... Lama dah cari jersey ni, ori lak tu, walaupun baju ni ada kotor sikit, tapi ok la tu... janji ada! pasni nak cari jersey German 1990...


Ni la sejarah sikit pasal jersey ni...Jersey ni zaman Klinsmann, Effenberg... Tak lupa jugak, Lotthar Matthaus... Masa world cup 94, German sampai ke Suku akhir aje, kalah pada Bulgaria 1-2, time tu, bulgaria ada Hristo stoichkov (ejaan ikut dan aku je ni), antara player kesukaan aku... German tak dapat pertahan world cup yang dimenangi pada Italy 90... Keeper plak, Bodo Ilgner terus tak dapat jadi keeper no1 German masa tu... Effenberg plak, tunjuk isyarat lucah pada fan German sendiri, terus kena hantar balik masa peringkat group...

Selasa, 20 April 2010

Repairing... My Blog...


Sorry kalau blog aku ni nampak messy here & there... tak leh nak fokus betul-betul nak buat template baru nih, so ada masa free, sikit-sikit aku bela...

banyak idea nak tulis tapi blog macam sampah, berterabur sekali kedudukannyerr... ape-ape pun, tungguuuuuu!!!

Khamis, 15 April 2010

Pilihanraya = Sakit Telinga...


Pilihanraya... ape yg bestnya pilihanraya kat Malaysia nih??? kalau tanya orang yang nak di'pilihanraya'kan tu, mstilah mcam-mcam yang best... Termasuklah janji-janji best... kan! kan! kan!...

2 3 hari ni, dah start kedengaran cite-cite lawatan oleh para 'rakan2' wakil rakyat yang 'amat'lah prihatin sampai lupa kawasan sendiri pun silap-silap tak penah nak lawat @ tak kenal tok penghulu kawasan dia... dengan magiknyerrr, jalan xde, tiba-tiba 'satu lagi projek oleh.....' terpacak, senangla orang kampung ke KL katanya... Bumbung 7 blok bangunan, dah tukar baru, kekeke... Happy orang kampung... Orang Asli pun, happy bila 'rakan2' wakil rakyat kawasan mereka datang bertandang walaupun hakikatnyaa, xde sorang pun kenal diaorang nih...

Yang paling kelakar, rakyat mintak jalan 15 tahun dulu... 1995 dah siap agreement persetujuan, amik masa 15 tahun nak ke boleh terpacak signboard 'satu lagi projek oleh...' tuh... Alasan yang diberi???? emmm, tok sah la tanya, logik selogik logiknyaaa... Hehehehe...

Lepas ni, aku pasti, macam-macam la projek yang mencurah masuk ke area Pilihanraya nih, silap2 nak buat KLCC lagi untuk penduduk kampung senang membeli belah brang harian mcm bawang ke, lada jarum ke, takpun belacan...

Kalau wakil rakyat 'rakan-rakan' tu kalah??? hahahahaha, maka tumbang la signboard yang gagah itu tak lama selepas itu... Hehehehehehe...

Aku tak tau la mcamana la pemikiran 'rakan' wakil rakyat nih... Still 'cuba' pendekatan mcm ni... Dengar pun sakit hati... Harap cepat la sikit abis kempen pilihanraya nih, lega sikit rasanyer dari dengar cite-cite gini... ishhh, tak puas hati betul la bila teringat2 @ terngiang 'rakan-rakan' tu bermanis mulut!!!!


Selasa, 13 April 2010

Korea... Part II...


Nama jalan kat Hotel Reinassance nih senang je nak ingat, ingatkan ibukota Iran, Tehran... hehehehe... Taheran... Tapi jangan silap, bukan 1 jalan jer, jalan kecik2 pun nama Taheran no. 1 sampailah ntah ke berapa... Salah satu lorong, sesat lerrrr..


Pic kat atas ni masa aku kat subway nak pegi ke Nangdaemon... pasar beli belah pakaian... Subway dia compleks, jauh lebih compleks dari bandaraya KL kita... Memang pening kalau tak tengok peta & tgok betul2 nama & no. stesen subway nih... Aku mintak staf pelabuhan Thailand tunjukkan mcamana nak pegi, pastu kitaorang split... ikut arah masing... aku pun ikut dan jer la... janji jangan balik sbelum malam, kekekeke... takut, ada hantu malam2... hehehe...


Oleh kerana kesuntukan masa, masa dah sampai kat area pasar ni, jalan mcm lumba lari 200 meter, kekeke... memang main amik je yg mana sempat... Lagipun, terlalu banyak pilihan, mula la aku pening... last2, bnyak jgak mende yang tak terbeli...


pastu, terus naik tren balik... On the way tu, aku turun plak kat COEX Mall, pusat konvensyen terbesar di Seoul... Memang banyak tingkat la, kalau bynk duit & sape2 yang jnis suka pakaian trendy ni, leh la datang... awek2 korea pun ramai gak... kekekeke...



Aku ingat nak singgah kat area stadium plak, tapi dah mlam sngat dah, aku plak dah xlarat, sejuk... balik2 tu, turun dari train... leh plak salah exit... huhuhuhu, dah ler lebih kurang jer rupa bentuk bangunan...

Aku buat Citibank sbgai batu tanda kuar dari subway, tapi rupanya2, setiap exit yang ada pada subway area ni, semuanya ada bangunan Citibank... cit... jauh pakcik berjalan... huhuhuhu... tanya orang korea, sepatah haram tak tau b. inggeris... Last2, patah balik, muhasabah diri jap, smbil tgok peta besar tak cara dah kat orang2 yg lalu lalang tuh, hehehehe...



2 jam jgak ler sesat area situ... Lama sebab aku jalan straightttt jer... dah agak2 tak jumpa, patah balik, jalan lg straightttt, cukup 4 penjuru... kekekeke... Last2 jmpa jugak... Malam tu tanpa ragu2, tidor paling indah dalam idup, letih gilerrrr...

K, pasni aku cite pasal program Port MIS tu plak & perjalanan balik...

Isnin, 12 April 2010

Pantai Balok...


Ahad baru ni, pegi ke pantai Balok... Dah lama tak bawak Damia ke pantai, dah sebulan cakap nak pegi, tapi tak pegi2 pun, ada je halnyerrr...


Saje nak mlayan si Damia nih, jarang dapat main lama2 dengan dia time hari bkerja... Lagipun, kat area rumah tak sesuai sangat dia nak blari2 @ bjalan2, budak2 motor laju turun bukit...


Damia ni memang suka sangat main air... termasuk la duduk dalam baldi & xnak kuar sampai sudah... hehehehe... Tapi ok la mcm tu, at least senang keje, ajak mandi je, terus dia on... hehehe, nak pegi mana2 senang sikit... tapi, bila duk dalam bilik air, memang kena panggil mama dia la yang datang angkat, kalau dengan aku, emmmm... wat tak layan je la... Sebab tu tak nak mandi dengan mama dia, asyik kena marah jer klau main2... hehehehehehe...


Lupa nak cite, minggu sebelumnyerr, kitaorang ada pegi ke hilir sungai Balok, tengok sepupu2 aku cari kepah... Kebetulan skrang ni musim cari kepah, so nampak mcm pesta la petang2 ni, orang kampung ramai turun... Sekali pegi, separuh tong leh dapat...


Nak cari kepah ni, kalau just cari kat area gigi air jer, dapat kepah yang kecik2, tapi kalau cari kat tengah sungai tuh, dapat yang besar2...


Cian Damia, brapa kali try nak masuk dalam air, tapi kena marah mama, hehehe... xsporting la mama ni...


Khamis, 8 April 2010

Champions League : Man U 3 vs Bayern Munchen 2...



fuhhhh... Memang menyeronokkan... Main di stadium lawan, BM tertinggal 0-3... kejar balik dengan goal dari Ivica Olic... Memang goal tu ubah segalanyerrr, player BM sebelum tu gementar giler, terus adapt game...
Masuk second half, player MU, Rafael kena buang sbb tarik Ribery... Pastu apalagi, BM control abis-abis game & sabar mcari goal ke-2... At last, dapat jgak goal yang memang cantik... Hantaran bola corner Ribery pada Robben yang langsung tak dijaga player MU, first timer & terus goal... Hahahaha...

ni komen yang aku amik dari website rasmi BM...

Franz Beckenbauer: We were asleep at the start, as they say. United were superior in every respect. When they went 3-0 up I wouldn’t have put a single cent more on Bayern. But the way they turned it round was fantastic.. Two incidents settled the tie: Olic’s goal just before half-time, and Rafael’s sending off. Bayern calmed things down after that, let the ball do the work, and Robben’s scored a dream goal. We used the extra man very well indeed. That’s one of the nicest defeats in the history of Bayern.”

Uli HoeneƟ:
Pulling a goal back just before half-time was vital. After the sending off, it was obvious Manchester were going to struggle. The team were clever, they didn’t go for it hell for leather, they waited for their chance. And having got the goal, they ran down the clock very skilfully. The mark of this team and the coach is that they never lose their belief. Up in the stands, you never had the feeling it might end up as a disaster. That was great stuff.”


Karl-Heinz Rummenigge:All praise to the team. You have to take your hat off to the desire, energy and passion they’re showing at the present time. Ivica’s goal before half-time was worth its weight in gold. It gave us hope, and sowed the seeds of doubt in United’s minds. Robben’s goal was a belter, not the kind of thing you see every day. We’ve been all but out of this season’s Champions League a couple of times, thinking back to Turin and Florence. And we were out again tonight. But this team has incredible desire and passion – attributes which can clearly take you a long way.”

Louis van Gaal:Naturally, I’m proud. We were 3-0 down, so what we’ve achieved in the second half is unbelievable. But we have to be awake right from the start, just like I told my players beforehand. Fortunately, Ivica Olic scored a very good goal. We were outstanding in the second half. We’re mentally strong, we were tactically smart and we were aggressive. It’s not always easy against ten men. We played the way a great team does. Robben’s goal was just amazing.”

Arjen Robben:
When we went 3-0 down, I did think we were in for a tough evening. We simply didn’t show up for the first half, despite everything we said before the game. We knew what to expect in this hostile atmosphere. Olic’s goal restored our confidence. We said it beforehand: we could go a long way this season.”

Bastian Schweinsteiger:
The start reminded me a bit of Barcelona a year ago, where we also conceded two early goals. Ivica’s goal was incredibly important, it restored our belief. At half-time, we vowed to go out and play like men. The sending off obviously helped us too. Manchester have a fantastic stadium with tremendous fans, who got right behind them the whole time. But we resisted the tide.”


Lepas game, ada plak komen kurang cerdik dari Ferguson yang tak dapat2 terima kenyataan kalah... Ntah apa2... Tapi van gaal rileks je balas kenyataan Ferguson tuh...

Kata-kata Ferguson & van gaal...

"That sending off changed the game. I thought they were typical professionals in the way they saw the opportunity and forced the referee. It was only a slight tug at the boy and, he was 35 yards from goal. "He [Rafael] was having a marvellous game and it's a tragedy for him but the ref wasn't going to do anything until they forced him to get a card out. But we've seen that before from teams like that."

Rooney, who had been ruled out for up to three weeks in a classic piece of Ferguson misinformation last Friday, lasted only 55 minutes of a match in which Ferguson felt Bayern's players were deliberately targeting the England striker.
"I think that's obvious," he said. "I don't think there was anything serious, but there were a couple of challenges. We expected that, and the referee should have handled it." Ferguson went on to describe Bayern as "lucky", asserting that United had been the better team over the two legs.

"I don't think the best team got through," the manager said. "They got a deflected free-kick [in the first leg] and a goal in injury-time, so you have to say they carried their luck. We have had occasions when we have had luck and I think they have this time. It's hard to digest. In one way we could say we have thrown it away; in another we've been very unlucky."

His comments drew a terse response from the Bayern coach, Louis van Gaal. "I don't share his opinion," the Dutchman said, referring to Rafael's red card. "Every player must know that, if he picks up a yellow card, a second means a sending-off.
"I'm certainly happy my players knew that and that those who were booked carried on professionally. I believe it was a yellow-card offence [from Rafael] and that the player made the foul."

Van Gaal heard that Ferguson had said Bayern would not have won but for the red card. "It's easy to say that after a loss," he said. "But we shall never know that because this game shall not be played again. I think Sir Alex was disappointed. But I also thought England was noted for fairness and I've now been confronted with three different comments [from Ferguson] and that's not what I call fair play."



hehehehe... macam2... dulu time menang last minute '99.. cakap bukan main lagi... mmg 'we deserve it la ' ape la... sedangkan smua tau sape pgang game, BM cuma tggu masa utk celebrate jer... tp coach & management BM mcm hitfield & kaiser xde plak cakap mcm2 alasan... terima kkalahan seadanya...

BM pun game sebelum MU, lawan dengan Schalke, pcabar utama liga skrg ni, kena buang sorang player, btul2 lbih kurang sama masa dengan rafael ni kena buang... tapi tetap menang & strategi yg BM amik lain masa 1o orang... still pgang game & dpt goal...


ferguson lak, stick dgn 4-4-1 & nak terus bertahan, sape yg salah??? sndiri laa tanggung... pastu ungkit hal2 remeh cmtu... standard la provok ref bila ade pluang... smua org tau... klu org dia guling2 dpt penalti yg xpatut, xde lak nak bsuara... bkannyer xpenah ada ref mmihak pd team dia...

1 lagi!!! Macamana dia leh cakap team dia lebih baik daripada BM dalam kedua2 legs??? Cuba check balik, dalam dua2 game tuh, sape yang control game??? jauh lagi la MU...

Apepun, memang kepuasan maksimum kali nih... dah lama aku tunggu BM dapat diundi lawan dengan MU... Biar semua orang boleh buat judgement! Let's record speak itself...


*** Sumber Berita & gambar :
http://www.fcbayern.t-com.de/en

Ahad, 4 April 2010

Shutter Island

Emmm... ape topik kali nih? sejak 2 menjak nih, takde sangat idea nak tulis kat blog...

Ape kata review filem kali nih! dah lama jugak topik ni aku tak post...

aishehhhh, ilang plak mood, xpe2... esok lusa la smbung wat review filem kali nih..hehehe...