Khamis, 1 Ogos 2013

Huhuhuhu : Kehilangan Permata Negara... Chua Boon Huat...


Salam... Lama tak berposting...




Awal pagi hari ini, kita dikejutkan dengan kematian atlet hoki negara, Chua Boon Huat... Betul-betul rasa kehilangan... Semoga jasa dia selama ni terus dikenang kepada sukan negara amnya dan hoki khususnya...

Chua Boon Huat ni, macam nicol david pada aku, sebab dari aku sek. men. lagi dah dengar nama dia... Sebijik nicol... Dia start naik lepas sukan Komanwel Kuala Lumpur... Macam Nicol jugak, bila tengok dia keluar dulu, terdetik dalam hati, ntah kenapa, akan cakap budak ni ( pdahal masa tu aku  pun budak jugak lagi, hehehe) msti akan jadi star @ lama bertahan dalam sukan... 

Dan, telahan aku betul... Dia antara atlit yang paling lama dalam skuad kebangsaan... sampai sekarang ada lagi, still main untuk skuad kebangsaan... bagi aku, dia model untuk orang-orang muda dalam sukan... Bersih... komitmen... macam Nicol...

walaupun dia bukan islam, tapi aku ucapkan takziah kepada ahli keluarganya... semoga dia terus diingati.. dan yang pastinya, aku sebagai peminat sukan akan terasa kehilangannya dalam bidang sukan...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la kalau nak...