Sabtu, 23 November 2013

Juara Piala Malaysia 2013...


Salam...

3hb November 2013... Final Watson Piala Malaysia di antara Kelantan dan negeri kesayangan aku, Pahang...

Kronologi :

3.15 pagi : sekitar pukul 3 lebih baru terlelap dek kerana excited...
6.05 pagi : set jam pkul 5.30pagi, bini kol berpuluh-puluh kali, terjaga pukul 6.05 pagi, kekekeke...
6.30 pagi : keluar rumah, pick-up aling di Semambu...
6.45 pagi : Amik amir dan adiknya di Bukit Setongkol...
7.00 pagi : Amik Dr. Ali di opisnya merangkap galerinya... hehehe...
7.20 pagi : di Batu 12, Petronas menanti pisang yang dengar kabo, baru je amik heroes di IM... sembang betul...

7.45 pagi : bergerak ke hentian makan simpang gambang-Chini, sarap apa yang patut...

8.30 pagi : Bergerak ke Shah Alam, melalui LPT, jalan smooth jer...

9.15 pagi : R&R Temerloh... Berkumpul, tehn tukar driver, amir plak bawak...

11.00 pagi : Singgah di Awan Besar... Makan satay... Tunggu samdol datang, lepak-lepak...

12.30 tghari : Decide untuk singgah di Masjid Shah Alam untuk solat...

1.40 ptg : Bergerak ke stadium... Jalan dah start jem... Parking kiri kanan penuh...

2.30 ptg : siap parking...

3.00 ptg : ronda-ronda di sekeliling stadium... ingat nak membeli belah, tapi hujan lebat... Tunggu punya tunggu, decide nak masuk terus dalam stadium...

Fuhhhhh... Duk area sebelah grandstand... Tempat pun dah xbanyak pilihan sangat, ramai dah cop-cop tempat... So duduk je la... Kelantan, dah mula penuh bahagian penonton, amat padat...

Penyokong Pahang, fuhhh rileks lagi kat luar shopping bagai... Hehehehe... Dah lama tak merasa pegi final...

Pukul 4 lebih, EA start masuk, dah mula untuk setup tempat... tak lama tu, start dah drum... apa lagi, petang-petang buta, dah start nyanyi, bersorak... Hahahaha... Adasekali tu dia buat, backstanding (ape ntah istilahnya), rasa macam nak runtuh stadium, semua penyokong Pahang melompat2 secara serentak ke arah membelakangkan padang... Memang seronok, tapi takut lagi banyak sebab rasa konkrit stadium dah semacam je gegarnya...

pukul 5.00 ptg, polis benarkan penyokong Kelantan masuk ke kawasan yang dikecualikan, termasuk jugak tempat khas bagi penyokong pahang... Sebabnya, Pahang macam tak ramai... Hahahahah... Last-last, penyokong Pahang yang kat luar tu, yang tengah enjoy santapan, beli belah, terkapai-kapai bila masuk, takde tempat dah...

pukul 6.30 petang, dengan mata layu giler, ngantuk, pegi tandas.. tengok bersusun orang macam ada dapat duit BRIM plak dalam tandas...So amir je pegi kencing... aku dengan epit, tunggu... Tunggu punya tunggu sampai sejam, tak keluar-keluar dia dari tandas, 3 4 kali aku pegi cari dia... Tak de jugak... Last-last call Pisang, rupanya dia dah berzaman balik ke tepat duduk.. Hahahaha terkena kitaorang...

Playerk dah mula keluar padang untuk meninjau... Player Pahang smart giler, pakai ko yang ditempah di DELL BOUTIQUE, Kuantan... Memang nampak macam international la... Masa tu dah start tak henti-henti penykong pahang bersorak...




















Selasa, 13 Ogos 2013

Raya Datang Lagi... Bahagian II... Kekekeke...


Salam...


Dah puas raya? tak kan!!! Sebabnya cuti raya kali ni hari khamis... So paling panjang pun dapat sampai Ahad, kebanyakan yang bekerja la... Aku? sampai jumaat ni, kekekeke...

Raya kedua aku balik ke rumah mertua di Jengka 15... Sebelum balik, aku egi tahlil kat kubur Balok... Lepak la kt longkang luar kawasan kubur pasal ramai sangat bawah khemah... Aku lepak dengan anak-anak sepupun aku (yang aku akan citekan selepas posting ni), boi, nakid, abu dan fahmi...

Lepas abis, sama-sama pegi siram kubur arwah tok wan kami... (nama-nama kat atas cicit kepada tokwan aku)... then aku balik ke Jengka...



Hari raya ke-tiga ramai skit la datang... terutama family angkat anak2 aku... Nazri & farah & anak-anak dia... Ja masak nasi hujan panas... Then ajak dorang pegi raya ke Jengka 5, alang-alang nak balik ke Kuantan, boleh merasa jalan ladang... hehehehe...


 

Raya ke-empat, balik ke Kuantan, beraya plak umah nenek angkat anak-anak aku... 

Then, malam tu time rehat-rehat nak tido.. dapat la call yang mengejutkan... :(





Sabtu, 10 Ogos 2013

Raya Datang Lagi...

  
 Assalamualaikum...Salam Raya...    

 Raya datang lagi... kali ni aku beraya mengikut arahan abah aku, pegi ramai-ramai ke Bukit Goh... Tapi xramai mana pun, 2 orang adik aku beraya kat Sabah... So yang tinggal aku, Mardiha, Farez dan Pikah...

Hampir kesemua sepupu ada di rumah tok dan arwah nenek aku di Bukit Goh... Rasanya 4 orang je yang takde...

  
Tok...   

Tok keadaan dia semakin tak sihat berbanding dulu... Sejak kena strok... Aku tak sure dia masih ingat ke tak cucu-cucu dia, terutamanya aku... Sebab dia tak dapat bagi reaksi sangat... Boleh bangun berpimpin jer, bercakap pun takat keluar suara garau... Tapi dalam hati aku, dapat rasa dia masih ingat cucu-cucu dia, tersentuh bila masa nak salam bergilir-gilir, tok aku menangis... tiba-tiba jer, sblum tu xde reaksi apa-apa... Mungkin dia teringat ketika zaman dulu @ seronok anak cucu berkumpul skali lagi dengan dia...

 
 Family Tok...

Adik beradik Abah...


Adik Beradik aku, Mak Abah dan Tok...


  Apepun, walaupun masa singkat... Tapi harap dapat lagi berkumpul pada masa depan... Seronok tengok sepupu-sepupu yang dulunya kecil, sekarang dah dewasa... Walaupun zahirnya ayah aku dengan adik beradik tiri dia, dan tok aku, hanya tok tiri (kawin dengan arwah nenek kandung aku)... Tapi detik macam raya ni, tak terasa sorang pun terasing... 
 
Salam raya dengan Tok...
 
Betul orang kata, anak-anak ni, nak tak nak, dari kecil kena didik beraya bersama, berkumpul bersama...  Dulu aku akui, tiap kali nak beraya umah tok di Bukit Goh, memang satu kerugian, asyik nak raya Balok jer... Tapi lepas arwah nenek aku meninggal, aku terdetik dan terpikir, selama ni aku dan adik beradik aku banyak hiris perasaan nenek... Even dah sampai ke umah nenek dulu, kami adik beradik menangis tak nak turun kereta, nak beraya kat Balok... Nenek aku memang garang, emmm bukan garang la, tapi banyak bebel pada cucu... So dulu kami ni jadi xselesa...
 Aku, Ja, Mia & Pipa...

So sekarang, rasanya bila abah ajak pegi Bukit Goh, aku tak rasa keberatan, tapi lebih kepada nak tebus masa-masa kecil dulu... Walaupun aku tau, takkan hilangkan rasa sedih nenek aku bila cucu-cucu dia xnak beraya/balik ke Bukit Goh... Siap nenek datang ke Balok nak tengok cucu... Betul orang kata, bila seseorang dalam hidup kita dah takde, walaupun kita kurang suka, akhirnya yang itulah kita rindui dan sayang atas ape yang dorang buat pada kita dulu...

Semoga arwah nenek ditempatkan di kalangan mereka yang beriman... Al-fatihah...
Dan, semoga Tok aku dapat lebih sihat dan panjang umur untuk kami anak beranak berkumpul lagi...


Selamat Hari Raya Aidilfitri...
~ Ikhlas Dari Aku Sefamily ~



Me & My Wife...

Khamis, 1 Ogos 2013

Huhuhuhu : Kehilangan Permata Negara... Chua Boon Huat...


Salam... Lama tak berposting...




Awal pagi hari ini, kita dikejutkan dengan kematian atlet hoki negara, Chua Boon Huat... Betul-betul rasa kehilangan... Semoga jasa dia selama ni terus dikenang kepada sukan negara amnya dan hoki khususnya...

Chua Boon Huat ni, macam nicol david pada aku, sebab dari aku sek. men. lagi dah dengar nama dia... Sebijik nicol... Dia start naik lepas sukan Komanwel Kuala Lumpur... Macam Nicol jugak, bila tengok dia keluar dulu, terdetik dalam hati, ntah kenapa, akan cakap budak ni ( pdahal masa tu aku  pun budak jugak lagi, hehehe) msti akan jadi star @ lama bertahan dalam sukan... 

Dan, telahan aku betul... Dia antara atlit yang paling lama dalam skuad kebangsaan... sampai sekarang ada lagi, still main untuk skuad kebangsaan... bagi aku, dia model untuk orang-orang muda dalam sukan... Bersih... komitmen... macam Nicol...

walaupun dia bukan islam, tapi aku ucapkan takziah kepada ahli keluarganya... semoga dia terus diingati.. dan yang pastinya, aku sebagai peminat sukan akan terasa kehilangannya dalam bidang sukan...


Jumaat, 7 Jun 2013

Wahai wanita...


Emmm... Persoalan...
  • Berapa ramai kaum wanita yg faham yg mereka pergi bekerja pun atas izin suami, dan atas niat hendak membantu suami dalam membesarkan keluarga?
  • Berapa ramai yang sanggup melepaskan kerja mereka sekiranya suami mereka menyuruh mereka berhenti kerja dan jadi surirumah?
  • Berapa ramai pula yg bersolek berhias bukan main utk ke tempat kerja tetapi selekeh bila di rumah dan ketika suami hendak mengadakan hubungan intim di kamar tidur?
  • Berapa ramai isteri yg faham melayan kehendak seks seorang suami adalah lebih mulia berbanding dia keluar bekerja dan bila pulang ke rumah tidak dapat melayan suaminya atas alasan penat bekerja?
  • Berapa ramai isteri yg faham mereka kena bagi keutamaan kepada suami berbanding ibu bapa mereka sendiri?
  • Berapa ramai isteri yg begitu mudah meninggikan suara kepada suami mereka apabila berlaku perselisihan faham?
Tatatertib bagaimana seorang isteri harus berkelakuan ketika bersama dengan suami dirumah (untuk orang zaman skrg) :
  1. Sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada dirumah. Isteri hendaklah dalam keadaan wangi supaya suami selesa dengan isteri.
  2. Tunjukkan wajah yang ceria dan senyuman yang manis ketika suami pulang dari bekerja, tapi tiada susahnya untuk menghadiahkan suami senyuman. Senyum seorang isteri sedikit sebanyak mampu mengurangkan keletihannya.

  3. Elakkan bersikap moody apatah lagi menarik muka masam dengan suami, sikap begini boleh saja membuatkan suami tersinggung.
  4. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya. Jangan suka menyampuk dan memotong percakapan suami.
  5. Layani perbualan suami biarpun apa yang diperkatakan bukan yang anda minati. Dengarkan saja kata-katanya dan responlah bila diperlukan.

  6. Apabila bercakap dengan suami pula pastikan anda mengucapnya dengan nada yang lemah lembut dan bukan menengking-nengking
  7. Sekiranya suami marah, seeloknya isteri mendiamkan diri. Jangan amalkan sikap suka menjawab (walaupun anda rasa anda betul). Suka menjawab akan mengundang lagi kemarahan suami.
  8. Ada kalanya suami suka mengusik isteri. Bila yang dilakukan menyentuh perasaan, janganlah terlalu dan cepat merajuk. Tanamkan sikap untuk menjadi lebih sporting bukan lebih sensitif.
  9. Bergurau sendalah dengan suami, ketahuilah bahawa bergurau senda antara suami isteri juga salah satu ibadah yang diredhai Allah S.W.T
  10. Jika suami berhajat sesuatu, isteri hendalah cepat bertindak. Bangun segera jika disuruh dan janganlah melengah-lengahkan kemahuannya sehingga mencetuskan kemarahan.
  11. Bila kehendak suami dan anak-anak bertembung, dahulukan kehendak suami.
  12. Minta izin suami sebelum keluar daripada rumah begitu juga sekiranya anda pulang lewat dari tempat kerja supaya suami tidak risau.
  13. Mintalah izin terlebih dahulu sebelum menggunakan harta suami baik kereta mahupun wang ringgit. Jangan amalkan “Guna Dulu Beritahu Kemudian”
  14. Sediakan suasana rumah yang memberi ketenangan buat suami. Jangan biarkan rumah berselerak terutamanya ketika suami yang penat bekerja pulang kerumah.
  15. Masaklah hidangan  mengikut kesukaan suami dan bukan selera isteri.
  16. Air minuman suami pula hendaklah sentiasa disediakan. Tak perlu tunggu suami minta baru nak sediakan. Sebaiknya, sentiasa sediakan air ketika suami pulang dari kerja
  17. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan suami sebelum dia keluar dari rumah untuk ke tempat kerja.
  18. Cium tangan dan pipi suami sebelum suami keluar dari rumah.
  19. Jangan membuat perkara yang boleh membebankan suami seperti suka berhutang dalam membeli barang.
  20. Hargai pemberian suami walaupun cuma hadiah yang kecil.
  21. Biarkan suami tahu yang anda cintai dirinya. Sebelum berkahwin hari-hari cakap i love u dan i miss u, kenapa tidak selepas berkahwin??
  22. Teman suami ketika makan walaupun anda tidak makan
  23. Jangan biarkan suami tidur sendirian.
** MERAH : Kritikal bagi aku... @ still missing... @ kurengggg...

Black!!!!!!!


Sound familiar??? 1 daripada lagu terbaik sepanjang zaman, Black dari band Grunge yang lebih awal popuar dari Nirvana... Suara Eddive Vedder memang legend lah.. Terutama lagu Black ni (unplugged Version, terbaik)... Kat Malaysia ada 1 band alternative suara sebijik Eddie ni... Apa ntah nama band tu, xingat la plak...

Lyric last dia... Fuhhhh...

I know someday you'll have a beautiful life,
I know you'll be a star in somebody else's sky,
But why, why, why can't it be, can't it be mine?



Ahad, 5 Mei 2013

Jom Undi PRU 13...


 Fuhhhhh, lama tak jalan kaki menuruni bukit ke sekolah rendah Kebangsaan P.P.P.T.R... Ayah aku wat cadangan masa nak kuar ngundi, jalan kaki jer, sebab parking tetap jauh jugak kalau bawak keta... 

Last jalan kaki masa darjah 6 dulu... Masa menuju ke pusat pengundian ni, teringat waktu jalan dengan panasnya, bawak beg beratnya... Dulu, anak-anak pokok, sekarang sebesar-besar pokok... Huhhhh...

Seronok jugak mengundi ni yek, rasa macam besar je tanggungjawab... Dulu tak ngundi, walaupun duk bising-bising cite pasal politik, tapi tak rasai feel mendalam... 

On the way, jumpa kawan-kawan abah sepanjang perjalanan, semua kutuk aku tua dari abah sebab ada uban penuh dah... kekekekeke... Tapi yang pentingnya, aku hepi kerana dari kecik sampai sekarang, jalinan hubungan baik dengan geng-geng abah aku, tak pernah putus... Sentiasa je orang kenal, orang ingat... Pasal abah aku pun jenis mulut riuh, so orang ingat la anak sulong dia ni, walaupun aku pendiam... Tumpang glamour jgak la kiranya... Senang, pegi mana-mana kat area tu, orang kenal aku anak sape... Nasib baik abah aku bukan calon... keekekeke...


Rabu, 6 Februari 2013

Tugas-tugas Orang IT...


Tugas-tugas orang IT di zaman canggih sekarang... 8 kerja / bahagian / degree / diploma / sijil / Kursus yang berlainan tetapi di bawah tugas seorang kakitangan IT di mana-mana agensi sekalipun... So, sape-sape orang IT, nak tak nak, kena kuasai ke lapan-lapan bidang ni, kalau tak, kena la ayat-ayat macam ni :  

" orang it pun tak tau??? belajar mende masa kat U dulu?"
"jadi orang it saje je, tapi xtau"...


** Sumber pic dari : http://dailyinfographic.com

Isnin, 4 Februari 2013

Shania...



Fuhhh lama dah tak dengar lagu baru si Shania ni... Ka-Ching!, Forever And For Always, When U Kiss Me, Man! I Feel Like a Women, I'm Gonna Getcha Good, You've got a way with me, Up! dan 2 lagu paling best You're Still the dengan From This Moment... Fuhhhhhhhh... Suara plak serak-serak basah... Great artist..Beautiful lady dan lagu-lagunya, perfect dengan dia!!!! Mungkin dia wanita paling cantik dalam industri muzik ni... Great mama too...

From This Moment On... Banyak maknanyer... Hehehehe...


Dying In The Sun...

Emmmmmmmm... Emmmmmm... Tak tau nak cakap ape...


Do you remember The things we used to say?
I feel so nervous When I think of yesterday

How could I let things Get to me so bad?
How did I let things get to me?

Like dying in the sun
Like dying in the sun
Like dying in the sun
Like dying

Will you hold on to me
I am feeling frail
Will you hold on to me
We will never fail

I wanted to be so perfect you see...
I wanted to be so perfect...

Like dying in the sun
Like dying in the sun
Like dying in the sun
Like dying...

Budak-budak Kesayangan Abah...


Lama tak update pic-pic bebudak nih... 

 Kakak Mia... Dah 5 Tahun!!!

Baby AFeeFa... 1 Tahun 4 Bulan...

Time demam baru la boleh bertepek berdua... Hehehehe...

 K-POP???? dengan adik bradik angkat, kekekeke...

Rappers...

Liga Super 2013 : Pahang Top???


Salam, 



Liga Super 2013 dah start... Dan buat pertama kalinya setelah bertahun-tahun, aku masih lagi tak dapat pergi Stadium Darul Makmur... Dan yang bestnya, setelah 5 game, Pahang dikedudukan yang mengejutkan ramai orang... Pertama!!!! Hahahahaha...

Dan, setiap game Pahang, dipenuhi oleh penyokong-penyokong Pahang dari segenap tempat, dah mula ramai mengaku sokong Pahang... Berbeza pada zaman Pahang jatuh ke Liga Premiere dulu, tak de sorang pun amik tau... Aku terus terkenangkan zaman lalang Stadium DarulMakmur ni dulu, siap boleh kira kedatangan pengunjung-pengunjung ketika game berlangsung... Apepun, tu kenangan lalu. sekarang, datang pukul 8.30 mlm, boleh la ko berbaris kat luar sambil dengar orang jerit gol kat dalam stadium... Silap-silap abis separuh masa pertama baru dapat masuk... Hehehehe...

Apepun aku ucap tahniah kepada penyokong-penyokong Pahang yang dah lama menunggu detik-detik ni... Walaupun, aku tau masih awal, dan tak rasa Pahang dapat kekalkan kedudukan (dengan pemain 2 import yang sangat teruk)... So enjoy la keadaan sekarang puas-puas... Dah lama tak tengok Pahang top liga... Muahhhhhhhhhhhh...

Nazmi lari???


Salam...

Nazmi Faiz... Nama yang tiba-tiba mendadak selepas Sukan Sea Jakarta dulu... Then menjadi harapan jutaan rakyat Malaysia untuk berjaya atau sekurang-kurangnya menjadi pemangkin pemain muda... Lebih-lebih lagi bila dia sign kontrak dengan kelab pro Portugal, Beira-Mar... Dulu pun, aku berharapan supaya dia at least timba pengalaman selama mungkin...

Tapi sejak 2 3 hari ni, tiba-tiba terkeluar cite psal Nazmi ni... Aku pun tak berapa clear mula-mulanya sebab dah lama jugak tak ikut perkembangan berita sekarang... Maklumla, dah malas nak bukak tv yang penuh dengan acara berkempen awal... Walaupun, PRU pun tak tau bila... So baik aku layan kartun jer dengan anak-anak... heehehe...

NAMZI FAIZ pulang ke Malaysia setelah terminate kontraknya dengan Beira-Mar... Akan bermain untuk Selangor PKNS setelah semuanya selesai... Wahhhhhhhhhhhhh... Waduh... 

Ntah kenapa... Even ayah dia pun tak bagi jawapan, coach-coach plak, macam Ong Kim Swee pun tak bersetuju dengan tindakan dia...

Macam-macam plak teori keluar... Ntah mana ntah yang betul... Tapi aku rasa, Hearsay yang paling aku leh terima :

1. HomeSickness!!... - Untuk budak yang berumur belasan tahun, yang duduk sorang-sorang kat oversea, mungkin terlalu banyak utk dia... Tapi, pelajar-pelajar yang lepas SPM pegi oversea, ape cerita??? takkan semua lari balik sebab rindu nasi kukus??? Dengar kabar, sebelum pegi, FAM pun readykan dia untuk berhadapan media dan lain-lain... EMmmmm, apepun yang ni paling logik untuk diterima...

2. Gaduh dengan awek, tengku ape ntah... - 2 3 hari sebelum keluar cite pasal balik ni, ada kes tentang tweeter yang nazmi tudul aidil zaquan ngorat awek dia... (aku tak masuk campur, kekekeke), tapi sebab perempuan pun boleh jadi faktor utama... Nampak jugak signifikan pada tindakan dia, betul-betul berlaku selepas kes tweeter ni berlaku... So Nazmi ada taman di hati... heehehehe...

Apepun, berita ni mengecewakan ramai pihak walau apapun alasannya... Dan semestinya aku pun kecewa jugak... Baru ni aku baru je baca pasal player Malaysia kedua sign kontrak dengan kelab Portugal (sape nama ntah, tiba-tiba je lupa lak), Nazmi siap jemput kat sana... Tup-tup dia beli tiket balik ke Malaysia plak... Kekekekeke...