Memaparkan catatan dengan label Bola.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bola.... Papar semua catatan

Khamis, 23 Ogos 2012

Piala Malaysia 2012...


Salam RAya...

Piala Malaysia tahun ni, Pahang berdepan dengan 3 pasukan yang lebih kurang setara dalam Kumpulan D... Selangor, Sarawak dan T-Team...

Alhamdulillah, Pahang menang game pertama semalam... Tahniah... Menang ke atas T-Team (yang ramai bekas player star Pahang dulu)... Walau tak ada star besar (Kecuali Alex, tu pun baru je coach Malaysia nampak bakat dia), tapi dapat kalahkan group player yang lebih berpengalaman... 3-2... Tapi macam biasa, last 30 atau 20 minit, mesti bocor punya, huuhuhuhuh... fitness player kena tingkatkan lagi...

Semalam, Pahang balik ke gelanggang asal, Stadium Darul Makmur, huhhhh lama tak masuk stadium ni, rinduuuuuu... Sabtu ni main kat Selangor plak, ada sediakan bas... So sape-sape nak pegi, leh la contact mereka yang terlibat... Moh kuningkan merah di Selangor... Harap menang!!!!

Isnin, 25 Jun 2012

Uefa Euro 2012 : Ukraine & Poland...


Dah Masuk Ke Semi-Final dah pun... Hehehehe... Ntah kenapa, makin tua, mood nak tonton bola seberia-berianya, dah tak ralat kalau termiss game-game yang best... Even game German pun, aku 2 3 kali miss dah setakat 4 game German di Euro ni... kekekekeke...

Apepun, German tetap gah setakat ni... Semi-final kali ni 4 top team akan berentap : German vs Italy... Spain vs Portugal... Tiada kejutan dari Greece atau team-team konvensional yang lain... Tuan rumah bersama, Polang & Ukraine, terkeluar awal...

England... Macam biasa, sembang lebat dengan BPLnyerrr yang terkenal seantero dunia... Dan dengan sembang itulah, terkeluar dengan setiap game yang dilalui, hanya nasib menang @ seri semata-mata... Aku nak jer dengar komen-komen fan BPL nih... Nama player kununnya tersohor, macam Milner, Rooney, Ashley Young, Cole & Caroll??? hahahaha... Dengar dalam BPL jer besar giler, tapi peringkat Eropah pun dah tak lepas, lawan dengan team Ukraine pun struggle giler-giler...

Berbalik kepada German... Bertemu dengan Italy, berat jugak tugasnyaaa... World Cup 96 dulu di tempat sendiri, kalah kepada ITaly... Kali ni plak, rasanya susah jugak nak menang kot... Gaya permainan ITaly memang susah nak tembus & serang secara berkala macam German lawan Greece itu hari... Tapi aku minat dengan percaturan Coach memasukkan Reus & Schürrle... Sebelum ini, kerap bergantung kepada Podolski, tapi dengan ada 2 orang player ni, lebih dinamik bahagian serangan...

Spain vs Portugal... Harap-harap Spain kalah la kot, kalau lawan Portugal di final... Maybe peluang lebih terbuka... Anyway goodluck pada semua team yang still bertanding...


Rabu, 21 Disember 2011

Liga futsal tokgajah.com2012...



Keputusan Undian Pasukan Liga Futsal TOKGAJAH.COM (edisi 6) 2012 

BAYERN MERCHONG Azahar Adha Shahrul Didi Masrizal Ramly Khairuddin Naimullah UMP Mohd Azaha

BORUSSIA DONGMUND Abdul Halim Tukang Belari Adik IM Hady Azhar Yarid Ahmad Hazran Malik Syafeeq Dahalan

HERTHA BALOK Hasib Amir Ndriey Chenko Mohd Fierdaus Azizi Jaafar Khairul BASF Salleh Shariff

WERDER BERAMEN Shahmee Nazrul Naruki Armyroll Abu Hanifah UMP Farhan Aiman Dahalan Rudy Exahar

BAYER LEPARKUSEN M. Irwan Jamaluddin Nakata Rinami Za Zakaria Zul SKMM Faiz Majid Maizu Kaizumura Ahmad Latiff

BESERAH MONCHENGLADBACH Zaki Hafiz Mohd Farid Keka Kaka Amir Kurtrock Aizat Haikal Ero Senin Ismaputra

VFB TONG KIAT Rizal Badruzzaman Rahman Azman Afiz Nesta Ahmad Jetto Zam

SKMM JENGKA 04 Hadi Anip Gebeng Adam Sayed Aizuddin Abg Long IM Aizat Razali Safsalas


** Sumber  : FB shafeeq Dahalan...

Jumaat, 14 Oktober 2011

Liga Futsal TGC... Edisi ke-6...


Dengar kabar, cikgu Epit nak buat liga Futsal Tahunan TGC 2012 ni lebih awal... Maybe 1.1.2012 atas sebab-sebab tertentu... Hehehehe, gue henjut jer... Seronok gak... Sekarang susah betul nak boleh dapat main futsal... Ada je sebab... Time dah free, kena plak outstation... Cuma, maybe ramai 'takde'... takpelah, main mana yang ada...

Ahad ni plak, TokGajah.Com anjurkan 1 kejohanan amal (Kejohanan Futsal Amal Azam Bakar 2011) sempena bagi membantu bekas player dan orang penting dalam bolasepak Pahang, Azam Bakar yang jatuh sakit... Cuma kejohanan ini, sepatutnya untuk membantu sedikit sebanyak, namun arwah pergi dulu (4hb Oktober 2011), so hasil kutipan diserahkan pada family arwah... Semoga rohnya dicucuri rahmat... Jasa dia tak akan dilupakan, antara yang terlibat bawak balik Piala Malaysia terakhir pahang menangi masa tahun 1992... Semoga hasil kejohanan amal ni, dapat memberi sikit sebanyak bantuan kepada waris arwah...

Antara team yang akan bertanding dalam kejohanan amal ni :


1. 90's Ex-player (Azaruddin Aziz / Zul Hamizan)
2. Tokgajah.com (Nakata Rinami)3. CENFED UMP (Aiman Dahalan)4. Persatuan Jurufoto Kuantan (Ali Shamsul Bahar)5. Media Pahang6. Jejempot FC (Faiz Majid)7. Runner FC Junior (Denny Arf)8. Briged Al-Qassam (Zaki Hafiz)9. Kuccha FC (Ajis Bkt Goh)10. Telekom A (ApEez Rayyan)11. Telekom B12.  HIJAU (Umar Mukhtar Badrul Huzaini)..

Harap kejohanan ni jugak merapatkan hubungan sesama kami semua...

Ahad, 20 Jun 2010

Maradona vs Pele...





Tiap kali World Cup, mesti akan ada headline panas macam tajuk kat atas ni... Sape yang terbaik daripada 2 orang pemain hebat sepanjang zaman... Sebelum cite panjang lebar, aku memang sokong Maradona nyerrr, ye la aku hidup di zaman kegemilangan dia... Sempat tengok dia main + memang dia player terhebat... Tak boleh disangkal lagi...

Pele plak, hidup dikalangan generasi hebat disekelilingnyer... Team Brazil sentiasa ada ramai yang berbakat, so mudahla keje Pele depan goal... Tapi dia takde Influence yang besar macam Maradona dalam team...

1986... Maradona single-handled team Argentina menang World Cup... Semua player Argentina berteraskan dia, main untuk support dia dalam setiap game... 1990 pun macam tu, hampir-hampir jadi juara, tapi kalah pada Germany dan jumpa lawan paling hebat dia pernah lawan, Matthaus... 

Kat bawah ni, aku copy dari satu laman web, perbezaan antara Maradona dan Pele... Ok, enjoy World Cup 2010!!!


Maradona
Pele




Height:
1.65 m (5 ft 5 in)
1.74 m (5 ft 8+1⁄2 in)

After Retirement:
Suffered ill health, underwent stomach-stapling operation which helped control his weight gain. Since overcoming his cocaine addiction, he has become a TV host in Argentina.
Has been an ambassador for football and has also undertaken various acting roles (featured in ten films)and commercial ventures

After Retirement acheivements:
None
Appointed a United Nations ambassador for ecology and the environment, Awarded Brazil's Gold Medal for outstanding services to the sport in 1995 & Appointed a UNESCO Goodwill Ambassador

Retirement Year:
1997
1977

Recognition / Awards:
Received the FIFA award of Player of the century (People's choice) (2000), Argentine Senate "Domingo Faustino Sarmiento" recognition for lifetime achievement ( 2005), Golden Ball for services to football (France Football): 1996
the Title of "Athlete of the Century" , FIFA award for "The greatest player in the history of the game" (2000), Officially declared the "football ambassador of the world" by FIFA and a national treasure by the Brazilian government

Total goals scored:
311
1280 (including friendly)

Total Matches played:
592
1363 (including friendly)

National Team:
Year- 1970-76, Club- Argentina, App (Gls) – 91 (34).
Year- 1956-71, Club-Brazil , App (Gls) – 92 (77)

Youth Clubs:
Argentinos Juniors
Bauru AC

Playing Position:
Supporting striker,Attacking Midfielder
Forward

Full Name:
Diego Armando Maradona
Edson Arantes do Nascimento

Date of Birth:
October 30, 1960 (age 46)
October 23, 1940 (age 67)

Place of Birth:
Villa Fiorito, Buenos Aires, Argentina
Três Corações, Brazil



Khamis, 10 Jun 2010

Selepas 20 Tahun...


Emmmmm... Akhirnya, World Cup yang ditunggu-tunggu dah pun sampai!!! Esok bermula la episod 'tengok bola sampai muntah'... Hehehehe... Bila dipikirkan balik, 4 tahun yang lepas macam baru je sangat-sangat kita tinggalkan... 

Sepanjang hidup, aku dah lalu 8 kali World Cup :-

  • Spain '82 (memang tak tau mende pasal umur baru masuk 2 tahun, kekeke...),
  • Mexico '86 (masa ni tengok tapi tak ingat mende kecuali 2 jer, bola rasmi tu & Maradona yang aku dengar masa geng-geng ayah aku dok sembang...),
  • Italy '90 (masa ni memang dah kenal sangat sape Maradona, Germany...),
  • USA '94 (World Cup yang mana surat khabar Malaysia memang meriah giler bahagian sukannya time nih...),
  • France '98 (Tahun aku SPM & World Cup paling aku ingati sampai sekarang tiap detiknya...)

  • Korea/Japan '02 (Masa aku kat U...)
  • Germany '06 (Aku tak berapa fokus sangat time nih...)
South Africa '10??? emmm, aku rasa macam tahun ni aku lebih fokus berbanding World Cup terdahulu... Tak tau kenapa tapi rasa kejohanan kali ni lebih seronok & aku rasa macam ada 'Instinct', sesuatu yang best menanti sebulan dari sekarang... Bayangkanlah, 20 tahun dah team pilihan aku tak menang World Cup... PErghhh, sedar-sedar game Argentina vs Germany tahun 90 dulu dah amik masa 20 tahun!!!!!!!! Tuanya aku sekarang yek!!!

Esok pagi, perlawanan pembukaan antara tuan rumah kejohanan kali ni, Afrika Selatan melawan team peberet aku, Mexico... Aku tak nak tengok team tuan rumah ni (lebih-lebih lagi team Afrika) jadi team pertama yang mana tuan rumahnya tak lepas pusingan pertama dalam World Cup sejak diperkenalkan... Tapi nak wat camner, terpaksa la Mexico kena menang, hehehehe...

Apepun, jom kita semua fokuskan pada kejohanan kali nih... Sebulan kita rayakan sukan no. 1 dalam dunia nih... Good luck to every players, countries & supporters!!! Have a good memories!!! & enjoy World Cup yang datang ni sepuas-puasnya...

Jumaat, 4 Jun 2010

World Cup 2010... Afrika Selatan...


World Cup 2010 di Afrika Selatan... Dah tinggal beberapa hari je lagi sebelum kick-off... Semua team dah pun keseluruhannya dah pilih 23 pemain yang nak dibawa ke Afrika...

Dan rasanya, persiapan tahun ni paling banyak friendly oleh team-team yang layak... Ni pun tengah layan Spain vs Korea Selatan... Liga Malaysia dah pun rehat untuk beri laluan pada World Cup & Sukma di Melaka...

World Cup kali nih, aku pilih macam biasa la team-team kegemaran aku sejak kecik, Germany & Argentina + Mexico... Heehehehe... Tapi Mexico takde la peluang untuk menang...

Bagi aku team yang kuat @ boleh pegi ke final World Cup kali ni, maybe --> Brazil & Spain... Walaupun aku tak sokong kedua-dua team nih, tapi tak dapat dinafikan, Brazil tiap kali piala dunia, skuadnya memang kuat, dari dulu lagi... Spain plak, generasi emas dia dah bermula sejak Euro2008 hari tuh... Player-player yang diaorang ada pun memang best2 macam Xavi, Fabregas & Villa...

Germany... Persiapan tak berapa ok... Ramai player key injured... Macam Ballack, Westermann dan beberapa lagi player...

Argentina... Masa kelayakan, teruk & tak berapa menjadi... Tapi aku yakin, lagenda & idola aku, Maradona dapat buat sesuatu kat World Cup nih... Harap sangat dia jadi Player & Coach yang berjaya menang World Cup, macam Kaiser & yang lain-lain...

Emmm... Apepun tunggula ujung bukan 6 ni untuk sama-sama tau sape joghonyerr...

Malaysia??? bila plak leh lepas ke World Cup nih???? Letih dah nyokong team luar jer...

Rabu, 28 April 2010

Afrika Selatan '10... Ghairah yang hilang...


Piala Dunia... 2010 di Afrika Selatan... First time di benua Afrika... Dah tak lama WorldCup ni nak start... Sebulan lebih je lagi... Tapi aku tak rasa seghairah dulu, tak seghairah masa aku kecik :-

--> masa aku tengok Mexican wave di Stadium Azteca, Mexico '86 ( Aku ingat ke bola FIFA lama tu jer, yang hitam putih tuh, kekekeke)... Maradona & Matthaus bertarung di Italia '90... Bila tahu Maradona kena ban dari USA '94... Excited tengok Argentina kalahkan england di France '98... Tengok Kahn tunduk kecewa di Korea/Japan '02... Tengok Germany gagal ke akhir di hadapan penyokong sendiri di Germany 06...

Aura & pesona bolasepak dah makin kurang, walaupun still follow, still minat, still sukan no. 1 aku... Aku rasa sebab mungkin dah kerja, dah berfamily, dah tak banyak masa & ntah ape lagi ntah...


Kalau tanya aku, team apa yang layak pun, aku tak berapa ingat, lebih-lebih lagi banyak plak kejutan team yang layak ke final kali ni mcm new zealand... Huhuhuhuhu... Turki? Czech? Iran? yang aku sokong, semua tak lepas, kekeke (Banyak betul yang aku sokong)...

Kalau dulu, boleh ingat team apa dalam peringkat kumpulan... Tau tarikh pengundian peringkat kumpulan, walaupun takde astro (sampai sekarang pun takde lagi, kekeke)... Silap-silap, nama-nama player untuk setiap team pun leh ingat lagi...

Sekarang, team-team yang aku sokong pun, aku tak tau sape player-player yang akan ke WorldCup nih... Argentina, Germany & Mexico... Sampai sekarang blur lagi barisan diaorang nih...


Cuma, aku harap, WorldCup kali ni, team-team pilihan layak ke peringkat tinggi macam suku akhir... Harap tak banyak kejutan...

& macam biasa la, aku harap biar team yang aku sokong ke final WorldCup kali nih... Argentina & Germany... Mexico? emmm, harap layak sampai suku akhir la... Kalau team pilihan tak lepas, aku sokong team underdog je la nanti...

** Gambar-gambar di atas adalah hiasan semata-mata, walaupun mereka ensem, tapi abaikan, wakekekeke...