Khamis, 31 Disember 2009

Year 2010...


Assalamualaikum...

Hari ni last day untuk tahun 2009 (kalendar Masehi la)... Ikutkan kalendar agama kita, dah celebrate dah kedatangan tahun baru, 12-13 hari yg lepas...

kejap je rasa sekarang ni... Dulu nak tggu jadi orang besar punya la lama, tapi ni bila dah besar panjang, rasa kejap je dah nak masuk 30an... lg 2 tahun jer...

Ujung tahun ni, banyak giler keje tertangguh yg kena siap sebelum thun baru... huhuhu... masa ni jgak la banyak kena pg keluar, seminar la kursus la ape la... letih rasanya... Akhir tahun ni jgak la ramai wat kenduri kawin sana-sini... akhir tahun ni jgak la, ada cuti jumaat-sabtu-ahad sbnyk 3 kali, hehehehehe...

Tahun 2009 ni, banyak jugak benda2 yang aku tak settle lagi... rasanya berterabur lagi hidup nih, ntah bila nak settle down, xkisah la dari segi penampilan ke, kewangan ke (paling utama, kekeke) dan lain2... Tahun 2009 jugak, aku start duduk sekali dgn wife & anak aku... So ok la sikit dari segi blanja...

Rabu, 30 Disember 2009

Pencarian :- The Champ's...

The Champ's... The most poignant love-triangle of all - a father, his son, and the woman who came between them.



Aku dah lama mencari CD cite ni, sampai sekarang tak jumpa lagi... Memang ada kat internet, orang jual... tapi kalau boleh nak elakkan sebab harga dia mahal giler... Biasa la orang jual barang lama, mesti mahal... Kalau duit kita taper lagi, ni USD, kopak aku...

Cite ni boleh buat aku teresak-esak menangis, lama lak tu... memang senarai all time film la... Sejak tengok cite ni, aku lebih berminat nak tengok cite hubungan anak-ayah, memang lebih kuat permainan emosinya... mcm pursuit of Happiness dan lain-lain termasuk cite drama melayu...

Watak ayah dalam cite ni, Jon Voight (ayah angelina Jolie), Faye Dunaway & Ricky Schroder.

Ni ringkasan untuk plot cite nih :-

Plot: This solid tearjerker fits into the pantheon of 1970s cinema as sort of a ROCKY meets KRAMER VS. KRAMER. John Voight plays Billy, an ex-champ boxer who now works at the Hialeah racetrack in Florida with his idolizing son, T.J. (Ricky Schroder). Billy has drinking and gambling problems, but still manages to be a loving single father until the boy's long lost mother (Faye Dunaway) shows up wanting her son back, and the emotional showdown begins. It all leads up to a thrilling comeback fight, and lots of tears for all concerned. This was director Franco Zeffirelli's first feature filmed in America, and he put his Florida locations to inspired use. The supporting cast is filled with lots of familiar faces, including Elija Cook, Jack Warden and Joan Blondell. Still, this is basically a three-character piece, and they are each amazing: Voight is fearlessly raw and vulnerable as Billy; Schroder--only nine at the time--projects incredible emotion and charm, and Dunaway brings a great blend of glamour and insecurity to her role as the deadbeat mother who, just like Billy, wants a second chance at redemption.

Isnin, 21 Disember 2009

20 Tahun...

Akhirnya... 20 tahun kemarau Emas, dapat jugak kita merasa kegembiraan... Lama giler!!! dari aku umur 7-8 tahun masa last Malaysia menang Emas di Kuala Lumpur, sampai lah umur aku 28 tahun... Emmmm, sape yang tak happy...

Maybe tak adil pada sukan lain, walaupun menang lebih banyak pingat @ lebih gemilang, tapi Bola Sepak jugak yang jadi tumpuan seluruh Malaysia... Memang tak adil pada sukan lain, tapi kena akui Bola Sepak Malaysia still no. 1 dalam hati peminat sukan. Walaupun saban tahun mengutuk, mengherdik & cuba cari alternatif lain dengan menyokong pasukan antarabangsa lain @ sokong liga lain, still orang kita ambil kisah, still peduli... Bila dah berjaya macam ni, rasa puas, terharu, semua rasa ada malam keramat tuh... Semua orang bercakap pasal kejayaan ni, radio tak abis2 ulas tentang kejayaan ni, TV pun sama... Dalam paper pun tak abis lg bercakap pasal ni...

Bagi orang yang umur macam aku, banyak maknanya.... dari dulu tunggu saat2 ni!!!

Apepun, memang banyak lagi kelemahan, tapi at least permainan lebih baik daripada tahun2 'gelap' Malaysia dalam bola sepak... Harap lepas ni taraf permainan akan lebih tinggi & player dalam skuad Emas ni dah pun letakkan batu aras untuk skuad2 akan datang... Bila dah ada pencetus, selalunya persembahan akan datang akan lebih baik & x boleh lebih rendah dari sekarang... Maybe boleh ke tahap seterusnya, layak ke Piala Asia...

Masih awal utk bermimpi mcm tu, tapi tak salah sebab skuad ni dah pun setkan tahap baru dalam bola sepak kita... kita boleh bermimpi!!!

Tahniah pada Coach Rajagopal... Skuad sekarang memang cantik... Tapi masih ramai lagi player yang boleh ditambah ke skuad ini, mcm Alex (Pahang) dan lain-lain lagi... Kalau Rajagopal stick pada prinsip 'bukan atas nama besar sahaja', x mustahil Malaysia akan berpesta lagi, lebih besar & meriah...

Harap macam tuh....

Ahad, 25 Oktober 2009

Sinis...



Artist: The Cranberries
Album: Clockstoppers Ost
Title: Time Is Ticking Out

We'd better think about the things we say
We'd better think about the games we play
The world went round, around and round

We'd better think about the consequences
We'd better think about the global senses
The time went out, the time went out

What about Chernobyl?
What about radiation?
We don't know, we don't know

What about deprivation?
Gluttony, the human nation?
We don't know, we don't know
For me love is all, for me love is all
For me love is all, for me love is all

Time is ticking out

Looks like we screwed up the ozone layer
I wonder if the politicians care
And time went out, and time went out

What about our children then?
Is there nothing left for them?
We don't know, we don't know
For me love is all, for me love is all
For me love is all, for me love is all
Ahh they need oxygen, ahh they need oxygen
For me love is all, for me love is all
For me love is all, for me love is all

Time is ticking out yeah
The time is ticking out

Bajet 2010...

Bajet 2008 baru je lepas... 1Malaysia makins bersemarak... Klinik pung dah ada klinik 1Malaysia... hehehehehehehehe...

Nampaknya, industri Seni mendapat tempat yang besar jugak yek!!! Dengan tujuan memartabatkan Seni tahah air... Emmmm, Seni yang mcmana nak dimertabatkan tu? Rasanya mcm wayang & hiburan terus mendapat tempat di sisi Bajet... Makin tersenyum la org2 seni (org2 filem @ nyanyi)... mkin 'ter' mertabat lah diaorg... mkin bnyk la konsert 'dangdut' korang tuh... makin tersenyum lebar la korang....

Emmmmmmmm... Bosannn... Same Old Story...

Selasa, 6 Oktober 2009

The Shawshank Redemption...

The Shawshank Redemption...
Pelakon : Tim Robbin, Morgan Freeman
Pengarah : Frank Darabont

Salah satu yang terbaik dalam senarai All-Time movie aku... First time tengok time sekolah menengah, masa tu, sekali lagi tengok kat slot BlockBuster TV2 (eja salah kot, ntah ler)... Mula-mula, (sama macam A Perfect World), aku rasa macam tak layak je ada dalam slot TV2 ni yang memang tayang cite-cite hebat sokmo... Dah la Tim Robbin tu tak berapa terkenal, rupa pun tak smart sangat, badan tinggi & besar... Yang aku suka sebab ada Freeman tu jer. Tapi, rupa-rupanya, hebat jugak pelakon-pelakon filem nih... Betul-betul buat aku impress...

& satu lagi, banyak jugak mesej-mesej yang disampaikan dalam filem ni, tentang penjara, tentang kehidupan lepas penjara dan lain-lain...

Start cite ni, rasa macam boring jerrr... Tapi masuk je sparuh masa filem n, wowww... excellent!!! Aku jadi excited, betul-betul tak sangka tim robbin (wataknya : Andy Dufrene) buat pelan nak larikan diri... Plot filem ni tersusun & memang 'save the best for the last'...

Kisah tentang Andy yang ada karier bagus sebagai pegawai bank, 'bunuh' bini dia yang curang & didapati bersalah... So kena hantar kat penjara Shawshank (dari ni la judulnya, nama penjara) ni... Dalam penjara bkawan plak dengan Freeman (Red) & geng-nya...

So dalam penjara ni, pihak warden memang kejam & jahat... Andy ni diambil jadi penyimpan akaun duit-duit haram bos warden... Kat sini la dia mula perancangannyer untuk lari dari penjara... Siap wujudkan identiti baru untuk dia bila lari dari penjara & semua duit2 dalam akaun haram tu di pindahkan pada akaun identiti baru Andy...

Ni part yang Andy cite kat Red :-

LIBRARY -- DAY (1965) 167

TILT UP FROM PIE to find Red munching away as he helps Andy
sort books on the shelves.

RED : Got his fingers in a lot of pies,
from what I hear.

ANDY : What you hear isn't half of it.
He's got scams you haven't dreamed
of. Kickbacks on his kickbacks.
There's a river of dirty money
flowing through this place.

RED : Money like that can be a problem.
Sooner or later you gotta explain
where it came from.

ANDY : That's where I come in. I channel
it, funnel it, filter it...stocks,
securities, tax free municipals...
I send that money out into the big
world. And when it comes back...

RED : It's clean as a virgin's whistle?

ANDY : Cleaner. By the time Norton retires,
I will have made him a millionaire.

RED : Jesus. They ever catch on, he's
gonna wind up wearing a number
himself.

ANDY : (smiles)
I thought you had more faith in me
than that.

RED : I'm sure you're good, but all that
paper leaves a trail. Anybody gets
too curious -- FBI, IRS, whatever --
that trail's gonna lead to somebody.

ANDY : Sure it will. But not to me, and
certainly not to the warden.

RED : Who then?

ANDY : Peter Stevens.

RED : Who?

ANDY : The silent, silent partner. He's
the guilty one, your Honor. The man
with the bank accounts. That's
where the filtering process starts.
They trace it back, all they're
gonna find is him.

RED : Yeah, okay, but who the hell is he?

ANDY : A phantom. An apparition. Second
cousin to Harvey the Rabbit.
(off Red's look)
I conjured him out of thin air. He
doesn't exist...except on paper.

RED : You can't just make a person up.

ANDY : Sure you can, if you know how the
system works, and where the cracks
are. It's amazing what you can
accomplish by mail. Mr. Stevens has
a birth certificate, social
security card, driver's license.
They ever track those accounts,
they'll wind up chasing a figment
of my imagination.

RED : Did I say you were good?
You're Rembrandt.

ANDY : It's funny. On the outside, I was
an honest man. Straight as an
arrow. I had to come to prison to
be a crook.


Time dia lari tu la paling best... dah la tak sangka... time ni la semua plan-plan yang dia buat ditunjukkan... Selama dia di penjara, hari-hari dia korek simen dinding penjara, sampai bertahun-tahun... Lari ikut saluran najis sepanjang 2 padang bola & bebas...

Tim Robbin memang pelakon berkaliber... Freeman tak yah cakap la... Diaorang ni sebaris dengan A-list aku macam Al-Pacino, Travolta, Will Smith, Denzel Washington, Dicaprio, Russel Crowe, Edward norton dan lain-lain...

Memang best la, sampai tak reti nak ulas... Hehehehe... Korang tengok la sendiri... Kat kedai-kedai CD, banyak jugak cite nih... Di jamin korang memang puassss...

Merungut????


Emmm... Mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia makin lama mkin bertambah... dah lebih seribu...


Baru-baru ni, kuar kat TV3, berita tentang pelajar-pelajar kita yang 'terseksa' kat sana tanpa makan minum ketika berjalan untuk ke Base Malaysia... Tiada siapa membantu, pastu siap 2 3 hari masuk TV3 untuk diinterview & memaparkan lagi kelemahan & ke'sambil-lewa'an kerajaan Indonesia dalam menolong mereka... Dalam berita tu, dipaparkan jugak, pelajar-pelajar Malaysia yang macam 10 hari tak makan, terseksa sungguh mereka... Cian sangat...

Ishhhhhhhh, aku menyirap tengok cite-cite diaorang nihhhh, bukan menyirap pada kerajaan Indonesia, tapi pada kedaifan pelajar Malaysia ni sendiriiiii... Dalam keadaan macam ni pun, still expect sambutan istimewa buat diaorang, apa korang ingat korang kaya, ada duit, mak bapak senang, boleh la korang nak suka-suka cite keburukan orang lain yang tengah sesak & tak keruan... Aku betul-betul bengang!!! maybe ramai yang tak setuju & marah aku cakap macam ni, tapi... lantak laaa...

Tak reti-reti bersyukur!!! Dah selamat dari bala bencana pun, still nak cakap 'BESARRRRRR'... Padang tengah bercelaru & bantuan pun berterabur lepas gempa, apa yang korang jangka sebenarnya???? nak Presiden diaorang sendiri ke jemput naik limosin ke???? nak sambutan karpet merah sampai ke Airport Padang tu???? Pastu dah sampai Airport tu, wat lak konsert senandung joget yang menampilkan artis-artis popular kat Malaysia ni macam Tomok, Mas Idayu dan ramai lagi???? Nak camtu ke? Sambil itu, tiap kali terjadi gempa bumi @ bencana alam kat situ, kena jugak sediakan sebuah hotel utuh bagi pelajar-pelajar Malaysia melampiaskan nafsu lapar mereka tatkala kat sekeliling diorang hancur musnah??? Aku ingat camtu kot korang ni semua nak... BODOH (dah tercemar blog aku ni dengan sumpah seranah aku sendiri)...

Korang pegi belajar kat sana, tuntut ilmu... Kawan dengan orang sana... Tapi bila terjadi perkara camni, korang tikam diaorang dari belakang... dah sampai Malaysia, abis semua korang war-warkan... Untuk ingatan, diaorang kena bencana!!!

Mungkin pada pandangan sesetengah orang, korang kena ekspoitasi dek media @ pihak politik kita, maklumla sekarang ni, angin Malaysia-Indonesia tak berapa baik kebelakangan ni... Tapi tu bukan alasannyerrr... Media pun bukan main lagi canang, 'Malaysia walaupun kena buat jahat dengan Indon, tapi still berhati mulia nak bantu' --> pada aku, double meaning tu, translate dia macam ni --> 'PADAN MUKA KORANG, TU LA bUAT PASAL DENGAN KITAORANG'...

Malaysia ni bertuah, kena pun angin-angin dari gempa bumi tu jer... Ingatla, yang kena tu semua kebanyakannya saudara kita... Tapi kita semacam happy lak... Kita ni ntah bila nak kena plak...

Time nak pegi belajar, nak pegi bercuti, nak pegi jalan-jalan, bukan main lagi, sini la tempatnyaaa... tiada tempat lebih best.. Tapi kena macam ni, Indon teruk, polis tak tolong, bomba tak tunjuk muka, xde orang amik ke Airport dalam kegelapan malam & macam-macam lagi... Blah la lu!!!!!! Sakit hati aku...

Khamis, 1 Oktober 2009

Lepas Raya...

Syukur pada Allah Taala... kita dah pun mlalui bulan Ramadhan & juga mlalui bulan Syawal... Raya tahun ni meriah jugak walaupun tak sama macam dulu-dulu... Tapi tahun ni tak berkesempatan nak pegi umah member-member sebanyak yang mungkin, banyak sangat sedara mara buat umah terbuka...

Hari ni, dalam berita... Malaysia kehilangan hak 'tulen' BATIK... Indonesia menang dalam pertandingan di UNESCO, huhuhu... So Malaysia tak boleh lagi claim yang batik asal dari Malaysia & Batik bukan identiti sejati Malaysia... So, rasanya lepas ni akan ada perubahan, maybe Batik tak lagi dipakai tiap2 hari Khamis... kot-kot la kan...

Semalam plak, Tsunami kat kepulauan Samoa, seratus mati... hasil 8 skala ritcher gempa bumi yang berlaku sebelum tu... Kat Padang Indonesia plak, gempa bumi jugak, kalau tak salah la, 7.6 skala ritcher... Ramai jugak yang terkorban... Emmm, baru-baru ni, kat Australia terjadi ribut pasir sampai pemandangan bertukar jadi merah & berdebu... Semalam jugak, ribut tiba2 kat area terengganu... Emmm, macam-macam yang berlaku pada manusia sekarang ni... Bumi pun dah tunjukkan kemarahan dengan kerap pada manusia-manusia yang suka sangat wat onar pada dia...

1 lagi berita yang buat kita sedih, 2 orang anak beranak mati dibunuh... mak & anaknya yang brumur 2 tahun... Aduhai, terbayang-bayang lincah budak tu time umur dia sekarang ni... Aku terbayang riak muka dia time-time sebelum kematian, ceria & sentiasa buat orang dewasa suka... Walaupun tak kenal, tapi bila tengok usianya, teringat anak aku... tak dapat nak bayang bila berlaku macam ni walaupun bukan pada anak kita sendiri... Budak kecil yang tak tau apa-apa lagi tentang dunia, mati ditangan orang yang boleh berfikir secara waras & tau baik buruk... Dah takde belas kasihan ke kita sekarang????

Jumaat, 18 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri...


Assalamualaikum semua...

Sempena kedatangan bulan syawal lusa nih... Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir & Batin... kepada semua, maafkan la salah silap aku yang mungkin selama ni aku tak sedar ada buat salah ke ape ke...


& hari yang indah ni jugak, dapat jugak aku jmpa budak2 Sahabat 16 --> Faizal... Hehehehe... seronok imbas kenangan lama2 nih...

Sabtu, 15 Ogos 2009

H1N1... Kenapa?


H1N1... Ingat lagi masa mula2 wabak ni mula dapat liputan dalam media massa, masa tu boleh kira dengan jari, sape yg percaya wabak ni boleh menular secepat @ sepantas sekarang dalam dunia nih... Aku pun, anggap kes ni senang je dibendung & satu kes terasing, & xmungkin Malaysia ni kena @ klu kena pun, sesuatu wabak yang boleh dikawal...

Tapi, nyata jangkaan aku meleset jauhhhhh... Bukan sahaja Malaysia kena teruk & termasuk dalam ranking 5 @ 6 negara terburuk kena H1N1, malah negeri aku, Pahang & daerah aku, Kuantan antara yang paling teruk terkena wabak nih... (walaupun still tak la sampai tahap parah lagi)...

Tak tau mana silapnya @ kenapa sepantas tu wabak ni merebak sampaikan dah mula wujud stigma dikalangan orang awam... Bagi aku, macam pendapat kebanyakan orang kita, kerajaan terlalu mahu menjaga imej daripada membuat langkah2 perlu yang lebih penting...

Dari seorang dua yang kena, sekarang dah kira ribu... Kerajaan tak tegas mana dalam hal ni... Awal2 dulu, just check & minta orang yang datang ke Malaysia turunkan tandatangan pengishtiharan kesihatan, itu jer...

Last-last2, dah tak boleh nak kawal... Kerajaan jugak ambil langkah kuarantin dengan menyuruh pesakit yang demam balik umah, betul2 langkah yang silap & membuatkan H1N1 ni lagi berkembang... Universiti plak ditutup seminggu aje... & pelajar disuruh pulang... Sedangkan itulah langkah yang paling tak munasabah bagi pemikiran cetek aku nih...

Baru beberapa hari ni baru kerajaan ajak smua hospital @ klinik swasta terima pesakit yang disyaki H1N1... adusssss... Ser lagi, xsemua rakyat Malaysia yang aware bahayer H1N1 nih, cuba tanya penduduk kampung, relaks jer macam tak de ape2...

AKu setuju dengan pendapat Tengku Mahkota Pahang pasal 'tahap', sepatutnya kerajaan isytiharkan @ create tahap bahaya H1N1 ni setiap masa (macam banjir, tahap bahaya ditanda dengan tahap 5, contohnya)... At least rakyat tahu bila nak limitkan pergerakan luar mereka...

Banyak lagi nak komen pasal H1N1 ni, tapi malas lak nak taip panjang2... hehehehehe... Apepun, harap kerajaan lebih serius & ambil pendekatan lebih berkesan... Bukan la sekarang ni diaorang tak buat keje, tapi tak memadai... Korang kan cerdik pandai, so pikir la jalan2 yg sesuai...

Rabu, 12 Ogos 2009

Tilawah Peringkat Antarabangsa...

.
Syukur, tilawah telah pun berakhir yang diadakan sebelum bulan Ramadhan... Bagi Qari, dimenangi oleh peserta dari Iraq... Bagi Qariah plak, peserta dari Malaysia, Sharifah Khasif (nama xbrp btul ejaannyer, panjang sgt) jadi juara...

Anyway, tahniah pada pihak penganjur & yang menjayakannya... Dari aku kecik sampai sekarang, still berjalan lagi tiap2 tahun... At least, kita semua tahu, Islam masih lagi kukuh dikalangan manusia dalam dunia sekarang ni... Para penonton kat dewan PWTC ni pun penuh... So 1 perkembangan yang bagus...

Rabu, 5 Ogos 2009

Kenangan...



Foto2 ni antara game2 last Pahang, mcm lawan my team & polis... Macam yang korang maklum, Pahang dah kira jatuh liga... Sejarah ni, korang mnyaksikan Pahang, salah satu pasukan yg tak pernah jatuh liga, jatuh jua akhirnya... Penonton & penyokong Pahang dah menjauhi stadium...

Antara rodong2 tokgajah yg masih lg berminat nak datang stadium...

Selasa, 4 Ogos 2009

Iklan... & Persekitaran Kita...


IKLAN... kalau tanya 10 orang rakyat Malaysia nih, maybe 10 10 orang akan cakap menyampah, terutamanya iklan pada rangkaian TV yang ada kat Malaysia ni, dok kira la tv free ke @ tv bbayar macam Astro tuh...


Iklan sekarang ni bukan main lama lg slotnyaaa... Kalau melabur kat toilet pun tak selama tuh... Dengar cite, Astro pung bukan main iklannya... Radio2 pun, lagu 5 minit, iklan 15 minit... Huhuhuhu, punya la nak kaut keuntungan, syarikat2 telekomunikasi dah hilang arahnya...

Tapi kat sini yang aku nak bangkitkan hal ni, Iklan melambangkan budaya masyarat sekarang... Kalau korang perasan, contohnya iklan MAXIS yang baru nih... Tema dia lebih kurang, Maxis sentiasa menyediakan saluran ke masa hadapan!!! (lbih kurang gini la dia nyer motto iklan tuh)... Fokus pada pertukaran media Muzik dari radio, kpd CD, & kpd Handphone... Knp diaorg pilih muzik utk gambarkan masa depan???

Iklan Coke @ Coca-Cola, 'Camni-lah' pun mengetengahkan idea joget baru minum... Sampai mak si pelakon popular tu, mende namanyer ntah (haaa, si mak Pieere Andre tuh), pun diajak jadi duta & menari ajak minum air diaorg...

Iklan aiskrim pun, nak kena menari jugok...

Iklan Sabun basuh pun nok menari jugok...

Cuma iklan pembunuh nyamuk je lagi xbuat tema nyanyi2 & mnari2... Ada la tu nanti kuar, "makcik, biar saya bunuh nyamuk itu" ambil mlenggok2 & pegang ridset tuh... Kekekekeke... Nyamuk pun turut menari smbil pening lalat sebelum mati terbunuh ditangan model gagah ridset tuh...

Hampir semua iklan la leh kata, jadikan muzik sbgai tema utk lariskan jualan...

Semuanya jatuh pada 1 sebab ---> Sebabnya kat Malaysia skrg ni, budaya berhibur dah menjadi 1 kemestian dalam apepun majlis, keraian dll... Kat sana-sini muzik xdpt lg dah nak dipisahkan dgn orang kita... Menyanyi, menari jadi suatu perkara yg tak pelik dah... Xkira la kat mana pun...

Kalau korang perasan, ada 1 tempoh tuh, hari ahad kat tv tempatan, xde cite lain selain hiburan smata2... Tv1 1 ada bintang RTM, tv2 ada fenomena seni, tv3 plak mentor, tv8 rancangan realiti tv (nyanyi jugok), tv9 dengan oohh la la nyerr... Baler!!!!!!!!! (contoh jer, gue xingat fenomena seni tu tv 1 ke tv 2 ntah, tp yg penting smua rangkaian tv ni tayang muzik hari tuh)... Naik muak dgn semua nih...

Masyarakat kita membesar dgn benda ni skrg ni... Mak Bapak pun ikut nangis anak diaorang tsingkir dr akademik @ sesuatu rancangan realiti tv... Yang peliknya yang nangis2 tu dah tua & siap bkopiah & bertudung... Bangga anaknya mnari2 utk hiburkan 'hati lara' yang selama ni melanda rakyat Malaysia nih... Begitu besar dirasakan pngorbanan anak mereka yang sanggup blatih setiap minggu utk ke udara pada hari yang ditetapkan, cikgu2 vokal bukan main lg memainkan peranan yang mana mungkin diaorang pikir, akan melahirkan bakal PM yg pndai mnyanyi dan menari serta diiringi dengan pitching yg tidak lari walaupun teriakan mereka tu setaraf je dgn anak ayam yang tercabut bulu...

Mentor anak2 muda ni pula, siap merotan agar anak2 serius dalam mempelajari ilmu yang mengalahkan ilmu yang dimiliki graduan Degree, Master & PhD dalam bidang kejuruteraan... Alangkah besar sumbangan mereka dalam mendidik anak buah mereka dengan penuh dedikasi & keseriusannya... Nak rotan anak buah diaorang pun, sampai tok guru nangis2 sbb tak sanggup sebenarnya (sayang la kununnyerrr)...

Pihak pengacara pula, bukan main canang spaya undi lebih (10 utk 10 undi, 100 utk 100 undi) kalau tak nak penyanyi (yg akan jadi superstar ms depan) tak terkeluar dari saingan... "Anda yang menentukannya!!!"... Kekekeke... Kelakor la korang ni semua...

Aku pun minat je muzik, nyanyi jugak, ikut jgak perkembangan, mmg xsalah nak bhibur pun... Tapi skrg ni mlampau2 sgt rakyat kita ni nak bhibur... Kita dulu2, mcm2 jugak yang ada, dengan Dead Metal nyer, Dangdut nyer, Trash nyerrrr, Alternative nyerrr, Rock nyerrr... Tp yang penting xjadi 1 budaya hidup, just hobby...

Argghhhh, tak paham aku dgn kita skrg nihhhh...

Ahad, 2 Ogos 2009

Campuran...


Emmm... Minggu ni, ada bberapa perkara baik & buruk berlaku... Antaranya ;-

  • Damia kena bintat2, banyak giler plak tuh... Start hari rabu...
    Lepas keje hr jumaat, aku & wife decide balik ke Jengka sbb keadaan Damia makin teruk lepas amik dari umah mak sedara aku (ngasuh)... Ingat minggu ni xnak balik lg... Banyak lg xsettle sejak wife & Damia duk sekali bersama... Jmpa Doc, emmm, maybe 'Alahan'...


  • Budak Opis & sama department (Khidmat Korporat), Hafiz mlangsungkan perkahwinannya dgn gadis pilihan pd 1 Ogos 09 (sabtu br ni la...)
    Kenduri Hapiz tu, terpaksa la aku tak pegi, sorry apiz yek... siang sabtu tu, aku gi bwak klinik skali lg & buat air tawar... Anyway harap bahagia hingga anak cucu...

  • Kak Gee (jugak 1 opis & CC department aku), telah kehilangan 2 anak sekaligus pada hari sabtu (mlm sabtu) sbb eksiden di area Beserah...
    Pagi sabtu tu jugak, aku baru tau Kak Gee kehilangan 2 orang insan tersayang (masuk paper Harian Metro & Berita Harian Ahad)... Eksiden rantai motor putus & mereka tercampak ke parit... Aku betul2 ralat, sbb tak tgok hp awal2... Kak Su mesej pukul 3 pagi, 4 pagi & 6 pagi... Aku plak cuma baca mesej hp pukul 9 pagi... Bila call, diaorang dah nak kebumikan jenazah... Simpati pada Kak Gee, hilang 2 orang sekaligus... Ihksan & Lokman... Semoga roh mereka sentiasa dicucuri rahmat...

    Kak Gee sebelum ni pun, kehilangan suami... Anaknya yang meninggal tu, anak ke-2 & ke-6 (drpd 7 orang)... Aku datang mlawat hari ni tapi Kak Gee plak xde, pg hospital, maybe ada 1 2 urusan dia nak selesaikan... Dengar kabar, Kak Gee langsung tak menangis... Semoga Kak Gee sentiasa tabah... Kalau la ni berlaku kat aku, tak tau la cmner aku nanti...
Minggu ni, semua plan xjadi, maybe la ada hikmah...

Jumaat, 31 Julai 2009

Turun Liga??? Tiada dalam Kamus...


Pahang kalah game last 1-5 dgn musuh tradisi, Selangor... Huhuhuhu... At last, no ke-2 tercorot jugak Pahang dapat, gagal pintas pinang yang lbih 2 mata & lbih 2 game... Hina btul rasa kena cmni...

& FAM sejurus je nak tamat liga ni, nak rombak liga dengan alasan xnak team2 yang ada msalah kewangan... Huhuhu, alasan tu bagi yang baru dgn liga Malaysia ni leh la terima... Tapi bagi pminat bola tempatan plak, 1 lagi alasan yang sebenarnya nak selamatkan Pahang dari terima malu... Walaupun tak tahu lagi cmner diaorg nak rombak liga, tapi rasanya leh agak, tu jer...

FAM akan meeting & buat keputusan pd Isnin nih... Bagi aku, lebih rela Pahang jatuh daripada sering di'tolong' oleh 'tangan' FAM... Malu sesangat kalau gitu...

H1N1...

Nampaknya makin teruk dah kemelaratan H1N1 nih... dah sampai dah pun kat UMP, gambang... Xtau la akan ditutup sementara ke tak... Wife aku bagitau semalam, 2 @ 3 orang kena H1N1, positif...


& overall, dah 4 orang meninggal kat Malaysia nih... Malam tadi, gi klinik, ramai betul hok demamnya, yg nampak teruk jgak la, harap2 bukan selsema binatang haram tu... Maybe sbb cuaca tengah panas giler skrg ni kot...

Cepat btul yek merebaknya menda nih... Tapi ada ustad dari Jakim cite, ni pun konspirasi dari US... Sebab tu la kalau korang perasan, Indon tak nak istihar H1N1 ni sebagai wabak... Sebab indin dah kena dulu ms selsema burung...

Aku pun setuju la sikit2, sbb slama ni pun mmg US penuh dengan konspirasi, baik 9/11 ke, Osama ke Selsema burung ke... Salah 1 sebab, US nak up balik ekonominya, so salah 1 cara dengan tingkatkan peng'eksport'an bidang pharmaseutikal (eja salah ni, janji leh sbut, kekekeke...) yang bleh kaut untung berbillion2... So kononnya, diaorg dah jmpa vaksin & then negara lain akan belinya, contohnya Malaysia nih... (sape tau kan, diaorg sndiri create virus tuh & then kuarkan vaksin)...

Bukan nak kata tindakan Malaysia beli vaksin tu salah (btul la tu, nak baik, beli la ubat)... Tapi tu la, ada agenda dari US, konspirasi yang biasa diaog buat dr dulu lg... Kita ni plak, dah kena tentula nak x nak kena jugak beli ubatnya... Senang je diaorg nih nak kaut untung... huhuhuhuhuhu...

Khamis, 23 Julai 2009

BiiiZeeee...

huh... 2 3 minggu ni xdpt nak memblogkan diri... bz skit kat opis... Minggu lpas plak, Wife & anak dah start duk sekali... Bini dpt keje UMP...

So pegi & balik keje, aku hok kena antor anak dulu ke umah pngasuh... Kat opis lak, sibuk dngn ISO la, Auditnyer la, IT lg... Banyok dah keje ttangguh nih... Esok kena pg plak PD, ada kursus Islam Hadhari...

Pas audit mggu dpan, maybe la bleh relax skit kot, so bleh la memblogkan diri secara kerap... Banyak perkara xupdate...

Rabu, 8 Julai 2009

Abandon All Hope's...

Malam tadi, Pahang 1 vs Terengganu 2... Kali ke-2 berturut-turut kalah pada pasukan pantai timur, sbelumnya, Kelantan... Walaupun game memang menyebelahi Pahang, serangan2 berbahaya buat team lawan macam team sama level jer... Tapi, at last kalah jugak...

Penang plak seri dengan Kedah 1-1... Emmmm, tinggal 2 game aje lagi... Pahang bertemu Perak & Selangor... Penang plak lawan team atasan jugak... Secara matematik, Pahang kena menang 2 game tuh & Penang kena kalah 2 game dia... So Pahang akan selamat... Tapi....... ???...

Bagi aku, musim ni dah tamat kot... Musim depan, di Liga Premier... Selama ni tak dapat aku nak bayangkan macamana Pahang jika main dalam liga kelas 2 nih... Tapi, nampaknya, kena telan air liur la... Terima kasih pada pihak yang merealisasikan mimpi buruk buat penyokong2 setia Pahang iaitu tidak lain tidak bukan
pihak management yang sememangnya berkaliber sungguh dalam bab2 merosakkan sebuah team gergasi di malaysia nih...

Ramai kata, tak payah risau, Pahang akan selamat dek krn 2 3 faktor (liga kena rombak, myteam tarik diri, dll)... Bagi aku, bukan soal tu, tapi maruah team Pahang sendiri tercalar abis... Lebih baik jatuh drpd berlaku perkara macam ni...


Tahniah pada player2 muda Pahang... Korang semua buat aku bangga... Dari awal liga sampai la niiii, masalah gaji tak pernah selesai, tapi permainan korang jauh lebih baik daripada pemain senior macam sebelum ni yang terdiri drpd 'star' yg 'star' giler nak mampos, mcam Yo, Tengku Hasbullah, Rosdi Talib, Indra & seangkatan dengannya...


Walaupun tak boleh bersaing lebih lagi, tapi yang penting ada peningkatan permainan korang... Team yang kalau dijaga molek, boleh menjadi macam team muda Kedah beberapa tahun lepas... Buat masa sekarang, berdoa je la, ada peralihan pengurusan... Kalau tak, selagi tu team Pahang akan hancur & lebih buruk, setaraf permainan dengan pasukan kelab2 yang setahun jagung di liga premier...

Sayu je rasa bila time2 camni... Dulu berdebar2 sbb takut Pahang kena pintas utk top liga... Sekarang, berdebar2 tggu detik bersejarah Pahang bakal jatuh... Tak terpikir pun Pahang kena lalui situasi gini... Huhuhuhu...


Anyway, Thanks buat anak2 muda Pahang ni...

** Table tu aku amik dari Sumber :- www.tokgajah.com

Sahabat 16...

Emmm... Selepas sekian lama aku terpisah dari dunia masa kecik aku, dah 17 tahun sejak kali terakhir aku brada di Sahabat 16, Lahad Datu, Sabah, Baru hari ini, aku terpikir nak cari gambar sekolah lama aku @ Sahabat 16...

Sayunyer time first time tengok blog sorang cikgu yang mengajar kat situ... Siap ada blog khas untuk Sek Ren Sahabat 16 nih : http://sksahabat16.blogspot.com... Perasaan bercampur-baur... Ni ke sekolah aku dulu???

Aku tak pasti samada sekolah ni dibuat pada tapak sek lama dulu ataupun tempat baru, tapi yang penting, betul2 buatkan aku teringat zaman kegemilangan aku & the geng time kecik2 dulu...

Dulu, Sekolah ni, hanya bangunan pejabat yang diberi Felda (lebih kurang macam pejabat Felda yang ada kat mana2 kawasan peneroka Felda skrang ni), dengan dinding kayunya tu... Berada kat atas bukit berdepan dengan laut... di depannya (bahagian bawah bukit), kawasan staf Felda (bandar sahabat kot sekarang, dulu sahabat 16 jer) & di sisinya (bahagian bawah bukit) adalah kawasan rumah peneroka felda...

Ntah mana la member2 aku kat sana dulu tuh, ada la sorang 2 yang aku jumpa, tu pun kat PPPTR & mak ayah dorang still kat situ... Yang lainnyerrr, sampai sekarang xde jumpaaa @ dengar kabar... Ye la, dulu mana ada HP nak mintak nombor pun, alamat surat menyurat jer la... So, sekali pindah, terus tak dapat contact dah...

** Sumber gambar dari blog http://sksahabat16.blogspot.com...

Isnin, 6 Julai 2009

Neda??? IKON perjuangan versi Barat!!!


Emmmm... kebelangan ni nama Needa bergema di seluruh pelusuk dunia... Dia diangkat sebagai IKON perjuangan di Tehran sekarang nih... Golongan muda & bangsawan IRAN(luar dan dalam negara) pun siap buat poster wajah kematian dia sebagai salah satu cara nak berdemonstrasi...

Neda mungkin la meninggal kerana ditembak oleh tentera Iran (tu pun aku langsung tak percaya cite nih), tapi dalam keadaan huru hara macam ni, mestinya ada korban... Tak kisah la org tu sertai ke tidak demonstrasi jalanan yang memang menghuru-hara kan negara Iran nih... Nak tak nak, mesti ada salah satu pihak @ pihak berkecuali yang terkena... So sama kes dengan Needa nih... Hal macam ni tak boleh nak dielakkan...

Tapi, teori yang paling aku setuju @ ikuti, 'ada konspirasi' pembunuhan yang memang dirancang rapi... Dengan tak semena-mena 2 3 camera merakamkan detik kematian Neda time tuh... Dia meninggal dalam masa 2 minit... Video tu di upload dlm youtube, 1 dunia tengok & simpati... Apa lagi, macam biasa barat pun mnyemarakkan kebangkitan 'pihak yang betul @ xbersalah' di sana sini...

Sebelum pilihanraya lagi, salah seorang anggota NED terlepas cakap tentang Green Revolution di IRAN akan terjadi ( gerakan Hijau ni merujuk pada gerakan pembangkang sekarang, Mir Mousavi, kempen dia guna warna Hijau)... Diaorang dah tahu awal akan berlaku kes macam ni, sedangkan Pilihanraya Presiden tak berjalan pun lagi!!!! & semua orang tau, barat (US & sekutunya) memang dari awal tak suka ahmedinejad...

Video ni jugak cetuskan golongan yang nak jatuhkan Imam Ali Khomenei (yang sampai sekarang, cakap tiada penipuan dalam pilihanraya), bayangkan Ayatullah ni yang jadi simbol era revolusi menjatuhkan Shah Iran & selama ni disanjung, tiba-tiba jadi sasaran golongan bodoh ni yang tak setuju dengan Khomenei yang terus pertahankan kemenangan Ahmedinejad.

Tengok la betapa dasyatnya media memainkan peranan diaorang... CNN pun cakap "kumpulan militia bawah Ali Khomeinei yang buat (Basiji), dari atas bumbung!"... Sedangkan langsung xde bukti video @ ape2 pun... Media Malaysia ni pun bodoh, sesuka je cedok cite ni, siap berulang kali tunjuk kat paper diaorg... Aduhai, xde aroh la aku ni...

Dari cerita lain plak, Sebenarnya berlaku serangan pihak pembangkang yang serbu ke arah segerombolan penyokong Ahmedinejad yang tengah berarak... Pastu tembak rambang, pasukan keselamatan yang duduk atas bumbung plak, balas serangan untuk lindungi orang awam... Yang ni memang meluas diceritakan, tapi xde plak media barat siarkan!!!!!

& teori yang paling aku setuju, berbalik pada NED tadi... Memang kerja orang luar... Orang Barat!!!! & ada beberapa penembak tepat dari pihak diaorng ni try buat hal...

NED - national Endowment For Democracy... NED ni salah satu cabang rahsia CIA yang tugas dia cipta 1 pemangkin utk rakyat mengamuk... (create 1 spark)... sesuatu yang boleh menaikkan kemarahan rakyat, xkira la apebendanya... Tujuan dia, supaya semua negara demokratik yang wujud dalam dunia ni, jadi PRO-US... Yang tak sebulu, diserang bertalu2 dengan rakyat negara tu sendiri...

banyak sangat buktinya... Antaranya, Palestin, Lubnan, Venezuela (dan lain-lain)... Hassan Nasrullah menang besar kat Lubnan, tapi tengok la macammana NED buat.... Palestin, Hamas menang, tapi sentimen dimainkan scara sesedap rasa sampai la jadi pembunuhan antara 2 parti yang pada asasnya, sama je untuk jadikan Palestin negara bebas... (dari Yahudi LAknat tuh)...

Venezuela... Hugo Chavez... Rasanya ramai tak tau cite ni (2002 dulu), dia kena culik oleh pihak atasan tentera... & diaorang kuasai media & buat laporan kat media, Chavez mati terbunuh... Kesnya, bermula bila pembangkang buat demonstrasi, tiba2 ada tembakan rambang dari pihak lain (pihak Chavez kononnya), duk dr atas jambatan & tembak membuta tuli... Ada Video clear yang tunjukkan Pro-Chavez tembak ke arah orang ramai... Tapi bukti ni dah cukup wujudkan Spark dikalangan rakyat kat situ...

Chavez terus dicanang : Pembunuh... Tentera kepung rumah Chavez & tawan dia... Chavez diculik... & diberitakan mati...

Propaganda terus dimainkan oleh geng2 pembangkang yang amik alih kerajaan (time ni Chavez xletak pun jawatan lagi, sbb dia mati)... & time tu, presiden US yang paling bodoh dalam sejarah dunia, G.W. BUSH plak, ape lagi, lagi la rancak canang berita... Parlimen kena gantung...

Tapi, dalam perancangan teliti tu... Kantoi jugak lastnya... Isteri Chavez, berjaya telefon salah satu stesen radio haluan kiri (Chavez) kat kawasan pedalaman, "Chavez tak turunkan tandatangan, tandatangan palsu diturunkan"... & masa ni la, golongan bawahan, miskin & luar bandar bangkit (yang dibela Chavez)... Lastnya, tentera2 yang bpangkat rendah terikut sama... Chavez berjaya keluar!!! Perancang??? semua tiba2 hilang dari Venezuela & lari ke Miami...

& sama jugak macam kes Iran, Salah sorang wartawan CNN mengaku, interview Komandan tentera venezuela sebelum kejadian tuh (siap ada berapa orang mati, bila akan jadi & kutuk Chavez)...

Tapi macam biasa, bila tak jadi, media barat... terus tukar berita la kan... cover... seolah-olah mcm xde mende berlaku kat sana...

So... harap orang kita dapat bpikir walaupun sejenak... Jangan termakan dengan berita media ikut sedap je copy cite-cite yang dibuat-buat pihak media barat tuh....


Ahad, 5 Julai 2009

Jatuh Liga???


Huhuhu, buat pertama kali, (klu la terjadi) pahang akan jatuh ke liga Premier... Semalam kalah dengan Kelantan 2-3... Peluang untuk seri @ menang besar, tapi xamik kesempatan yang ada...

Kesian tengok budak2 muda nih, diaorg berbakat... Tapi... Sekali lagi (macam tahun-tahun sebelumnya), management buat spoil lagi... Xabis2... Yang jadi mangsa bebudak nih, gaji berbulan-bulan xdapat... pastu main teruk, pnyokong plak bengang... (termasukla aku)...

Rasanya, bolasepak negara aku ni, xkan berubah dalam masa 5-10 tahun nih... So, lalu jer la yek!!!

Back to Pahang story... Penang plak makin power lak, asyik menang jer... so game liga tinggal 4 @ 3 aje lagi... pahang kena tinggal dlm 4 5 point... Game yang tinggal plak, semua tough... Lawan Terengganu, Perak & Selangor... Huhuhuhu, tangis darah lerr...

Apepun, harap budak2 muda Pahang ni xcepat mengalah... Korang ada bakat & boleh main, cuma faktor luaran yang kacau... teruskan kejar mata walaupun nampak tipis... Tunjukkan mcm ape yang korang tunjuk masa lawan Kelantan... At least, buat diaorg respect...

Aku baca forum, TokGajah pun, semua puji player2 Pahang masa game Kelantan nih...

1 lagi, aku tak puas hati dengan REF... Che Hishamuddin (player Kelantan) dengan kurang ajarnya menyepak balas dengan tendang kaki player defender Pahang, REF buat-buat tak nampak jerrrrrrr, tu dah satu hal, tak lama lepas tu, Che Hisyam ni gi siku plak player yang sama dari belakang!!!! REF plak bagi kad kuning pada player Pahang!!!!!!!!!!!! ape bende nyerrrrr niiiii????

REF punya la takut kena baling dengan Fan2 tuan rumah, sampai camtu buat keputusan... Kalau kat tempat lain tu, awal2 lagi Che Hisyam ni kena kad merah... Bengang btul aku...

Rabu, 17 Jun 2009

Perfect World...


Ni idea Aling... aku asyik lupa je nak wat topik "all time favourite movie bg aku"... Filem2 yang sentiasa lekat pd aku, kebanyakannya cite2 lama, dlm 90'an la kebanyakannya...

salah satu cite yang aku suka & anggap masterpiece, a Perfect World... Filem arahan Clint Eastwood, lakonan Kevin Costner... Semua ada dalam cite ni, buat kita ketawa, sedih, tersenyum & menangis... Cite ni xde kaitan pun dgn cintan2 dgn pompuan, tp hubungan 2 orang lelaki... Butch & Phillip... Mula2 tengok cite ni masa kat sek men, dulu tv2 selalu ada tayangan Block Buster (ntah mcmana eja ntah), selalunya masa time cuti sekolah, tiap2 malam ada cite best... hehehehe... Mula2 tengok, xla menarik, biasa aje... Tapi lama2 bila ikut cite ni, seronok...

Sorang penjenayah, sorang lg bbudak yg xpenah kenal ayahnya... Butch penjenayah yg orang lain anggap dia pembunuh berbahaya walaupun sebenarnya, sekali je dia membunuh, tu pun mempertahankan mak dia...

Butch larikan diri dari penjara dgn sorang rakan... Pertemuan dia dgn Phillip bermula bila Butch rompak umah mak Phillip & jadikn dia tebusan... Sejak tu, cite ni mula menarik...

Hubungan Butch & Phillip memang buat penonton rasa real... Butch cuba untuk jaga Phillip sebaiknya dengan cara dia... Butch xnak apa yang terjadi pada dia masa kecik, berlaku pada Phillip... Walaupun dalam masa yang sekejap bersama...

Ada 1 quote menarik Butch dalam 1 babak, "This is the present, Phillip, Enjoy it while it last", emmmm...

Last filem ni, masa mula2 tengok, memang buat air mana bderai... Last, Butch mati depan mata Phillip...

Puas jugak dulu nak cari cite ni... 2 tahun lepas, jumpa jugak kat kedai cd... Tengok la filem ni, memang best...

Isnin, 15 Jun 2009

Ahmedinijad Menang!!!


Kelmarin, Ahmedinijad menang pilihanraya Presiden IRAN... Dia menang dengan majoriti 65%... Tahniah Ahmedinejad... Tapi, kat mana-mana pun, mesti ada pihak yang tak gembira bila kalah, dengar cite berlaku jugak rusuhan penyokong lawannya yang kalah... Tapi dapat dikawal... Dah sedekad Iran xpernah ada rusuhan lepas pilihanraya presiden, emmm... Nampak sangat golongan yang buat ni ada support dari orang2 Barat (termasuk la media Barat tuh...)...

Bagi aku, kemenangan Ahmedinijad menghalang usaha negara2 Barat dari mem'barat'kan IRAN... Golongan penentang yang disokong US tu semua kebanyakan datang dari golongan kaya @ pertengahan @ bangsawan (macam zaman Shah Iran dulu tuh...) yang terancam sebab gaya hidup dia orang yang lebih sosial dah 'terusik'... Kekayaan yang diaorang senang-lenang kaut selama ni pun terancam...

Ahmedinijad menang undi sebab golongan bawahan kuat menyokongnya... Buruh2 dan rakyat biasa... Dia tau hidup bersederhana... Tak gunakan kuasa untuk kumpul kekayaan diri sendiri @ family @ kroni... Harap lebih ramai pemimpin Islam mcm dia muncul lepas ni & lebih lantang lagi bila berdepan Yahudi Laknat & pihak Barat tuh!!!...

Rabu, 10 Jun 2009

Skid Row...

Dari kecik dengar band Rock ni... Xsemua lagu aku minat, tp lagu yg jadi senarai 'all time' aku, ada 2, I Remember U dan 18 & Life... Band ni still ada sampai sekarang tapi penyanyi dah tukar, aku minat yang asal, Sebastian Bach... Suara dia memang Rock OOOiiiiiiiii... Kalau xsalah aku, Bolan pun dah kuar dari group ni dulu... So 2 orang la anggota asal yang dah xde!!! Skid Row dah xrelevan dah sekarang ni, album baru dia jauh menyimpang dari muzik asal diaorg... emmmm...


I Remember U...

Woke up to the sound of pouring rain
The wind would whisper and I'd think of you
And all the tears you cried, that called my name
And when you needed me I came through

I paint a picture of the days gone by
When love went blind and you would make me see
I'd stare a lifetime into your eyes
So that I knew you were there for me

Time after time you were there for me
Remember yesterday - walking hand in hand

Love letters in the sand - I remember you

Through the sleepless nights and every endless day

I'd wanna hear you say - I remember you


We spend the summer with the top rolled down

Wished ever after would be like this

You said I love you babe, without a sound

I said I'd give my life for just one kiss

I'd live for your smile and die for your kiss


Remember yesterday - walking hand in hand

Love letters in the sand - I remember you

Through the sleepless nights and every endless day
I'd wanna hear you say - I remember you

We've had our share of hard times

But that's the price we paid

And through it all we kept the promise that we made
I swear you'll never be lonely

Woke up to the sound of pouring rain

Washed away a dream of you

But nothing else could ever take you away
'Cause you'll always be my dream come true
Oh my darling, I love you


Remember yesterday - walking hand in hand

Love letters in the sand - I remember you

Through the sleepless nights and every endless day
I'd wanna hear you say - I remember you
Remember yesterday - walking hand in hand

Love letters in the sand - I remember you

Through the sleepless nights and every endless day

I'd wanna hear you say - I remember you


18 & Life...
Ricky was a young boy, he had a heart of stone.
Lived 9 to 5 and worked his fingers to the bone.

Just barely got out of school, came from the edge of town.

Fought like a switchblade so no one could take him down.


He had no money, oooh no good at home.
He walked the streets a soldier and he fought the world alone


And now it�s
18 and life you got it
18 and life you know
Your crime is time
and it�s
18 and life to go (repeat above)

Tequila in his heartbeat, his veins burned gasoline.

It kept his motor running but it never kept him clean.
They say he loved adventure, "ricky�s the wild one."

He married trouble and had a courtship with a gun.
Bang bang shoot �em up, the party never ends.

You can�t think of dying when the bottle�s your best friend

And now it�s

Chorus

"accidents will happen" they all heard ricky say

He fired his six-shot to the wind that blew a child away.


Chorus

To be Remembered...


Emmm... Kat label 'Muzik' ni, aku nak up @ cite2 pasal lagu & band kesukaan aku... Aku lebih kepada genre Alternative (bukan alternative 2000 ke atas ni, walaupun ada lagu2 yang aku leh layan)... Zaman mula2 alternative naik, 90'an... Blur, Oasis, Mansun, Weezer dan lain2... Band2 yang melekat pada aku, mcm Nirvana, Pearl Jam, Metallica, Cromok, bla bla bla... Huh, berada di zaman 90an mmg best giler!!!

NIRVANA... Emmmm, band ni la paling memberi kesan sampai sekarang... Aku mula2 dengar lagu diaorg ni masa di darjah 5, time tu, Nirvana xnaik lagi namanya di Malaysia ni... Xingat album ape yang aku dengar tapi terus tertarik... Masa tu still kat Sabah...

Bila aku balik ke Semenanjung, Zaman Nirvana baru je bermula & jadi kegilaan (Album 'Nevermid')... & ramai jugak orang cakap, Nirvana lebih popular bila Kurt Kobain mati... Rasanya betul jugak kot... Zaman sekolah menengah, kalau xpenah dengar lagu Nirvana, tu kira geng2
Nerd la tuh, kekekeke...

Walaupun zaman kegemilangan diaorg dah tamat, sampai skrang, tak pernah boring melayan lagu2 diaorang nih... Lirik dia best... walaupun penyampaian diaorg yang memang kacau bilau, tp tu la salah satu penyedapnya...


Kurt, Novoselic & Dave Grohl... Pencetus era muzik underground moden...



Isnin, 8 Jun 2009

Kenduri :- Amir & Suzi...


31hb Mei 09... Amir (budak YP) menamatkan zaman bujangnya dengan makwenyer, Suzi dengan sekali lafaz... Berseri-seri pengantin! Maklumla lama dah simpan air , kekekeke...

Aku pegi dengan Ja & Damia... Jumaat pas keje terus chow balik ke Jengka... Pagi esok balik semula ke Kuantan... huhuhuhu, letih... Tapi sempat lagi pegi Giant nak beli hadiah pengantin, tapi xbeli pun... Kitaorg decide bagi masa kenduri kat Kuantan nanti...

Ahad pagi, pukul 6.30 dah kuar rumah pegi ikut rombongan pengantin ke Felda selancar, area sebelum segamat... Antara yang ikut, Ajam (pengapit), Hasan & family, Yus & family dan 2 3 family lagi...

Sampai sana, pegi masjid dulu... Akad nikah kat situ... Damia macam biasa la, tak leh nak control, bukan main lagi dia main-main...

Selesai je, terus pegi makan ringan kat umah Suzi, tapi xde dah ringan2 kalau dah bedal ayam & daging, kekekeke... Lepak plak umah jiran Suzi kat area situ sementara nak tunggu pengantin bersiap...

Damia lagi la galak masa ni, baby2 lain senyap je... Pastu mula la ngamuk nak tido, pasal dah letih...

Dalam pukul 2.30 petang, kitaorg berarak balik... Aku ikut jalan ke Bahau, tembus ke Triang & Bera, sebelum ke Temerloh & terus ke Jengka... Sampai umah, rehat setengah jam, balik plak ke Kuantan, fuhhh, letihhhh...

Kenduri :- Edy Kassim & Pasangannyer...


Bukit Mendi, Edy (budak YP) menamatkan zaman bujangnya bersama insan tersayang... Aku, Ja & Damia pergi dari umah mertua aku... Ikut jalan temerloh-Bahau... Kali ke-2 aku lalu kat area ni lepas pegi ke Melaka dulu...

Kitaorang jumpa Yus kat Temerloh & jalan sekali... Senang je nak cari umah Edy... Berdekatan dengan Masjid ( ada la dalam setengah kilo kot), kekekeke...

Seronok jugak, yang datang sekali masa tu kat umah Edy, Aku, Yus, Mael, Ajam, Amir & Awang... Kenduri plak dah surut, maklumla kat Felda abis awal... So bnyakla masa nak borak2 kosong! Lama tak borak dengan rakan sebelajar A.K.A rakan sebilik A.K.A rakan serumah A.K.A rakan sepermainan masa kat UTM dulu...

Lauk kendurinya pun sodap... Ada lauk mangga masak merah!!! First time makan... Ingatkan kentang masak merah mula2 tuh...

Anyway, thanks & tahniah pada Edy & orang rumahnya ke atas jemputan & majlis kendurinya tu... Semoga berkekalan hingga akhir hayat & dikurniakan anak yang ramai...

Selasa, 5 Mei 2009

Kenduri :- Ros {Adik Ipar}...


24hb April 09, Sabtu - Adik ipar aku, Ros mlangsungkn perkahwinan dgn jejaka Jengka 18, Bonet (nama betul mende ntah)...



Kenduri kali ni, memang xletih, sebab guna pinggan & cawan klorofom (mcmana ntah nak eja)... So xbnyk la kejenya...

Hantaran, tak diketahui jumlahnyerr... Barang hantaran, xingat plak... kekekeke...



Sebelum tu, majlis pernikahan dibuat pd sebelah malam 23hb April 09... Malam tu, pukul 7 la lbih kurang, letrik tiba2 takde, huhuhuhu... Beli lilin & psang lampu dgn bateri keta... So, masa pengantin llaki akad nikah, time api takde la... nasib baik leh nampak lagi walaupun dalam samar... hehehehe...



Elok2 je abis akad nikah, xlama pastu terus ada letrik balik, kalau tak, makan candle light dinner la para jemputan kat luar umah... kekekeke...

Rabu, 22 April 2009

TGC : Kejohanan Futsal Dun Teruntum...


Ahad, 19hb April 09... TGC masuk tournament anjuran MCA Teruntum... Emmm, yang main aku, muhsin, asree, heroes, kamaldini, jeng bro, haikal & hulk... Kitaorang group maut jugaklaa... Team Balok, team semambu & 1 lg team dr mana ntah...


Game pertama menang 3-1... game kedua kalah pd team semambu 1-2, tapi memang tak bernasib baik kalah... asak dah kaw-kaw dah, tapi xgoal2...



Game ke-3, seri plak dengan team balok... dapat la 4 mata... xlepas pusingan ke-2... Balok 5 mata, semambu pun 5 mata... Huhuhuhu...

Selasa, 14 April 2009

CL : Bayern Vs Barcelona...


Pagi ni, Bayern Munchen akan bertemu Barcelona untuk perlawanan timbal balik Suku Akhir CL... Aggregate BM tertinggal 0-4, rasanya harapan nak ke Semi dahpun takde, so sekarang ni tinggal nak tebus maruah je la... Xkisah la berapa, harap BM menang kali nih...

Lucio & Lahm dah boleh main, Klose je tak leh lagi... So depend dapat kembali pada formasi asal... Tak macam masa lawan first leg hari tuh, cuma demichelis & Breno je pilihan yang ada... kena buli je la dengan Messi & Co....

Klinnsman kena tukar gaya permainan open & attack dia tuh, BM bukanla style main dia camtu... Biar la game boring macam yang lepas2 asalkan pintu gol tak bolos banyak & permainan taktikal berkesan... Biar la org cakap BM main boring, dah tu cara tradisi BM dari dulu...

Apepun, harap BM menang malam ni!!!

Ahmadinejad - Singa Baru Dunia Islam


Version: Bahasa Melayu...

"Sekiranya dunia melihat nuklear ini keji dan kami tidak boleh menguasai dan memilikinya? Sekiranya teknologi nuklear ini baik untuk kamu, mengapa kami tidak boleh juga menggunakannya?"


* Siapakah pemimpin negara Islam yang enggan tunduk kepada kuasa Amerika Syarikat dan Eropah?

* Siapakah pemimpin negara Islam yang dengan lantang dan berani mempertikaikan peristiwa Holocoust?

* Siapakah pemimpin negara Islam yang berdakwah kepada kuasa besar dunia melalui surat selepas Rasulullah?

Selepas tragedi 11 September yang membawa kepada kejatuhan pemerintahan Taliban di Afghanistan dan kerajaan Saddam Husein di Iraq, dunia Islam seolah-olah 'tunduk dan patuh' kepada kuasa Barat.

Segalanya berubah apabila Mahmoud Ahmadinejad memikul tanggungjawab sebagai Presiden keenam Republik Islam Iran pada 3 Ogos 2005.

Dalam waktu yang singkat, Ahmadinejad menjadi pemimpin Islam yang disegani di seluruh dunia.

* Penulis :-
Muhsin Labib, Ibrahim Muharam, Musa Kazhim, Alfian Hamzah.
* Harga :- RM 17.00 (Masa aku beli tu baru kuar, so maybe harga dah turun kot!)

Kecelaruan Dunia...

Thailand...
- Bergolak lagi... Kali ni team Merah menguasai ibukota Bangkok... Baju Merah ni penyokong bekas PM terbuang, Thaksin... Tak abis-abis masalahnya dengan demonstrasi jalanan... Masuk kali ni, rasanya dah 3 4 kali dah dalam 4 tahun nih...

- Masalah Thailand ni, samada penyokong kerajaan @ pembangkang, kekuatan sokongan lebih kurang sama banyak... So 1 team menang, team satu lagi leh buat demonstrasi besar2an... Dah jatuh kerajaan tu, naik plak yang baru... & yang lama plak buat demonstrasi sampai jatuhkan kerajaan baru... Kesimpulannya, cite Thailand ni takkan abis dalam masa 5 6 tahun nih...

- Tapi, puncanya jugak datang dari Thaksin nih, semarakkan api dari jauh... Last2, huru hara dah Thai sekarang nih... Semalam, 2 orang mati, tak pasal2... So pasni mesti lebih teruk la keadaan kat sana...

Korea Utara...
- Dah bersiap sedia untuk lancarkan perang pasal tak puas hati pasal rundingan isu nuklear diaorg...

- Kalau perang berlaku, mesti wujud 2 blok dari negara2 besar yang bagi support... 1 untuk Korea Utara, China & Russia pasti bagi sokongan moral & peralatan... 1 lagi plak, sahih dah Polis Dunia, US & Jepun akan sokong Korea Selatan...

krisis ekonomi...
- Krisis ekonomi yang start 2008 ni, makin parah... 1 Dunia rasa kesannya...

- Kat Malaysia, dengar cite, ekonomi kita akan teruk jatuh pada bulan 6, tapi bergantung la pd cara PM baru kita handle tugasnya & penerimaan orang luar atas dasar yang dia akan perkenalkan...

- Ramai dah kena buang di Malaysia ni, kalau tak kena buang pun, asyik diberi cuti sampai boleh kira sebulan keje berapa kali... Bayangkanla keje dah bertahun2, last2 dihentikan, mana la nak cari duit nak tampung family... Makin susah nak hidup di zaman sistem sedia ada ni digunakan...

-Yang kaya, makin kaya, yang miskin, makin miskin... Pelik sangat dengan orang nih, bina kekayaan dengan xkisah macamana kehidupan orang lain... Orang2 macam ni la yang protect sistem sekarang ( sistem barat nih), bila diusulkan altenatif lain, siap boleh bangkang, xmampu nak buat la, ambil masa lama la, ape la...

* sama jugak dengan tutup lampu sejam, ramai je pertikaikan keberkesanannyerrr... Padahal, at least kita dapat jugak menyumbang kalau sama2 komited... Tak kira la masa singkat tuh xberi kesan sangat pun berbanding penggunaan letrik kita berhari2... At least kita bantu...

- Apepun, harap masalah ekonomi ni, tak lama... & harap yang diberhentikan, dapat survive selama berlakunya era ekonomi buruk nih... Aku pun penah merasa peritnya takde keje & keje tapi gaji sangkut sokmo, seksa gilerrr... Apepun tak boleh nak buat, maklumla duit penting sekarang ni... Nak kuar rumah, at least kena ada jugak duit poket seringgit 2... & harap tak berlaku pada aku jugak untuk sekali lagi, mcm dulu...

- Tun Mahathir pun cakap, krisis ekonomi akan ambil masa yang lama... 1997 dulu pun sampai sekarang Malaysia tak dapat kembali kepada keadaan asal sebelum krisis tahun tu...

"Kita belum betul-betul pulih dari krisis 1997 walaupun sesudah 10 tahun," katanya, yang merujuk kepada nilai ringgit yang sekarang berada pada sekitar RM3.60 untuk setiap dolar AS berbanding dengan RM2.50 pada sebelum krisis 1997."

"Demikianlah. Walau pun sesudah lebih 10 tahun, keadaan (nilai) ringgit masih belum kembali seperti keadaan sebelum serangan mata wang 1997," katanya.

Andai Ku Tahu...

andai kutahu...
kapan tiba ajalku...
ku akan memohon...
Tuhan tolong panjangkan umurku...

andai kutahu...
kapan tiba masaku...
ku akan memohon...
TUhan jangan Kau ambil nyawaku...


aku takut...
akan semua dosa dosaku...
aku takut...
dosa yang terus membayangiku...

andai kutahu...
malaikat Maut kan menjemputku...
izinkan aku...
mengucapkan kata tobat padaMu...

ampuni aku...
dari segala dosa dosaku...
ampuni aku...
menangisku bertobat padamu...

aku manusia...
yang takut neraka...
namun aku juga...
tak pantas di surga...

Isnin, 13 April 2009

Family Day LPKtn...


4hb April 2009, Sabtu... Lembaga Pelabuhan Kuantan buat Hari Keluarga di Swiss Garden Resort & Spa... Dah 4 tahun sejak kali last opis aku wat Family Day nih... & ni jugak first time buat aku...



Aku bertolak dari Jengka pukul 6.30 pagi dgn anak bini... Sampai dalam pukul 9 pagi... Tengok2 orang dah penuh dah... Semua pakai baju biru... Meriah jugak la, ingatkan xmeriah pasal staff dalam 40 orang je, so kecik la kot family day ni dr segi jumlah orangnya... tapi ramai jugak... anak2 staf pun besar2 belaka...


Damia plak, awal-awal dah ngamuk sebab dalam keta tak tido... Tapi terpaksa la dia layan mak ayah dia nih kat tengah2 panas pantai Swiss nih...
Macam2 game, tapi masa suntuk, so tak semua game dapat jalan...



Dalam pukul 1, kitaorang pg ke dewan makan, masa tu la Damia terus tido, pasal dalam aircond... Masa tu jugak, hadiah2 dibagi... Sape anak ramai, seronok laaa, permainan semuanya leh tahan mahalnya... Aku dapat beg kasut Adidas, Bini aku dapat tuala je, huhuhuh...




Balik dari family day, aku sekeluarga tlentang tido kat umah... Bangun2, badan dah tak sedap, rasa nak demam plakkkkk...

Emmm...

Lama tak bertopik2 dalam blog nih... kejap ada mood kejap takdok plak... banyak pic nak up, tapi tak terkejar... Badan plak tak berapa sihat seminggu dua nih... Huhuhuhu, pasni bleh la start balik la kot blogging nih...

Jumaat, 6 Mac 2009

Damia : 8 Bulan...

Wajah-wajah Damia selama 8 bulan...








Isnin, 2 Mac 2009

Febuari 09...


Aktiviti-aktiviti yang aku buat dengan Family...





Isnin, 23 Februari 2009

Aku Budak Minang!!!

At last... Aku budak Minang di bawa jugak ke bentuk drama... Aku excited nak tengok cite ni, walaupun, tak mungkin la akan tiru sebijik macam dalam cite asal dia...

Aku Budak Minang (ABM) ni dikarang Ujang... Emmm, generasi sekarang ramai tak tau asal-usul Ujang... Dia berasal dari Gila-Gila (anti betul aku pada majalah Ujang & Apo nih!!!)... ABM ni aku layan sejak dari kecik lagi... Masa tu disiarkan secara episod dalam Gila-Gila (xde lagi kuar buku koleksi mcm sekarang)... Memang layan abis... Happy, ceria, sedih, nangis, pendek kata semua mende la ada dalam cite ni... Lebih-lebih lagi, cite pasal zaman dulu yang tak berapa moden, teringat zaman budak-budak dulu, kena kejor dengan mak keliling kampung, ponteng sekolah la, degil nak mampos la, huh... Nostalgia betul...

Budak-budak zaman sekarang mana merasa seperti dalam cite nih... bertuah aku dapat lahir zaman 80an yang aku anggap permulaan peralihan dari zaman tradisional ke pemodenan... Dulu, mana ada keta, bas la jadi pengangkutan utama... sama mcm cite ABM nih... Bawah ni, keratan akhbar yang aku copy dari laman web Creative enterprise... Semoga Gila-Gila terus wujud...

Sedutan dari Harian Metro:

Justeru, ABM yang juga drama 13 episod itu menggunakan sebahagian besar latar belakang perkampungan di Negeri Sembilan, selain loghat negeri itu dijangka mampu menarik perhatian ramai peminat kerana memiliki kekuatan tersendiri berdasarkan cerita dalam komik yang sangat popular sedikit masa dahulu.

Ketika ditemui di lokasi pengambaran drama ABM di Kampung Kok Talang, Kuala Pilah, baru-baru ini, penerbit drama ini dari Niscam Media Sdn Bhd, Adam Mat berkata, ABM menampilkan banyak kelainan berbanding drama yang diterbitkannya sebelum ini.

“Kekuatan drama ini terletak pada jalan cerita dan kisah yang dipaparkan berasaskan komik karya penulis prolifik, Ujang dari Creative Enterprise.

“Pada awalnya, sukar juga kami untuk mendapatkan satu skrip mantap yang memaparkan kisah masyarakat di Negeri Sembilan tetapi selepas berbincang dengan Ujang, penulis berkenaan bersetuju kami mengangkat komik itu sebagai drama dengan mengguna pakai hampir 98 peratus berasaskan penceritaan yang dipaparkan dalam komik itu.

“Saya yakin ABM menerusi pelakon berpengalaman seperti Baharudin Haji Omar dan bakat baru, Muhammad Nizamudin Ahmad atau Along Cham, yang terserlah menerusi program Raja Lawak, bakal menarik perhatian sekalipun jalan ceritanya bersahaja,” katanya.

ABM mendapat sentuhan pengarah tidak asing lagi, Zulkifli M Osman.

Selaku pengarah drama ini, Zulkifli berkata, walaupun nampak mudah, dia mengakui tugas itu amat mencabar kerana ia dramapertama diangkat daripada komik.

Menurutnya, cerita yang dipaparkan dalam drama ini adalah unik kerana ia mengetengahkan sepenuhnya latar belakang dan cara hidup masyarakat Negeri Sembilan selain menggunakan loghat negeri Adat Perpatih itu sepenuhnya.

“Bagaimanapun, saya tidak berdepan banyak masalah kerana berpengalaman rasai suasana kehidupan di Negeri Sembilan ketika kecil. Malah, kami juga mendapat sokongan padu daripada penulis komik itu sendiri bagi menjayakan sepenuhnya struktur penceritaan,” katanya.

Katanya, dia bersyukur kerana keadaan cuaca baik sepanjang mengarahkan drama itu yang kini sudah sampai ke penghujungnya.

Menurutnya, dia turut mengambil beberapa pelakon daripada Badan Kebudayaan Negeri Sembilan dan ternyata mereka tidak mengecewakan kerana lakonan mereka sangat bagus.

“Keutamaan diberikan kepada mereka yang benar-benar boleh membawa loghat Negeri Sembilan,” katanya.

Sementara itu, bagi pelakon veteran yang popular dalam drama Anjang Aki, Baharuddin Omar, drama ABM adalah unik kerana jalan ceritanya berlatarbelakangkan cara hidup dan menggunakan sepenuhnya loghat Negeri Sembilan.

Menurutnya, isu yang ingin diketengahkan dalam drama ini ialah mengenai ikatan kekeluargaan terutama elemen kasih sayang.

“Watak saya sebagai Atok (datuk) berperanan besar sebagai seorang yang berusaha menjaga keharmonian dalam institusi keluarga.

“Saya anggap cerita ini ada kekuatannya tersendiri. Ia juga banyak memberi pengajaran lebih-lebih lagi ketika kita berhadapan dengan institusi kekeluargaan yang semakin rapuh.

“Saya amat berpuas hati dengan watak yang dijayakan kerana ia simbol kepada perpaduan dalam sebuah keluarga,” katanya.

Bakat yang dicungkil daripada program Raja Lawak, Muhammad Nizamudin Ahmad atau Along Cham yang membawa watak Ujang berkata, watak yang dibawanya dalam drama itu amat mencabar.

“Saya berusaha melakonkannya menerusi tunjuk ajar dan sokongan daripada pengarah selain pelakon berpengalaman seperti Baharuddin.

“Pengarah dan kru drama ini banyak membantu dalam menghidupkan watak. Pada masa sama, saya juga membuat rujukan melalui komik dan penulis skrip.

“Dalam drama ini, Atuk dan Anor (Nur Azilah Seeron) adalah tempat Ujang meluahkan perasaan dan masalah yang dihadapi,” katanya.

Manakala, bintang yang dicungkil menerusi program realiti Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Nur Azilah Seeron (Zila) berkata, pembabitannya dalam drama itu adalah peluang terbaik baginya untuk mengasah bakat dalam bidang lakonan.

“Pada peringkat awal, saya gementar untuk membawa watak Anor tetapi selepas mendapat bimbingan daripada pengarah dan kru penerbitan, keyakinan itu semakin meningkat.

“Saya berusaha melakonkan watak itu dengan baik dan setakat ini berpuas hati kerana mendapat sokongan padu daripada semua terutama pengarah,” katanya.

ABM mengisahkan Ujang yang dilakonkan Along Cham berasal dari sebuah keluarga di Juasseh, Kuala Pilah.

Dia yang dipelihara datuknya, (Baharuddin Omar ) mempunyai tangungjawab berat menjaga adiknya, Aca (lakonan Rosman Mohd Roslan) yang kurang siuman.

ABM turut dibintangi Rosman Mohd Roslan (Aca), Maimunah Ahmad (Emak), Maimon Talib (Mak Lijah), Adzriq Adam (Zaini), Mohd Affiq Azman (Bujal) dan Enot (kakak).