Selasa, 3 Mei 2011

Osama...


Osama Bin Laden... Dapat berita semalam, dah meninggal dunia bersama seorang anaknya serta yag lain... Tak kira la apa 'dosa' dia yang barat dok war-warkan, semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman...

Harapan aku, agar orang kita tak cedok 100% cerita pasal pengganas-pengganas yang diwartakan barat terutamanya US... Memang ada jugak salahnya pada 'pengganas' ni, tapi perkara yang paling penting (yang selalu Tun Mahathir cakap dulu), kenapa wujudnya keganasan? kerana ape??? Penindasan, mengaut hasil dari negara lain dan macam-macam lagi bentuk monopoli oleh barat... Tak perlu nak cari individu-individu untuk dibunuh, sebab ini bukan macam kongsi gelap... Kalau didengari, tak mungkin berlaku bunuh-membunuh ni...

Libya dihentam teruk dengan NATO, dengar cite, anak Gadafi pun meninggal... Emmm, betapa tak adilnya si barat keparat nih... Mesir masa Hosni Mubarak, bunuh orang awam, takde satu pun suara dari US, malah mengutuk para orang awam yang turut serta demonstrasi... Tiba giliran Gadafi, tak semena-mena, NATO terus masuk campur... Dengan alasan nak selamatkan orang awam dari terus jadi mangsa Gadafi... Aduhaiii, berita-berita kita sesedap je copy berita barat... Macam negara kita ni, bukan negara yang ada kaitan dengan negara-negara Arab, macam bukan seagama jer setiap komen-komen orang kita... Sedih tengok...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la kalau nak...