Jumaat, 14 Oktober 2011

Liga Futsal TGC... Edisi ke-6...


Dengar kabar, cikgu Epit nak buat liga Futsal Tahunan TGC 2012 ni lebih awal... Maybe 1.1.2012 atas sebab-sebab tertentu... Hehehehe, gue henjut jer... Seronok gak... Sekarang susah betul nak boleh dapat main futsal... Ada je sebab... Time dah free, kena plak outstation... Cuma, maybe ramai 'takde'... takpelah, main mana yang ada...

Ahad ni plak, TokGajah.Com anjurkan 1 kejohanan amal (Kejohanan Futsal Amal Azam Bakar 2011) sempena bagi membantu bekas player dan orang penting dalam bolasepak Pahang, Azam Bakar yang jatuh sakit... Cuma kejohanan ini, sepatutnya untuk membantu sedikit sebanyak, namun arwah pergi dulu (4hb Oktober 2011), so hasil kutipan diserahkan pada family arwah... Semoga rohnya dicucuri rahmat... Jasa dia tak akan dilupakan, antara yang terlibat bawak balik Piala Malaysia terakhir pahang menangi masa tahun 1992... Semoga hasil kejohanan amal ni, dapat memberi sikit sebanyak bantuan kepada waris arwah...

Antara team yang akan bertanding dalam kejohanan amal ni :


1. 90's Ex-player (Azaruddin Aziz / Zul Hamizan)
2. Tokgajah.com (Nakata Rinami)3. CENFED UMP (Aiman Dahalan)4. Persatuan Jurufoto Kuantan (Ali Shamsul Bahar)5. Media Pahang6. Jejempot FC (Faiz Majid)7. Runner FC Junior (Denny Arf)8. Briged Al-Qassam (Zaki Hafiz)9. Kuccha FC (Ajis Bkt Goh)10. Telekom A (ApEez Rayyan)11. Telekom B12.  HIJAU (Umar Mukhtar Badrul Huzaini)..

Harap kejohanan ni jugak merapatkan hubungan sesama kami semua...

Ahad, 9 Oktober 2011

Mocca... Terbaik dari Jiran Sebelah...



Pernah dengar Mocca??? Huhuhuhu, setakat ni, aku rasa satu-satunya artis dari Indon yang boleh singkirkan Anggun dari senarai Top List Indon aku adalah band Jazz + ala-ala country sikit ni, Mocca... Aku jatuh cinta dengan lagu-lagu, lirik-lirik, cara penyampaian, lead singer yang kiut gilerrr & paling penting, harmoni jer dengor... Band ni kalau tak salah aku dari Bandung... Lagu-lagu dia simple jer... Minat betul aku...




Album dia mula-mula paling aku minat, My Diary... Dengar masa belajar dulu, rasanya dalam 2002 @ 2003 @ 2004 la lebih kurang... Ada banyak lagu top-top, macam Secret Admirer, Me & boyfriend, Dear Diary, My Only One dan The Best Thing...
Cuma aku pelik, group ni tak menonjol sangat kat Malaysia, tak tau kenapa, padahal kat luar, boleh tahan Mocca ni... Band ni memang susah nak dengar kat Malaysia ni... Apepun, good luck to Mocca...


* Pic dari site Mocca & blog dari indon...

Nirvana... Selepas 20 tahun...


Nirvana... Nevermind 20th Anniversary Editions... Macam nak tangkap jer satu, hehehehe... Geram nih... Esok pegi cari jap la kat bandar... Antara kelebihan edition ni :
      • Ada 40 tracks...
      • 13 lagu yang tak pernah released...
      • Gambar-gambar rare masa amik pic baby dalam air nih, hehehehe...
      • Dan lain-lain... kot...

Kisah manusia...



Huhuhuhuhu... baru-baru ni ada kes budak campak bayi yang baru je lahir ke longkang dari tingkat 2 bangunan si budak ni duduk... Aduhai, sedihnya aku tengok baby tu dalam longkang kecil, tak bernyawa... Apelah nasib dia dibuat macam tu, maknya yang buat buat kenyataan baby tu dah meninggal sebelum dia buang ke bawah sebab panik... Tapi apepun alasan budak tu, tak kisah la baby tu dah tak bernyawa ke hidup ke, tak berhak untuk buat macam tu... 


Sedih sangat sebab baby tu lebih kurang je dengan usia beberapa hari baby kedua aku, Afeefa... Aku mengalir jugak air mata masa tengok gambar yang terpampang dalam paper... Dicampak dari tingkat 2 oleh mak kandung sendiri, tak menerti apa-apa, baru je sekejap tengok dunia, tapi dilayan begitu gaya... Singkat pemikiran mak baby tu... 


Dah buat @ terlanjur tu dah satu dosa, tapi kenapa tambah dengan perkara kejam macam ni??? panik macamana pun, baik la bagitau rakan-rakan serumah... bagitau perkara sebenar... daripada bertindak luar batas... Malu tetap malu bila lahir anak luar nikah... Tapi kenapa nak tambah malu / gelapkan masa depan dengan cara ni??? Tak paham betul...


Apepun, baby tu dah ada tempatnya di akhirat kelak... seperti yang dijanjikan pencipta kita... Semoga tak kerap dengar cerita-cerita macam ni lagi... Walaupun tak mungkin tak  akan berlaku lagi... Huhuhuhuhu...

Ahad, 2 Oktober 2011

Umah : Siap... Tunggu CF...


Area umah aku yang dah siap... Jalan, longkang semua beres dah...


Sliding Door dah dikunci oleh pemaju...


Umah Corner Lot ni kalau dapat memang puas hati... Tapi tak dapat... Kekekeke...