Selasa, 15 Mac 2011

Jepun : Takziah buat orang di sana...

Baru-baru ni, kita dikejutkan dengan gempa bumi terkuat selepas 100 tahun di Jepun. 9.berapa ntah skala ritcher... Aku pun lambat tau, sehari lepas tu baru la perasan ada berita pasal gempa bumi dan Tsunami yang melanda Jepun...

Mula-mula, info cakap macam tak seteruk mana, yang mati @ hilang pun tak la ramai mana, tapi sehingga semalam, dah kira hampir 10,000 orang mati @ hilang... Huhuhuhuh...

Cuma, Jepun nampak macam dah bersedia sikit la, maybe sebab duduk dalam lingkaran api dan biasa kena... Jumlah kerugian, kematian, kehilangan dapat dimaksimumkan... Kalau kena tempat lain, mungkin lagi teruk...

Macam breakwater pun banyak diaorang buat, bangunan pun tahan lasak (walaupun runtuh jugak), so persediaan tu dah ada... Berbanding la dengan Acheh kena dulu...

Walaupun tak ramai kot Islam, tapi simpati sesama manusia, pun kena ada... So harap rakyat dia tabah hadapi kuasa alam ni...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la kalau nak...