Jumaat, 7 Jun 2013

Wahai wanita...


Emmm... Persoalan...
  • Berapa ramai kaum wanita yg faham yg mereka pergi bekerja pun atas izin suami, dan atas niat hendak membantu suami dalam membesarkan keluarga?
  • Berapa ramai yang sanggup melepaskan kerja mereka sekiranya suami mereka menyuruh mereka berhenti kerja dan jadi surirumah?
  • Berapa ramai pula yg bersolek berhias bukan main utk ke tempat kerja tetapi selekeh bila di rumah dan ketika suami hendak mengadakan hubungan intim di kamar tidur?
  • Berapa ramai isteri yg faham melayan kehendak seks seorang suami adalah lebih mulia berbanding dia keluar bekerja dan bila pulang ke rumah tidak dapat melayan suaminya atas alasan penat bekerja?
  • Berapa ramai isteri yg faham mereka kena bagi keutamaan kepada suami berbanding ibu bapa mereka sendiri?
  • Berapa ramai isteri yg begitu mudah meninggikan suara kepada suami mereka apabila berlaku perselisihan faham?
Tatatertib bagaimana seorang isteri harus berkelakuan ketika bersama dengan suami dirumah (untuk orang zaman skrg) :
  1. Sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada dirumah. Isteri hendaklah dalam keadaan wangi supaya suami selesa dengan isteri.
  2. Tunjukkan wajah yang ceria dan senyuman yang manis ketika suami pulang dari bekerja, tapi tiada susahnya untuk menghadiahkan suami senyuman. Senyum seorang isteri sedikit sebanyak mampu mengurangkan keletihannya.

  3. Elakkan bersikap moody apatah lagi menarik muka masam dengan suami, sikap begini boleh saja membuatkan suami tersinggung.
  4. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya. Jangan suka menyampuk dan memotong percakapan suami.
  5. Layani perbualan suami biarpun apa yang diperkatakan bukan yang anda minati. Dengarkan saja kata-katanya dan responlah bila diperlukan.

  6. Apabila bercakap dengan suami pula pastikan anda mengucapnya dengan nada yang lemah lembut dan bukan menengking-nengking
  7. Sekiranya suami marah, seeloknya isteri mendiamkan diri. Jangan amalkan sikap suka menjawab (walaupun anda rasa anda betul). Suka menjawab akan mengundang lagi kemarahan suami.
  8. Ada kalanya suami suka mengusik isteri. Bila yang dilakukan menyentuh perasaan, janganlah terlalu dan cepat merajuk. Tanamkan sikap untuk menjadi lebih sporting bukan lebih sensitif.
  9. Bergurau sendalah dengan suami, ketahuilah bahawa bergurau senda antara suami isteri juga salah satu ibadah yang diredhai Allah S.W.T
  10. Jika suami berhajat sesuatu, isteri hendalah cepat bertindak. Bangun segera jika disuruh dan janganlah melengah-lengahkan kemahuannya sehingga mencetuskan kemarahan.
  11. Bila kehendak suami dan anak-anak bertembung, dahulukan kehendak suami.
  12. Minta izin suami sebelum keluar daripada rumah begitu juga sekiranya anda pulang lewat dari tempat kerja supaya suami tidak risau.
  13. Mintalah izin terlebih dahulu sebelum menggunakan harta suami baik kereta mahupun wang ringgit. Jangan amalkan “Guna Dulu Beritahu Kemudian”
  14. Sediakan suasana rumah yang memberi ketenangan buat suami. Jangan biarkan rumah berselerak terutamanya ketika suami yang penat bekerja pulang kerumah.
  15. Masaklah hidangan  mengikut kesukaan suami dan bukan selera isteri.
  16. Air minuman suami pula hendaklah sentiasa disediakan. Tak perlu tunggu suami minta baru nak sediakan. Sebaiknya, sentiasa sediakan air ketika suami pulang dari kerja
  17. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan suami sebelum dia keluar dari rumah untuk ke tempat kerja.
  18. Cium tangan dan pipi suami sebelum suami keluar dari rumah.
  19. Jangan membuat perkara yang boleh membebankan suami seperti suka berhutang dalam membeli barang.
  20. Hargai pemberian suami walaupun cuma hadiah yang kecil.
  21. Biarkan suami tahu yang anda cintai dirinya. Sebelum berkahwin hari-hari cakap i love u dan i miss u, kenapa tidak selepas berkahwin??
  22. Teman suami ketika makan walaupun anda tidak makan
  23. Jangan biarkan suami tidur sendirian.
** MERAH : Kritikal bagi aku... @ still missing... @ kurengggg...

Black!!!!!!!


Sound familiar??? 1 daripada lagu terbaik sepanjang zaman, Black dari band Grunge yang lebih awal popuar dari Nirvana... Suara Eddive Vedder memang legend lah.. Terutama lagu Black ni (unplugged Version, terbaik)... Kat Malaysia ada 1 band alternative suara sebijik Eddie ni... Apa ntah nama band tu, xingat la plak...

Lyric last dia... Fuhhhh...

I know someday you'll have a beautiful life,
I know you'll be a star in somebody else's sky,
But why, why, why can't it be, can't it be mine?