Selasa, 14 April 2009

Kecelaruan Dunia...

Thailand...
- Bergolak lagi... Kali ni team Merah menguasai ibukota Bangkok... Baju Merah ni penyokong bekas PM terbuang, Thaksin... Tak abis-abis masalahnya dengan demonstrasi jalanan... Masuk kali ni, rasanya dah 3 4 kali dah dalam 4 tahun nih...

- Masalah Thailand ni, samada penyokong kerajaan @ pembangkang, kekuatan sokongan lebih kurang sama banyak... So 1 team menang, team satu lagi leh buat demonstrasi besar2an... Dah jatuh kerajaan tu, naik plak yang baru... & yang lama plak buat demonstrasi sampai jatuhkan kerajaan baru... Kesimpulannya, cite Thailand ni takkan abis dalam masa 5 6 tahun nih...

- Tapi, puncanya jugak datang dari Thaksin nih, semarakkan api dari jauh... Last2, huru hara dah Thai sekarang nih... Semalam, 2 orang mati, tak pasal2... So pasni mesti lebih teruk la keadaan kat sana...

Korea Utara...
- Dah bersiap sedia untuk lancarkan perang pasal tak puas hati pasal rundingan isu nuklear diaorg...

- Kalau perang berlaku, mesti wujud 2 blok dari negara2 besar yang bagi support... 1 untuk Korea Utara, China & Russia pasti bagi sokongan moral & peralatan... 1 lagi plak, sahih dah Polis Dunia, US & Jepun akan sokong Korea Selatan...

krisis ekonomi...
- Krisis ekonomi yang start 2008 ni, makin parah... 1 Dunia rasa kesannya...

- Kat Malaysia, dengar cite, ekonomi kita akan teruk jatuh pada bulan 6, tapi bergantung la pd cara PM baru kita handle tugasnya & penerimaan orang luar atas dasar yang dia akan perkenalkan...

- Ramai dah kena buang di Malaysia ni, kalau tak kena buang pun, asyik diberi cuti sampai boleh kira sebulan keje berapa kali... Bayangkanla keje dah bertahun2, last2 dihentikan, mana la nak cari duit nak tampung family... Makin susah nak hidup di zaman sistem sedia ada ni digunakan...

-Yang kaya, makin kaya, yang miskin, makin miskin... Pelik sangat dengan orang nih, bina kekayaan dengan xkisah macamana kehidupan orang lain... Orang2 macam ni la yang protect sistem sekarang ( sistem barat nih), bila diusulkan altenatif lain, siap boleh bangkang, xmampu nak buat la, ambil masa lama la, ape la...

* sama jugak dengan tutup lampu sejam, ramai je pertikaikan keberkesanannyerrr... Padahal, at least kita dapat jugak menyumbang kalau sama2 komited... Tak kira la masa singkat tuh xberi kesan sangat pun berbanding penggunaan letrik kita berhari2... At least kita bantu...

- Apepun, harap masalah ekonomi ni, tak lama... & harap yang diberhentikan, dapat survive selama berlakunya era ekonomi buruk nih... Aku pun penah merasa peritnya takde keje & keje tapi gaji sangkut sokmo, seksa gilerrr... Apepun tak boleh nak buat, maklumla duit penting sekarang ni... Nak kuar rumah, at least kena ada jugak duit poket seringgit 2... & harap tak berlaku pada aku jugak untuk sekali lagi, mcm dulu...

- Tun Mahathir pun cakap, krisis ekonomi akan ambil masa yang lama... 1997 dulu pun sampai sekarang Malaysia tak dapat kembali kepada keadaan asal sebelum krisis tahun tu...

"Kita belum betul-betul pulih dari krisis 1997 walaupun sesudah 10 tahun," katanya, yang merujuk kepada nilai ringgit yang sekarang berada pada sekitar RM3.60 untuk setiap dolar AS berbanding dengan RM2.50 pada sebelum krisis 1997."

"Demikianlah. Walau pun sesudah lebih 10 tahun, keadaan (nilai) ringgit masih belum kembali seperti keadaan sebelum serangan mata wang 1997," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la kalau nak...