Isnin, 21 Disember 2009

20 Tahun...

Akhirnya... 20 tahun kemarau Emas, dapat jugak kita merasa kegembiraan... Lama giler!!! dari aku umur 7-8 tahun masa last Malaysia menang Emas di Kuala Lumpur, sampai lah umur aku 28 tahun... Emmmm, sape yang tak happy...

Maybe tak adil pada sukan lain, walaupun menang lebih banyak pingat @ lebih gemilang, tapi Bola Sepak jugak yang jadi tumpuan seluruh Malaysia... Memang tak adil pada sukan lain, tapi kena akui Bola Sepak Malaysia still no. 1 dalam hati peminat sukan. Walaupun saban tahun mengutuk, mengherdik & cuba cari alternatif lain dengan menyokong pasukan antarabangsa lain @ sokong liga lain, still orang kita ambil kisah, still peduli... Bila dah berjaya macam ni, rasa puas, terharu, semua rasa ada malam keramat tuh... Semua orang bercakap pasal kejayaan ni, radio tak abis2 ulas tentang kejayaan ni, TV pun sama... Dalam paper pun tak abis lg bercakap pasal ni...

Bagi orang yang umur macam aku, banyak maknanya.... dari dulu tunggu saat2 ni!!!

Apepun, memang banyak lagi kelemahan, tapi at least permainan lebih baik daripada tahun2 'gelap' Malaysia dalam bola sepak... Harap lepas ni taraf permainan akan lebih tinggi & player dalam skuad Emas ni dah pun letakkan batu aras untuk skuad2 akan datang... Bila dah ada pencetus, selalunya persembahan akan datang akan lebih baik & x boleh lebih rendah dari sekarang... Maybe boleh ke tahap seterusnya, layak ke Piala Asia...

Masih awal utk bermimpi mcm tu, tapi tak salah sebab skuad ni dah pun setkan tahap baru dalam bola sepak kita... kita boleh bermimpi!!!

Tahniah pada Coach Rajagopal... Skuad sekarang memang cantik... Tapi masih ramai lagi player yang boleh ditambah ke skuad ini, mcm Alex (Pahang) dan lain-lain lagi... Kalau Rajagopal stick pada prinsip 'bukan atas nama besar sahaja', x mustahil Malaysia akan berpesta lagi, lebih besar & meriah...

Harap macam tuh....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la kalau nak...