Sabtu, 15 Ogos 2009

H1N1... Kenapa?


H1N1... Ingat lagi masa mula2 wabak ni mula dapat liputan dalam media massa, masa tu boleh kira dengan jari, sape yg percaya wabak ni boleh menular secepat @ sepantas sekarang dalam dunia nih... Aku pun, anggap kes ni senang je dibendung & satu kes terasing, & xmungkin Malaysia ni kena @ klu kena pun, sesuatu wabak yang boleh dikawal...

Tapi, nyata jangkaan aku meleset jauhhhhh... Bukan sahaja Malaysia kena teruk & termasuk dalam ranking 5 @ 6 negara terburuk kena H1N1, malah negeri aku, Pahang & daerah aku, Kuantan antara yang paling teruk terkena wabak nih... (walaupun still tak la sampai tahap parah lagi)...

Tak tau mana silapnya @ kenapa sepantas tu wabak ni merebak sampaikan dah mula wujud stigma dikalangan orang awam... Bagi aku, macam pendapat kebanyakan orang kita, kerajaan terlalu mahu menjaga imej daripada membuat langkah2 perlu yang lebih penting...

Dari seorang dua yang kena, sekarang dah kira ribu... Kerajaan tak tegas mana dalam hal ni... Awal2 dulu, just check & minta orang yang datang ke Malaysia turunkan tandatangan pengishtiharan kesihatan, itu jer...

Last-last2, dah tak boleh nak kawal... Kerajaan jugak ambil langkah kuarantin dengan menyuruh pesakit yang demam balik umah, betul2 langkah yang silap & membuatkan H1N1 ni lagi berkembang... Universiti plak ditutup seminggu aje... & pelajar disuruh pulang... Sedangkan itulah langkah yang paling tak munasabah bagi pemikiran cetek aku nih...

Baru beberapa hari ni baru kerajaan ajak smua hospital @ klinik swasta terima pesakit yang disyaki H1N1... adusssss... Ser lagi, xsemua rakyat Malaysia yang aware bahayer H1N1 nih, cuba tanya penduduk kampung, relaks jer macam tak de ape2...

AKu setuju dengan pendapat Tengku Mahkota Pahang pasal 'tahap', sepatutnya kerajaan isytiharkan @ create tahap bahaya H1N1 ni setiap masa (macam banjir, tahap bahaya ditanda dengan tahap 5, contohnya)... At least rakyat tahu bila nak limitkan pergerakan luar mereka...

Banyak lagi nak komen pasal H1N1 ni, tapi malas lak nak taip panjang2... hehehehehe... Apepun, harap kerajaan lebih serius & ambil pendekatan lebih berkesan... Bukan la sekarang ni diaorang tak buat keje, tapi tak memadai... Korang kan cerdik pandai, so pikir la jalan2 yg sesuai...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la kalau nak...