Damia... Masa beberapa hari dilahirkan...
Khamis, 30 Disember 2010
Malaysia Juara... AFF Suzuki Cup... 2010...
Assalamualaikum...
Akhirnya... Penantian belasan tahun sejak 1994 berbalas jua...
First Leg : Stadium Bukit Jalil...
Malaysia 3 vs Indonesia 0...
Second Leg : Stadium Gelora Bung Karno...
Indonesia 2 vs malaysia 1...
Indonesia 2 vs malaysia 1...
** Malaysia menang Aggregate 4-2...
Tak ada apa yang aku lebih banggakan daripada kejayaan team bola sepak Malaysia nih... Sampai ke hari ni berbunga-bunga... Aduhai... Seronoknya perasaan ni... Yang paling aku suka, bola sepak jugaklah yang nak satukan kita semua... Dah lama aku tak tengok tiap-tiap orang (yang minat sukan @ bola la, yang tak amik cara tak ada kaitan) betul-betul ikuti perkembangan kejohanan ni dan bagi sokongan tak berbelah bagi...
Aku pergi Stadium Bukit Jalil masa First leg baru-baru ni... Tak pernah lagi stadium kita selama aku hidup 30 tahun ni dari awal sampai habis game, asyik menyanyi dan beri sokongan... Aku tak pernah nyanyi Negara Ku dengan 100 000 orang yang lain dengan kuat dan semangat... Dari awal game, duk nyanyi lagu Inilah Barisan Kita dan ole-ole...
Betul orang kata, sukan menyatukan bangsa dan negara... Terutamanya negara kita... Terlalu banyak aku nak citekan kat sini... Tapi nanti la aku cite sikit-sikit bersama gambar-gambar yang aku amik...
Sabtu, 25 Disember 2010
My GPS... Garmin Nuvi 1350...
Aku beli garmin 3 bulan lepas, asyik malas jer nak up pic gps ni... Ni kebetulan tengah melahu, leh la up.. best pakai Garmin... Walaupun tak banyak function @ pilihan macam pgs klon yang lain, tapi aku lebih suka macam tu...
Pic-Pic Hobi...
Hoby aku kat umah... Dulu aku ada posting pasal ni, tapi tak up gambar... Aku suka sangat beli produk D.I.Y...
Rabu, 22 Disember 2010
Bukit Jalil... Aku datang...
Ahad, malam isnin...Aku nak pegi Stadium Bukit Jalil... First time aku pegi Bukit Jalil ni, kalau jadi la... Dulu-dulu asyik terlepas jer... Ni dah dapat lampu ijau dari pihak berkuasa iaitu orang rumah aku, kekekek...
So, harap-harap Malaysia menang la game ni, bukan senang nak sampai final walaupun ni hanya peringkat Asian... Kot-kot tuah aku datang, Malaysia menang, kekekekekeke...
Aku suka masa lawan Vietnam kat stadium diaorang... Kena serang kaw-kaw tapi tak bolos... Tapi aku kecewa sebab bila vietnam main 10 orang, tak nak antar orang ke atas, at least dapat 1 gol pun ok, leh perbaiki rekod dengan Vietnam ni...
Apepun, tahniah untuk Malaysiaku ni yang berjaya jugak ke final... Lawan Indon!!! Leh la kira-kira nak balas dendam...
Jumaat, 17 Disember 2010
Mahkamah!!!
Semalam dalam surat khabar Harian Metro, ada cite pasal 2 beranak kena jail pasal rompak kedai apentah... Kalau tak silap, kedai jahit kain... mak dan anak kena tangkap, anak berusia 29 tahun kalau tak silap...
Mereka berdua kena jail 6 dan 5 tahun... Huhuhuhu, kalau tak baca betul-betul, aku cakap jer, 'padan mukaaa'... Tapi bila pertengahan berita tu, ada cerita pasal kesusahan si emak membesarkan 9 orang anak, 5 dalam jagaan dia, plak tu ada anak sakit jantung, pastu ada yang masih menyusu lagi... Suami plak, kena tahan di pusat pemulihan akhlak... So kira macam ibu tunggal la... Dah la tak kerja... Hutang keliling pinggang... Siap merayu pada hakim untuk ringankan hukuman atau amik kira masalah yang dihadapi... Dan, yang penting, bukan kali ke-10 atau 11 merompak, yang ni yang pertama, sebab desakan hidup...
Yang lebih buatkan aku bengang dan rasa hidup kat Malaysia ni, kalau susah ada ke orang nak tolong??? kalau setakat susah nak bayar kereta tak per, ini nak biaya hari-hari, untuk sesuap makanan... Si emak pun cakap, macam-macam cara dia buat untuk mintak bantuan, pergi ke jabatan kebajikan, kena herdik pasal laki perangai tak elok... Yang lebih menyakitkan, hakim masa buat hukuman tu, cakap ' kena jugak hukuman sebab sekarang kejadian rompak-merompak ni makin menjadi' (walaupun dah diberitahu sebab diaorang merompak)...
Aduhai... Kalau perompak tu, memang jenis tahap botak chin ke bentung kali ker, nak jatuh hukuman sejuta tahun pun, ada aku kisahhhhhhh??????... Tapi... alahai, cerdik betul hakim...
Kat sini sape yang nak dipersalahkan??? kenapa sesusah keluarga tu, takde orang nak tolong??? Kenapa hakim tak amik kira perasaan kemanusiaan, walaupun memang terkandung dalam undang-undang, still boleh guna 'budi-bicara' rasanya... Sape yang nak jaga anak-anak dia yang lain??? apa kesan pada anak-anak tu??? Ada sesiapa cara ke??? Kenapa tak tengok kesannnn dari hukuman tuuuuuuuuuuuuuuuu??? Mana Baitumal @ jabatan kebajikan???? korang expect orang susah-susah ni nak pergi cari korang ke? Aku sendiri pun tak tau macamana nak berurusan dengan badan kebajikan ni, ni plak orang yang susah macam ni, tak tau apa-apa...
Aku ada terbaca blog orang, yang perempuan punya, kutuk-kutuk si emak yang ajar anak dia merompak... Hai, pikir la sendiri, si anak tu dah 29 tahun!!!! Dia tak tau beza ke rompak tu baik ke tak??? Mesti dia tau, tapi terdesak... Ko hidup senang, ko boleh cakap plak ' jangan amik jalan mudah'... Cuba ko susah sikit, sedara mara plak takde yang senang-senang, baru ko tau langit tinggi ke rendah...
Benda-benda macam ni, memang senang nak buat aku bengang...Ada lagi yek kisah-kisah macam ni dalam Malaysia ni!!!! berita tu tak disensasi pun, sebab bukan orang popular kan... cuma berita picisan jer...
Benda-benda macam ni, memang senang nak buat aku bengang...Ada lagi yek kisah-kisah macam ni dalam Malaysia ni!!!! berita tu tak disensasi pun, sebab bukan orang popular kan... cuma berita picisan jer...
Khamis, 16 Disember 2010
AFF Suzuki Cup : MALAYSIA 2 vs VIETNAM 0...
Salam...
Indahnya tengok Malaysia menang malam tadi dengan Vietnam... 2 gol dari Safee Sali cukup untuk Malaysia leading sebelum ke Vietnam nanti... Aku tak dapat tengok @ fokus dengan betul pada game ni kat astro... Terpaksa melayan anak aku, asal alih bola jer, nangis nak tgok kartun, asal alih jer nangis.... Sampai abis game aku merana, kekekek... Last 20 minit game ni plak, aku kena layan anak aku jual aiskrim, dia terbalikkan basikal, buat basikal tu jadi mesin aiskrim dia... Dia buat, dia jual, dia bagi duit kat pelanggan (aku la tu, kekeke)... So demi untuk bola, aku layan jer la...
So dalam pemerhatian aku, Vietnam lebih superior dari segi kawalan bola dan pembukaan permainan... Malaysia plak, makin bagus apabila bertahan dan striker yang ada sekarang ni, bagi aku pasangan terbaik, Norshahrul Idlan Talaha - Safee Sali... Striker kembar ni boleh buat kerja sendiri sebab boleh dribble bola dari tengah, so takdela asyik tak dapat bola jer... Cuma problem, sampai sekarang, tak de la Playmaker yang betul-betul hebat (macam aku tulis dalam post sebelum ni)... Huhuhuhu...
Vietnam ada banyak peluang, terutama bila tengah Malaysia nampak macam berterabur, tak cover depender... Harap dapat diperbaiki... Dari segi penonton, seronok tengok ramai datang stadium dan buat bising, dah lama tak tengok bila Malaysia main... Tahniah semua...
Isnin, 13 Disember 2010
WikiLeak's jadi Waka Waka...
Julian Assange (Asang...) kekeke, tiba-tiba jer jadi buah mulut orang ramai dalam dunia ni sejak 2 3 menjak nih... Kalau ada Forbes buat kajian, dah jadi top ten manusia terfamous dalam dunia ni buat masa sekarang, kekekeke...
Julian Assange ni pengasas WikiLeaks yang berjaya memaparkan dokumen-dokumen sulit AS di web... So macam biasa, aku tak pelik bila dia jadi buruan ramai, tiba-tiba je kes serangan seksual dinaikkan, dia jadi orang yang salah... Dah pun kena tangkap dengan polis Britain, tapi akan diekstradisikan ke Sweden @ Denmark, aku pun lupa dah, janji negara belah atas tu...
US pun dah panas punggung, macam-macam dah dengar, ada ugutan la, nak antar sorang lagi Lee Harvey Osward la... Standard la, rahsia dia dah bocor, so nak tak nak kena la cover ala koboi...
Julian Assange ni pengasas WikiLeaks yang berjaya memaparkan dokumen-dokumen sulit AS di web... So macam biasa, aku tak pelik bila dia jadi buruan ramai, tiba-tiba je kes serangan seksual dinaikkan, dia jadi orang yang salah... Dah pun kena tangkap dengan polis Britain, tapi akan diekstradisikan ke Sweden @ Denmark, aku pun lupa dah, janji negara belah atas tu...
US pun dah panas punggung, macam-macam dah dengar, ada ugutan la, nak antar sorang lagi Lee Harvey Osward la... Standard la, rahsia dia dah bocor, so nak tak nak kena la cover ala koboi...
Ahad, 12 Disember 2010
Khamis, 9 Disember 2010
Rendang????
Best tak tengok lauk rendang ni??? hehehe... giler, best giler... Rendang Ayam yang orang umah aku buatkan cuti baru-baru ni... dah terer dah dia buat kuah pekat & pedas macam yang aku nak... Ni masa aku tengah tulis ni, telan air liur 2 3 kali teringat, kekekekeke...
Makan plak dengan pulut kuning... Perghhh... Cuma kalau makan pulut ni, tak lama lepas tu, lapar la balik... Rasa perut kosong jer... Macam tak makan sehari plak... Takperla janji puas dapat makan...
Sekarang ni, orang umah aku, kalau buat masak pedas, memang menjadi dah... Ayam masak pedas ke, sambal nasi lemak ker... So lepas ni aku tak payah la cari kedai-kedai yang masak sedap... Jom nikmati gambar-gambar yang aku up ni... Perghhh... (Mintak-mintak bini aku tak baca ni, kembang plak dia karang, kekekekek)
Bismarck... Finally...
Akhirnya... My Bismarck dah nak siap... hehehehehe... cuma tinggal barang kecil jer yang aku tak lengkapkan... Puas hati rasanya... Cuma, aku order saiz yang terlalu kecil, memang susah betul nak pasang... Aku budget besar, rupanya saiz 1 : 700 tu memang kecil sangat-sangat... Tapi, penghantaran kira cepatla jugak, cepat 5 hari dari tarikh yang diberitahu...
Masa mula-mula buat, tension jugak, sebab masa nak fokus tu kena amik banyak masa, aku plak kat umah, tunggu anak tido baru la boleh keluarkan peralatan, hehehehe... So sehari dapat sejam dua jer... kalau ikutkan menda ni, nak kena spray lepas siap, emmm, aku ni dah la seni dapat cukup-cukup makan jer time SPM dulu, kekekeke... So, bab-bab kaler-kaler ni, biar la dulu...
Ni gambar time aku tengah tekun buat, time anak aku tido... Bini pun tak leh kacau aku, kekekeke... nanti lepas siap semua, boleh la aku display kat almari buku umah aku... Apepun, aku memang puas dapat Bismarck nih... Dah masuk berbelas tahun tunggu...
AFF Suzuki Cup : Semi menanti...
Syukur...
Malaysia melayakkan diri ke Semi-Final bagi edisi yang ntah ke-sekian kalinya... Lepas tewas teruk pada Indonesia, Malaysia seri dengan Thailand... Dan kelmarin, menang besar dengan Laos 5-1...
Thailand, gergasi bolasepak Asean selama ni, tumbang pada Indonesia pada game terakhir peringkat kumpulan... Dan terpaksa pulang awal...
Tapi, kalau tengok pada game Malaysia-Laos, sekarang kat Asean, dah tak ada team belasahan kot, Laos menguasai perlawanan, result tak mencerminkan permainan... Philipines plak main cantik sekarang, tak macam dulu, asyik kena belasah ajer.. Sekarang, Vietnam pun dia boleh makan, apatah lagi Malaysia...
So, pasukan yang dulunya bawah kita, Myanmar, Vietnam, Laos, Phillipine... Semuanya dah meningkat... So harap-harap Malaysia cepat ambil langkah untuk tak jatuh sampai setaraf dengan Cambodia @ Brunei...
Apepun, next game bertemu dengan ----->> Vietnam... Jelas sekali siapa peberet dalam game nih... hehehehe... Cuma harap Malaysia buat kejutan jer... Harap-harap, harapan, harapnye, pendek kata semua harap yang ada la...
Jumaat, 3 Disember 2010
AFF : Indonesia 5 vs Malaysia 1...
Salam...
Piala AFF baru-baru ni, Malaysia kena ganyang dengan Indonesia 1-5... Huhuhuhu, kesian sungguh... Tapi pada aku Indonesia tak sedap pun main, cuma defender Malaysia tak menjadi malam tu... malaysia leading dulu, game pun seimbang sebenarnya... Striker malaysia pun sedap dah, Norshahrul Idlan Talahaa dan Safee Sali...
Cuma bahagian tengah plak tak dapat hantar bola ke striker... mati la striker nak cari bola... Harap Malaysia ni dapat la sorang bakat playmaker, rasanya dah lama takde yang betul-betul berpengaruh kat midfield...
Lepas ni jumpa Thailand... emmm, game pertama Thailand seri jer, so mesti diaorang nak sangat menang, so malaysia kena la jaga-jaga, kalau defend teruk macam lawan Indonesia tu, emmm tak tau la berapa kena plak nanti...
Langgan:
Catatan (Atom)