Khamis, 30 Disember 2010

Malaysia Juara... AFF Suzuki Cup... 2010...


Assalamualaikum...

Akhirnya... Penantian belasan tahun sejak 1994 berbalas jua... 

First Leg : Stadium Bukit Jalil...
Malaysia 3 vs Indonesia 0...

Second Leg : Stadium Gelora Bung Karno...
Indonesia 2 vs malaysia 1...

** Malaysia menang Aggregate 4-2...

Tak ada apa yang aku lebih banggakan daripada kejayaan team bola sepak Malaysia nih... Sampai ke hari ni berbunga-bunga... Aduhai... Seronoknya perasaan ni... Yang paling aku suka, bola sepak jugaklah yang nak satukan kita semua... Dah lama aku tak tengok tiap-tiap orang (yang minat sukan @ bola la, yang tak amik cara tak ada kaitan) betul-betul ikuti perkembangan kejohanan ni dan bagi sokongan tak berbelah bagi...

Aku pergi Stadium Bukit Jalil masa First leg baru-baru ni... Tak pernah lagi stadium kita selama aku hidup 30 tahun ni dari awal sampai habis game, asyik menyanyi dan beri sokongan... Aku tak pernah nyanyi Negara Ku dengan 100 000 orang yang lain dengan kuat dan semangat... Dari awal game, duk nyanyi lagu Inilah Barisan Kita dan ole-ole...

Betul orang kata, sukan menyatukan bangsa dan negara... Terutamanya negara kita... Terlalu banyak aku nak citekan kat sini... Tapi nanti la aku cite sikit-sikit bersama gambar-gambar yang aku amik...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la kalau nak...