Rabu, 22 Disember 2010

Bukit Jalil... Aku datang...


Ahad, malam isnin...Aku nak pegi Stadium Bukit Jalil... First time aku pegi Bukit Jalil ni, kalau jadi la... Dulu-dulu asyik terlepas jer... Ni dah dapat lampu ijau dari pihak berkuasa iaitu orang rumah aku, kekekek...

So, harap-harap Malaysia menang la game ni, bukan senang nak sampai final walaupun ni hanya peringkat Asian... Kot-kot tuah aku datang, Malaysia menang, kekekekekeke...

Aku suka masa lawan Vietnam kat stadium diaorang... Kena serang kaw-kaw tapi tak bolos... Tapi aku kecewa sebab bila vietnam main 10 orang, tak nak antar orang ke atas, at least dapat 1 gol pun ok, leh perbaiki rekod dengan Vietnam ni...

Apepun, tahniah untuk Malaysiaku ni yang berjaya jugak ke final... Lawan Indon!!! Leh la kira-kira nak balas dendam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la kalau nak...