Isnin, 4 Februari 2013

Liga Super 2013 : Pahang Top???


Salam, 



Liga Super 2013 dah start... Dan buat pertama kalinya setelah bertahun-tahun, aku masih lagi tak dapat pergi Stadium Darul Makmur... Dan yang bestnya, setelah 5 game, Pahang dikedudukan yang mengejutkan ramai orang... Pertama!!!! Hahahahaha...

Dan, setiap game Pahang, dipenuhi oleh penyokong-penyokong Pahang dari segenap tempat, dah mula ramai mengaku sokong Pahang... Berbeza pada zaman Pahang jatuh ke Liga Premiere dulu, tak de sorang pun amik tau... Aku terus terkenangkan zaman lalang Stadium DarulMakmur ni dulu, siap boleh kira kedatangan pengunjung-pengunjung ketika game berlangsung... Apepun, tu kenangan lalu. sekarang, datang pukul 8.30 mlm, boleh la ko berbaris kat luar sambil dengar orang jerit gol kat dalam stadium... Silap-silap abis separuh masa pertama baru dapat masuk... Hehehehe...

Apepun aku ucap tahniah kepada penyokong-penyokong Pahang yang dah lama menunggu detik-detik ni... Walaupun, aku tau masih awal, dan tak rasa Pahang dapat kekalkan kedudukan (dengan pemain 2 import yang sangat teruk)... So enjoy la keadaan sekarang puas-puas... Dah lama tak tengok Pahang top liga... Muahhhhhhhhhhhh...

2 ulasan:

Komen la kalau nak...