Rabu, 21 Julai 2010

"Kadang-kadang, apa yang kita benci tu, adalah sumber cahaya kehidupan orang lain"

Emmm, aku tengok drama Ilusi semalam kat tv3, tertarik dengan ayat ni bila perempuan dalam cite tu cakap dia tak suka jeruk, lelaki tu plak jawab macam ni sebab dia hidup dengan jeruk, mak dia sara kehidupan dia dengan jeruk sampai la dia jadi 'orang'... Pengakhiran ayat dia macam ayat kat atas sebelum dia blah tinggalkan perempuan tuh...

Emmmm... Aku betul-betul setuju dengan ayat dia tu, walaupun cite-cite Melayu ni aku kureng sikit... Ramai orang pandang rendah pada sesuatu benda sampaikan peringkat menyampah, benci, hina bla bla bla... Tapi sebenarnya kita tutup mata pada sebelah pihak yang lain yang bergantung kepada benda yang kita benci tu... Lebih-lebih lagi orang-orang sekarang yang dah makin senang dan tak reti memandang kehidupan orang lain...

So, pandang-pandanglah ke tepi, ke bawah, ke atas ke belakang dan ke sekeliling kita... Terlalu banyak unutuk kita syukuri atau teladani... Aku harap aku pun ambik iktibar pada ayat macam di atas, amin...

Selasa, 20 Julai 2010



Kat bawah, keratan akhbar tentang Mike Tyson. (dari paper ape ntah, tak ingat).. Salah satu idola masa kecik nih, macam jackson, walaupun 'love hate' dia ni, tapi still dia yang mewarnai hidup aku masa kecik atau sekolah dulu... harap dia stay dengan Islam dan dapat sokongan dari saudara-saudara kat sana...

 
Air mata Tyson gugur di Kaabah


Dahulunya beliau digeruni tetapi di hadapan Kaabah ini Tyson adalah yang paling mengharapkan keampunan Allah.

DI saat Afrika Selatan menjadi kiblat ramai penduduk dunia yang ralit menyaksikan aksi-aksi hebat Piala Dunia 2010, lain pula kisahnya yang berlaku kepada seorang bekas atlet terkemuka dunia.

Peninju terkenal dunia yang juga bekas juara heavyweight, Mike Tyson, 44, tidak mempedulikan kemeriahan pesta bola sepak itu. Tumpuan kepada ibadat berkiblatkan Kaabah yang betul-betul berada di hadapan matanya.
Itulah pertama kali Tyson mengerjakan ibadah umrah di Mekah dan Madinah sehingga air matanya tertumpah di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram.

Umum mengetahui beliau memeluk Islam ketika dalam penjara pada tahun 1995 atas kesalahan merogol bekas Ratu Cantik Amerika, Desiree Washington.
Sejak itu beliau tidak lagi mahu dikenali dengan nama sebenarnya Michael Gerard Tyson, tetapi sebagai Malik Abdul Aziz sejurus memeluk Islam. Ia sekali gus tidak mahu dirinya dikaitkan dengan pelbagai gelaran sebelum ini termasuklah Iron Mike, The Baddest Man on the Planet, The Baby Bull dan Kid Dynamite.

Juara kategori heavyweight sebanyak 44 kali dari 58 perlawanan itu memeluk Islam dengan kerelaan sendiri. Namun pengislaman Tyson sering dipersoalkan. Bukan sahaja perwatakannya dilihat tidak berbeza sebagaimana sebelum memeluk Islam, ada pula yang berusaha supaya peninju yang terkenal dengan aksi yang cukup menakutkan lawan itu kembali ke agama asal.

Malah perjalanan hidup Tyson sebagai seorang Islam juga jarang-jarang diketahui umum. Kali terakhir kita mendengar kisahnya ialah apabila tragedi yang menyayat hati berlaku kepada anak perempuannya, Exodus, 4. Anaknya meninggal dunia akibat leher terbelit tali pada sebuah alat senaman treadmill dalam kemalangan yang tidak diduga pada Mei 2009. Tidak dapat dibayangkan betapa sedihnya Tyson apabila kehilangan anak perempuannya itu.

Bercakap soal anak, beliau dikatakan mempunyai tujuh orang anak. Namun daripada sumber yang boleh dipercayai, perkahwinan pertamanya dengan artis Robin Givens pada tahun 1988 tidak dikurniakan anak.

Selepas bercerai, Givens melempar pelbagai tuduhan terhadap Tyson sebagai seorang yang ganas, bagaikan hidup dalam neraka sepanjang perkahwinan mereka sehingga menyebabkan beliau pernah keguguran.

Mengenai dakwaan Givens itu, Tyson pernah berkata: “Sesiapa yang mempunyai akal yang waras pasti tahu kalau benar saya hendak menumbuk isteri saya sendiri pasti kepalanya akan tercabut dari badan (akibat kuatnya tumbukan). Semua ini hanya tipu belaka, dia menipu. Sedangkan hujung jari pun saya tidak pernah berkasar dengannya”.

Tyson kemudiannya mengahwini Monica Turner pada 1997 tetapi berakhir dengan perceraian pada tahun 2003. Sebabnya, Turner tidak tahan dengan perangai Tyson yang dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan ramai wanita sepanjang lima tahun perkahwinan mereka. Mereka dikurniakan dua anak iaitu Rayna dan Amir.

Sehinggalah selepas 10 hari kematian Exodus, Tyson dilaporkan mengahwini isteri ketiganya, Lakiha Spicer, 32, teman wanita lamanya yang sebelum ini mereka telah mempunyai anak perempuan bernama Milan.

Tiga lagi anak Tyson ialah D’Amato dan Mikey yang masing-masing lahir pada tahun 1990. Miguel yang lahir 2002 bersama Exodus yang meninggal dunia pula tidak diketahui siapakah ibu kandung mereka.

Namun kini dikatakan anak-anak itu adalah dalam jagaan Tyson. Pada awal Mei lalu, Tyson berkata: “Saya kini benar-benar hidup dalam keadaan papa kedana malah muflis. Tetapi saya mempunyai kehidupan yang sangat mengagumkan.

“Saya mempunyai isteri yang hebat, yang begitu mengambil berat mengenai saya. Walaupun hidup tidak semewah dahulu tetapi saya sangat bersyukur walaupun saya sebenarnya tidak berhak untuk mempunyai seorang isteri dan anak-anak. Mereka kini harta saya dan saya bersyukur dengan pemberian tuhan ini.”

Namun sejak memeluk Islam, Tyson pernah mengaku perkara yang paling ditakuti dalam hidupnya kini ialah Allah. “Saya takut kepada Allah. Saya tahu saya banyak buat perkara yang jahat dan salah yang kesemua itu hanya melayakkan saya masuk dalam neraka sahaja. Namun saya tetap memohon keampunan daripada-Nya setiap hari,” kata Tyson yang menggemparkan peminat sukan tinju apabila menggigit telinga lawannya.

Namun tahukah anda terdapat petikan yang menarik daripada Tyson apabila bercakap soal agama?

“Masing-masing berkata mereka mempercayai tuhan tetapi mereka tidak melakukan apa yang tuhan suruh, tidakkah itu hipokrit namanya,” soalnya.
Atas kesedaran dan keinsafan, buat pertama kalinya Tyson menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah dan Madinah pada awal Julai lalu melalui Pertubuhan Dakwah Kanada (CDA) yang memberi peluang kepada bekas peninju itu berada di sana selama sebulan.

Beliau bukan sahaja berpeluang mengerjakan ibadat umrah malah akan dibawa bertemu para pemimpin dan tokoh agama Arab Saudi selain melawat pelbagai tempat menarik bagi memperkenalkan budaya dan tradisi setempat. Tidak dinafikan setiba beliau di Madinah, Tyson dengan cepat menjadi perhatian para jemaah dan penduduk kota itu yang menyebabkan kawalan ketat terpaksa dilakukan.

Namun sebagaimana yang dilaporkan oleh kebanyakan media, Tyson mengakui mendapat pelbagai pengalaman rohaniah selama berada di bumi suci Islam itu.
“Saya sungguh gembira kerana masih mempunyai para peminat yang mengasihi saya di Arab Saudi ini. Tetapi saya berharap mereka dapat meninggalkan saya sendirian untuk menikmati saat-saat keimanan yang sungguh indah di tanah suci ini.

“Saya tidak mampu menahan air mata ketika mengetahui saya berada di salah satu taman-taman syurga (raudah) di sini,” ujarnya terharu ketika berada di Masjid Nabawi.

Sebagaimana gambar yang dikirimkannya sendiri melalui Twitter, Tyson kelihatan begitu gembira berada di hadapan Kaabah. Air mukanya jelas membayangkan kegembiraan yang sukar untuk diungkapkan melalui kata-kata.
Antara komen yang menarik ditulis pada gambar tersebut, termasuklah: “Saudara Mike, apabila berada di hadapan Kaabah ini, anda kelihatan begitu gagah perkasa dan sangat hebat yang pernah saya lihat sepanjang usia anda. Anda adalah lelaki yang paling kuat di dunia apabila anda adalah yang paling sujud ke bumi menyembah Allah!”

Tumbukan ‘TKO’ Mike Tyson kini tinggal sejarah namun Malik Abdul Aziz yang berjubah dan berkopiah kelihatan lebih gagah. Semoga imannya juga sehebat si kulit hitam, Bilal bin Rabah!

Damia... 2 tahun...

9hb Julai 2010 baru-baru ni, Damia dah masuk 2 tahun... Dah besar dah dia... Tapi bukan main manja lagi, emmm, nak kena bagi adik nih, kekekeek... Takde beli kek pun untuk Damia, cian dia... Tapi bawak pegi jalan-jalan jer... Happy bday Damia yang ke-2!!!

Pantai kat Sungai Soi...

Dapat basikal baru & tengok wayang 'Despicable Me...'

 Belanjer KFC jer...
 
Pegi Gambang waterpark...

Jumaat, 16 Julai 2010

Minyok... Gula... Diesel... Part 1000...


Emmmm... Berjumpa kita sekali lagi diruangan geram yang dianjurkan oleh 1 Malaysia...

Keratan menarik akhbar hari ini :-

UTUSAN...
"Kita menggunakan penjimatan perbelanjaan kerajaan itu untuk memenuhi lebih banyak agenda seperti yang termaktub dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Ekonomi Utama Nasional (NKEA) yang bakal dilaksanakan. --> dah berjuta kali aku dengar alasan nih... Naik pekak dah telinga... Jap ekonomi naik, jap tengah merudum... Ye la, kita semua bodoh untuk tau pasal ekonomi nih...

 --> Seperti biasa, perbandingan yang nyata dan jelas bagi membolehkan rakyat paham dan terima ape sebab naik... yang pelik, negara yang leibh tinggi dari Malaysia jer dia duk tunjuk @ war-warkan! Ye la, kita bodoh untuk menyedarinya...


Tambah beliau, keputusan sukar tetapi berani yang diambil oleh kerajaan itu dibuat selepas mengadakan perundingan dengan rakyat melalui Hari Terbuka Makmal Dasar. --> Perghhh, memang berani giler... Baru-baru ni, paper-paper perdana sendiri yang cakap peratusan lebuh berpihak pada ramai tak bersetuju dalam questionnaire, sms @ apa-apa hal yang berkaitan dengan kenaikan... tapi naik jugak... Dan yang paling best, dapat sokongan rakyat dari hasil pertanyaan kepada rakyat!!! hahahaha, aku ni dah kira gelak tahap nak gila dah ni... Bodohnya la kita ni kan! 


Wartawan : "setuju ke harga barang naik?'"
Orang kampung : " eh setuju la, apsal lak tak setuju???"

Wartawan : "hehe, mana la i tau, kot-kot la. anda setuju anda terpaksa bayar lebih untuk isi minyak???'"

Orang kampung : " Of Coz lerr, dengan ini dapat membantu Kerajaan merencanakan kemajuan negara dan ini adalah 1 pengorbanan besar dari i selaku rakyat picisan..." (sambil mendongak jauh ke awan yang membiru)
Wartawan : "Terharu mendengarnya, thanks... So lepas ni apa tindakan pakcik untuk tampung belanja harian?'"

Orang kampung : "Tugas pertama, tunggu pilihanraya!!!" (sambil senyum kelat)...

Rabu, 14 Julai 2010

Blur... Modern Life is Rubbish...


BLURRRRRR... Parklife! Modern Life Is Rubbish, 13, The Great escape, Think Tank... Ini la band yang membuatkan aku terpesona dengan alternative selain Oasis dan lain-lain...

Sape tak kenal (bagi yang ikut laaa) penyanyi slamber Damon Albarn, Inspirasi gitar solo Graham Coxon, bassist Alex James dan drummer Dave Rowntree... Memang bertuah dapat lalui zaman gemilang Blur tahun '90an dulu...

lagu-lagu BLUR still aku mainkan kat radio kereta aku sampai sekarang, Streotypes, Charmless Man, Girl's & Boy's, End Of Century, Tender, Coffee & TV, Beetlebum dan lagu paling hits bagi aku yang susah nak lawan, Song 2... perghhh, lazat...

Dari muka muda sampai la ke zaman millenium nih, ikut diaorang... Cuma ye la, sekarang dah slow dan album Think Tank tu, dah kurengg sikit, maybe faktor umur dah jadi blocking pada diaorang sekarang, tak macam zaman gemilang dulu... Lagu pun lebih kepada eksperimental macam Radiohead...

lagu-lagu Blur, kalau slow aku suka dengar Coffee & TV dan tender, memang sedap dan seronok dilayan... Kalau nak lagu yang boleh buat 1 badan tak duduk diam, berlambak, hehehehe... macam Charmless Man, Streotypes dan Song 2... Song 2 ni memang jadi kegilaan masa mula-mula kuar dulu, aku still kat sekolah... Muzik dia memang sesuai dengan budak-budak remaja dulu... Sape-sape tak pernah dengar, try la cari Video Klip dia kat youtube tuh, bagi aku lagu Song 2 ni memang complete (diulangi, bagi aku...)... Untuk Video klip, aku suka Charmless man, cool...

Rindu zaman-zaman ni... Huhuhuhu, sekarang ni, follow jer cuma tak la macam dulu, ye la dah tua, kekekeke... So sekadar dengar je la...

Good Luck BlUr...
  • Damon Albarn – vocals, piano, keyboards
  • Graham Coxon – electric and acoustic guitar, banjo, saxophone, backing vocals
  • Alex James – bass guitar
  • Dave Rowntree – drums, percussion





Selasa, 13 Julai 2010

WC 2010... Selamat Tinggal Afrika Selatan...


World Cup 2010 di Afrika Selatan... Akhirnya tamat semua penantian, Spain ditabalkan sebagai ahli keluarga baru dalam negara-negara elit yang pernah memenangi World Cup (WC)!!! Tahniah Spain ke atas kemenangan... 1-0 ke atas Belanda...

Belanda plak, kali ke-3 kecewa di Final WC... Ada peluang tapi, nasib kot takde... Apepun, tahniah la pada dua-dua team, game pun berbalas-balas serangan...

Overall, Afrika Selatan berjaya anjurkan dengan cemerlang... Vuvuzela jadi ikon baru dalam bola sepak... Sebelum ni tak pernah kenal pun... hehehehehe...

Lepas ni, berehat la nampak gayanyer dari dunia bola sepak antarabangsa... Emm, boring jgak, sebab yang sukan ni jer yang aku tau dan ambil tau... Tapiiiiiiii, jangan risau, liga tempatan dah pun bermula balik, kekekek... Pahang??? emmm, 2 kali dah kalah bila dah start ni termasuk 0-5 pada terengganu hari Sabtu baru-baru ni, geram betul la... Asal nak sedap je player main, ada plak berita-berita tak best kedengaran... Macam biasa, masalah gaji dan pengurusan memang sebati dalam bola sepak Malaysia amnya, bola sepak Pahang khususnya...
Apepun, seronok WC edisi kali nih... Berjumpa lagi di edisi WC 2014 di Brazil nanti, kalauuuuuu panjang umur, Amin...


Ahad, 11 Julai 2010

3rd & 4th Place :German Vs Uruguay...


Walaupun Germany tak layak final... tapi game penentuan tempat ke-3 dan ke-4 ni penting jugak at least sebagai hadiah untuk player-player muda Germany...

Germany menang dengan 3-2... Jaringan Muller, Jansen dan Khedira untuk Germany, Uruguay pulak Calvani dan Forlan... Memang game yang best, dua-dua team dah takde apa nak pertahankan, so diaorang main habis-habisan...

First Eleven Germany, tak macam kebiasaan, ramai player utama takde macam Klose (sakit belakang), Podolski (demam), Lahm dan Badstuber tak main...

Muller, sekali lagi... menunjukkan betapa pentingnya dia berada di padang untuk Germany... Score gol bola muntah dari sepakan Swein... Patut dapat gol lagi dalam 5 minit last, tapi Kiesling tak passing pada dia, uhhuhuhu, kalau tak, penjaring terbanyak WC 2010 dalam tangan...

Memang group player Germany kali ni memang muda dan berkualiti... Cuma dari segi pengalaman atau mentaliti je la kurang sikit untuk game-game besar dan penting... 4 tahun lagi, memang group player ni memang akan mengancam...

Antara player yang aku rasa akan stay dalam skuad ni 4 tahun lagi :
  • Muller
  • Podolski
  • Boateng
  • Kiesling
  • Kroos
  • Tasci
  • Neuer
  • Aego
  • Etc...
Good Luck untuk player-player ni... Sayang Klose tak main, tak dapat samakan rekod gol WC yang dipegang Ronaldo (Brazil)...

Khamis, 8 Julai 2010

Semi-Final : Germany vs Spain... Kecewanyaaa!!!!


Kecewanya aku!!! German kalah pada Spain 0-1... Kalau kalah tapi game German sedap takper, ni hancus... Kenapa la Joachim Loew tak guna player yang betul untuk gantikan Muller yang kena gantung tuh??? Ni malas beria-ria tengok bola balik nih, bila dah beria camni, kalah macam pagi tadi, memang lama dalam hati kesannya... Kecewa giler! Langsung tak ada serangan berbahaya dari German sepanjang perlawanan, tak macam masa lawan England @ Argentina... Memang ketiadaan Muller dirasai, tapi Coach tak masukkan player yang betul untuk game nih!!!...

Tapi, yang positifnya, skuad ni akan kembali nanti dengan lebih kuat... Player-player mudanya terlalu ramai, macam Muller, Badstuber, Marin, Oezil, Khadira & Manuel Neuer... Lagipun, kemungkinan besar, Best Youth Player Award FIFA untuk WC 2010 kali nih, rasanya sahih dah dapat pada player muda German nih, terutamanya Thomas Muller... Harap dalam masa 4 tahun ni, player-player ni akan lebih menyerlah...


Ni ringkasan game keseluruhan yang aku copy dari web mana ntah... :-



Here’s the starting lineups. Spain has benched striker Fernando Torres.

GermanyNeuer-Lahm-Mertesacker-Friedrich-Boateng-Podolski-Ozil-Schweinsteiger-Khedira-Trochowski-Klose.  

Spain:  Casillas-Capdevila-Puyol-Pique-Ramos-Iniesta-Busquets-Alonso-Pedro-Xavi-Villa.
KICKOFF: Spain wearing their classic red and blue, while Germany is in white and black. A fan runs onto the pitch in the third minute and is escorted off by two security guards.

15th minute: Ozil’s corner kick is punched out of bounds by Casillas. A subsequent corner from Ozil is punched out by the GK. Germany looking strong going forward. They’ve scored four goals in three different games so far this tournament.

18th minute: Sergio Ramos gets a long pass for a decent chance, but shoots wide of the net. Spain showing more space in defense than the tidy Germans.

21st minute: Spain strings about 15 passes together, as their midfield starts to find space. A Spanish corner kick is wasted; so is a German counterattack that started promisingly.

26th minute: The match has settled into a nice rhythm. Spain is possessing the ball more and starting to look dangerous. Germany was forced into two fine defensive plays near goal during the last few minutes. The Germans don’t look quite as precise without Thomas Muller, 20, who was disqualified.

32nd minute: Ozil drops another beauty of a corner kick into the box. Nothin’ doin’ though.  

36th minute: Germany looks strong on set pieces, and Casillas has been called out at least five times to punch away balls. Spain, meanwhile, is playing the ball on the ground like they are so able, but are lacking that final pass near the net.

HALFTIME: Ozil is denied a penalty by the Hungarian referee after being tripped up in the box on a heady German counter. The call could have went either way. Spain’s Pedro then gets off a rocket of a shot that goes directly at the German ‘keeper. One minute of extratime is played and the teams head into the locker rooms tied at zero. Both teams look a bit apprehensive. Germany 0 Spain 0.

47th minute: Spain leads six shots to one. Pedro looks awesome, just made a wily run.

55th minute: The Germans look tired and not very interested. This is a copmpletely different German team than we have seen, except when they lost to Serbia 1-0. Spain just almost scored twice. All but Klose are behind the ball for Germany now. Spain is clicking. Can Germany recover some of its magic?

61st minute: Germany replaces Muller’s replacement, Trochowski, with Toni Kroos.

68th minute: Villa is stymied by the German GK. Spain is really using its fullbacks to great affect here.

69th minute: Kroos, the substitute, nearly volleys a Podolski cross in the net! Great save by Casillas.

72nd minute: Puyol heads in a corner for Spain! Germany 0 Spain 1. Just as the match appeared headed for a stalemate, the Barcelona captain scores for his home country with less than 20 minutes to play. Will Spain, perennial underachievers, finally be headed for a World Cup final? Will Germany drop their second semifinal in a row?

77th minute: Germans are fighting but still look uninspired. A German corner kick results in nothing.

81st minute: Germany’s Khedira is replaced by Mario Gomez. Fernando Torres comes in for Villa for Spain.

82nd minute: Spain’s Pedro blows a sure goal by failing to get it to Torres, who was alone in front of goal.

87th minute: Germany doesn’t get a foul called on edge of box. Spain’s David Silva replaces Pedro.

89th minute: Paul the psychic Octopus is looking like a genuis. Spain on the verge of their first World Cup final. Spanish eyes are smiling across the world. For the Germans, it’s another heartbreak.

FULL-TIME: Spain wins!  
*** Team baru akan muncul pemenang WC kali nih... aku memang tak sokong mana-mana team final ni, tapi rasanya kelebihan pada Spain...

Ahad, 4 Julai 2010

Quarter Final : - Argentina VS Germany...


Game ni start pukul 10 malam waktu Malaysia... Aku memang takde hati nak sokong mana-mana team ni... Sebab dari kecik aku memang ikut, sokong dan ramai idola bolasepak aku dalam kedua-dua team lagenda nih... Sebelum game ni, kedua-dua team main perang Psikologi, saling kutuk mengutuk...

Germany... Start macam biasa dengan barisan mudanya, tak ada perubahan... Klose top striker dibantu Muller dan Podolski... Argentina... Bahagian atasnya macam syurga... Di Maria-Messi-Tevez, Mascherano-Maxi-Higuen... 

Start game, Germany dapat free kick belah kiri padang, Sweinteiger angkat, terus ke kepala Muller untuk gol pertama... Gol terpantas setakat World Cup 2010 nih pada minit ke-3, sebelum ni, Gerrard (England) paling pantas masa gol lawan USA dengan minit ke-4...
Tak banyak serangan berbahaya dari kedua-dua team untuk first half... Cuma paling hampir, hantaran Muller pada Klose, dirembat melepasi gawang gol... Yang lain just peluang biasa-biasa jer...

Second Half, Argentina serang kaw-kaw dalam 20 minit awal... tapi tak ada percubaan yang betul-betul bahaya... Pastu Germany macam biasa buat serangan balas, dapat gol dari Klose... Klose dah potong PELE dalam penjaring terbanyak World Cup... 

Gol ketiga datang plak, Ann Frederich score!!! Hantaran Sweinteiger yang gelecek 2 3 orang player Argentina...

Gl ke-Empat... Klose lengkapkan dengan gol first timer dari Ozil... Messi tak hidup dalam game ni, taktik Germany memang menjadi...

Walaupun main tak lawa mana, tapi German dari dulu main untuk dapatkan keputusan... So dioarang dah dapat...

Maradona... Huhuhuh, team dia berbakat, tapi lemah bahagian Defend... Tak dapat Maradona ikut jejak The Kaiser untuk jadi Player + Coach yang berjaya menang World Cup...


Sabtu, 3 Julai 2010

Suku Ahir... WC 2010...



Perjalanan WC 2010 Dari Pusingan ke-2... Ghana vs Uruguay dalam perjalanan bertemu Belanda...