Khamis, 20 Mei 2010

Hukuman...


Emmmmm, tadi dalam bas masa dalam perjalanan ke KL, aku tertarik pada 1 artikel, pasal sorang bapa budak kena hukum sebab pukul anak perempuan jirannya... Sekali baca, macam tak de ape-ape, macam kes terpencil jerrrr... Tapi bila baca 1 perenggan pendek tu, remaja perempuan berusia 15 @ 16 tahun mengucapkan kata-kata kurang ajar pada mak si pemukul tu yang sebelumnya ada sound sikit jangan bising sangat (perempuan tu dok huhahuha dengan member-member dia kat luar rumah), si pemukul tu marah sebab remaja ni tak respect langsung pada orang tua...

akhirnya, pakcik tu kena la tahan... kena la hukuman (tak ingat hukumannyer)... Tapi sakit hati betul bila baca artikel ni... Sape yang salah sebenarnya... yang betul-betul salah??? Ikut law, memang betul lah pakcik tu kena... Dia yang pukul... kan??? Tapi, dari segi kesalahan moral???... Kecewa betul tengok perkara-perkara camni berlaku... Kalau la remaja perempuan tu hidup macam zaman aku di 80 @ awal 90an, rasanya tak bernyawa dah dia kena belasah dengan bapak dia sendiri... Confirm paling kurang kena bahan dengan tali pinggang kat belakang badan dia tuh, tu paling kurang la tuuuu...

Aku percaya, memang famili belah perempuan tu mesti sokong anak dia gila-gila nyerrr dalam kes ni (kalau tak kes ni tak ke mahkamah kan!!!!)... Kenapa orang sekarang ni cover anak giler-giler punyaaa??? Aku betul-betul tak paham... Korang hancurkan peluang anak korang untuk masa depan dia sendiri...

Mana la perginya hormat ke orang tua... dulu budak-budak besar tu (lebih-lebih lagi perempuan), nak angkat muka depan orang-orang tua pun tak berani, jalan pun tunduk... Sekarang siap menjawab lagi... Betul-betul buat hati aku bengkak... Aku pun pernah je jadi budak, penah jer nakal-nakal, tapi dengan orang tua, tak sekali-kali... Ape-ape hal yang jadi, aku la jadi mangsa ayah aku, tak pernah sekalipun ayah aku tuding jari pada kawan aku @ pada sapa-sapa yang menegur aku bila ada sebarang masalah timbul... Ada orang nampak aku joint budak-budak hisap rokok, aku kena... ada orang tua ngadu geng-geng aku pecahkan tingkap umah dia, aku kena... Aku kena pukul dengan pakcik-pakcik jiran aku pun dulum balik terus kena tambah lagi dengan bapak aku...Walaupun aku takdela berjaya pun jadi ORANG dengan cara orang tua dulu-dulu, tapi at least, tau serba sedikit mana betul mana salah dalam hidup nih...

Budak-budak sekarang??? macamana??? Mana ada dah budak-budak takut dengan orang tua, dengan abang-abang... Siap leh borak sama-sama, huha huha sama-sama... bertepuk tampar... Dunia tanpa sempadan la katakan...

Aku rasa sebelum ni aku dah ada bebel kat sini pasal kes-kes camni... Tapi tak kisahlah... Memang sakit hati... Aku tertanya-tanya jugak, bila pakcik tu kena hukum dekat mahkamah, apa perasaan si bapak budak tu yek??? Berlompat kegembiraan kerana, akhirnya keadilan telah dapat ditegakkan??? Hahahaha... @pun, "padan muka kau, campur sangat tepi kain orang"...

Aku harap, anak aku nanti, tak aku layan macam ni... Mintak jauhla untuk sayang anak sampai 'buta'...

Jumaat, 14 Mei 2010

Aminulrasyid... Semoga dicucuri rahmat...

Berita dalam negara buat masa sekarang yang paling panas adalah kes polis tembak mati pelajar sekolah berumur 14 @ 15 tahun, Aminulrasyid... Ape-apepun, takziah kepada keluarga & semoga roh beliau sentiasa dicucuri rahmat...

aku pun tak paham kenapa terlalu ramai yang menyalahkan polis... & kenapa banyak sangat versi-versi cerita yang aku dengar tak kira masa baca paper ke, blog ke, facebook ke @ dari mulut member-member aku sendiri... bermacam-macam!!! Pastu ramai plak yang ngaku, cite tu datang dari orang dalam polis la, dari mak sedara arwah la, sepupu la, polis sendiri la dan lain-lain...

Antara cite yang famous, cite-cite kononnya ada kawan/sedara polis, pegawai polis yang tembak tu baru kuar dari pusat latihan, baru dapat pistol, tengah seronok-seronok dapat pistol baru, maklumla baru kuar akademi... Yang peliknya, kebanyakkan orang percaya versi cite ni!!! Then, semalam polis yang tembak arwah tu direman... & nak tau, umur polis tu dah kira baya dengan ayah aku, 48 tahun kalau tak salah... & lebih mengejutkan rekod bersih selama perkhidmatannya... emmmm, masa ni la aku nak cari orang-orang yang beria cakap polis akademi. Apakah perasaan diaorang ni yang percaya cite tu???

Ramai cakap pasal undang-undang & prosidur yang betul bila berlaku kes ni... Contohnya, polis kena langgar belakang dulu la, tembakan amaran la ape la, kena tunggu backup la, tak leh buat sendirian la... bagi aku, kebanyakan kes perompak mati kena tembak berlambak & semua tu menimbulkan suspicious  kepada pihak peronda polis... & ternyata bila terjadi, tanpa sempat bertanya 'anda ni penjenayah ke?', syak wasangka polis tu betul... berapa ramai perompak & penyangak mati kerana rasa syak itu yang disebabkan beberapa perkara... contohnya macam nampak kereta polis, mula nak lari...

Bagi aku, semua yang berlaku adalah kerana salah masa, salah tempat & salah kedua-duanya... Apa yang pasti abg polis tu akan dihukum jugak kerana melibatkan kes ni melibatkan orang awam... Aku teringat cite kes seorang budak rempit nak lari dari road block tapi tak lepas & injured, kes tu jadi sebutan ramai orang... Sampaikan pegawai polis berpangkat besar pergi ke rumah mangsa & hadiahkan basikal... Untuk redakan kemarahan orang ramai... Emmm, tak paham aku, kenapa orang nak salahkan polis sangat-sangat, betul-betul tak paham, hahahahahaha... Kelakar la dunia kita sekarang nih... Macam-macam cite...

Ahad, 9 Mei 2010

Bundesliga Champ's 2009-2010...




Akhirnya, BM dapat balik liga Bundes 2009-2010... Last day, Hertha 1 - BM 3... Goal dari Olic & Robben (2 gol)... 1 dah dapat, 2 lagi dalam penantian, piala German & piala Liga Juara-Juara... Ni antara fakta-fakta BM bagi 2009-2010 season yang aku copy dari web rasmi BM :-

4 - Bayern lost just four league matches this term, two before and two after Christmas – the best record in the Bundesliga.

16 - Arjen Robben’s brace in Berlin took him to 16 league goals this season, and made him Bayern’s top Bundesliga scorer.

20 - The 3-1 victory in Berlin was Bayern’s 20th this season – another league best.
 
22 - It is Bayern’s 22nd German championship triumph, and the 21st since FCB were promoted to the fledgling Bundesliga in 1965. Nürnberg are second in the all-time ranking with nine triumphs, all prior to the introduction of the Bundesliga.

23 - Bayern have scored at least once in their last 23 league fixtures. However, that is still short of the record series of 31 years ago, which ran to 28 games.

31 - Adrian Ramos’s strike on the hour was only the 31st goal FCB have conceded in the league, giving them the joint-best defence alongside runners-up Schalke.

44 - Bayern collected 44 yellow cards, the lowest number in the Bundesliga.

72 - Saturday’s three goals took FCB to 72 for the season, overtaking Bremen by one goal to win the accolade as most potent attack.

155 - Bastian Schweinsteiger played the ball an amazing 155 times in Berlin. He has regularly topped this stat since switching to central midfield in what is arguably his best season to date.

3060 - Philipp Lahm was truly ever-present this term, starting and finishing all 34 league fixtures for a total of 3060 playing minutes. Holger Badstuber came second to Lahm, who set a new personal best with six assists, on 2926 minutes.

*** Sumber gambar & berita dari :- http://www.fcbayern.t-com.de

Pahang 3 vs Kelantan 3... This is what i call happyness...


Malam tadi... Pahang bertemu Kelantan di Stadium Darul Makmur... Satu game yang pada orang luar, mungkin just 'one-way traffic' untuk Kelantan... Dalam paper, 5 buah bas fan-fan Kelate.net nak turun Kuantan... Masa aku sampai pukul 7.45 mlm tadi pun, aku sorang je baju kuning, terkulat-kulat sendirian dek lautan merah... Masuk je stadium, tempat wajib kitaorang dah penuh dengan lautan merah... So, fan-fan Pahang yang ntah berapa kerat jer, kumpul di satu sudut... Kat sini la bermulanya kemeriahan!!!

Selalunya bila game-game lain, fan-fan Pahang duduk merata, so banyak tengok wayang daripada menjerit... Tapi kali ni, dengan berapa kerat ni la buat aku teringat zaman kegemilangan Pahang 90an dulu... Senyap terus lautan merak Kelantan, macam-macam nyanyian & sorakan direka oleh gabungan Kapo-Kapo hebat... Hahahaha!

Dari awal sampai habis game, tak habis-habis bersorak, masa ni memang dah lupa la nak duduk sopan macam selalu, kekekeke...


Pahang kena dulu awal-awal game, Nurfarhan score gol cantik... Tapi dibalas oleh Pahang, Player no 21, nama dia ingat-ingat lupa lakm Maznizan kot... Then Alex score gol leading, hantaran dari player baru Pahang, Koji... alex siap berlari ke arah penyokong Pahang, jauh tuhh... Thanks Alex...


Masuk separuh masa kedua, tak dan apa-apa lagi, Pahang goal sekali lagi dari Nazmizan, hantaran cantik Alex... Memang goal tu cantik sangat!!! Masa ni, dah tak berbunyi dah la gendang Kelantan tuh... Memang kenangan terindah la suasana tuh...

Pastu, dah start dah player Pahang kena bahan satu persatu oleh geng-geng Indra nih... No. 4, Syawal & Alex terpaksa keluar... Masa ni dah terasa dah, Pahang akan down... Dah tak serang-serang dah... Last minute, kena 2 butir gol oleh Kelantan... Huhuhuhuhu, spoil betul la... Time-time best macam ni, leh la plak seri...Huhuhuhuh... 

Apepun, skuad ni yang dibentuk dari tahun lepas, memang lain sangat... memang mengujakan! seronok nak tengok diaorang main sebab peluang untuk menang tu ada tak kira lawan sape-sape pun... Kita dah kalahkan NS, Kedah, seri dengan Kelantan, lepas ni Selangor & Terengganu... Kasi diaorang tau, skuad Pahang bukan team untuk kutip mata mudah...

Skuad ni masuk-masuk je padang dah nampak lain dari musim-musim suram Pahang 2004-2008 (aku memang tak sokong skuad Galacticos Pahang ari awal lagi)... Skuad ni nampak iltizam & semangat tiap kali game, tiap kali nak start masing-masing bagi kata-kata semangat & tak lupa pada penyokong tempatan yang datang... Itulah kelebihan kalau main dengan player-player tempatan, main semangat negeri, walaupun banyak masalah macam gaji ke ape ke... Skuad Galacticos, nama jer star-star belaka tapi, hancus!!!! Apa sangat la piala FA yang diaorang bawak balik tuh dulu... 1 final Piala Malaysia pun tak pernah lepas... Memang aku akan ingat skuad sekarang macam aku ingat pada Pahang 90an...

Ada insiden baling membaling masa Kelantan dapat gol penyamaan... Ramai juga kena, Sham kena kat muka, botol kecik... Budak praktikal tempat aku, Azam kena kat muka jugak tapi botol besar... Memang fan-fan Kelantan provok gilerr, hampir-hampir la nak gaduh tadi... Polis plak, tengok dari jauh je!!! Nasib baik la terkawal tadi... Huhuhuhu...

Sabtu, 8 Mei 2010

My Girl...



Sekali lagi, tengah boring-boring nih, aku up lagi gambar-gambar anak aku... Pukul 3.06 pagi sekarang nih, mata terang lagi, arghhhhhh... Masalah betul 3 4 bulan ni bila nak tido... Maybe sebab musim panas sekarang ni kot... Tapi bila duk hotel yang aircond dia macam duduk dalam salji pun tak leh tido jugak, emmm ntah ape problem ntah aku nih...

PC & Laptop...

Emmm, takde idea la nak posting... So aku up jer la gambar-gambar Damia main PC & Laptop... Tak reti pun, tapi setakat nak play & pause cite Upin & Ipin kesayangan dia tu, kacang sangat la sekarang ni bagi dia... Huhuhuhu, seronok anak-anak sekarang, umur tak sampai setahun jagung, dah kenal komputerrrr... 

Tak macam zaman abah dia dulu, mula pegang komputer masa kat Sekolah Menengah, dah tu plak kelas 3 4 kali jer setahun, tambah plak dengan pontengnya plak... Kelas komputer masa kat Sekolah tu dulu memang macam tak wujud la, aku ingat lagi, pegi kelas komputer tu pun sebab member-member yang penah pegi kelas tu cakap, cikgu yang ajar tu, lawa, kekekekeke... Kira macam cikgu tu just part time ngajar untuk guna komputer kat Sekolah aku tuh...

Guna disket je time tuh, ajar camner nak masuk disket, bukak disket, save dalam disket... kekeke... Jauh dah zaman tu yek!!! Jumpa komputer pun jakun gilerrr... Tak tahu mende nak buat bila duk depan mende nih... Masa sekolah rendah, tengok komputer kat umah member-member yang ayah dia loaded-loaded jer laaa, tengok diaorang main game, emmm tengok jer laaa... Mak ayah tak mampu nak beli time nih... So, proses pembelajaran mende canggih ni lambat la sikit bagi aku...



Bila dah masuk U, baru la betul-betul sentuh komputer & persekitarannya... Tak taula yang mana untung, budak zaman sekarang @ zaman aku dulu... Apepun, bagi aku, bertuah jugak hidup di zaman peralihan... Dua-dua zaman dapat merasa, zaman sebelum IT & zaman dunia tanpa sempadan ni...