Sabtu, 15 Ogos 2009

H1N1... Kenapa?


H1N1... Ingat lagi masa mula2 wabak ni mula dapat liputan dalam media massa, masa tu boleh kira dengan jari, sape yg percaya wabak ni boleh menular secepat @ sepantas sekarang dalam dunia nih... Aku pun, anggap kes ni senang je dibendung & satu kes terasing, & xmungkin Malaysia ni kena @ klu kena pun, sesuatu wabak yang boleh dikawal...

Tapi, nyata jangkaan aku meleset jauhhhhh... Bukan sahaja Malaysia kena teruk & termasuk dalam ranking 5 @ 6 negara terburuk kena H1N1, malah negeri aku, Pahang & daerah aku, Kuantan antara yang paling teruk terkena wabak nih... (walaupun still tak la sampai tahap parah lagi)...

Tak tau mana silapnya @ kenapa sepantas tu wabak ni merebak sampaikan dah mula wujud stigma dikalangan orang awam... Bagi aku, macam pendapat kebanyakan orang kita, kerajaan terlalu mahu menjaga imej daripada membuat langkah2 perlu yang lebih penting...

Dari seorang dua yang kena, sekarang dah kira ribu... Kerajaan tak tegas mana dalam hal ni... Awal2 dulu, just check & minta orang yang datang ke Malaysia turunkan tandatangan pengishtiharan kesihatan, itu jer...

Last-last2, dah tak boleh nak kawal... Kerajaan jugak ambil langkah kuarantin dengan menyuruh pesakit yang demam balik umah, betul2 langkah yang silap & membuatkan H1N1 ni lagi berkembang... Universiti plak ditutup seminggu aje... & pelajar disuruh pulang... Sedangkan itulah langkah yang paling tak munasabah bagi pemikiran cetek aku nih...

Baru beberapa hari ni baru kerajaan ajak smua hospital @ klinik swasta terima pesakit yang disyaki H1N1... adusssss... Ser lagi, xsemua rakyat Malaysia yang aware bahayer H1N1 nih, cuba tanya penduduk kampung, relaks jer macam tak de ape2...

AKu setuju dengan pendapat Tengku Mahkota Pahang pasal 'tahap', sepatutnya kerajaan isytiharkan @ create tahap bahaya H1N1 ni setiap masa (macam banjir, tahap bahaya ditanda dengan tahap 5, contohnya)... At least rakyat tahu bila nak limitkan pergerakan luar mereka...

Banyak lagi nak komen pasal H1N1 ni, tapi malas lak nak taip panjang2... hehehehehe... Apepun, harap kerajaan lebih serius & ambil pendekatan lebih berkesan... Bukan la sekarang ni diaorang tak buat keje, tapi tak memadai... Korang kan cerdik pandai, so pikir la jalan2 yg sesuai...

Rabu, 12 Ogos 2009

Tilawah Peringkat Antarabangsa...

.
Syukur, tilawah telah pun berakhir yang diadakan sebelum bulan Ramadhan... Bagi Qari, dimenangi oleh peserta dari Iraq... Bagi Qariah plak, peserta dari Malaysia, Sharifah Khasif (nama xbrp btul ejaannyer, panjang sgt) jadi juara...

Anyway, tahniah pada pihak penganjur & yang menjayakannya... Dari aku kecik sampai sekarang, still berjalan lagi tiap2 tahun... At least, kita semua tahu, Islam masih lagi kukuh dikalangan manusia dalam dunia sekarang ni... Para penonton kat dewan PWTC ni pun penuh... So 1 perkembangan yang bagus...

Rabu, 5 Ogos 2009

Kenangan...



Foto2 ni antara game2 last Pahang, mcm lawan my team & polis... Macam yang korang maklum, Pahang dah kira jatuh liga... Sejarah ni, korang mnyaksikan Pahang, salah satu pasukan yg tak pernah jatuh liga, jatuh jua akhirnya... Penonton & penyokong Pahang dah menjauhi stadium...

Antara rodong2 tokgajah yg masih lg berminat nak datang stadium...

Selasa, 4 Ogos 2009

Iklan... & Persekitaran Kita...


IKLAN... kalau tanya 10 orang rakyat Malaysia nih, maybe 10 10 orang akan cakap menyampah, terutamanya iklan pada rangkaian TV yang ada kat Malaysia ni, dok kira la tv free ke @ tv bbayar macam Astro tuh...


Iklan sekarang ni bukan main lama lg slotnyaaa... Kalau melabur kat toilet pun tak selama tuh... Dengar cite, Astro pung bukan main iklannya... Radio2 pun, lagu 5 minit, iklan 15 minit... Huhuhuhu, punya la nak kaut keuntungan, syarikat2 telekomunikasi dah hilang arahnya...

Tapi kat sini yang aku nak bangkitkan hal ni, Iklan melambangkan budaya masyarat sekarang... Kalau korang perasan, contohnya iklan MAXIS yang baru nih... Tema dia lebih kurang, Maxis sentiasa menyediakan saluran ke masa hadapan!!! (lbih kurang gini la dia nyer motto iklan tuh)... Fokus pada pertukaran media Muzik dari radio, kpd CD, & kpd Handphone... Knp diaorg pilih muzik utk gambarkan masa depan???

Iklan Coke @ Coca-Cola, 'Camni-lah' pun mengetengahkan idea joget baru minum... Sampai mak si pelakon popular tu, mende namanyer ntah (haaa, si mak Pieere Andre tuh), pun diajak jadi duta & menari ajak minum air diaorg...

Iklan aiskrim pun, nak kena menari jugok...

Iklan Sabun basuh pun nok menari jugok...

Cuma iklan pembunuh nyamuk je lagi xbuat tema nyanyi2 & mnari2... Ada la tu nanti kuar, "makcik, biar saya bunuh nyamuk itu" ambil mlenggok2 & pegang ridset tuh... Kekekekeke... Nyamuk pun turut menari smbil pening lalat sebelum mati terbunuh ditangan model gagah ridset tuh...

Hampir semua iklan la leh kata, jadikan muzik sbgai tema utk lariskan jualan...

Semuanya jatuh pada 1 sebab ---> Sebabnya kat Malaysia skrg ni, budaya berhibur dah menjadi 1 kemestian dalam apepun majlis, keraian dll... Kat sana-sini muzik xdpt lg dah nak dipisahkan dgn orang kita... Menyanyi, menari jadi suatu perkara yg tak pelik dah... Xkira la kat mana pun...

Kalau korang perasan, ada 1 tempoh tuh, hari ahad kat tv tempatan, xde cite lain selain hiburan smata2... Tv1 1 ada bintang RTM, tv2 ada fenomena seni, tv3 plak mentor, tv8 rancangan realiti tv (nyanyi jugok), tv9 dengan oohh la la nyerr... Baler!!!!!!!!! (contoh jer, gue xingat fenomena seni tu tv 1 ke tv 2 ntah, tp yg penting smua rangkaian tv ni tayang muzik hari tuh)... Naik muak dgn semua nih...

Masyarakat kita membesar dgn benda ni skrg ni... Mak Bapak pun ikut nangis anak diaorang tsingkir dr akademik @ sesuatu rancangan realiti tv... Yang peliknya yang nangis2 tu dah tua & siap bkopiah & bertudung... Bangga anaknya mnari2 utk hiburkan 'hati lara' yang selama ni melanda rakyat Malaysia nih... Begitu besar dirasakan pngorbanan anak mereka yang sanggup blatih setiap minggu utk ke udara pada hari yang ditetapkan, cikgu2 vokal bukan main lg memainkan peranan yang mana mungkin diaorang pikir, akan melahirkan bakal PM yg pndai mnyanyi dan menari serta diiringi dengan pitching yg tidak lari walaupun teriakan mereka tu setaraf je dgn anak ayam yang tercabut bulu...

Mentor anak2 muda ni pula, siap merotan agar anak2 serius dalam mempelajari ilmu yang mengalahkan ilmu yang dimiliki graduan Degree, Master & PhD dalam bidang kejuruteraan... Alangkah besar sumbangan mereka dalam mendidik anak buah mereka dengan penuh dedikasi & keseriusannya... Nak rotan anak buah diaorang pun, sampai tok guru nangis2 sbb tak sanggup sebenarnya (sayang la kununnyerrr)...

Pihak pengacara pula, bukan main canang spaya undi lebih (10 utk 10 undi, 100 utk 100 undi) kalau tak nak penyanyi (yg akan jadi superstar ms depan) tak terkeluar dari saingan... "Anda yang menentukannya!!!"... Kekekeke... Kelakor la korang ni semua...

Aku pun minat je muzik, nyanyi jugak, ikut jgak perkembangan, mmg xsalah nak bhibur pun... Tapi skrg ni mlampau2 sgt rakyat kita ni nak bhibur... Kita dulu2, mcm2 jugak yang ada, dengan Dead Metal nyer, Dangdut nyer, Trash nyerrrr, Alternative nyerrr, Rock nyerrr... Tp yang penting xjadi 1 budaya hidup, just hobby...

Argghhhh, tak paham aku dgn kita skrg nihhhh...

Ahad, 2 Ogos 2009

Campuran...


Emmm... Minggu ni, ada bberapa perkara baik & buruk berlaku... Antaranya ;-

  • Damia kena bintat2, banyak giler plak tuh... Start hari rabu...
    Lepas keje hr jumaat, aku & wife decide balik ke Jengka sbb keadaan Damia makin teruk lepas amik dari umah mak sedara aku (ngasuh)... Ingat minggu ni xnak balik lg... Banyak lg xsettle sejak wife & Damia duk sekali bersama... Jmpa Doc, emmm, maybe 'Alahan'...


  • Budak Opis & sama department (Khidmat Korporat), Hafiz mlangsungkan perkahwinannya dgn gadis pilihan pd 1 Ogos 09 (sabtu br ni la...)
    Kenduri Hapiz tu, terpaksa la aku tak pegi, sorry apiz yek... siang sabtu tu, aku gi bwak klinik skali lg & buat air tawar... Anyway harap bahagia hingga anak cucu...

  • Kak Gee (jugak 1 opis & CC department aku), telah kehilangan 2 anak sekaligus pada hari sabtu (mlm sabtu) sbb eksiden di area Beserah...
    Pagi sabtu tu jugak, aku baru tau Kak Gee kehilangan 2 orang insan tersayang (masuk paper Harian Metro & Berita Harian Ahad)... Eksiden rantai motor putus & mereka tercampak ke parit... Aku betul2 ralat, sbb tak tgok hp awal2... Kak Su mesej pukul 3 pagi, 4 pagi & 6 pagi... Aku plak cuma baca mesej hp pukul 9 pagi... Bila call, diaorang dah nak kebumikan jenazah... Simpati pada Kak Gee, hilang 2 orang sekaligus... Ihksan & Lokman... Semoga roh mereka sentiasa dicucuri rahmat...

    Kak Gee sebelum ni pun, kehilangan suami... Anaknya yang meninggal tu, anak ke-2 & ke-6 (drpd 7 orang)... Aku datang mlawat hari ni tapi Kak Gee plak xde, pg hospital, maybe ada 1 2 urusan dia nak selesaikan... Dengar kabar, Kak Gee langsung tak menangis... Semoga Kak Gee sentiasa tabah... Kalau la ni berlaku kat aku, tak tau la cmner aku nanti...
Minggu ni, semua plan xjadi, maybe la ada hikmah...