Khamis, 17 Mac 2011

Jersi : Pahang 2010 - Home...

Saje tengah-tengah tension ni, Jersi Pahang musim 2010/11 bagi perlawanan tempat sendiri, Lotto...


Selasa, 15 Mac 2011

Jepun : Takziah buat orang di sana...

Baru-baru ni, kita dikejutkan dengan gempa bumi terkuat selepas 100 tahun di Jepun. 9.berapa ntah skala ritcher... Aku pun lambat tau, sehari lepas tu baru la perasan ada berita pasal gempa bumi dan Tsunami yang melanda Jepun...

Mula-mula, info cakap macam tak seteruk mana, yang mati @ hilang pun tak la ramai mana, tapi sehingga semalam, dah kira hampir 10,000 orang mati @ hilang... Huhuhuhuh...

Cuma, Jepun nampak macam dah bersedia sikit la, maybe sebab duduk dalam lingkaran api dan biasa kena... Jumlah kerugian, kematian, kehilangan dapat dimaksimumkan... Kalau kena tempat lain, mungkin lagi teruk...

Macam breakwater pun banyak diaorang buat, bangunan pun tahan lasak (walaupun runtuh jugak), so persediaan tu dah ada... Berbanding la dengan Acheh kena dulu...

Walaupun tak ramai kot Islam, tapi simpati sesama manusia, pun kena ada... So harap rakyat dia tabah hadapi kuasa alam ni...

Selasa, 8 Mac 2011

Ntah Ape-Ape...

Aku dalam kesibukan... Lately...


Sumber : Majalah Gila-Gila... Tahun brp ntah, xingat dah... hehehe...

Khamis, 17 Februari 2011

Akhirnya... Bakal tiba...


Rasanya confirm dah orang rumah aku pregnant... malam tadi dah buat self-testing... Hehehehe... siap gimme-5 dengan Damia... kekekeek...


Macamana tau pregnant dengan benda ni? bila kita titiskan air kencing pada alat ni, tunggu seketika, pastu kalau kuar 2 line tu, adalah isinya tuh, hehehe... cuma self-test ni, kurang la peratusan ke'confirm'annyerrr, kalau nak rasmi pegi jumpa doktor la yek...hehehehe... hepinya aku...


Hehehehe...

Rabu, 2 Februari 2011

Mesir : Hosni Mubarak, tak reti-reti lagi ke?


Assalamualaikum...

 Akhir-akhir ni, Mesir tengah hangat di pasaran... huhuhu... selepas kejatuhan presiden Tunisia, rakyat Mesir bangkit buat mogok dan tunjuk perasaan untuk tumbangkan Presiden negara diaorang, Hosni Mubarak... Hosni Mubarak ni presiden ke empat Mesir, selepas pembunuhan Anwar Sadat... Sebelum tu, orang kepercayaan Sadat ni adalah timbalan presiden... Pemerintahan dia sama lama dengan hayat aku kat dunia ni, dah 30 tahun, sebab dia naik 1981... Huh, bapok la lamanyer... Hosni ni lebih kepada pakatan barat, masa perang Teluk 1991 dulu pun, dia joint US, Arab Saudi untuk lawan Iraq (yang serang Kuwait)...

Tapi, antara yang jadikan dia famous, masa tahun 2000-an ni la, bila dia tutup pintu sempadan Mesir dan Palestin, halang semua bentuk komunikasi antara 2 negara... Atas alasan, nak stop penyeludupan senjata... Yang mana sehari sebelum perang Palestin-Israel tu, Mubarak ada berjumpa dengan menteri luar Israel (ntah ape nama, tapi perempuan la) untuk tutup pintu sempadan... Bila berlaku perang, rakyat Palestin yang harapkan bantuan luar dan cuba larikan diri, tersekat di sempadan dek bahana presiden Mesir yang tak mahu tolong sedara seagama sendiri... Seingat aku, inilah detik permulaan rasanya (walaupun secara tak langsung) kejatuhan sokongan rakyat dia sendiri... Padan muka...

Dulu, tak la ke arah ke'Israel'an sangat Mubarak nih... Tapi tak tau la ape sebabnya, sekarang pro-Israel dan US... Tunjuk perasaan ni memang besar, kalau tak salah, semalam @ hari ini, ada himpunan 1 juta rakyat untuk desak Mubarak berundur... selalunya bila dah ada demonstrasi macam ni, memang akan tumbang, cuma tak tau berapa lama boleh tahan jer lagi... Setakat ni, ramai dah penunjuk perasaan terkorban... Harap kematian dioarang berbalas dengan jatuhnya Mubarak nih... 

Ramai jugak rakyat Malaysia kat Mesir ni, yang jadi pelajar... Harap semuanya selamat walaupun keadaan tak menentu... Semalam dalam berita tv3, ada mak bapak pelajar datang ke tv3 untuk mengadu... Emmm, memang la tak salah untuk risaukan pasal anak... Cuma, aku pasti yang datang ni semuanya loaded-loaded dan berpelajaran ( pasal pakaian sorang-sorang dan percakapan yang tak pernah lekang BI-nyerrr), pertikaikan kenapa ada sikit jer pegawai samada dari MARA ke Kedutaan ke untuk jaga student Malaysia yang 11,000 ribu orang nih... Huhuhuhu, ada jugak orang macam ni... Dulu takde pun bising-bising, bila dah kena macam ni, sibuk nak cari salah orang...

Tak ada sape yang nak jadi camni kan, pelajar-pelajar pun paham keadaan kat sana, makan minum susah nak dapat pasal perintah berkurung, talian komunikasi disekat... dan macam-macam lagi... Tapi, janganla nak tuduh tak cukup kakitangan la ape la... Tak kan la nak hantar orang beribu-ribu sebab nak jaga pelajar??? Kat mana-mana pun, takde Kedutaan yang standby orang dia sampai beribu-ribu siap dengan tentera untuk jaga kebajikan diaorang nih... Kena la paham situasi... Jangan la asyik nak hentam jer...

*** RON 97 naik lagi??? Sehari lepas pilihanraya Tenang... heheheh... Kelakar la u ni... wakekeke...







Rabu, 26 Januari 2011

Pahang 2011 : Senarai Pegawai & player...


Ada 3 4 orang player baru Pahang musim nih dan ada 3 4 orang jugak yang keluar... So ni senarai terbaru nama pemain Bolasepak Pasukan Liga Super Pahang 2011 :-

Pegawai
YH. Dato' Che Nasir Bin Salleh (Pengurus)
Zainal Abidin Bin Hassan (Penolong Pengurus)
Dollah Bin Salleh (Ketua Jurulatih)
Ahmad Shaharuddin Bin Ahmad Rosdi (Penolong Jurulatih)
Mudzar Bin Mohamad (Jurulatih Penjaga Gol)
Mohd Suhaimi Bin Ramli (FISIO)
Abdul Razak Bin Akil (Kitman)

Pemain
Abdul Malik Bin Mat Ariff (15)
Azamuddin Bin Mohd Akil (12)
Famirul Asraf Bin Sayuti (11)
Karthigesu A/L Rajendran (9)
Mohd Fadzirul Bin Zakaria (4)
Mohd Fazli Bin Baharudin (13)
Mohd Hazri Bin Rozali (6)
Mohd Saiful Nizam Bin Miswan (3)
Wan Muhd Azraie Bin Wan Teh (22)
Mohd Faizol Bin Hussin (23)
Mohd Munir Bin Amran (21)
Mohd Zaiza Bin Zainal Abidin (17)
Nazrulerwan Bin Makmor (5)
Surendran A/L Rasiah (10)
Mohd Alafi Bin Mahmud (16)
Mohd Suffian Bin Ab. Rahman Kungi Raman (25)
Amirullah Bin Abd. Razab (8)
Jalaludin Bin Abu Jaafar (2)
Mohd Rosfaizul Azuar Bin Ali (1)
Mohd Shahrizan Bin Mohd Salleh (26)
Mohammad Syawal Bin Norsam (18)
Surendran A/L Ravindran (7)

TGC Futsal League 2010 : Wira '92...


TGC Tournament datang lagi di hari raya Cina ini, 3hb Febuari 2011... Pengundian pun dah dijalankan... Aku datang jugak masa undian kat opis baru Doc Ali... 

Macam biasa undian team dijalankan ikut tahap dewa setiap bahagian... Dan macam biasa jugak, team aku mesti tak berapa star berbanding team lain, hehehehe, ntah bila leh dapat team star2... kekekeke... Aku dapat team Dollah Salleh united... Aku target at least dapat no 3 @ 4 untuk liga, boleh lepas ke Piala TGC plak...

So pendek kata undian kali ni, dah nampak sangat team mana leh sapu... Zulhamizan Zakaria United, perghh team ni... Macam Real Madrid @ Barca... kekekeke... Team lain leh tengok jer la... Kat bawah ni jadual pertandingan ni...


Apepun, dah kali ke 5 aku joint liga ni... Sekali setahun, so dah 5 tahun la kot??? Kejap jer masa berlalu... Selamat bertanding pada rodong-rodong TokGajah.Com... Semoga tali persahabatan sentiasa terjalin dan Pahang dapat menang piala tahun nih... :)