Selasa, 13 Mac 2012

Bunohan : akhirnya ada jugak cite Melayu best!!!


Bunohan... Dengar nama filem pun dah gerun... Dah boleh melekat awal-awal dalam kepala... Aku tak tengok lagi preview dia dulu, baru je dengar nama filem dengan gambar publisiti salah sorang pelakonnyer, Faizal Hussein, terus aku dapat agak, cite Melayu gini la yang aku maksudkan untuk layak ditonton dipawagam (oleh aku, orang lain lantak la nak tengok rempit maksima ke antu terkesima ke ape ke)...

macam jogho... Aura dia memang terasa... baru la terasa nak gatal tangan beli DVD ori... dijamin berbaloi... selalu tengok cite orang putih, cite pasal individu-individu watak dalam filem yang saling berkaitan, macam 21 grams dan lain-lain... ni dah sampai masa plak, cite Melayu... yang uniknya, filem ni ada sorang jer pelakon perempuan, tu pun kira tambahan jer... Pelakon lelaki lain, power-power jugak, Faizal, Zahiril, Pekin, Sofi Jikan, wan hanafi Su dan bront (2 pelakon yang aku minat giler sekarang, wataknyer la, bukan aktiviti luaran kekekeke)...

Harapan aku, supaya banyak lagi filem-filem bermutu macam ni dihasilkan... Dibawak keluar... Ini tak, asyik nak box-office jer, tapi keluar panggung, rasa kosong, tak terkesan lalu... Cite bukan main letup sana, letup sini, jiwang karang, jiwang hatiku dan hatimu, tapi emmmmmm rasa macam diperbodohkan jer...

JOM!!! Jom tengok cite terbaik selepas Jogho nih...


** Poster dari blog Zahiril Adzim

2 ulasan:

Komen la kalau nak...