Jumaat, 19 November 2010

Selamat Menyambut Hari Raya Haji...


Assalamualaikum....

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kelmarin... Tahun ni aku beraya kat Tekam jer, pasal mak ayah aku tak balik Kuantan, adik aku ada kat umah tu sebab tengah berpantang lagi... Walaupun raya macam tak raya jer, tapi still rasa nak meriahkan raya dengan pakai baju melayu dan pegi sembahyang raya, huhuhuhu tapi raya kali ni, tak sempat aku sembahyang raya, hehehe...

Aku keluar rumah dengan abah dan adik ipar aku dalam pukul 8.15 pagi, sampai je masjid tengok orang dah solat dah, aku drop diaorang berdua, aku pergi parking kereta... Kira aku jer la yang tak sempat sembahyang + ada la dua tiga orang yang duk tersengih-sengih kat aku pasal sama-sama tau, tahun ni tak dapat la merasa sembahyang raya haji, huhuhuhu...

Pagi, memang takde buat apa-apa, ayah aku plak sibuk pegi menolong buat korban kat masjid, aku sempat lagi tido 2 jam, kekekekeke... Petang baru la pergi beraya umah Mak Teh aku kat Jengka 5 sebab dia ada buat korban + makan-makan... Sedap jugak lauk-lauk terutama sebab ada lauk Daging Masak Lemak Cili Api, emmmmm perghhh... tak boleh ditolak...Peberet...

Dan sekarang, aku kat umah mak mertua dah... Esok lusa kot balik Kuantan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la kalau nak...