Jumaat, 24 September 2010

Fuhhhh...





Assalamualaikum,


Lama tak posting dalam blog ni... Inilah aku yang bernama aku... hehehe... Ikut mood lately... Banyak benda nak tulis tapi kerja sibuk sikit sekarang, so biarla dulu...Lagipun baru lepas raya, hehehe... Tak hilang lagi kot mood raya nih...

Akhir-akhir ni, Malaysia gempar dengan cerita pembunuhan Datok Susilawati, Pioneer salah sebuah syarikat terkenal dalam bidang kecantikan + jutawan kosmetik...  Bukan disebabkan arwah popular tapi sebab cara pembunuhan yang kejam dan melibatkan 4 nyawa sekaligus...

Rasanya baru je lagi tengok tv, cite tentang penceraian dia dengan Nash dulu, tup-tup terjadi plak kes ni... Dibunuh, dipukul, dikerat dan dibakar serta dibuang ke dalam sungai... Mastermind pembunuhnya, seorang peguam 'ternama'... yang mungkin dah biasa keje-keje jahat nih...

Aku ambil peluang ni untuk ucapkan takziah kepada keluarga 4 orang yang terbunuh ini... Harap mereka sabar dan redha... Arwah Kamarudin (paper kabor Driver Arwah Susilawati, member-member rapat aku cakap dia just membantu susilawati, macam kira partner @ kawan) tu duduk di Semambu, Kuantan... so ramai la yang kenal + pak sedara kepada rodong Tokgajah.Com, malmsteen... Aku bersimpati pada dia dan keluarga... Arwah pun duduk area Indera Mahkota, Kuantan... 

Harap Pembunuh dan perancang kes ni dihukum sekeras-kerasnya... Aku pun tak paham dunia sekarang, macam-macam kes yang luar kebiasaan terjadi... Selamat lagi ke kita berjalan-jalan di bandar-bandar? di kampung-kampung? Boleh ke kita macam dulu-dulu, pegi mana takde risau apa-apa? harap-harap kes ini hanya kes terpencil... Aku yakin, yang jahat tu ciput jer di Malaysia nih...

Laskar Pelangi...  

Aku dah tengok filem Laskar Pelangi... malam tadi, pas dapat gaji, aku beli plak buka Laskar Pelangi... Hehehehe, so sekarang dalam proses membaca, memang seronok!!!! Ada banyak petikan menarik... Nanti aku kongsikan... Tungguuuuuuuu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la kalau nak...