Khamis, 31 Disember 2009

Year 2010...


Assalamualaikum...

Hari ni last day untuk tahun 2009 (kalendar Masehi la)... Ikutkan kalendar agama kita, dah celebrate dah kedatangan tahun baru, 12-13 hari yg lepas...

kejap je rasa sekarang ni... Dulu nak tggu jadi orang besar punya la lama, tapi ni bila dah besar panjang, rasa kejap je dah nak masuk 30an... lg 2 tahun jer...

Ujung tahun ni, banyak giler keje tertangguh yg kena siap sebelum thun baru... huhuhu... masa ni jgak la banyak kena pg keluar, seminar la kursus la ape la... letih rasanya... Akhir tahun ni jgak la ramai wat kenduri kawin sana-sini... akhir tahun ni jgak la, ada cuti jumaat-sabtu-ahad sbnyk 3 kali, hehehehehe...

Tahun 2009 ni, banyak jugak benda2 yang aku tak settle lagi... rasanya berterabur lagi hidup nih, ntah bila nak settle down, xkisah la dari segi penampilan ke, kewangan ke (paling utama, kekeke) dan lain2... Tahun 2009 jugak, aku start duduk sekali dgn wife & anak aku... So ok la sikit dari segi blanja...

Rabu, 30 Disember 2009

Pencarian :- The Champ's...

The Champ's... The most poignant love-triangle of all - a father, his son, and the woman who came between them.



Aku dah lama mencari CD cite ni, sampai sekarang tak jumpa lagi... Memang ada kat internet, orang jual... tapi kalau boleh nak elakkan sebab harga dia mahal giler... Biasa la orang jual barang lama, mesti mahal... Kalau duit kita taper lagi, ni USD, kopak aku...

Cite ni boleh buat aku teresak-esak menangis, lama lak tu... memang senarai all time film la... Sejak tengok cite ni, aku lebih berminat nak tengok cite hubungan anak-ayah, memang lebih kuat permainan emosinya... mcm pursuit of Happiness dan lain-lain termasuk cite drama melayu...

Watak ayah dalam cite ni, Jon Voight (ayah angelina Jolie), Faye Dunaway & Ricky Schroder.

Ni ringkasan untuk plot cite nih :-

Plot: This solid tearjerker fits into the pantheon of 1970s cinema as sort of a ROCKY meets KRAMER VS. KRAMER. John Voight plays Billy, an ex-champ boxer who now works at the Hialeah racetrack in Florida with his idolizing son, T.J. (Ricky Schroder). Billy has drinking and gambling problems, but still manages to be a loving single father until the boy's long lost mother (Faye Dunaway) shows up wanting her son back, and the emotional showdown begins. It all leads up to a thrilling comeback fight, and lots of tears for all concerned. This was director Franco Zeffirelli's first feature filmed in America, and he put his Florida locations to inspired use. The supporting cast is filled with lots of familiar faces, including Elija Cook, Jack Warden and Joan Blondell. Still, this is basically a three-character piece, and they are each amazing: Voight is fearlessly raw and vulnerable as Billy; Schroder--only nine at the time--projects incredible emotion and charm, and Dunaway brings a great blend of glamour and insecurity to her role as the deadbeat mother who, just like Billy, wants a second chance at redemption.

Isnin, 21 Disember 2009

20 Tahun...

Akhirnya... 20 tahun kemarau Emas, dapat jugak kita merasa kegembiraan... Lama giler!!! dari aku umur 7-8 tahun masa last Malaysia menang Emas di Kuala Lumpur, sampai lah umur aku 28 tahun... Emmmm, sape yang tak happy...

Maybe tak adil pada sukan lain, walaupun menang lebih banyak pingat @ lebih gemilang, tapi Bola Sepak jugak yang jadi tumpuan seluruh Malaysia... Memang tak adil pada sukan lain, tapi kena akui Bola Sepak Malaysia still no. 1 dalam hati peminat sukan. Walaupun saban tahun mengutuk, mengherdik & cuba cari alternatif lain dengan menyokong pasukan antarabangsa lain @ sokong liga lain, still orang kita ambil kisah, still peduli... Bila dah berjaya macam ni, rasa puas, terharu, semua rasa ada malam keramat tuh... Semua orang bercakap pasal kejayaan ni, radio tak abis2 ulas tentang kejayaan ni, TV pun sama... Dalam paper pun tak abis lg bercakap pasal ni...

Bagi orang yang umur macam aku, banyak maknanya.... dari dulu tunggu saat2 ni!!!

Apepun, memang banyak lagi kelemahan, tapi at least permainan lebih baik daripada tahun2 'gelap' Malaysia dalam bola sepak... Harap lepas ni taraf permainan akan lebih tinggi & player dalam skuad Emas ni dah pun letakkan batu aras untuk skuad2 akan datang... Bila dah ada pencetus, selalunya persembahan akan datang akan lebih baik & x boleh lebih rendah dari sekarang... Maybe boleh ke tahap seterusnya, layak ke Piala Asia...

Masih awal utk bermimpi mcm tu, tapi tak salah sebab skuad ni dah pun setkan tahap baru dalam bola sepak kita... kita boleh bermimpi!!!

Tahniah pada Coach Rajagopal... Skuad sekarang memang cantik... Tapi masih ramai lagi player yang boleh ditambah ke skuad ini, mcm Alex (Pahang) dan lain-lain lagi... Kalau Rajagopal stick pada prinsip 'bukan atas nama besar sahaja', x mustahil Malaysia akan berpesta lagi, lebih besar & meriah...

Harap macam tuh....