Isnin, 23 Februari 2009

Aku Budak Minang!!!

At last... Aku budak Minang di bawa jugak ke bentuk drama... Aku excited nak tengok cite ni, walaupun, tak mungkin la akan tiru sebijik macam dalam cite asal dia...

Aku Budak Minang (ABM) ni dikarang Ujang... Emmm, generasi sekarang ramai tak tau asal-usul Ujang... Dia berasal dari Gila-Gila (anti betul aku pada majalah Ujang & Apo nih!!!)... ABM ni aku layan sejak dari kecik lagi... Masa tu disiarkan secara episod dalam Gila-Gila (xde lagi kuar buku koleksi mcm sekarang)... Memang layan abis... Happy, ceria, sedih, nangis, pendek kata semua mende la ada dalam cite ni... Lebih-lebih lagi, cite pasal zaman dulu yang tak berapa moden, teringat zaman budak-budak dulu, kena kejor dengan mak keliling kampung, ponteng sekolah la, degil nak mampos la, huh... Nostalgia betul...

Budak-budak zaman sekarang mana merasa seperti dalam cite nih... bertuah aku dapat lahir zaman 80an yang aku anggap permulaan peralihan dari zaman tradisional ke pemodenan... Dulu, mana ada keta, bas la jadi pengangkutan utama... sama mcm cite ABM nih... Bawah ni, keratan akhbar yang aku copy dari laman web Creative enterprise... Semoga Gila-Gila terus wujud...

Sedutan dari Harian Metro:

Justeru, ABM yang juga drama 13 episod itu menggunakan sebahagian besar latar belakang perkampungan di Negeri Sembilan, selain loghat negeri itu dijangka mampu menarik perhatian ramai peminat kerana memiliki kekuatan tersendiri berdasarkan cerita dalam komik yang sangat popular sedikit masa dahulu.

Ketika ditemui di lokasi pengambaran drama ABM di Kampung Kok Talang, Kuala Pilah, baru-baru ini, penerbit drama ini dari Niscam Media Sdn Bhd, Adam Mat berkata, ABM menampilkan banyak kelainan berbanding drama yang diterbitkannya sebelum ini.

“Kekuatan drama ini terletak pada jalan cerita dan kisah yang dipaparkan berasaskan komik karya penulis prolifik, Ujang dari Creative Enterprise.

“Pada awalnya, sukar juga kami untuk mendapatkan satu skrip mantap yang memaparkan kisah masyarakat di Negeri Sembilan tetapi selepas berbincang dengan Ujang, penulis berkenaan bersetuju kami mengangkat komik itu sebagai drama dengan mengguna pakai hampir 98 peratus berasaskan penceritaan yang dipaparkan dalam komik itu.

“Saya yakin ABM menerusi pelakon berpengalaman seperti Baharudin Haji Omar dan bakat baru, Muhammad Nizamudin Ahmad atau Along Cham, yang terserlah menerusi program Raja Lawak, bakal menarik perhatian sekalipun jalan ceritanya bersahaja,” katanya.

ABM mendapat sentuhan pengarah tidak asing lagi, Zulkifli M Osman.

Selaku pengarah drama ini, Zulkifli berkata, walaupun nampak mudah, dia mengakui tugas itu amat mencabar kerana ia dramapertama diangkat daripada komik.

Menurutnya, cerita yang dipaparkan dalam drama ini adalah unik kerana ia mengetengahkan sepenuhnya latar belakang dan cara hidup masyarakat Negeri Sembilan selain menggunakan loghat negeri Adat Perpatih itu sepenuhnya.

“Bagaimanapun, saya tidak berdepan banyak masalah kerana berpengalaman rasai suasana kehidupan di Negeri Sembilan ketika kecil. Malah, kami juga mendapat sokongan padu daripada penulis komik itu sendiri bagi menjayakan sepenuhnya struktur penceritaan,” katanya.

Katanya, dia bersyukur kerana keadaan cuaca baik sepanjang mengarahkan drama itu yang kini sudah sampai ke penghujungnya.

Menurutnya, dia turut mengambil beberapa pelakon daripada Badan Kebudayaan Negeri Sembilan dan ternyata mereka tidak mengecewakan kerana lakonan mereka sangat bagus.

“Keutamaan diberikan kepada mereka yang benar-benar boleh membawa loghat Negeri Sembilan,” katanya.

Sementara itu, bagi pelakon veteran yang popular dalam drama Anjang Aki, Baharuddin Omar, drama ABM adalah unik kerana jalan ceritanya berlatarbelakangkan cara hidup dan menggunakan sepenuhnya loghat Negeri Sembilan.

Menurutnya, isu yang ingin diketengahkan dalam drama ini ialah mengenai ikatan kekeluargaan terutama elemen kasih sayang.

“Watak saya sebagai Atok (datuk) berperanan besar sebagai seorang yang berusaha menjaga keharmonian dalam institusi keluarga.

“Saya anggap cerita ini ada kekuatannya tersendiri. Ia juga banyak memberi pengajaran lebih-lebih lagi ketika kita berhadapan dengan institusi kekeluargaan yang semakin rapuh.

“Saya amat berpuas hati dengan watak yang dijayakan kerana ia simbol kepada perpaduan dalam sebuah keluarga,” katanya.

Bakat yang dicungkil daripada program Raja Lawak, Muhammad Nizamudin Ahmad atau Along Cham yang membawa watak Ujang berkata, watak yang dibawanya dalam drama itu amat mencabar.

“Saya berusaha melakonkannya menerusi tunjuk ajar dan sokongan daripada pengarah selain pelakon berpengalaman seperti Baharuddin.

“Pengarah dan kru drama ini banyak membantu dalam menghidupkan watak. Pada masa sama, saya juga membuat rujukan melalui komik dan penulis skrip.

“Dalam drama ini, Atuk dan Anor (Nur Azilah Seeron) adalah tempat Ujang meluahkan perasaan dan masalah yang dihadapi,” katanya.

Manakala, bintang yang dicungkil menerusi program realiti Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Nur Azilah Seeron (Zila) berkata, pembabitannya dalam drama itu adalah peluang terbaik baginya untuk mengasah bakat dalam bidang lakonan.

“Pada peringkat awal, saya gementar untuk membawa watak Anor tetapi selepas mendapat bimbingan daripada pengarah dan kru penerbitan, keyakinan itu semakin meningkat.

“Saya berusaha melakonkan watak itu dengan baik dan setakat ini berpuas hati kerana mendapat sokongan padu daripada semua terutama pengarah,” katanya.

ABM mengisahkan Ujang yang dilakonkan Along Cham berasal dari sebuah keluarga di Juasseh, Kuala Pilah.

Dia yang dipelihara datuknya, (Baharuddin Omar ) mempunyai tangungjawab berat menjaga adiknya, Aca (lakonan Rosman Mohd Roslan) yang kurang siuman.

ABM turut dibintangi Rosman Mohd Roslan (Aca), Maimunah Ahmad (Emak), Maimon Talib (Mak Lijah), Adzriq Adam (Zaini), Mohd Affiq Azman (Bujal) dan Enot (kakak).

Proton MPV : exora????


Hahaha, bulan ni kecoh dengan bangkangan orang ramai tentang nama produk terbaru dari Proton, EXORA... Nak cakap nama bunga, bukan... Orang Proton sendiri nafikan...

Kelakar, sebelum ni nama kereta-kereta keluaran Proton, semuanya GAH, Satria, Wira, Perdana... Tiba-tiba, EXORA...

Aku ada terbaca mesej dalam paper, " lebih baik lepas ni semua nama kereta baru letakkan "SpaQ, Melodi, Keliwon, dan lain-lain lg"... hehehehe, lucu la...

Proton pun satu hal, dalam syarat-syarat, lain... Tema tu la ini lah... Aku pun tertipu... Susah-susah pikir nama, last-last yang takde makna yang diaorang pilih... Ntah ape-ape...

Memang nak duit je Proton nih...

Rabu, 11 Februari 2009

Pahang 1 vs NS NAZA 2...


Semalam, 10hb Feb 09... Pahang kalah lagi sekali di tangan NS Naza plak... Ramai gak member-member datang, amir bagi tiket free... Penonton tak la seramai sebelum nih, maybe sebab hari Selasa, esok orang nak keje...

Permulaan game, Pahang ada 2 3 bijik peluang yang boleh sangat jadi goal, tapiii tak jadi... Striker Pahang, No. 10 tu jadi striker tunggal, Azzamudin injured Hamstring, so lama la lagi nak bleh dapat main balik...

Pahang memang ketandusan seorang midfielder rasanya, susah takde yang betul-betul berpengaruh dalam team... Semua lebih kurang setara aje... NS Naza dapat 2 goal sparuh masa pertama, goal pertama tu, shooting Anuar Jusoh (x-phg) memang tak leh nak wat ape-ape la... Tapi goal kedua memang ntah apa-apa jer....

Second half, Pahang start menyerang, dapat penalti & Shahrizan score... Ada nampak momentum lepas tuh, tapi kejap je, then game mula jadi memboringkan...

Lastly, terpaksa la Pahang terima kekalahan lagi, so duduk di tangga ke-2 terbawah, aduuuhhhh...

Selasa, 10 Februari 2009

Ape Cite dengan Bola Kita???


Emmmm, lama jugak la tak create topik baru dlm Label ' Malaysia national team' nih... Macam-macam dah perkara berlaku dalam 2 3 bulan nih, B. Sathianatan dah kena pecat, kecoh jugakla pasal hal ni dalam tv & paper tempatan (paper luar memang tak ambik tau pun)...

Malaysia sebelum tuh, kalah dalam Piala Suzuki (ape nama ntah, btul la tu kot) & kalah pada Qatar 5-0 dalam kelayakan Piala Asia... huhuhuhu...

Sedihnya la keadaan diaorg nih... Kementerian Belia & Sukan (KBS) pun dah masuk campur dalam hal ni & ambik alih pasukan harimau Muda dari FAM... & KBS pun tambah lagi peruntukkan pembangunan pada FAM lebih drpd sukan-sukan lain... Aku rasa cara ni pun still takkan berjaya, bolasepak Malaysia ni still dipegang oleh orang-orang yang tak tau pasal bola... Tak tau la kenapa diaorang offerkan diri diaorg untuk jawatan-jawatan nih, tapi pada aku, diaorang ni ada 'agenda' sendiri-sendiri aje, bukan untuk kepentingan skuad kebangsaan...

Aku sokong kelab Bayern Munich(BM), tengok la pengurusan dia dari atas sampai ke bawah... Semuanya experience dalam bolasepak, xkira la samada penah jadi player ke, coach ke, pengurus ke... Semuanya ada background bola...

Ramai jugak cakap, bekas-bekas player ni mana tau management @ cara nak cari duit @ penaja!!! emmm, BM pun diaorang ada bahagian-bahagian diaorang, untuk promotion @ mencari penaja, diaorang dah khaskan orang yang ada background business... Malaysia pun boleh buat macam tu... Cuma takde keberanian aje...

Kita tak try lagi orang-orang yang ada pengalaman dalam bidang bolasepak, tapi awal-awal kita dah letak mindset, "diaorang nih bukan pandai cari penaja @ mana nak cari duit???" & mcm-mcm lagi la...

Kita letak orang politik, jadi banyak politik la jadinyerrrr... Jap cakap camni, jap cakap camtu!!! Makin lama makin buruk jer...

& dah berapa juta kali dah dengar pasal reformasi bolasepak... Ingat lagi dari zaman Arsenal (zaman ray parlour, tony adam dll) datang ke Malaysia untuk lawan dengan team kebangsaan, cakap pasal reformasi... Last-last sampai la sekarang, tiap-tiap tahun buat reformasi & setiap orang politik hok dapat pangkat dalam FAM cakap 'tak jatuh' dalam membangunkan bola kita nih... Cakap memang tak leh pakai!!!

Memang la orang luar tau kritik aje, tapi itu dah memang semua orang mahukan... Kalau rasa tak boleh, tak payah la pegang jawatan... Kasi la orang lain try, mana la tau kot-kot ok la sikit idea dia...

Emmm... panjang plak komen, hehehe... Lain kali plak sambung...

Ahad, 8 Februari 2009

Anak-Anak Kita...


Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini

Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri

Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang

Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya

Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petang
kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan

Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi

Fikir!!! Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir!!! Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir!!! Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
Fikir!!! Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir!!! Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir!!! Selamatkah kita di tangan TUAN-TUAN INI...

Angah Kahwin...

31 jan 09, Ahad - Aku nak bersiap-siap balik ke Jengka, nak antar Ja & Damia balik ke sana... Tup-tup Mael mesej, "pegi tak kenduri Angah"... Mula-mula pikir mlas dah, tapi tak sedap plak... Ja plak, nak cari buku rujukan adik dia & xde baju kurung...

Last-last, kami decide nak pegi beli terus baju kurung dia... Pegi East Cost Mall, pg kedai Fair Lady, Ja beli baju warna biru, harga RM 109.00 ( + anak baju)... Emm, melayang lagi, hehehe, nasib baik guna kad kredit...

Dalam pukul 11 baru kuar dari bandar...


Damia... Seminggu Dengan Abah...

24hb-31 Jan 09... Aku ambik Ja & Damia balik ke rumah aku di Kuantan... Ja ambik cuti 3 hari, kebetulan ada cuti 2 hari dari Isnin-Selasa sempena Hari Raya Cina, so sambung terus la alang-alang...

Banyak aktiviti kitaorang buat bersama, sedap sikit nak jalan-jalan sekarang sebab Damia dah besar sikit, so tak la dia sensitif sangat kalau panas ke, ngantuk ke ape ke... Kiranya kurang la pe'elnyerrr... heheheh...

Hari Ahad, aku main tournament Liga Super Futsal TGC Kuantan kat Norlyn, so aku bawak la Ja & Damia... Hari-hari kitaorang kuar ke bandar nak pegi cari car seat & bakul untuk Damia, tapi banyak kedai tutup, raya Cina... Hari ni pegi, tutup, esok pegi tutup, lusa pegibaru la ada kedai @ pasaraya yang bukak...

Kitaorang pegi jugak ke TC & Taman bandar... Saje lepak-lepak situ, tapi memang ramai la orang bawak family ke Taman Bandar nih, penuh... Macam ada funfair plak...

Bawak jugak Damia pegi TC & pantai Balok, Damia ni bukan main suka kalau angin kuat... Galak jerr...

Damia at last dapat jugak la Car Sear dia, warna biru... Kebetulan semua barang-barang Damia biru, Walker Biru, Keta tolak dia biru, Buai biru, Car Seat dia pun Biru jgak, hehehehe... Nasib baik tak pink, kalau tak, bakal-bakal adik dia (kalau laki la) confirm tak leh pakai, hehehehe...

Sabtu, 7 Februari 2009

Futsal : TGC Ktn 11 vs Tmn Spakat 4... & Jersey Baru TGC...


Khamis, malam baru ni, friendly fengan team Tmana Sepakat... Menang 11-4, aku dapat la 1 goal... Best jugak main malam tuh, menjadi...

TGC Kuantan : 11 ( Haikal, Hulk [3] , heroes, BALLACK[2] ,feefifo6, Black7 [2] , Pisang ) Taman Sepakat : 4

Cuma yang tak berapa best, sampai 18 orang, huhuhu, ramai giler... Team Taman Sepakat tu siap cakap macam main padang besor plak... hehehehe... TGC nih sekarang memang ramai akan joint main, tak la macam dulu, sorang aje takde, gelepor nak cari orang takut tak cukup...

Lepas tuh, Heroes buat majlis penyampaian jersey yang meriah betempat di boot keta heroes, kekekeke...


Baju warna biru gelap... Ok jgak la, lawa... Kiranya nak bawak berjalan, xla segan... Di samping lengkap dengan logo rangkaian penaja utama, IB resources & company Mat Ju...

Baju ni lama jugak la kisah perjalanannyer, heheheh... Dari yang asal warna oren smpai la bertukar 2 3 kali oleh sebab macam banjir, baju tak cukup, baju rosak dll... Huhuhu, last-last dapat jugak la merasa pakai... Tahniah heroes... kekekeke...

Khamis, 5 Februari 2009

Fidel Castro...


..."History will absolve me"...

Fidel Castro & Cuba, 2 nama yang sinonim... Pejuang revolusi Cuba yang sampai sekarang presiden (xingat dah brp bnyk presiden US yg salih ganti) gagal jatuhknnya... Sampai la dia jatuh sakit & serahkan tugas kepada adik dia, Raul Castro...

& kalau sebut Castro, pasti ada nama Commandate nyerrr, Che @ Gueveara @ Che Gueveara... 2 rakan yg menjadi karib dalam masa yg singkat disebabkn kesamaan ideologi!

Rasanya, kat Malaysia ni, ramai yang kenal Che lebih daripada Castro... Maybe sebab sering digunakan apda baju-baju anak muda kita, Che ni ensem orangnyerrr, sape yang tak pernah tgok dia dalam keadaan tak berjambang, try la tengok kat youtube... So maybe sebab tu la Fidel macam dilupakan...

Bagi aku plak, Fidel Castro lebih aku respect kerana perjuangan dia dari awal sampai la ke hari nih... Lantang, perancang strategi, tak putus asa & paling utama, tak tinggalkan sorang pun anak buahnya...


26th of July Movement

Semuanya bermula di sini, menjatuhkan Batista (Diktator sokongan US)!!! fidel create 1 group underground yang menyokong dia... Adik Fidel, Raul & Mario antara yang masuk pertubuhan ni.

Plan pertama : 26 Julai 1953, serang Moncada Barracks, pertahanan terbesar Batista. Tapi serangan ni gagal, 60 dari 100 militia terbunuh. Fidel dapat larikan diri tapi ditangkap, dibicarakan & masuk jel 2 tahun.

Fidel pergi ke Mexico selepas tu, reunion dengan survival yang lain & create 26th of July Movement, sempena tarikh kegagalan mereka di Moncada. So macam tu la lebih kurang asal pergerakan 26th July nih...

& kat sini jugakla Fidel jumpa Ernesto "Che" Guevara!!! Masa tu Che ni mrangkap doktor sekali...

Nov 1956, Castri dengan 81 orang pengikutnya (kebanyakan dibuang negara), menuju ke Cuba dengan kapal Granma...

***Dalam perjalanan tu, salah sorang anggota terjatuh ke laut, Fidel dalam keadaan gelap & mengejar masa, berkata selagi tak jumpa dia (yang jatuh) jangan teruskan perjalanan... Semua anggota terpaku & terus naik semangat & yakin orang ni (Fidel) takkan tinggalkan diaorang dalam keadaan susah, last-last dapat jugak yg jatuh tu diselamatkan.

Tapi sekali lagi, mereka dikalahkan teruk sebaik tiba di pantai Cuba... Hanay 21 orang selamat daripada 82 jumlah asalnya... Antara yang terselamat, Fidel sendiri, Che Guevera, Raul & Camilio. Mereka berkumpul balik di kawasan pergunungan di bwah arahan Fidel. Masa ni la bermula perang gorila bermula.

Komander pertama yg dilantik Fidel masa tu, adalah Ernesto Guevara, so inilah asal datangnya nama Che, Che Guevara. Sebabnya, "He’s well trained and is the best strategist", kata Fidel... Lepas tu, Raul, Juan Almeida & Camilo & beberapa lagi menjadi komander.


Dok siap lg nih, nanti aku siapkan, nak gi main bola karang...

Info Ringkas!!!


Dari segi persenjataan, Israel berada di tangga ke-4 selepas AS, China & Britain.
Untuk Perang Gaza, AS membantu Israel dengan 60,000 tan senjata.
Pejuang HAMAS berjumlah 15,000 orang. Askar Israel 130,000 dan askar simpanannya 400,000 orang.

HAMAS membina roket daripada bahan-bahan buangan. Badan roket daripada bekas tiang elektrik. Kabelnya daripada kabel di rumah-rumah. Bahan bakarnya daripada gula.

Israel mendakwa memusnahkan hampir semua terowong (200 buah). Hakikatnya Gaza mempunyai 800 terowong dan 200 terowong yang rosak itu akan dibaiki dalam tempoh 3 bulan sahaja.

Dalam Perang Gaza, HAMAS melancarkan 900 roket ke Israel, iaitu hanya 1 % daripada keseluruhan roket HAMAS.

Sumber :- http://satuumat.blogspot.com/

Rabu, 4 Februari 2009

Damia : Permulaan Baru...


2 Feb 2009, Damia start kena hantar ke rumah penjaga dia, Mak Long dia sendiri aje, heheheh... Bayar tiap-tiap bulan RM180.00... Sebelum ni Tok dia jaga bila wife pegi keje, tapi sebab kesian plak pada mak mertua, tak boleh nak ke kelas ngaji dll, so decide antar ke umah akak ipar aku...

Hari pertama, Damia demam, Batuk & Selsema, teruk jugak kalau batuknya... kesian dia... Pastu balik umah, wife aku (Ja) letak dalam walker dia, pastu tinggal kejap je pegi angkat kain kat luar pintu, ntah macamana tali yang Ja tambat tercabut, sedar-sedar Damia menangis selak! Selak giler-giler kata Ja, huhuhu first time la dia nangis selak, sebelum ni, kena cucuk pun sekadar nangis sekejap... Walker dia terlangkup pada atas basan, jatuh dari pintu dapur & ruang tamu... Bibir dia pecah sikit, nasib baik tak apa-apa...

Erdogan : Pemimpin Arab Patut Malu...


Sidang Ekonomi Global di Davos,Swiss. Recep Tayyip Erdogan dengan lantangnya membidas Israel!

Erdogan keluar dari forum tu, lepas pengerusi majlis, tak berikan peluang untuk Erdogan bercakap. Erdogan juga mengkritik Presiden Israel, Simon Peres, yang telah melakukan pembunuhan terhadap kanak-kanak, wanita dan orang tua di Gaza.

Ramai memuji Erdogan & rakyatnya sendiri sambut di lapangan terbang macam Wira... Tahniah Erdogan!!! Macam ni la baru betul, tak macam pemimpin Arab yang ntah apa-apa tu, leih banyak jaga kepentingan Israel daripada Saudara sendiri...

Sekarang ni pun, orang-orang Yahudi Laknat tu di Turki memang kena layan macam anjing, siap ada signboard, " Yahudi tak boleh masuk, anjing boleh..." kat kedai-kedai...

Turki ni walaupun sekular, tapi parti pimpinan Erdoga ni banyak jugak fight untuk ke arah Keislaman, cuma sering kali kena blok oleh parti-parti yang pro-Sekular... Contohnya dalam pemakaian tudung di Universiti-universiti Turki, Erdogan fight & menang, tapi berliku...