Rabu, 14 Januari 2009

TGC : Liga Super v3.0 2009...

Liga Super TGC datang lagi... Kali ini, diadakan kembali kat gelanggang rasmi TGC di Norlyn, Kuantan Plaza... Antara info-info dari topik ni dalam TGC :-

  • tarikh : 25 Januari 2009 (ahad) 26 dan 27 (isnin + selasa) adalah cuti tahun baru cina...
  • tempat : Norlin Arena Futsal, Kuantan Plaza, Kuantan
  • Masa : 10 am - 3 pm
  • yuran penyertaan : RM 30 (Limited Edition T-shirt included!)
Apa yang mengecewakan edisi kali ni, rodong-rodong TGC Kl, sorang pun tak joint!!! emmm, ada la tu yang tak kena... Boikot??? tak taula, kena tanya la diaorang sendiri, kalau tanya aku, " maybe diaorang keje, takpun ada kenduri kawin, takpun jalan-jalan cari makan!"... Mende la yang diaorang tak puas hatinyaaa... Apepun, aku ucapkan tahniah kepada Epit (organizer)!!! Dapat kumpulkan jugak 6 team walaupun ada "Conspirasi"... Kitaorang gaduh-gaduh dalam forum pun, tapi hal tu kat situ je la, kat luar jangan la campur... Ko boleh gaduh pasal game Pahang, pengurusan Pahang, pasal Man U, Bayern, merapu-rapu dll, tapi biarkan hal tu abis dalam tu aje, kat luar pun takkan nak tunjuk perasaan jugak kot...

Nama-nama team, mengikut tema liga Jepung!!!
  • Ubai Red Diamonds (Urawa Red Diamonds)
  • Gambang Osaka (Gamba Osaka)
  • Kemunting Antlers (Kashima Antlers)
  • Karak Reysol (Kashiwa Reysol)
  • Sg. Lembing S-Pulse (Shimizu S-Pulse)
  • Ganchong Grampus Eight (Nagoya Grampus Eight)

Nama player aku akan up selepas undian dibuat hr jumaat nih, tak sabar nak tau team aku... Ni pulak, Logo & baju rasmi kejohanan kali nih :-



*** Ape yang aku tulis dalam ni, hanya pandangan peribadi aje! takde istilah pakatan @ hasutan dalam ni k... Ni just apa yang aku rasa sendiri...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la kalau nak...