Memaparkan catatan dengan label Filem.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Filem.... Papar semua catatan

Jumaat, 25 Mei 2012

All Time Fav Film : Dog Day Afternoon...




Dog Day Afternoon... Lakonan Al Pacino & cazale... Cerita simple pasal rompakan bank (cite benar) yang tak menjadi tetapi jadi meletup dek kerana salah faham polis, cite media dan lain-lain...

Rompakan kecil-kecilan oleh orang biasa yang nakkan duit... Kadang-kadang diselitkan dengan unsur kelakar... Tapi pengakhiran yang tak sangka & geram...

Rompakan ni dirancang Al-Pacino, tapi dek kerana salah faham orang bak yang jadi tawanan, polis dan lain-lain, Cazale plak yang dianggap ketua rompakan yang nampak sadis... Walhal, Cazale seorang yang betul-betul lurus bendul dan tak ada unsur-unsur kepimpinan macam Al-Pacino... Kira secara automatiknya, Cazale ni jadi main target... 

Walaupun simple, tapi kisah rompakan ini jadi famous disebabkan small time thieve macam 2 orang watak utama ni yang terdesak dapatkan duit... Hanya untuk alasan yang mungkin pada sesetengah orang, bodoh... Hehehehe... Tapi tu la realiti kehidupan... Masing-masing ada alasan, dan alasan itu tak perlu kuat pada pandangan mata orang lain (sebab orang lain tidak akan faham, tau mengata aje)... Banyak kes seperti ni berlaku kat mana-mana, terutamanya zaman sekarang, curi susu untuk bagi anak, curi baju kerana tak mampu nak bagi pada anak, dan macam-macam lagi lah... 

Cite ni berakhir di airport ketika 2 orang perompak ni nak tunggu masuk kapalterbang, Cazale ditembak dalam usaha polis untuk lepaskan tebusan... Al pacino terus menyerah diri...

Simple, tapi bermakna... Cite ni keluar pada akhir 70an... Sape-sape ada masa, leh la download kat mana-mana, enjoy!!!!



Info I :  Kisah Dog Day Afternoon (nak tengok pic real perompak, leh la tgok)
Info I : Cazale adalah Fredo (abang kepada Mike), Pacino sebagai Mike dalam Godfather I & II...

Selasa, 1 Mei 2012

The Way Back :



Aku dah 4 5 kali tengok cite arahan Peter Weir (kalau xingat, dia ni pengarah Master & Commander @ Fearless) nih... Tak boring-boring macam jugak cite peberet lain macam The Godfather, Shawshank Redemption dan lain-lain (walaupun filem ni kira baru lagi dalam 2 3 tahun ni)... Sekali lagi, cerita epic perang... Tapi jalan cite lebih straight forward, just cerita pasal 7 banduan cuba lari dari penjara perang di tengah Siberia (bawah kekuasan USSR a.k.a Komunis a.k.a Stalin)...

Cuma kelainan filem ni, menunjukkan kesungguhan makhluk bergelar manusia mencapai sesuatu @ pemusatan keinginan tu boleh melangsungkan survival seseorang... THe Way Back ni berdasarkan cerita betul dari banduan yang lari dari Siberia-Tasik Baikal-Monggolia-China-Tibet-Himalaya-India... 4000 KM perjalanan...

Pelakon dia Ed Harris, Storgess & Collin Farrell... Hebat-hebat... Permulaan cerita macamana wife kepada hero cite ni, Janusz terpaksa mengaku huby dia spy di Poland... So kena angkaut ke kem perang di Siberia... Stay 20 tahun... Tapi dari awal memang niat dia nak lari...

THen, berkenalan dengan tawanan Amerika Mr. Smith (Ed Harris), Valka (pembunuh upahan, penjenayah), bekas paderi & kazik, pelukis dan pelawak... Semua ada kisah masing-masing yang tersembunyi...

Hari pertama lari, dalam ribut salji... Kazik, kawan kepada paderi tu mati kesejukan sebab sesat masa kumpul kayu api + buta malam akibat gas beracun dalam perang...  So tinggal 6 orang...

Dalam usaha mencari tasik Baikal (untuk panduan ke arah Selatan mereka), diorang terkandas lama sebab sesat... Janusz lah tukang arah, tau pasal cuaca, arah dan lain-lain pasal tanah...

Kalau ikut dari awal, memang watak Janusz memang berpegang kepada impiannya, untuk berjumpa isteri dia tak kisah macamana cara pun... Keinginan dia menyebabkan tawanan lain mengikut rentak dia... Sentiasa bersemangat walaupun tanpa makan minum...

Dorang ni terpaksa berebut bangkai dengan serigala untuk makan daging... Macam-macam dilalui sampai lah terjumpa tasik Baikal... Otw ke Selatan, ada sorang minah Poland yang nak ikut & lari daripada Stalin... So, jadi 7 orang...

Mr Smith mula-mula tak setuju, tapi lastly, kedatangan perempuan bernama Irene ni, menghidupkan group ni, masa ni la semua baru tau cerita pasal masing-masing...

Jalan cerita dia memang menarik hati... Dapat rasa kegembiraan dorang bila jumpa air ke makanan ke... Bila sampai ke sempadan USSR, Valka decide tak nak keluar dari negara kelahiran dia, so terpaksa berpisah dengan group tu...

Bila sampai ke Monggolia, rupa-rupanya dah jadi Komunis jugak, terpaksa dorang teruskan perjalanan melalui gurun Gobi, kat sini lah Irene & pelukis tu mati kerana Strok matahari... Tinggal 4...

Then melaui Tibet, pergunungan Himalaya sampai lah India... Kira penamat cerita perjalanan dorang... Tapi perjalanan Janusz balik kepada pangkuan Isteri dia, tak berlaku terus kerana blok Komunis hanya jatuh pada 1980an... Akhir cerita, wife Janusz yang duduk kesorangan dalam rumah, terpaku tengok Janusz yang dah pun berusia balik ke rumah... 1940an-1980an... Huh...

Bagi aku, filem ni memang membuatkan kita berpikir, kita akan sentiasa hidup untuk mencapai / mendekati orang yang kita sayangi... Keinginan untuk hidup bergantung kuat kepada kekuatan manusia menyimpan angan-angan walaupun dalam keadaan paling teruk sekalipun... Apepun, doa kepada Maha Pencipta yang paling penting... Keinginan tu dah kira usaha kita...

All time list la filem ni... Thumbs Up!!!

Isnin, 30 April 2012

My Way : Arghhh, tak pergi tengok lagi...


Poster My Way

Tinggalkan sejenak Bersih yang tak berapa bersih samada dari pihak sinin dan jugak sinun... Kita cite pasal cite 'yang pada aku', sambungan kepada Tae Guk Gi (walaupun takde kaitan pun cite, tapi pengarah, pelakon utamanya yang sama & guna suasana perang)...

Won Bin tuuu... Sebagai adik kepad Hero... 5 Star!!!

Tae Guk Gi memang antara yang terbaik dalam filem-drama perang yang aku penah tengok... Dengar cite My Way lebih hebat lagi... 

Tae Guk Gi cerita antara Abang-Adik, My Way, musuh dari 2 negara berlainan, yang bermula dari sukan... Heroin Tae Guk Gi comel, tapi dah mati bunuh diri tak lama lepas filem ni meletup... Heroin My Way plak, Bingbing... Comel jugak, kekekekeke...



My Way ni, nak komen banyak pun tak tengok lagi... Hehehehe, banyak cite  Tae Guk Gi plak dah... So harap dapat tengok secepat yang mungkin... 



Sinopsis :

Sebuah filem berdasarkan kisah benar peristiwa perang dunia kedua ini bermula dengan pertemuan dua pemuda dari dua Negara. Jun-Shik (Jang Dong-Gun), pemuda Korea yang bercita-cita ingin menjadi seorang jaguh marathon seperti idolanya dan Hasegawa Tatsuo (Joe Odagiri), pemuda Jepun yang mempunyai kehebatan larian seperti Jun-Shik. Mereka bertemu sebagai musuh pada zaman kanak-kanak lagi apabila masing-masing mahu menunjukkan kehebatan larian mereka. 


Namun segalanya berubah apabila Jun-Shik dan rakan baiknya Kim In-Kwon (Lee Jong-Dae) dikerah menjadi tentera Jepun akibat rusuhan yang mereka lakukan ketika kemenangan yang sepatutnya milik Jun-Shik, diberikan kepada Tatsuo dalam pemilihan marathon Olimpik Tokyo. Lebih menyakitkan apabila Tatsuo pula mengetuai tentera Jepun sebagai Kolonel.

Penglibatan mereka berdua dalam peperangan dunia kedua telah merapatkan jurang permusuhan, lebih-lebih lagi apabila tentera Jepun kalah kepada tentera Soviet dan memaksa Tatsuo melucutkan jawatannya dan menjadi tawanan perang tentera soviet bersama Jun-Shik. Mereka dikerah bersama tawanan perang yang lain untuk berperang dengan tentera Jerman sehingga menyebabkan perpisahan terjadi antara keduanya dalam peperangan paling teruk dalam era perang dunia kedua.

Tatsuo yang mula menyedari sikapnya yang mementingkan diri akhirnya berjaya bertemu kembali dengan Jun-Shik apabila mereka sama-sama berada di kem tentera Jerman di Normandy, Perancis. Kali ini mereka sepakat untuk melarikan diri dari kem tentera tersebut dan kembali ke Korea untuk meneruskan cita-cita mereka menjadi jaguh marathon. Berjayakah misi mereka? Saksikan perjalanan perit yang diharungi oleh dua pemuda ini yang dahulunya musuh kini bergantung harapan sesama sendiri demi mencapai impian mereka yang satu.

Selasa, 13 Mac 2012

Bunohan : akhirnya ada jugak cite Melayu best!!!


Bunohan... Dengar nama filem pun dah gerun... Dah boleh melekat awal-awal dalam kepala... Aku tak tengok lagi preview dia dulu, baru je dengar nama filem dengan gambar publisiti salah sorang pelakonnyer, Faizal Hussein, terus aku dapat agak, cite Melayu gini la yang aku maksudkan untuk layak ditonton dipawagam (oleh aku, orang lain lantak la nak tengok rempit maksima ke antu terkesima ke ape ke)...

macam jogho... Aura dia memang terasa... baru la terasa nak gatal tangan beli DVD ori... dijamin berbaloi... selalu tengok cite orang putih, cite pasal individu-individu watak dalam filem yang saling berkaitan, macam 21 grams dan lain-lain... ni dah sampai masa plak, cite Melayu... yang uniknya, filem ni ada sorang jer pelakon perempuan, tu pun kira tambahan jer... Pelakon lelaki lain, power-power jugak, Faizal, Zahiril, Pekin, Sofi Jikan, wan hanafi Su dan bront (2 pelakon yang aku minat giler sekarang, wataknyer la, bukan aktiviti luaran kekekeke)...

Harapan aku, supaya banyak lagi filem-filem bermutu macam ni dihasilkan... Dibawak keluar... Ini tak, asyik nak box-office jer, tapi keluar panggung, rasa kosong, tak terkesan lalu... Cite bukan main letup sana, letup sini, jiwang karang, jiwang hatiku dan hatimu, tapi emmmmmm rasa macam diperbodohkan jer...

JOM!!! Jom tengok cite terbaik selepas Jogho nih...


** Poster dari blog Zahiril Adzim

Isnin, 25 April 2011

The Sound Of Music... Mary Poppins...


Malam tadi layan Oprah, final season... Best jugak sekali sekala layan si Oprah ni... Tajuk-tajuk dia pilih & bualkan banyak berguna, macam topik kesihatan, pengalaman dan lain-lain... Dari dulu duk tengoh si Oprah ni kat TV, dari gempal ke kurus, balik pada gempal balik, hehehehe... Respect cara dia yang selalu berpijak di bumi yang nyata... Bagi yang penah tengok dari dulu si Oprah ni, memang suka sangat tengok rancangan bual bicara dia nih... Kalau tak salah lebih 20 tahun dah bertahan...

Tapi kat sini, aku nak cakap pasal selebriti jemputan yang dia bawak, pelakon-pelakon The Sound OF Music... Bagi yang pernah tengok, mesti tak lupa pada kanak-kanak,si ayah dan juga yang paling utama, pengasuh diaorang, si jelita @ kiut bagi aku, Julie Andrews... Dulu, masa tv tak berapa banyak Channel @ siaran,kadang-kadang ada jugak paparan cite ni... Aku dulu penah jatuh cinta pada si Julie nih, kekekeke... Sape boleh lupa wajah dia dalam cite ni, sape la boleh lupa Mary Poppins dia tuh... Huhuhuhu... Dia tak la lawa mana pun, tapi ntah ler, maybe masa kecik, bila tengok cite macam 2 cite ni, terserlah ke'kakak'an @ ke'ibu'an dia tuh, maklumla masa tengok dulu, aku pun budak-budak, so bila tengok dia layan budak-budak dalam cite-cite tu, jadi seronok...


Bila tengok reunion pelakon-pelakon The Sound Of Music ni kat Oprah, memang teringat masa dulu, walaupun cite ni bukan keluar pada zaman aku, tapi dulu cite-cite macam ni la yang main kat tv sokmo, lebih-lebih lagi time cuti sekolah... Tengok Julie Andrews masa tua, terserlah lagi wajah kiut masa dia muda, tak banyak pun bezanya... tapi yang pelakon kanak-kanak tu, semua nampak lebih tua dari Julie... Hehehehehe...

Isnin, 15 November 2010

Inception : Kaliber DiCaprio...



Assalamualaikum...


Fuhh, lama tak update blog, aku macam biasa dengan alasan kat umah memang dah tak tahap cipan ke'slow'an nyerrr... 


Setelah berzaman tak pegi tengok wayang, akhirnya dapat jugak pergi, sorang-sorang jer pegi tengok... Orang umah balik kampung dengan anak... Aku tengok cite Inception... lakonan pelakon peberet aku, Leonardo Di Caprio... kena plak berganding dengan tukang buat cite tu, Christoper Nolan... Memang mengancam la, Nolan ni aku minat filem dia macam The Prestige dan Memento, memang sape biasa tengok filem dia, so tak pelik la dengan cite belit-belit dia... Hehehehehe...


Inception ni cite ringkasnya tentang hacker's otak orang, diaorang boleh masuk dalam 'mimpi' masa tido... untuk sape-sape yang kurang paham walaupun dah tengok cite ni, tengok la gambarajah kat bawah nih... Hehehehe, aku pun pening-pening jugak masa mula-mula tengok...


Anyway, memang satu kepuasan la dapat tengok cite macam ni... lagipun, macam aku ni, nak boleh pegi tengok wayang tu memang berkira laa, betul-betul cite yang aku suka jer aku akan pergi tengok...


Dan sekali lagi, DiCaprio memang peberet aku, dulu aku memang tak tengok Titanic sebab anti cite tu, tapi lepas tengok The beach, aku memang respect pada bro Caprio ni... Sejak tu, watak-watak yang dia bawak memang berkesan... dan  lagi, dia mesti pilih watak-watak yang slang bahasa lain-lain, Catch Me if You run (French), Blood Diamond (African English), Body Of Lies (Arab) dan lain-lain... Cara dia berbahasa tu memang aku minat sangat... Memang termasuk dalam 'A' list aku untuk aktor sepanjang zaman...


Sumber : dehahs.deviantart.com

Ahad, 4 April 2010

Shutter Island

Emmm... ape topik kali nih? sejak 2 menjak nih, takde sangat idea nak tulis kat blog...

Ape kata review filem kali nih! dah lama jugak topik ni aku tak post...

aishehhhh, ilang plak mood, xpe2... esok lusa la smbung wat review filem kali nih..hehehe...

Rabu, 30 Disember 2009

Pencarian :- The Champ's...

The Champ's... The most poignant love-triangle of all - a father, his son, and the woman who came between them.



Aku dah lama mencari CD cite ni, sampai sekarang tak jumpa lagi... Memang ada kat internet, orang jual... tapi kalau boleh nak elakkan sebab harga dia mahal giler... Biasa la orang jual barang lama, mesti mahal... Kalau duit kita taper lagi, ni USD, kopak aku...

Cite ni boleh buat aku teresak-esak menangis, lama lak tu... memang senarai all time film la... Sejak tengok cite ni, aku lebih berminat nak tengok cite hubungan anak-ayah, memang lebih kuat permainan emosinya... mcm pursuit of Happiness dan lain-lain termasuk cite drama melayu...

Watak ayah dalam cite ni, Jon Voight (ayah angelina Jolie), Faye Dunaway & Ricky Schroder.

Ni ringkasan untuk plot cite nih :-

Plot: This solid tearjerker fits into the pantheon of 1970s cinema as sort of a ROCKY meets KRAMER VS. KRAMER. John Voight plays Billy, an ex-champ boxer who now works at the Hialeah racetrack in Florida with his idolizing son, T.J. (Ricky Schroder). Billy has drinking and gambling problems, but still manages to be a loving single father until the boy's long lost mother (Faye Dunaway) shows up wanting her son back, and the emotional showdown begins. It all leads up to a thrilling comeback fight, and lots of tears for all concerned. This was director Franco Zeffirelli's first feature filmed in America, and he put his Florida locations to inspired use. The supporting cast is filled with lots of familiar faces, including Elija Cook, Jack Warden and Joan Blondell. Still, this is basically a three-character piece, and they are each amazing: Voight is fearlessly raw and vulnerable as Billy; Schroder--only nine at the time--projects incredible emotion and charm, and Dunaway brings a great blend of glamour and insecurity to her role as the deadbeat mother who, just like Billy, wants a second chance at redemption.

Selasa, 6 Oktober 2009

The Shawshank Redemption...

The Shawshank Redemption...
Pelakon : Tim Robbin, Morgan Freeman
Pengarah : Frank Darabont

Salah satu yang terbaik dalam senarai All-Time movie aku... First time tengok time sekolah menengah, masa tu, sekali lagi tengok kat slot BlockBuster TV2 (eja salah kot, ntah ler)... Mula-mula, (sama macam A Perfect World), aku rasa macam tak layak je ada dalam slot TV2 ni yang memang tayang cite-cite hebat sokmo... Dah la Tim Robbin tu tak berapa terkenal, rupa pun tak smart sangat, badan tinggi & besar... Yang aku suka sebab ada Freeman tu jer. Tapi, rupa-rupanya, hebat jugak pelakon-pelakon filem nih... Betul-betul buat aku impress...

& satu lagi, banyak jugak mesej-mesej yang disampaikan dalam filem ni, tentang penjara, tentang kehidupan lepas penjara dan lain-lain...

Start cite ni, rasa macam boring jerrr... Tapi masuk je sparuh masa filem n, wowww... excellent!!! Aku jadi excited, betul-betul tak sangka tim robbin (wataknya : Andy Dufrene) buat pelan nak larikan diri... Plot filem ni tersusun & memang 'save the best for the last'...

Kisah tentang Andy yang ada karier bagus sebagai pegawai bank, 'bunuh' bini dia yang curang & didapati bersalah... So kena hantar kat penjara Shawshank (dari ni la judulnya, nama penjara) ni... Dalam penjara bkawan plak dengan Freeman (Red) & geng-nya...

So dalam penjara ni, pihak warden memang kejam & jahat... Andy ni diambil jadi penyimpan akaun duit-duit haram bos warden... Kat sini la dia mula perancangannyer untuk lari dari penjara... Siap wujudkan identiti baru untuk dia bila lari dari penjara & semua duit2 dalam akaun haram tu di pindahkan pada akaun identiti baru Andy...

Ni part yang Andy cite kat Red :-

LIBRARY -- DAY (1965) 167

TILT UP FROM PIE to find Red munching away as he helps Andy
sort books on the shelves.

RED : Got his fingers in a lot of pies,
from what I hear.

ANDY : What you hear isn't half of it.
He's got scams you haven't dreamed
of. Kickbacks on his kickbacks.
There's a river of dirty money
flowing through this place.

RED : Money like that can be a problem.
Sooner or later you gotta explain
where it came from.

ANDY : That's where I come in. I channel
it, funnel it, filter it...stocks,
securities, tax free municipals...
I send that money out into the big
world. And when it comes back...

RED : It's clean as a virgin's whistle?

ANDY : Cleaner. By the time Norton retires,
I will have made him a millionaire.

RED : Jesus. They ever catch on, he's
gonna wind up wearing a number
himself.

ANDY : (smiles)
I thought you had more faith in me
than that.

RED : I'm sure you're good, but all that
paper leaves a trail. Anybody gets
too curious -- FBI, IRS, whatever --
that trail's gonna lead to somebody.

ANDY : Sure it will. But not to me, and
certainly not to the warden.

RED : Who then?

ANDY : Peter Stevens.

RED : Who?

ANDY : The silent, silent partner. He's
the guilty one, your Honor. The man
with the bank accounts. That's
where the filtering process starts.
They trace it back, all they're
gonna find is him.

RED : Yeah, okay, but who the hell is he?

ANDY : A phantom. An apparition. Second
cousin to Harvey the Rabbit.
(off Red's look)
I conjured him out of thin air. He
doesn't exist...except on paper.

RED : You can't just make a person up.

ANDY : Sure you can, if you know how the
system works, and where the cracks
are. It's amazing what you can
accomplish by mail. Mr. Stevens has
a birth certificate, social
security card, driver's license.
They ever track those accounts,
they'll wind up chasing a figment
of my imagination.

RED : Did I say you were good?
You're Rembrandt.

ANDY : It's funny. On the outside, I was
an honest man. Straight as an
arrow. I had to come to prison to
be a crook.


Time dia lari tu la paling best... dah la tak sangka... time ni la semua plan-plan yang dia buat ditunjukkan... Selama dia di penjara, hari-hari dia korek simen dinding penjara, sampai bertahun-tahun... Lari ikut saluran najis sepanjang 2 padang bola & bebas...

Tim Robbin memang pelakon berkaliber... Freeman tak yah cakap la... Diaorang ni sebaris dengan A-list aku macam Al-Pacino, Travolta, Will Smith, Denzel Washington, Dicaprio, Russel Crowe, Edward norton dan lain-lain...

Memang best la, sampai tak reti nak ulas... Hehehehe... Korang tengok la sendiri... Kat kedai-kedai CD, banyak jugak cite nih... Di jamin korang memang puassss...

Rabu, 17 Jun 2009

Perfect World...


Ni idea Aling... aku asyik lupa je nak wat topik "all time favourite movie bg aku"... Filem2 yang sentiasa lekat pd aku, kebanyakannya cite2 lama, dlm 90'an la kebanyakannya...

salah satu cite yang aku suka & anggap masterpiece, a Perfect World... Filem arahan Clint Eastwood, lakonan Kevin Costner... Semua ada dalam cite ni, buat kita ketawa, sedih, tersenyum & menangis... Cite ni xde kaitan pun dgn cintan2 dgn pompuan, tp hubungan 2 orang lelaki... Butch & Phillip... Mula2 tengok cite ni masa kat sek men, dulu tv2 selalu ada tayangan Block Buster (ntah mcmana eja ntah), selalunya masa time cuti sekolah, tiap2 malam ada cite best... hehehehe... Mula2 tengok, xla menarik, biasa aje... Tapi lama2 bila ikut cite ni, seronok...

Sorang penjenayah, sorang lg bbudak yg xpenah kenal ayahnya... Butch penjenayah yg orang lain anggap dia pembunuh berbahaya walaupun sebenarnya, sekali je dia membunuh, tu pun mempertahankan mak dia...

Butch larikan diri dari penjara dgn sorang rakan... Pertemuan dia dgn Phillip bermula bila Butch rompak umah mak Phillip & jadikn dia tebusan... Sejak tu, cite ni mula menarik...

Hubungan Butch & Phillip memang buat penonton rasa real... Butch cuba untuk jaga Phillip sebaiknya dengan cara dia... Butch xnak apa yang terjadi pada dia masa kecik, berlaku pada Phillip... Walaupun dalam masa yang sekejap bersama...

Ada 1 quote menarik Butch dalam 1 babak, "This is the present, Phillip, Enjoy it while it last", emmmm...

Last filem ni, masa mula2 tengok, memang buat air mana bderai... Last, Butch mati depan mata Phillip...

Puas jugak dulu nak cari cite ni... 2 tahun lepas, jumpa jugak kat kedai cd... Tengok la filem ni, memang best...