Memaparkan catatan dengan label Malaysia Super League.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Malaysia Super League.... Papar semua catatan

Isnin, 4 Februari 2013

Liga Super 2013 : Pahang Top???


Salam, 



Liga Super 2013 dah start... Dan buat pertama kalinya setelah bertahun-tahun, aku masih lagi tak dapat pergi Stadium Darul Makmur... Dan yang bestnya, setelah 5 game, Pahang dikedudukan yang mengejutkan ramai orang... Pertama!!!! Hahahahaha...

Dan, setiap game Pahang, dipenuhi oleh penyokong-penyokong Pahang dari segenap tempat, dah mula ramai mengaku sokong Pahang... Berbeza pada zaman Pahang jatuh ke Liga Premiere dulu, tak de sorang pun amik tau... Aku terus terkenangkan zaman lalang Stadium DarulMakmur ni dulu, siap boleh kira kedatangan pengunjung-pengunjung ketika game berlangsung... Apepun, tu kenangan lalu. sekarang, datang pukul 8.30 mlm, boleh la ko berbaris kat luar sambil dengar orang jerit gol kat dalam stadium... Silap-silap abis separuh masa pertama baru dapat masuk... Hehehehe...

Apepun aku ucap tahniah kepada penyokong-penyokong Pahang yang dah lama menunggu detik-detik ni... Walaupun, aku tau masih awal, dan tak rasa Pahang dapat kekalkan kedudukan (dengan pemain 2 import yang sangat teruk)... So enjoy la keadaan sekarang puas-puas... Dah lama tak tengok Pahang top liga... Muahhhhhhhhhhhh...

Khamis, 31 Mei 2012

Beira-Mar : Tahniah Nazmi...


Nazmi Faiz, wonderkid Malaysia yang baru.. Dah pun sign kontrak dengan Beira-Mar, antara kelab tersohor Portugal... Tahniah Nazmi... Dengar cite, gaji RM300,000.00... Dengar cite lagi, ramai plak peminat-peminat yang kondem dia, tak bagus mana la, SPM takde tapi gaji lebih dari orang degree la dan macam-macam lagi yang timbul...

Emmmm... Aku  rasa, alasan yang keluar tu sebab perasaan jeles pada kita semua ni wujud... pada dia... Lebih-lebih lagi, kita lagi baik dari dia, ada SPM, ada Diploma, ada Degree, tapi gaji ciput sangat berbanding dia... Apepun, kena la terima, untung nasib tu berbeza setiap orang... Jangan dibutakan perasaan hasad tu sampai tak nampak kebaikan...


Bagi aku, benda ni baik untuk bolasepak Malaysia... Dia dapat 300k sebulan tu, lantak lah... Aku nak jeles pun, dah terlambat, dulu orang ajak main bola, aku nak pegi dating la, nak baca buku la sbb nak masuk U la, nak pegi tengok konsert la, nak pegi shopping la... padan muka aku, komitmen takde... Kekekekekeke...


Cuma harap Nazmi jangan terbuai dengan populariti dia... baru-baru ini masa kelayakan olimpik, dengar cite dah masuk majalah Mangga dah pun, pastu dengan posing wajib majalah MAngga, dalam kolam renang... Huhuhuhuhuh, pastu prestasi dia plak, kebetulan jatuh time tu... Emmmmmmmmmmmmmmm... harap tak terjadi lagi...


Sumber Gambar : http://www.nazmifaiz.com

Jumaat, 19 Ogos 2011

Piala Malaysia... Pahang mana????



Selepas tiap-tiap tahun main dalam Piala Malaysia... Akhirnya Pahang tak menjadi salah satu team yang merebut piala kebanggaan di Malaysia nih... Kalah dengan Sime Darby dengan aggregate 0-6.... Perghhh... Telam air liur...


Pahang no 2 bawah liga premier untuk tahun ni... Patut awal-awal dah tak layak untuk Piala Malaysia 2011 ni... Tapi Skuad Harimau Muda Malaysia (yang layak) telah tarik diri kerana akan menjalani latihan di Slovakia... So, ada 1 tempat kosong... Oleh kerana nak jugak bagi Pahang main Piala Malaysia (PM) nih, FAM bukak peluang dengan adakan perlawanan Play-off ni... Kira senang-senang je la Pahang layak PM nanti... Nak bagi free slot karang, ramai lak orang bising pada FAM, hehehehe...


So nak dijadikan cite,kena la lawan dengan teamliga bawahan dengan team yang ntah no 2  @ 3 liga, Sime Darby... Tapi, jadi malapetaka plak, game pertama tempat lawan,kalah 0-4... Perghhh... Nampak sangat mainnya... Game kedua di Stadium Darul Makmur... Kalah plak 0-2... Bengap... Tahap pasukan belasahan bagi teamliga kedua Malaysia... Sedangkan player yang ada, dengan permainan yang biasa, senang-senang jer boleh beat Selangor PKNS hari tu dalam Piala F.A... Kesimpulannya... Mestila ada faktor-faktor luar kot... Gaji??? rasuah?? kopi??? ntahlerr... Coach, Pengurus??? tak kena pecat??? tak pun... Hehehehehe... Smell something here...


So lepas raya ni, tengok je la team-team lain bersaing... Player kesayangan Pahang, Alex dipinjam oleh juara liga, Kelantan... Semoga dia berjaya, at least ada wakil Pahang di PM ni... Alex player bagus, Kelantan pun nampak... Cuma, bila main dengan Pahang, tak boleh pegi,sebab coach suka dengan player luar yang baru masuk tahun ni macam Badut, Surendran & the geng, bengong...


Apepun, good luck untuk semua pasukan yang bertanding... Aku target, Kelantan final dengan terengganu (repeat piala F.A final)... 2 team yang konsisten sekarang ni...  

Khamis, 19 Mei 2011

Piala FA : sampai di sini...


Pahang tak dapat teruskan perjalanan ke final... Kalah pada Terengganu, aggregate 2-5... ;

Stadium Darul makmur
Pahang.. 2
Terengganu.. 3

Stadium Nasiruddin Shah
Terengganu.. 2
Pahang.. 0

So goodby untuk Piala FA... Sekarang teruskan untuk survival liga Super 2011 plak... Harap player baru, Reubin Gill Sigh (eja xbetul kot) dapat main...





Selasa, 2 November 2010

Tahniah Kelantan...


Salam...

Dah berakhir musim bola sepak tempatan kita baru-baru nih... So Final Piala malaysia menemukan 2 pasukan terkuat bagi 2 tahun berturut-turut... Kelantan akhirnya menamatkan penantian hampir 90 tahun untuk jadi juara Piala malaysia... Menang 2-1 ke atas Negeri Sembilan... Tahniah aku ucapkan... walaupun aku tak berapa suka dengan kelakuan penyokong-penyokong korang, tapi aku salute semangat korang... Takde lagi negeri yang mana penyokongnya sentiasa penuh walau lawan kat mana-mana pun... Dah jadi macam kat liga luar plak dah... 

Apepun, harap kelakuan lebih terjaga untuk musim-musim mendatang, kita nak tengok bola... Provok-provok je dah la, jangan la sampai bertembung secara fizikal... Sakit hati kena provok time team kalah @ ketinggalan tu biasa la... Tapi tu la yang seronoknya tentang bola ni... Ada masa sakit hati, tapi time team kita menang, lagi hepi... Kadang-kadang mood menang tu seminggu tak hilang-hilang... So just enjoy je la k... 

Ni senarai pemenang bagi musim 2010 nih... :-


Senarai Juara Piala 2010


* Liga Super: Selangor
* Liga Premier: Kuala Lumpur Felda United FC
* Liga FAM: Kuala Lumpur Sime Darby FC
* Piala Presiden: Sekolah Sukan Bukit Jalil "A"
* Piala Malaysia: Kelantan
* Piala FA: Negeri Sembilan
* Piala Sumbangsih (Piala Sultan Ahmad Shah): Selangor
* Piala FairPlay: Pahang

Ps : pahang ada jugak menang piala tahun nih, kekekeke... Tahniah...

Rabu, 20 Oktober 2010

Piala Malaysia 2010 Berakhir Buat Pahang...

Akhirnya, perjalanan Pahang dalam Piala Malaysia kali ini, terbantu di pusingan kedua... kalah kepada Johor FC (2-2, kalah away goal rule!!!!)...

Walaupun kecewa Pahang tak dapat pergi jauh, tapi at least tahun ni, player mentah Pahang dah pecah sumpahan peringkat kumpulan... Sejak zaman 'Star' 2005 smpai la tahun ni, tak pernah lepas grouping... So musim ni, memang yang paling best sejak 2005...



So harap-harap musim depan lebih kuat dengan ambil sorang dua lagi player, terutamanya bahagian tengah... kebanyakan gol pahang semuanya buat dari tepi... takde yang dari tengah, maknanya tak banyak through ball... 2 Musim lagi nak tunggu import mari, harap musim depan dapat menang sesuatu la...

Player-player yang ada harap tak keluar... biar la diaorang stay kalau boleh...

*** Sumber Gambar : Doc Ali, www.2121studio.com

Ahad, 9 Mei 2010

Pahang 3 vs Kelantan 3... This is what i call happyness...


Malam tadi... Pahang bertemu Kelantan di Stadium Darul Makmur... Satu game yang pada orang luar, mungkin just 'one-way traffic' untuk Kelantan... Dalam paper, 5 buah bas fan-fan Kelate.net nak turun Kuantan... Masa aku sampai pukul 7.45 mlm tadi pun, aku sorang je baju kuning, terkulat-kulat sendirian dek lautan merah... Masuk je stadium, tempat wajib kitaorang dah penuh dengan lautan merah... So, fan-fan Pahang yang ntah berapa kerat jer, kumpul di satu sudut... Kat sini la bermulanya kemeriahan!!!

Selalunya bila game-game lain, fan-fan Pahang duduk merata, so banyak tengok wayang daripada menjerit... Tapi kali ni, dengan berapa kerat ni la buat aku teringat zaman kegemilangan Pahang 90an dulu... Senyap terus lautan merak Kelantan, macam-macam nyanyian & sorakan direka oleh gabungan Kapo-Kapo hebat... Hahahaha!

Dari awal sampai habis game, tak habis-habis bersorak, masa ni memang dah lupa la nak duduk sopan macam selalu, kekekeke...


Pahang kena dulu awal-awal game, Nurfarhan score gol cantik... Tapi dibalas oleh Pahang, Player no 21, nama dia ingat-ingat lupa lakm Maznizan kot... Then Alex score gol leading, hantaran dari player baru Pahang, Koji... alex siap berlari ke arah penyokong Pahang, jauh tuhh... Thanks Alex...


Masuk separuh masa kedua, tak dan apa-apa lagi, Pahang goal sekali lagi dari Nazmizan, hantaran cantik Alex... Memang goal tu cantik sangat!!! Masa ni, dah tak berbunyi dah la gendang Kelantan tuh... Memang kenangan terindah la suasana tuh...

Pastu, dah start dah player Pahang kena bahan satu persatu oleh geng-geng Indra nih... No. 4, Syawal & Alex terpaksa keluar... Masa ni dah terasa dah, Pahang akan down... Dah tak serang-serang dah... Last minute, kena 2 butir gol oleh Kelantan... Huhuhuhuhu, spoil betul la... Time-time best macam ni, leh la plak seri...Huhuhuhuh... 

Apepun, skuad ni yang dibentuk dari tahun lepas, memang lain sangat... memang mengujakan! seronok nak tengok diaorang main sebab peluang untuk menang tu ada tak kira lawan sape-sape pun... Kita dah kalahkan NS, Kedah, seri dengan Kelantan, lepas ni Selangor & Terengganu... Kasi diaorang tau, skuad Pahang bukan team untuk kutip mata mudah...

Skuad ni masuk-masuk je padang dah nampak lain dari musim-musim suram Pahang 2004-2008 (aku memang tak sokong skuad Galacticos Pahang ari awal lagi)... Skuad ni nampak iltizam & semangat tiap kali game, tiap kali nak start masing-masing bagi kata-kata semangat & tak lupa pada penyokong tempatan yang datang... Itulah kelebihan kalau main dengan player-player tempatan, main semangat negeri, walaupun banyak masalah macam gaji ke ape ke... Skuad Galacticos, nama jer star-star belaka tapi, hancus!!!! Apa sangat la piala FA yang diaorang bawak balik tuh dulu... 1 final Piala Malaysia pun tak pernah lepas... Memang aku akan ingat skuad sekarang macam aku ingat pada Pahang 90an...

Ada insiden baling membaling masa Kelantan dapat gol penyamaan... Ramai juga kena, Sham kena kat muka, botol kecik... Budak praktikal tempat aku, Azam kena kat muka jugak tapi botol besar... Memang fan-fan Kelantan provok gilerr, hampir-hampir la nak gaduh tadi... Polis plak, tengok dari jauh je!!! Nasib baik la terkawal tadi... Huhuhuhu...

Ahad, 25 April 2010

Pahang 2 vs Kedah 1...


Lama betul Pahang tak menang dengan Kedah, dalam 10 game akhir, 9 kali kalah... Memang Kedah antara salah satu team kuat dalam liga Malaysia sejak masuk tahun 2000... Player-player mudanya pun bagus... Sebelum import tak dibenarkan, semua piala diaorang bolot... 

Pahang plak, sejak masuk tahun 2000 sampailah sekarang, makin hilang dari pentas utama & langsung tak dianggap kuasa bola sepak besar dalam liga kita... Lebih-lebih lagi sejak 3-4 tahun ni, rasanya takde dah penyokong luar nak takutkan team Pahang & anggap team ni jadi tempat pungut 3 mata jerr...

Tapi...
Malam tadi, sekali lagi musim ni Pahang tunjukkan semangat melawan & tak mudah putus asa... Walaupun dengan pengalaman takde & serba serbi kurang, tapi player-player muda Pahang berjaya kekang star-star muda yang ternama dari team Kedah macam Badrol Bakhtiar, Azlan Ismail, Ismail Abu dan lain-lain...

Kedah jarang sangat mengancam, tapi dapat goal awal sebab kesilapan keeper muda Pahang, Wan Azraei yang keluar awal untuk selamatkan bola crossing, tapi tak dapat, senang-senang jer player Kedah tadah kepala ke pintu gol Pahang yang kosong...

Tapi, keseluruhan game, memang Pahang yang pegang, cuma idea ada, perlaksanaan buruk sangat, basic football pun berterabur lagi... Standard la tu... Kedah pun sama jer teruknya...

Separuh masa kedua, still seimbang... Tak lama start game, kapten Kedah, Shahrulnizam injured & terpaksa dikeluarkan, ganti plak dengan anak Pahang jati, Boy A.K.A Shahril Faizal... Lepas tu, Kedah memang tak serang sangat dah, sebab Boy lebih defensive berbanding kapten diaorang yang selalu ke depan bantu striker... Adalah sekali dua diaorang serang yang boleh jugak wat goal, tapi takat tu jer la...

Pahang dapat gol dari Alex... Kesilapan Helmi Eliza, keeper Kedah... Bola crossing dia tangkap tapi terlepas, jatuh depan Alex jer, terus sepak leweh jer, gol memang dah kosong... hehehehehe... senyap fan-fan Kedah yang datang dari jauh tu... Mula-mula bukan main lagi berkompangnyerrr, ingat leh makan besar kot... 1 lagi fakta musim ni, Pahang hanya tewas sekali jer di Stadium Darul Makmur sebelum game Kedah nih, tu pun kalah minggu lepas dengan pasukan tercorot liga, Johor... Walaupun kat tempat luar, Pahang kena belasah, tapi tempat sendiri, takde lagi & main pun best jer...

Then, Pahang pegang game seterusnya... Karthi dimasukkan, nampak la gerakan yang lebih tersusun walaupun Karthi sendiri macam anak ayam hilang mak ayam, kekekeke...

At last, gol yang dinantikan datang jugak, hasil dari sepakan sudut, Shahrizan Salleh tanduk ke bahagian kanan gol Kedah, Alex just tanduk mudah jerrrr... goalllllllllllllllllllll...

Memang best betul malam tadi... Abis suara aku... Malam tadi jugak, first time pakai jersey Pahang musim ni yang baru... Budak-budak ni dah pakat untuk pakai untuk setiap game... Congrate's semua...

Malam tadi rodong-rodong dari TGL KL pun turun... habis game, pegi makan murtabak Mengkasor, kekekekeke, thanks Epit, belanjer...

Selasa, 9 Mac 2010

Johor FC 2 vs PAHANG 1...


Pahang kalah plak kelmarin... tapi apepun. skrg ni tiap2 komen dr fan yang pegi stadium, semuanya positif & puji persembahan budak2 Pahang... walaupun ada bnyk lg kelemahan, tp at least tak la macam zaman bintang malap sebelum2 nih...

Johor FC memang team yang kuat walaupun tak konsisten, so Pahang pun kira melawan dalam game nih, banyak peluang tapi takde penyudah...

Harap lawan terengganu nih, leh menang... Setakat ni, rekod kat tempat sendiri memang best, tak penah kalah lg... Tempat lawan, memanjang kalah...hehehehe... Harap leh ubah nasib dalam liga... Sekarang ni peluang utk jadi antara yang top terbuka luas... Come on Pahang...

Rabu, 5 Ogos 2009

Kenangan...



Foto2 ni antara game2 last Pahang, mcm lawan my team & polis... Macam yang korang maklum, Pahang dah kira jatuh liga... Sejarah ni, korang mnyaksikan Pahang, salah satu pasukan yg tak pernah jatuh liga, jatuh jua akhirnya... Penonton & penyokong Pahang dah menjauhi stadium...

Antara rodong2 tokgajah yg masih lg berminat nak datang stadium...

Jumaat, 31 Julai 2009

Turun Liga??? Tiada dalam Kamus...


Pahang kalah game last 1-5 dgn musuh tradisi, Selangor... Huhuhuhu... At last, no ke-2 tercorot jugak Pahang dapat, gagal pintas pinang yang lbih 2 mata & lbih 2 game... Hina btul rasa kena cmni...

& FAM sejurus je nak tamat liga ni, nak rombak liga dengan alasan xnak team2 yang ada msalah kewangan... Huhuhu, alasan tu bagi yang baru dgn liga Malaysia ni leh la terima... Tapi bagi pminat bola tempatan plak, 1 lagi alasan yang sebenarnya nak selamatkan Pahang dari terima malu... Walaupun tak tahu lagi cmner diaorg nak rombak liga, tapi rasanya leh agak, tu jer...

FAM akan meeting & buat keputusan pd Isnin nih... Bagi aku, lebih rela Pahang jatuh daripada sering di'tolong' oleh 'tangan' FAM... Malu sesangat kalau gitu...

Rabu, 8 Julai 2009

Abandon All Hope's...

Malam tadi, Pahang 1 vs Terengganu 2... Kali ke-2 berturut-turut kalah pada pasukan pantai timur, sbelumnya, Kelantan... Walaupun game memang menyebelahi Pahang, serangan2 berbahaya buat team lawan macam team sama level jer... Tapi, at last kalah jugak...

Penang plak seri dengan Kedah 1-1... Emmmm, tinggal 2 game aje lagi... Pahang bertemu Perak & Selangor... Penang plak lawan team atasan jugak... Secara matematik, Pahang kena menang 2 game tuh & Penang kena kalah 2 game dia... So Pahang akan selamat... Tapi....... ???...

Bagi aku, musim ni dah tamat kot... Musim depan, di Liga Premier... Selama ni tak dapat aku nak bayangkan macamana Pahang jika main dalam liga kelas 2 nih... Tapi, nampaknya, kena telan air liur la... Terima kasih pada pihak yang merealisasikan mimpi buruk buat penyokong2 setia Pahang iaitu tidak lain tidak bukan
pihak management yang sememangnya berkaliber sungguh dalam bab2 merosakkan sebuah team gergasi di malaysia nih...

Ramai kata, tak payah risau, Pahang akan selamat dek krn 2 3 faktor (liga kena rombak, myteam tarik diri, dll)... Bagi aku, bukan soal tu, tapi maruah team Pahang sendiri tercalar abis... Lebih baik jatuh drpd berlaku perkara macam ni...


Tahniah pada player2 muda Pahang... Korang semua buat aku bangga... Dari awal liga sampai la niiii, masalah gaji tak pernah selesai, tapi permainan korang jauh lebih baik daripada pemain senior macam sebelum ni yang terdiri drpd 'star' yg 'star' giler nak mampos, mcam Yo, Tengku Hasbullah, Rosdi Talib, Indra & seangkatan dengannya...


Walaupun tak boleh bersaing lebih lagi, tapi yang penting ada peningkatan permainan korang... Team yang kalau dijaga molek, boleh menjadi macam team muda Kedah beberapa tahun lepas... Buat masa sekarang, berdoa je la, ada peralihan pengurusan... Kalau tak, selagi tu team Pahang akan hancur & lebih buruk, setaraf permainan dengan pasukan kelab2 yang setahun jagung di liga premier...

Sayu je rasa bila time2 camni... Dulu berdebar2 sbb takut Pahang kena pintas utk top liga... Sekarang, berdebar2 tggu detik bersejarah Pahang bakal jatuh... Tak terpikir pun Pahang kena lalui situasi gini... Huhuhuhu...


Anyway, Thanks buat anak2 muda Pahang ni...

** Table tu aku amik dari Sumber :- www.tokgajah.com

Ahad, 5 Julai 2009

Jatuh Liga???


Huhuhu, buat pertama kali, (klu la terjadi) pahang akan jatuh ke liga Premier... Semalam kalah dengan Kelantan 2-3... Peluang untuk seri @ menang besar, tapi xamik kesempatan yang ada...

Kesian tengok budak2 muda nih, diaorg berbakat... Tapi... Sekali lagi (macam tahun-tahun sebelumnya), management buat spoil lagi... Xabis2... Yang jadi mangsa bebudak nih, gaji berbulan-bulan xdapat... pastu main teruk, pnyokong plak bengang... (termasukla aku)...

Rasanya, bolasepak negara aku ni, xkan berubah dalam masa 5-10 tahun nih... So, lalu jer la yek!!!

Back to Pahang story... Penang plak makin power lak, asyik menang jer... so game liga tinggal 4 @ 3 aje lagi... pahang kena tinggal dlm 4 5 point... Game yang tinggal plak, semua tough... Lawan Terengganu, Perak & Selangor... Huhuhuhu, tangis darah lerr...

Apepun, harap budak2 muda Pahang ni xcepat mengalah... Korang ada bakat & boleh main, cuma faktor luaran yang kacau... teruskan kejar mata walaupun nampak tipis... Tunjukkan mcm ape yang korang tunjuk masa lawan Kelantan... At least, buat diaorg respect...

Aku baca forum, TokGajah pun, semua puji player2 Pahang masa game Kelantan nih...

1 lagi, aku tak puas hati dengan REF... Che Hishamuddin (player Kelantan) dengan kurang ajarnya menyepak balas dengan tendang kaki player defender Pahang, REF buat-buat tak nampak jerrrrrrr, tu dah satu hal, tak lama lepas tu, Che Hisyam ni gi siku plak player yang sama dari belakang!!!! REF plak bagi kad kuning pada player Pahang!!!!!!!!!!!! ape bende nyerrrrr niiiii????

REF punya la takut kena baling dengan Fan2 tuan rumah, sampai camtu buat keputusan... Kalau kat tempat lain tu, awal2 lagi Che Hisyam ni kena kad merah... Bengang btul aku...

Rabu, 11 Februari 2009

Pahang 1 vs NS NAZA 2...


Semalam, 10hb Feb 09... Pahang kalah lagi sekali di tangan NS Naza plak... Ramai gak member-member datang, amir bagi tiket free... Penonton tak la seramai sebelum nih, maybe sebab hari Selasa, esok orang nak keje...

Permulaan game, Pahang ada 2 3 bijik peluang yang boleh sangat jadi goal, tapiii tak jadi... Striker Pahang, No. 10 tu jadi striker tunggal, Azzamudin injured Hamstring, so lama la lagi nak bleh dapat main balik...

Pahang memang ketandusan seorang midfielder rasanya, susah takde yang betul-betul berpengaruh dalam team... Semua lebih kurang setara aje... NS Naza dapat 2 goal sparuh masa pertama, goal pertama tu, shooting Anuar Jusoh (x-phg) memang tak leh nak wat ape-ape la... Tapi goal kedua memang ntah apa-apa jer....

Second half, Pahang start menyerang, dapat penalti & Shahrizan score... Ada nampak momentum lepas tuh, tapi kejap je, then game mula jadi memboringkan...

Lastly, terpaksa la Pahang terima kekalahan lagi, so duduk di tangga ke-2 terbawah, aduuuhhhh...

Selasa, 13 Januari 2009

MyTeam vs Pahang...


Hari ni, 14 jan 09... Pahang berkunjung ke MyTeam untuk perlawanan ke-3 Liga Super tahun ni... Menang 0-1 hasil gol Gopinathan... Kalau tak salah, player Wing nih...

Dari komen-komen forumer TGC, MyTeam serang abis-abisan, tapi tak gol... Termasukla penalti, keeper Pahang, Remezy dapat save bola yg ditendang tepat ke tengah... Bagus remezy, kekalkan tradisi yg mana keeper kelahiran Pahang mmg handal sejak zaman 80an lagi... Ingat lg, khairul azman, Muadzar, Iqbal, Zuraimi, semuanya pakar tahan penalti (tapi takde la sampai tahap super gaban, bila penalti tu, 60-40 la utk dpt save)...

Dapar jugak team muda ni bertahan sampai penghujung game... Tahniah Boy's... Minta maaf la, kami tak ingat lagi nama-nama korang, tapi kalau korang stay semangat mlawan macam ni, kami akan ingat sampai bila-bila... Letakkan nama korang dalam kalangan hero-hero kelahiran Pahang, macam Azizul, Jalal, Boy dll tuh...


Line Up Pahang :-

22- Mezy
4- Sutharsan
18- Badrul
5-shukri
21-Hasnizam
19 - Gaban
24-Gopinathan
7-Suren
20 - Sharizan
18-Badrul

Ahad, 11 Januari 2009

Pahang 0 vs KL PLUS 1...


Stadium DarulMakmur, Pahang kalah lagi kali ni pada KL Plus, 0-1... Jaringan pada separuh masa kedua.. Ramai jugak yang datang tgok & dimeriahkan kompang oleh rombongan 2 buah bas dar KL Plus...

Bagi aku, game ni seimbang dengan kedua-dua team bersilih ganti buat gerakan... Ini FIRST TIME musim ni aku epegi ke stadium & tengok game Pahang... Pendapat aku --> budak-budak muda Pahang musim ini adalah yang terbaik aku tengok sejak 3-4 tahun ini... Malah skuad ni jauh berbeza dengan skuad penuh STAR musim lepas...

Permainan mereka nampak gerakan & idea, cuma perlaksanaan aje yang kurang sikit... Apepun, aku berpuas hati dengan team ini... Betul-betul puas hati...

Ada beberapa player yang cukup bagus; Azamuddin (striker), No. 19 ( Defend Kiri) dan seorang dua lagi... Main semangat & rajin... Tak macam musim lepas!!!!

Diaorang still ada 'perasaan' bila kalah, nampak kecewa... Tak macam musim lepas!!!! Semuanya tak macam musim lepas!!!!

Kalaula mereka ini dikekalkan selepas musim ini, aku rasa diaorg boleh mencabar mana-manapun pasukan berpengalaman lain... Tapi biasala, tahun mendatang, takut jadi macam anak-anak buah Ahmad Yusof, terus dicampak ntah ke mana & digantikan dengan regim Zainal Abidin Hassan yang semuanya STARRRRRR!!! Tapi hamprak...

Cite pasal game ni,Pahang ada 2 3 peluang jugak untuk score, tapi nasib tak menyebelahi...

Untuk taraf liga kita ni, aku kasi 4 bintang untuk bebudak ni.... Keep improve ur games lads!!!

Jumaat, 9 Januari 2009

Perlis 3 vs Pahang 2...

Di Stadium Utama Negeri Kangar, Perlis turut mencatat kemenangan kedua berturut-turut selepas bangkit daripada ketinggalan sebelum menang ke atas Pahang 3-2 hasil hatrik pemain Perlis, Nizaruddin Yusof (m-40, 45, 87) manakala Mohd. Azamuddin Md. Akil (m-9, 24) mengurangkan jurang gol.

Bagus budak Azamuddin ni, score 3 goal dah dlm 2 game... tapi Pahang nampaknya tak leh stay lama, kali ni 30minit sahaja, terus hilang angin!!!

* Sumber Table liga :- Kosmo.com.my

Ahad, 4 Januari 2009

PAH 2 vs JOHOR FC 3...


pahang 2

Haznizam Kamarodin (14)
Nazamuddin Akil (46)


johor fc 3
Eddy Helmi (pen-62)
Mohd. Riduan M’aon (76, 88)

game pertama musim ini berlangsung di Stadium DarulMakmur, kuantan... aku tak pergi sbb bini & anak aku datang umah... Lgpun hujan, kalau tak, boleh bawak anak bini...

emm, mula2 member hantar mesej ckp 1-0, then 2-0, then 2-2, then 2-3... arghhhh, tekanan betul la... macamana boleh kalah macam ni gaya...

tapi dari member2, 30minit terakhir, memang dah tak gaya main dah team muda Pahang nih, hancur...

Yang paling sedih, dengar cite, jersey zaman Milicic, Tchoutang, Tarik & musim lepas punya jersey jenis hummel dipakai.. (2004-2008z), bercampur-campur, siap sorang tu nak masuk padang kena cari baju lain sebab nombor sama dengan player dalam padang, harunyaaaa bola sepak negeri kesayangan aku nih... macamana boleh jadi macam ni!!!!

Isnin, 21 Januari 2008

Season 2008...

Musim iji, Pahang buat hampir 100% perubahan ke atas pengurusan & pemain :-

Coach :- Zainal Abidin Hassan.
Asst. Coach :- R Suriarmurthy...

Goalkeeper :-
1. Iqbal Suhaimi
2. Syamsuri Mustafa
3. Azuan Othman

Defender :-
1. Norhafiz Zamani Misbah
2. Jalaludin Jaafar
3. Subri Sulong
4. Rosdi Talib
5. Shahril Faizal Shariffudin
6. Surendran
7. Norfazli Alias
8. Ahmad Wahid

9. Keita boubacar


Midfielder :-
1. Rashid Mahmud
2. Azizul Kamaludin
3. Tarik Al-Janabi
4. Surendran
5. Zainuddin Ariffin
6. K Rajan
7. Tengku Hasbullah
8. Abdul Wafiy Abdul Ghafar

Striker :-
1. Syed Fakrul Hakim
2. Hairuddin Omar
3. V. Saravanan
4. Mohd Kamal Rodiarjat
5. Reduane barkaoui

6. Eswady Mokhtar

* Import players...
- Terminate :- Abed Bironse( Terminate Contract because of injured), Razak (just 1 game played)