Memaparkan catatan dengan label Malaysia National Team.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Malaysia National Team.... Papar semua catatan

Isnin, 4 Februari 2013

Nazmi lari???


Salam...

Nazmi Faiz... Nama yang tiba-tiba mendadak selepas Sukan Sea Jakarta dulu... Then menjadi harapan jutaan rakyat Malaysia untuk berjaya atau sekurang-kurangnya menjadi pemangkin pemain muda... Lebih-lebih lagi bila dia sign kontrak dengan kelab pro Portugal, Beira-Mar... Dulu pun, aku berharapan supaya dia at least timba pengalaman selama mungkin...

Tapi sejak 2 3 hari ni, tiba-tiba terkeluar cite psal Nazmi ni... Aku pun tak berapa clear mula-mulanya sebab dah lama jugak tak ikut perkembangan berita sekarang... Maklumla, dah malas nak bukak tv yang penuh dengan acara berkempen awal... Walaupun, PRU pun tak tau bila... So baik aku layan kartun jer dengan anak-anak... heehehe...

NAMZI FAIZ pulang ke Malaysia setelah terminate kontraknya dengan Beira-Mar... Akan bermain untuk Selangor PKNS setelah semuanya selesai... Wahhhhhhhhhhhhh... Waduh... 

Ntah kenapa... Even ayah dia pun tak bagi jawapan, coach-coach plak, macam Ong Kim Swee pun tak bersetuju dengan tindakan dia...

Macam-macam plak teori keluar... Ntah mana ntah yang betul... Tapi aku rasa, Hearsay yang paling aku leh terima :

1. HomeSickness!!... - Untuk budak yang berumur belasan tahun, yang duduk sorang-sorang kat oversea, mungkin terlalu banyak utk dia... Tapi, pelajar-pelajar yang lepas SPM pegi oversea, ape cerita??? takkan semua lari balik sebab rindu nasi kukus??? Dengar kabar, sebelum pegi, FAM pun readykan dia untuk berhadapan media dan lain-lain... EMmmmm, apepun yang ni paling logik untuk diterima...

2. Gaduh dengan awek, tengku ape ntah... - 2 3 hari sebelum keluar cite pasal balik ni, ada kes tentang tweeter yang nazmi tudul aidil zaquan ngorat awek dia... (aku tak masuk campur, kekekeke), tapi sebab perempuan pun boleh jadi faktor utama... Nampak jugak signifikan pada tindakan dia, betul-betul berlaku selepas kes tweeter ni berlaku... So Nazmi ada taman di hati... heehehehe...

Apepun, berita ni mengecewakan ramai pihak walau apapun alasannya... Dan semestinya aku pun kecewa jugak... Baru ni aku baru je baca pasal player Malaysia kedua sign kontrak dengan kelab Portugal (sape nama ntah, tiba-tiba je lupa lak), Nazmi siap jemput kat sana... Tup-tup dia beli tiket balik ke Malaysia plak... Kekekekeke...

Rabu, 12 Disember 2012

AFF Suzuki Cup 2012 : Semi-Final (2nd Leg)


Huhuhuhuhu... Thailand vs Malaysia... (1-1)... Tu la result 1st di Stadium Bukit Jalil ahad lepas... So esok Malaysia perlu cari goal untuk layak @ terus bertahan... 1 Malaysia dah tau ni... Saje takde modal nak bcerita... Kekekekeke...

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Formula untuk Malaysia esok :

Thai 0 vs Mal 1 @ 2 @ 3 @ 4... <-- confirm layak la...100%!!! Cuma 2 3 tu maybe la tak relevan...

Thai 1 vs Mal 1... <-- Perlawanan ke masa tambahan (penalti kalau still sama)... 50% peluang!!!

Thai 2 vs Mal 2... <-- confirm layak la...Jaringan tempat lawan lebih!!!

Thai 1 @ 2 @ 3 @ 4 vs Mal 0... <-- confirm la player boleh balik dan releks sambil berkebun...

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

So apakah jangkaan anda???? Aku tetap la sokong, tapi kalau kalah esok, main plak buruk macam Singapore hari tu, confirm la kena bedil... Pastu mesti ramai ayat-ayat sinis, "kalau pandai sangat, pegila ganti Coach RajaGobal!!!"... Kelakar je korang ni, nama pun peminat, kalau kalah, kutuk tu biasa la... Bukan kutuk tak bersebab...

Isnin, 1 Ogos 2011

Kelayakan World Cup 2014 : malaysia 1 vs Singapore 1 (4-6)...


Akhirnya... Malaysia 1 vs Singapore 1... Tamat impian untuk bermain dengan pasukan handalan Asia dalam peringkat Grouping... Tapi tahniah pada team Malaysia kesayangan ni... Kita kalah dengan 2 goal... 1 kesilapan masa berlawan di Singapore... 

Defend dan tengah kita still nampak melopong... Takde betul-betul playmaker yang berkesan @ terer... Bila takde Safiq Rahim, lagi la terasa, sebab dia banyak buat hantaran cantik...

Paling best, suasana sebelum game, memang salute lah... Semua orang cakap pasal bola... Aku yang tak dapat pergi ni pun, pegi mana-mana, semua orang pakai baju malaysia... bangga rasanya... Sejak menang AFF dulu, dah berubah suasana... Seronok betul... walaupun fan-fan tau kena tinggal 2 goal tapi masing-masing leh lagi confident Malaysia menang!!!!



Khamis, 23 Jun 2011

Pra Olimpik : Malaysia 2 vs Lebanon 1...


Alhamdulillah... Akhirnya menang jugak di pusingan kedua kelayakan Olimpik... Skuad bawah 23 tahun, Malaysia 2 vs Lebanon 1... 2 jaringan hebat & lawa... Tahniah pada Ong Kim Swee & anak-anak buah... Main first half, dah leading 2 gol... Cuma macam nak sakit jantung masa second half, Steven Robbat kena buat padang, 40 minit Malaysia main dengan 10 orang, kena pulak bolos 1 gol... Nasib baik boleh bertahan...

Kemenangan ni lebih bermakna walaupun tak layak pun lagi ke Olimpik...Jauh lagi perjalanan, lepas ni kena main peringkat kumpulan plak, masa ni la nak jumpa team-team top Asia macam Arab Saudi, Jepun, Korea dan lain-lain... Baru la tau langit tinggi ke rendah... Tapi tak kisahlah, janji lepas ke peringkat tinggi...

Kemenangan ni lebih best bila permainan Malaysia pun nampak kreatif, lebih berani main cantik, pegang bola lebih lama & paling aku suka, bila player-player Midfield dapat buat passing celah-celah player lawan, jarang dapat tengok bola Malaysia dapat buat macam ni... 

Sekarang, dah dapat hasil daripada kejayaan dari tahun 2010 hari tu, bila dah 1 generasi berjaya menang piala @ main best, generasi lepas tu pun boleh ikut cemerlang... Corak permainan pun lebih best... Player pulak, dah makin bersemangat nak wakili negara... Tak macam dulu, kena panggil dengan skuad kebangsaan, buat-buat injured, huhuhuhuhu...


Jumaat, 18 Mac 2011

AFF Suzuki Cup... Kenangan...

Hehehehe... saje up pic & cite lama...


Ni masa mula-mula sampai Stadium Bukit Jalil... sampai dalam pukul 3... pegi jalan-jalan, pusing-pusing, makan-makan, lepak-lepak area situ jer...

Ni saat-saat dapat baju, kekekeke... Tengok geng-geng Ultras nyanyi-nyanyi, best jugak follow sekali... Masa ni ramai dah masuk stadium cari tempat yang best, kitaorang tengah tunggu Hero malaya kat luar stadium, sampai la nak dekat game dah, baru nk masuk, puas nok cari tempat duduk best, terpaksa la selit-selit dengan orang yang tak kenal... Dok beh...

Ni masa game berlangsung... seronok giler, tak henti-henti fan buat bising... faktor ni disumbangkan oleh kewujudan Ultras yang baru je nak diterapkan ke bola sepak Malaysia, lepas ni meriah la bolasepak dengan kehadiran diaorang...

Ni masa meraikan kemenangan Malaysia, 3-0... Emmmm, hepi gilerrrrr... walaupun jauh perjalanan balik, tapi berbaloi-baloi... Tak tau la lepas ni boleh merasa lagi macam ni @ tak... Detik kebangkitan semula Malaysia di kalangan negara Asean... Ok la tu walaupun peringkat Asean... 

Harap akan ada lagi ke'hepi'an macam ni lagi nanti!!!!...

Khamis, 30 Disember 2010

Malaysia Juara... AFF Suzuki Cup... 2010...


Assalamualaikum...

Akhirnya... Penantian belasan tahun sejak 1994 berbalas jua... 

First Leg : Stadium Bukit Jalil...
Malaysia 3 vs Indonesia 0...

Second Leg : Stadium Gelora Bung Karno...
Indonesia 2 vs malaysia 1...

** Malaysia menang Aggregate 4-2...

Tak ada apa yang aku lebih banggakan daripada kejayaan team bola sepak Malaysia nih... Sampai ke hari ni berbunga-bunga... Aduhai... Seronoknya perasaan ni... Yang paling aku suka, bola sepak jugaklah yang nak satukan kita semua... Dah lama aku tak tengok tiap-tiap orang (yang minat sukan @ bola la, yang tak amik cara tak ada kaitan) betul-betul ikuti perkembangan kejohanan ni dan bagi sokongan tak berbelah bagi...

Aku pergi Stadium Bukit Jalil masa First leg baru-baru ni... Tak pernah lagi stadium kita selama aku hidup 30 tahun ni dari awal sampai habis game, asyik menyanyi dan beri sokongan... Aku tak pernah nyanyi Negara Ku dengan 100 000 orang yang lain dengan kuat dan semangat... Dari awal game, duk nyanyi lagu Inilah Barisan Kita dan ole-ole...

Betul orang kata, sukan menyatukan bangsa dan negara... Terutamanya negara kita... Terlalu banyak aku nak citekan kat sini... Tapi nanti la aku cite sikit-sikit bersama gambar-gambar yang aku amik...


Rabu, 22 Disember 2010

Bukit Jalil... Aku datang...


Ahad, malam isnin...Aku nak pegi Stadium Bukit Jalil... First time aku pegi Bukit Jalil ni, kalau jadi la... Dulu-dulu asyik terlepas jer... Ni dah dapat lampu ijau dari pihak berkuasa iaitu orang rumah aku, kekekek...

So, harap-harap Malaysia menang la game ni, bukan senang nak sampai final walaupun ni hanya peringkat Asian... Kot-kot tuah aku datang, Malaysia menang, kekekekekeke...

Aku suka masa lawan Vietnam kat stadium diaorang... Kena serang kaw-kaw tapi tak bolos... Tapi aku kecewa sebab bila vietnam main 10 orang, tak nak antar orang ke atas, at least dapat 1 gol pun ok, leh perbaiki rekod dengan Vietnam ni...

Apepun, tahniah untuk Malaysiaku ni yang berjaya jugak ke final... Lawan Indon!!! Leh la kira-kira nak balas dendam...

Khamis, 9 Disember 2010

AFF Suzuki Cup : Semi menanti...


Syukur...
Malaysia melayakkan diri ke Semi-Final bagi edisi yang ntah ke-sekian kalinya... Lepas tewas teruk pada Indonesia, Malaysia seri dengan Thailand... Dan kelmarin, menang besar dengan Laos 5-1...

Thailand, gergasi bolasepak Asean selama ni, tumbang pada Indonesia pada game terakhir peringkat kumpulan... Dan terpaksa pulang awal...

Tapi, kalau tengok pada game Malaysia-Laos, sekarang kat Asean, dah tak ada team belasahan kot, Laos menguasai perlawanan, result tak mencerminkan permainan... Philipines plak main cantik sekarang, tak macam dulu, asyik kena belasah ajer.. Sekarang, Vietnam pun dia boleh makan, apatah lagi Malaysia... 

So, pasukan yang dulunya bawah kita, Myanmar, Vietnam, Laos, Phillipine... Semuanya dah meningkat... So harap-harap Malaysia cepat ambil langkah untuk tak jatuh sampai setaraf dengan Cambodia @ Brunei...

Apepun, next game bertemu dengan ----->> Vietnam... Jelas sekali siapa peberet dalam game nih... hehehehe... Cuma harap Malaysia buat kejutan jer... Harap-harap, harapan, harapnye, pendek kata semua harap yang ada la...

Jumaat, 3 Disember 2010

AFF : Indonesia 5 vs Malaysia 1...


Salam...

Piala AFF baru-baru ni, Malaysia kena ganyang dengan Indonesia 1-5... Huhuhuhu, kesian sungguh... Tapi pada aku Indonesia tak sedap pun main, cuma defender Malaysia tak menjadi malam tu... malaysia leading dulu, game pun seimbang sebenarnya... Striker malaysia pun sedap dah, Norshahrul Idlan Talahaa dan Safee Sali...

Cuma bahagian tengah plak tak dapat hantar bola ke striker... mati la striker nak cari bola... Harap Malaysia ni dapat la sorang bakat playmaker, rasanya dah lama takde yang betul-betul berpengaruh kat midfield...

Lepas ni jumpa Thailand... emmm, game pertama Thailand seri jer, so mesti diaorang nak sangat menang, so malaysia kena la jaga-jaga, kalau defend teruk macam lawan Indonesia tu, emmm tak tau la berapa kena plak nanti...

Selasa, 16 November 2010

Sukan Asia 2010 : Malaysia 1 - iran 3...


Akhirnya, Malaysia terpaksa pulang awal kalah ditangan Iran dengan 1-3 malam tadi... Malaysia bukan tandingan Iran, jauh sekali... walaupun nampak la sinar sikit-sikit dikalangan player muda Malaysia ni, tapi Iran dengan taktikal bagus, body??? emmm, semalam memang asyik kena body-contact jer la dengan Iran...

Tapi harap player Malaysia boleh main semangat macam yang diaorang tunjukkan kat China ni... kalah pun tak kalah memalukan... Kalah melawan, sakit jugak Iran nak cari gol malam tadi... Minit 60 baru dapat gol (dalam masa 10 minit 3 gol kalau tak salah)... Kira ok la tu dapat bertahan macamtu... 

So lepas ni Piala AFF akan menyusul... Malaysia dalam group maut... Huhuhuhu... harap leh pegi ke final...



Isnin, 15 November 2010

Sukan Asia Guangzhou, CHINA : Ref tolong China...


Salam,

Baru-baru ni Malaysia kalah pada China 0-3 pada perlawanan ketiga kumpulan pada Sukan Asia 2010 ni... Apa yang jadi highlight dan buah mulut orang, pasal referee yang ntah ape-ape ntah!!!!

Malaysia dan China bersaing dalam grouping yang ada Jepun dan kyrgistan... Malaysia dan China nak menang untuk confirmkan layak ke pusingan kedua sebagai naib juara kumpulan di belakang Jepun... Tapi game ni jadi malapetaka buat peminat Malaysia... Huhuhuhuh...

Referee dari australia, apekebenda la nama dia... Ntah kenapa dari minit pertama memang memihak kepada China... bayangkan, Defender malaysia, Mahali tu tackle, terus kena kad kuning, sepatutnya tak la seberat tu hukumannya, sebab game baru aje start... dan kesalahan dia tak la serius pada pandangan aku... Sejak detik tu, memang Malaysia kena aje dengan Referee ni... Tak lama lepas tu, Mahali kena kad kuning kedua sebab tendang bola keluar, maybe boleh diterima kad kali ni, so dari situ, Mahali ni dah 2 kali kena kad kuning, so kena keluar padang, kemudian, tak semena-mena kapten malaysia Safiq plak kena kad merah pasal membantah kot, tapi nampak sangat time tu kapten terkejut besar...

Separuh masa kedua plak Kunanlan plak kena kad merah... yang ni lagi la tak logik, duk bergasak-gasak dalam kotak penalti, player China jatuh then bola dirampas, Refereee tiup wisel cakap penalti, ntah ape-ape ntah... 

Apepun, semangat pemain muda Malaysia ni, aku puji, first half takde pun kena gol, second half jer yang kena 3 bijik, tapi boleh diterima sebab diaorang memang tak leh terlawan dah masa tu... Just bertahan...

Apepun, petang ni lawan Iran, dengan skuad tempang yang sebelum pegi pun dah tempang, ni plak, injured dan kena gantung, lawan plak antara team terkuat Asia...Fuhhh, tak tau la macamana, rasanya dalam hati aku, memang kalah, tapi harap kalah melawan...

Khamis, 7 Januari 2010

Asia Cup : UAE 1 vs MAL 0...


Salam,

Malaysia kalah dalam perlawanan kelayakan Piala Asia dengan UAE... Nampak macam biasa, tapi kali ni kalah di minit terakhir, 90++... Wow!!!

Nampaknya player-player muda Malaysia dah makin yakin dengan persembahan diaorg... Lebih-lebih lagi lepas menang Emas Sukan Sea hari tuh... Good for them! Good for FAM! Good for the supporter...

Memang masih awal untuk kita terlalu yakin, apepun aku suka pendekatan K. Rajagopal, yang mana dia amik skuad yang belasan tahun yang dia bawak dulu ke skuad sekarang... Rajagopal pun mintak peminat @ pengurusan bagi masa 3 tahun untuk team sekarang ni matang... OK la tuh...

Untuk result semalam, biar la kalah, tapi bermaruah... Tak nak lagi tengok Malaysia jadi tempat team lain cari mata...

Good Job player's...

Isnin, 21 Disember 2009

20 Tahun...

Akhirnya... 20 tahun kemarau Emas, dapat jugak kita merasa kegembiraan... Lama giler!!! dari aku umur 7-8 tahun masa last Malaysia menang Emas di Kuala Lumpur, sampai lah umur aku 28 tahun... Emmmm, sape yang tak happy...

Maybe tak adil pada sukan lain, walaupun menang lebih banyak pingat @ lebih gemilang, tapi Bola Sepak jugak yang jadi tumpuan seluruh Malaysia... Memang tak adil pada sukan lain, tapi kena akui Bola Sepak Malaysia still no. 1 dalam hati peminat sukan. Walaupun saban tahun mengutuk, mengherdik & cuba cari alternatif lain dengan menyokong pasukan antarabangsa lain @ sokong liga lain, still orang kita ambil kisah, still peduli... Bila dah berjaya macam ni, rasa puas, terharu, semua rasa ada malam keramat tuh... Semua orang bercakap pasal kejayaan ni, radio tak abis2 ulas tentang kejayaan ni, TV pun sama... Dalam paper pun tak abis lg bercakap pasal ni...

Bagi orang yang umur macam aku, banyak maknanya.... dari dulu tunggu saat2 ni!!!

Apepun, memang banyak lagi kelemahan, tapi at least permainan lebih baik daripada tahun2 'gelap' Malaysia dalam bola sepak... Harap lepas ni taraf permainan akan lebih tinggi & player dalam skuad Emas ni dah pun letakkan batu aras untuk skuad2 akan datang... Bila dah ada pencetus, selalunya persembahan akan datang akan lebih baik & x boleh lebih rendah dari sekarang... Maybe boleh ke tahap seterusnya, layak ke Piala Asia...

Masih awal utk bermimpi mcm tu, tapi tak salah sebab skuad ni dah pun setkan tahap baru dalam bola sepak kita... kita boleh bermimpi!!!

Tahniah pada Coach Rajagopal... Skuad sekarang memang cantik... Tapi masih ramai lagi player yang boleh ditambah ke skuad ini, mcm Alex (Pahang) dan lain-lain lagi... Kalau Rajagopal stick pada prinsip 'bukan atas nama besar sahaja', x mustahil Malaysia akan berpesta lagi, lebih besar & meriah...

Harap macam tuh....

Selasa, 10 Februari 2009

Ape Cite dengan Bola Kita???


Emmmm, lama jugak la tak create topik baru dlm Label ' Malaysia national team' nih... Macam-macam dah perkara berlaku dalam 2 3 bulan nih, B. Sathianatan dah kena pecat, kecoh jugakla pasal hal ni dalam tv & paper tempatan (paper luar memang tak ambik tau pun)...

Malaysia sebelum tuh, kalah dalam Piala Suzuki (ape nama ntah, btul la tu kot) & kalah pada Qatar 5-0 dalam kelayakan Piala Asia... huhuhuhu...

Sedihnya la keadaan diaorg nih... Kementerian Belia & Sukan (KBS) pun dah masuk campur dalam hal ni & ambik alih pasukan harimau Muda dari FAM... & KBS pun tambah lagi peruntukkan pembangunan pada FAM lebih drpd sukan-sukan lain... Aku rasa cara ni pun still takkan berjaya, bolasepak Malaysia ni still dipegang oleh orang-orang yang tak tau pasal bola... Tak tau la kenapa diaorang offerkan diri diaorg untuk jawatan-jawatan nih, tapi pada aku, diaorang ni ada 'agenda' sendiri-sendiri aje, bukan untuk kepentingan skuad kebangsaan...

Aku sokong kelab Bayern Munich(BM), tengok la pengurusan dia dari atas sampai ke bawah... Semuanya experience dalam bolasepak, xkira la samada penah jadi player ke, coach ke, pengurus ke... Semuanya ada background bola...

Ramai jugak cakap, bekas-bekas player ni mana tau management @ cara nak cari duit @ penaja!!! emmm, BM pun diaorang ada bahagian-bahagian diaorang, untuk promotion @ mencari penaja, diaorang dah khaskan orang yang ada background business... Malaysia pun boleh buat macam tu... Cuma takde keberanian aje...

Kita tak try lagi orang-orang yang ada pengalaman dalam bidang bolasepak, tapi awal-awal kita dah letak mindset, "diaorang nih bukan pandai cari penaja @ mana nak cari duit???" & mcm-mcm lagi la...

Kita letak orang politik, jadi banyak politik la jadinyerrrr... Jap cakap camni, jap cakap camtu!!! Makin lama makin buruk jer...

& dah berapa juta kali dah dengar pasal reformasi bolasepak... Ingat lagi dari zaman Arsenal (zaman ray parlour, tony adam dll) datang ke Malaysia untuk lawan dengan team kebangsaan, cakap pasal reformasi... Last-last sampai la sekarang, tiap-tiap tahun buat reformasi & setiap orang politik hok dapat pangkat dalam FAM cakap 'tak jatuh' dalam membangunkan bola kita nih... Cakap memang tak leh pakai!!!

Memang la orang luar tau kritik aje, tapi itu dah memang semua orang mahukan... Kalau rasa tak boleh, tak payah la pegang jawatan... Kasi la orang lain try, mana la tau kot-kot ok la sikit idea dia...

Emmm... panjang plak komen, hehehe... Lain kali plak sambung...

Jumaat, 23 Januari 2009

Kelayakan Piala Asia 2011 : Malaysia 0 vs UAE 5...


Malaysia 0 - 5 UAE
29' M. Omar
45' M. Omar
63' I. Matar
76' I. Matar
86' F. Khalil

21 jan 09, Malaysia mulakan kempen dengan 5 biji telur( macam dalam metro tunjuk)... Teruk betul laaa, sampaikan penonton baling botol & ada yang terkena coach UAE... Dalam hal ni, aku tak salahkan penonton, mereka jugak manusia yang sentiasa berharap, tapi asyik kena balas dengan persembahan longlai gitu gaya... MALAS nak cite pasal apa yang berlaku dalam game tuh...

Coach, Sathia plak buat alasan, player tak fit (dalam ramai-ramai, 3 orang je fit untuk game, cayala sama lu player Malaysia)... Sathia pun aku rasa dia dah kering idea dah untuk ubah game, sama macam coach-coach terdahulu baik orang tempatan @ luar negara...

Yang salah, FAM laaaa... Target nak masuk World Cup asyik brubah tiap-tiap tahun, dulu cakap 2014, ni plak dah pinda ke 2018, huhuhuh... kalu gitu lama-lama target jadi tahun 2214, kekekeke...

Senarai Player hok main :
Syamsuri Mustafa (Syed Adney Syed Hussein)
Fauzie Nan
Norhafiz Zamani Misbah
V Thirumurugan
Aidil Zafuan Adha
Hardi Jaafar
Indra Putra Mahayuddin
Khyril Muhymeen Zambri
Amirulhadi Zainal (Hairuddin Omar)
Zaquan Adha (Mohamad Ashari Samsuddin)
Safee Sali.

Isnin, 21 Januari 2008

Januari 2008...

Ni ranking Dunia untuk May 2007, Argentina ambil alih kedudukan Numero Uno :-


1. Argentina
2. Brazil
3. Italy
4. Spain
5. Germany
6. Czech Republic
7. France
8. Portugal
9. Netherlands

10. Crotioa
:
:
155. Myanmar
156. Antigua and Barbuda
157. Niger
158. Nicaragua
159. Sierra Leone
160. Tahiti
161. Seychelles
162. Palestine
163. Pakistan
164. Malaysia
165. Mauritius
166. Dominican Republic
167.Sri Lanka
168.Bangladesh
169.Chinese Taipei
170.Tonga

* Malaysia??? emm...

Jumaat, 25 Mei 2007

May 2007...

Ranking Dunia bagi May 2007, Italy masih Numero Uno selepas menang World Cup German 2006 :-

1 Italy
2 Brazil
3 Argentina
4 France
5 Germany
6 The Netherlands
7 Portugal
8 England
9
Spain

10 Czech Republic
11 Ukraine
12 Croatia

13 Cameroon
14 Scotland

15 Romania
16 Greece
17 Russia
18 Poland
19 Turkey
20 Mexico
:
:
150 Bahamas
151 Swaziland
152 Solomon Islands
153 Kyrgyzstan
154 Nicaragua
155 Sierra Leone
156 Myanmar
156 Malaysia - ni lah kedudukan negaraku tercinta... Sama level dengan Negara yang tak pernah korang dengar...

156 Grenada
159 Maldives
160 Vanuatu
161 Sri Lanka
161 Andorra
163 Turkmenistan
163 St Lucia
165 Laos

FIFA/Coca-Cola World Ranking...


Ini cara rangking Dunia dikira :

1. Ranking takkan lagi ambil kira 8 tahun terakhir, tapi hanya 4 tahun terakhir prestasi sitap pasukan.

2. Analisa & Pengujian : Keputusan, Kepentingan Perlawanan, Kekuatan Lawan, Kekuatan mengikut Benua & Jumlah Perlawanan.

3. Jumlah jaringan & Kelebihan Tuan rumah TIDAK LAGI diambilkira di dalam rangking.

Cara pengiraan ini digunakan selepas World Cup 2006, dengan nama FIFA/Coca-Cola World Ranking appears pada 12 July 2006.

Khamis, 17 Mei 2007

Football Association of Malaysia...


Malaysia Soccer Team never really get back to time of their prime period ('60s,'70s,'80s)... Right now, Malaysia rank 156 of the world ranking... what a shame...

here is a little bit of history of Football Association of Malaysia ;

Early 1920's
in 1926, the first foundation stone for the Football Association of Malaya (FAM) was laid before it was officially founded as a national body in 1933.


First Malaysia Prime Minister - FAM President
In 1951, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj - the first Prime Minister of Malaysia - became the President.


The New Era of Modernization and Professionalism
His Royal Highness the Sultan of Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah was integral in the growth of football in the new era with the introduction of the semi-pro league in 1989 before the game went fully professional several years later.
Among the high points in Malaysian football under His Royal Highness was the successful hosting of the World Youth Cup in 1997 as well as the organization of the Premier League, which is to be called the Super League in 2004.