Dog Day Afternoon... Lakonan Al Pacino & cazale... Cerita simple pasal rompakan bank (cite benar) yang tak menjadi tetapi jadi meletup dek kerana salah faham polis, cite media dan lain-lain...
Rompakan kecil-kecilan oleh orang biasa yang nakkan duit... Kadang-kadang diselitkan dengan unsur kelakar... Tapi pengakhiran yang tak sangka & geram...
Rompakan ni dirancang Al-Pacino, tapi dek kerana salah faham orang bak yang jadi tawanan, polis dan lain-lain, Cazale plak yang dianggap ketua rompakan yang nampak sadis... Walhal, Cazale seorang yang betul-betul lurus bendul dan tak ada unsur-unsur kepimpinan macam Al-Pacino... Kira secara automatiknya, Cazale ni jadi main target...
Walaupun simple, tapi kisah rompakan ini jadi famous disebabkan small time thieve macam 2 orang watak utama ni yang terdesak dapatkan duit... Hanya untuk alasan yang mungkin pada sesetengah orang, bodoh... Hehehehe... Tapi tu la realiti kehidupan... Masing-masing ada alasan, dan alasan itu tak perlu kuat pada pandangan mata orang lain (sebab orang lain tidak akan faham, tau mengata aje)... Banyak kes seperti ni berlaku kat mana-mana, terutamanya zaman sekarang, curi susu untuk bagi anak, curi baju kerana tak mampu nak bagi pada anak, dan macam-macam lagi lah...
Cite ni berakhir di airport ketika 2 orang perompak ni nak tunggu masuk kapalterbang, Cazale ditembak dalam usaha polis untuk lepaskan tebusan... Al pacino terus menyerah diri...
Simple, tapi bermakna... Cite ni keluar pada akhir 70an... Sape-sape ada masa, leh la download kat mana-mana, enjoy!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen la kalau nak...