Aku dah 4 5 kali tengok cite arahan Peter Weir (kalau xingat, dia ni pengarah Master & Commander @ Fearless) nih... Tak boring-boring macam jugak cite peberet lain macam The Godfather, Shawshank Redemption dan lain-lain (walaupun filem ni kira baru lagi dalam 2 3 tahun ni)... Sekali lagi, cerita epic perang... Tapi jalan cite lebih straight forward, just cerita pasal 7 banduan cuba lari dari penjara perang di tengah Siberia (bawah kekuasan USSR a.k.a Komunis a.k.a Stalin)...
Cuma kelainan filem ni, menunjukkan kesungguhan makhluk bergelar manusia mencapai sesuatu @ pemusatan keinginan tu boleh melangsungkan survival seseorang... THe Way Back ni berdasarkan cerita betul dari banduan yang lari dari Siberia-Tasik Baikal-Monggolia-China-Tibet-Himalaya-India... 4000 KM perjalanan...
Pelakon dia Ed Harris, Storgess & Collin Farrell... Hebat-hebat... Permulaan cerita macamana wife kepada hero cite ni, Janusz terpaksa mengaku huby dia spy di Poland... So kena angkaut ke kem perang di Siberia... Stay 20 tahun... Tapi dari awal memang niat dia nak lari...
THen, berkenalan dengan tawanan Amerika Mr. Smith (Ed Harris), Valka (pembunuh upahan, penjenayah), bekas paderi & kazik, pelukis dan pelawak... Semua ada kisah masing-masing yang tersembunyi...
Hari pertama lari, dalam ribut salji... Kazik, kawan kepada paderi tu mati kesejukan sebab sesat masa kumpul kayu api + buta malam akibat gas beracun dalam perang... So tinggal 6 orang...
Dalam usaha mencari tasik Baikal (untuk panduan ke arah Selatan mereka), diorang terkandas lama sebab sesat... Janusz lah tukang arah, tau pasal cuaca, arah dan lain-lain pasal tanah...
Kalau ikut dari awal, memang watak Janusz memang berpegang kepada impiannya, untuk berjumpa isteri dia tak kisah macamana cara pun... Keinginan dia menyebabkan tawanan lain mengikut rentak dia... Sentiasa bersemangat walaupun tanpa makan minum...
Dorang ni terpaksa berebut bangkai dengan serigala untuk makan daging... Macam-macam dilalui sampai lah terjumpa tasik Baikal... Otw ke Selatan, ada sorang minah Poland yang nak ikut & lari daripada Stalin... So, jadi 7 orang...
Mr Smith mula-mula tak setuju, tapi lastly, kedatangan perempuan bernama Irene ni, menghidupkan group ni, masa ni la semua baru tau cerita pasal masing-masing...
Jalan cerita dia memang menarik hati... Dapat rasa kegembiraan dorang bila jumpa air ke makanan ke... Bila sampai ke sempadan USSR, Valka decide tak nak keluar dari negara kelahiran dia, so terpaksa berpisah dengan group tu...
Bila sampai ke Monggolia, rupa-rupanya dah jadi Komunis jugak, terpaksa dorang teruskan perjalanan melalui gurun Gobi, kat sini lah Irene & pelukis tu mati kerana Strok matahari... Tinggal 4...
Then melaui Tibet, pergunungan Himalaya sampai lah India... Kira penamat cerita perjalanan dorang... Tapi perjalanan Janusz balik kepada pangkuan Isteri dia, tak berlaku terus kerana blok Komunis hanya jatuh pada 1980an... Akhir cerita, wife Janusz yang duduk kesorangan dalam rumah, terpaku tengok Janusz yang dah pun berusia balik ke rumah... 1940an-1980an... Huh...
Bagi aku, filem ni memang membuatkan kita berpikir, kita akan sentiasa hidup untuk mencapai / mendekati orang yang kita sayangi... Keinginan untuk hidup bergantung kuat kepada kekuatan manusia menyimpan angan-angan walaupun dalam keadaan paling teruk sekalipun... Apepun, doa kepada Maha Pencipta yang paling penting... Keinginan tu dah kira usaha kita...
All time list la filem ni... Thumbs Up!!!
best ke cita ni... mcm boring je... kekeke
BalasPadambest giler... xpcaya tgok la... hehehe...
BalasPadam