Tinggalkan sejenak Bersih yang tak berapa bersih samada dari pihak sinin dan jugak sinun... Kita cite pasal cite 'yang pada aku', sambungan kepada Tae Guk Gi (walaupun takde kaitan pun cite, tapi pengarah, pelakon utamanya yang sama & guna suasana perang)...
Won Bin tuuu... Sebagai adik kepad Hero... 5 Star!!!
Tae Guk Gi memang antara yang terbaik dalam filem-drama perang yang aku penah tengok... Dengar cite My Way lebih hebat lagi...
Tae Guk Gi cerita antara Abang-Adik, My Way, musuh dari 2 negara berlainan, yang bermula dari sukan... Heroin Tae Guk Gi comel, tapi dah mati bunuh diri tak lama lepas filem ni meletup... Heroin My Way plak, Bingbing... Comel jugak, kekekekeke...
My Way ni, nak komen banyak pun tak tengok lagi... Hehehehe, banyak cite Tae Guk Gi plak dah... So harap dapat tengok secepat yang mungkin...
My Way ni, nak komen banyak pun tak tengok lagi... Hehehehe, banyak cite Tae Guk Gi plak dah... So harap dapat tengok secepat yang mungkin...
Sinopsis :
Sebuah
filem berdasarkan kisah benar peristiwa perang dunia kedua ini bermula
dengan pertemuan dua pemuda dari dua Negara. Jun-Shik (Jang Dong-Gun),
pemuda Korea yang bercita-cita ingin menjadi seorang jaguh marathon
seperti idolanya dan Hasegawa Tatsuo (Joe Odagiri), pemuda Jepun yang
mempunyai kehebatan larian seperti Jun-Shik. Mereka bertemu sebagai
musuh pada zaman kanak-kanak lagi apabila masing-masing mahu menunjukkan
kehebatan larian mereka.
Namun segalanya berubah apabila Jun-Shik dan rakan baiknya Kim In-Kwon (Lee Jong-Dae) dikerah menjadi tentera Jepun akibat rusuhan yang mereka lakukan ketika kemenangan yang sepatutnya milik Jun-Shik, diberikan kepada Tatsuo dalam pemilihan marathon Olimpik Tokyo. Lebih menyakitkan apabila Tatsuo pula mengetuai tentera Jepun sebagai Kolonel.

Penglibatan mereka berdua dalam
peperangan dunia kedua telah merapatkan jurang permusuhan, lebih-lebih
lagi apabila tentera Jepun kalah kepada tentera Soviet dan memaksa
Tatsuo melucutkan jawatannya dan menjadi tawanan perang tentera soviet
bersama Jun-Shik. Mereka dikerah bersama tawanan perang yang lain untuk
berperang dengan tentera Jerman sehingga menyebabkan perpisahan terjadi
antara keduanya dalam peperangan paling teruk dalam era perang dunia
kedua.
Tatsuo yang mula menyedari sikapnya yang
mementingkan diri akhirnya berjaya bertemu kembali dengan Jun-Shik
apabila mereka sama-sama berada di kem tentera Jerman di Normandy,
Perancis. Kali ini mereka sepakat untuk melarikan diri dari kem tentera
tersebut dan kembali ke Korea untuk meneruskan cita-cita mereka menjadi
jaguh marathon. Berjayakah misi mereka? Saksikan perjalanan perit yang
diharungi oleh dua pemuda ini yang dahulunya musuh kini bergantung
harapan sesama sendiri demi mencapai impian mereka yang satu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen la kalau nak...