Isnin, 15 November 2010

Inception : Kaliber DiCaprio...



Assalamualaikum...


Fuhh, lama tak update blog, aku macam biasa dengan alasan kat umah memang dah tak tahap cipan ke'slow'an nyerrr... 


Setelah berzaman tak pegi tengok wayang, akhirnya dapat jugak pergi, sorang-sorang jer pegi tengok... Orang umah balik kampung dengan anak... Aku tengok cite Inception... lakonan pelakon peberet aku, Leonardo Di Caprio... kena plak berganding dengan tukang buat cite tu, Christoper Nolan... Memang mengancam la, Nolan ni aku minat filem dia macam The Prestige dan Memento, memang sape biasa tengok filem dia, so tak pelik la dengan cite belit-belit dia... Hehehehehe...


Inception ni cite ringkasnya tentang hacker's otak orang, diaorang boleh masuk dalam 'mimpi' masa tido... untuk sape-sape yang kurang paham walaupun dah tengok cite ni, tengok la gambarajah kat bawah nih... Hehehehe, aku pun pening-pening jugak masa mula-mula tengok...


Anyway, memang satu kepuasan la dapat tengok cite macam ni... lagipun, macam aku ni, nak boleh pegi tengok wayang tu memang berkira laa, betul-betul cite yang aku suka jer aku akan pergi tengok...


Dan sekali lagi, DiCaprio memang peberet aku, dulu aku memang tak tengok Titanic sebab anti cite tu, tapi lepas tengok The beach, aku memang respect pada bro Caprio ni... Sejak tu, watak-watak yang dia bawak memang berkesan... dan  lagi, dia mesti pilih watak-watak yang slang bahasa lain-lain, Catch Me if You run (French), Blood Diamond (African English), Body Of Lies (Arab) dan lain-lain... Cara dia berbahasa tu memang aku minat sangat... Memang termasuk dalam 'A' list aku untuk aktor sepanjang zaman...


Sumber : dehahs.deviantart.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la kalau nak...