Khamis, 19 Mei 2011

Piala FA : sampai di sini...


Pahang tak dapat teruskan perjalanan ke final... Kalah pada Terengganu, aggregate 2-5... ;

Stadium Darul makmur
Pahang.. 2
Terengganu.. 3

Stadium Nasiruddin Shah
Terengganu.. 2
Pahang.. 0

So goodby untuk Piala FA... Sekarang teruskan untuk survival liga Super 2011 plak... Harap player baru, Reubin Gill Sigh (eja xbetul kot) dapat main...





Selasa, 10 Mei 2011

Ape nak cite????


Sekarang rasa dah slow nak tulis blog nih, hehehehe... Memang aku ni ikut mood la orangya... time rajin, sejam 3 4 post topik... time tak rajin, 4 bulan 1 topik pun tak tentu... Kekekekekekeke... kunun nak blog la sangat... Tapi tak leh nak konsisten...

Tapi dalam hati, banyak jer nak menaip, banyak je idea, tapi nak mengadaptu jadi masalah, masalah malas-malasan... Susah betul nak hilang...

Seminggu dua ni, kitadi Malaysia yang aman damai ni, dihidangkan dengan 'desert' yang lazat, macam minyak ron97 naik lagii, gula plak minggu ni naik 20 posen, kekekeke... Aman sungguh dan cukup memberi ketenangan jiwa...

Kenaikan @ pelarasan gaji gomen pun tak dapat, di kala (ada la orang kata) Malaysia tengah memuncak ekonominya, tiba-tiba dapat alasan, takde duit... Hehehehehe, sungguh menggembirakan hati yang gundah...

Tun Mahathir plak berkata, tak patut ada Pilihanraya Umum tahun nih, hehehehe... Amatlah berlainan dengan pemimpin sekarang... Dalam bab Osama meninggal pun, tak sama pendapat... Sesenang hati Tun Mahathir anggap tu cara Amerika membalas dendam ;

"Dia (Osama) memanglah orang yang salah tetapi menghantar satu pasukan untuk membunuh orang itu bukan cara untuk kuatkuasakan undang-undang. Kalau boleh tangkap, tangkaplah,"

"Tidak semacam manusia bertamadun. Orang yang tidak bertamadun,"

Hahahahaha, berlainan sungguh dengan kenyataan dengan pemimpin sekarang yang meng 'iya' kan pembunuhan Osama... lebih kurang gini ;

"dunia akan lebih selamat dan aman berikutan kematian pemimpin pengganas Al-Qaeda, Osama bin Laden"

Aduhai... Aku tak tahu nak lepas geram kat mana masa kenyataan ni dikeluarkan, huhhhhhhhhhh... Tun Mahathir memang lagenda... Betul aku tulis dalam topik sebelum ni tentang kematian Osama , tak lama lepas tu, Mahathir keluarkan kenyataan ni... Tak semua benda dia buat dengan betul (ahli politik, emmmmmm...), ramai membenci dia... Tapi suara dia, takde sape pun leh tanding kat Malaysia nih... Pendirian dia dalam soal ni, memang teguh... Takde nak selindung, takde nak jaga hati US ke barat ke, dari sejak memimpin sampai la dah pencen... Patut la bila jumpa orang Arab dulu, "How is Mahathir? still PM?", hahaha, dah 2 orang dah PM tukar, still cakap pasal Mahathir, "Arabs love Doc Mahathir..." bayangkan kembang idungku masa dengar macamtu + tersipu-sipu bila cakap nama PM sekarang dia xtau, "who??? never heard of him"... kekekekekekekeke... 

Indah panorama...


Selasa, 3 Mei 2011

Osama...


Osama Bin Laden... Dapat berita semalam, dah meninggal dunia bersama seorang anaknya serta yag lain... Tak kira la apa 'dosa' dia yang barat dok war-warkan, semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman...

Harapan aku, agar orang kita tak cedok 100% cerita pasal pengganas-pengganas yang diwartakan barat terutamanya US... Memang ada jugak salahnya pada 'pengganas' ni, tapi perkara yang paling penting (yang selalu Tun Mahathir cakap dulu), kenapa wujudnya keganasan? kerana ape??? Penindasan, mengaut hasil dari negara lain dan macam-macam lagi bentuk monopoli oleh barat... Tak perlu nak cari individu-individu untuk dibunuh, sebab ini bukan macam kongsi gelap... Kalau didengari, tak mungkin berlaku bunuh-membunuh ni...

Libya dihentam teruk dengan NATO, dengar cite, anak Gadafi pun meninggal... Emmm, betapa tak adilnya si barat keparat nih... Mesir masa Hosni Mubarak, bunuh orang awam, takde satu pun suara dari US, malah mengutuk para orang awam yang turut serta demonstrasi... Tiba giliran Gadafi, tak semena-mena, NATO terus masuk campur... Dengan alasan nak selamatkan orang awam dari terus jadi mangsa Gadafi... Aduhaiii, berita-berita kita sesedap je copy berita barat... Macam negara kita ni, bukan negara yang ada kaitan dengan negara-negara Arab, macam bukan seagama jer setiap komen-komen orang kita... Sedih tengok...

Prestasi Pahang... Mei 2011..

Online Graphing