Sebelum ni, duk cite pasal band luar... so ni jom cakap pasal butter!!!...
Salah satu band tempatan yang paling kuat pengaruhnya masa aku masih kat sekolah... sape-sape pun yang umur lebih kurang aku, semuanya akan mengakui...
bagi aku, band ni memang aku ikut dari awal lagi... nak-nak plak, butterfingers ni ada influence dari nirvana... Muzik diaorang bawak pun sama... Lirik yang best (walaupun bagi sesetengah orang, tak beh lalu)... Sampai sekarang tak pernah pun boring dengar lagu diaorang... bila pegi keje ke balik keje ker, lagu-lagu diaorang la yang aku mainkan selalu...
Lagu Malayneum, Garden City of light's & nicc 'o tynne memang dah sebati sangat dengan aku....
Kat bawah ni sikit sinopsis tentang penubuhan butterfingers yang aku copy dari web royalbutterfingers.net... Mari kita mengimbas kenangan...
Loque, Kadak dan tiga rakan mereka iaitu Cop, Ayul dan Bobo berusia 14 tahun dan bersekolah di Kolej Melayu Kuala Kangsar pada 1991. Fitrahnya seperti remaja lain, muzik memang banyak memberi pengaruh utama sebagai medium untuk merehatkan fikiran atau lebih tepat untuk melepaskan geram.
Lima remaja itu nyata mempunyai minat mendalam bukan daripada sekadar mendengar muzik tetapi mereka mahu menghasilkan muzik mereka sendiri.
Loque's Tail- Itulah nama awal kumpulan mereka dan setiap sabtu serta ahad, kelima-lima remaja itu akan keluar dari asrama dan ke pekan Kuala Kangsar untuk "Jamming". Zai Am Studio di Kuala Kangsar menjadi saksi kepada aksi Loque' Tail dengan lagu heavy metal mereka. Ketika itu lagu Metallica seperti Ride The Lighting, Master Of Puppets dan Fade To Black menjadi pilihan mereka.
Pada tahun 1992 pula menyaksikan minat mereka semakin mendalam dan mereka mengakui album kedua kumpulan grunge popular dunia Nirvana yang berjudul Nevermind melahirkan inspirasi yang begitu utuh.Setahun selepas itu Loque'Tail sah bergelar sebuah kumpulan Punk. Kalai menyertai kumpulan itu setelah Cop dan Bobo berundur. Mereka hanya tinggal berempat dan tidak lama kemudian Ayul pula mengundur diri.
Mereka hanya tinggal bertiga dan Loque menjadi vokalis serta gitar utama, kadak selaku pemain bass dan kalai bermain dram. Walaupun bertiga, mereka gah dengan muzik grunge mereka dan aksi mereka bertambah hebat di studio jamming dengan lagu sex pistol dan nirvana.
Pada pertengahan 1993, Loque pulang ke Kuala Lumpur untik bercuti lalu menjengah sebuah studio jamming di Petaling Jaya dan Loque telah terpikat melihat aksi Emmett sedang asyik bermain gitar di studio Black Widow. Emmett ketika itu adalah pemain gitar utama kumpulan Grunge Dayz memikat Loque ketika sedang beraksi dengan lagu popular kumpulah RHCP iaitu Under The Bridge.
Mereka seolah-olah telah ditakdirkan kerana selepas beberapa lama Emmett meninggalkan Grunge Dayz dan bersetuju untuk beraksi bersama Loque dan sekaligus bercadang untuk menghasilkan Demo Tape.Loque ketika itu sudah mempunyai dua buah lagu iaitu Girl Friday dan Nicotine. Loque dan Emmett kemudian buat pertama kali jamming di studio Black Widow dengan dua buah lagu tersebut.
Sebelum menduduki peperiksaan SPM pada 1994. Loque membawa Kalai menemui Emmett dan sekali lagi mereka jammming di studio berkenaan. Dalam pada itu, mereka tidak pernah melupakan soal pelajaran.
Apabila selesai Spm, mereka menjadi lebih serius, namun tidak pada Kadak yang mahu meneruskan pelajarannya. Mereka bagaimana pun tidak putus asa lalu sering jamming bertiga. Loque , Emmett dan Kalai bercadang mencari pemain bass baru.
Mereka ketika itu memang sudah dikenali sebagai Butterfingers, nama yang di berikan oleh Loque. Mereka jelas mudah menjinakkan muzik dalam diri kerana tidak lama selepas itu, Butterfingers mula dikenali di ibu kota dan sering dijemput dalam beberapa persembahan kecil.
Persembahan pertama mereka ialah di Cobra Clubhouse di Petaling Jaya. Mereka menerima pujian demi pujian sebaik sahaja selesai persembahan itu dan ia menyemarakkan lagi semangat Butterfingers.
Butterfingers lalu merakam demo tape di FM Studio pada 1995. Mereka merakamkan 7 buah lagu yang semuanya di cipta oleh Loque. Demo tape tersebut di jual secara underground dan lama-kelamaan, Butterfingers makin popular.
Aksi mereka di gig Moderate Rock di kelab Picadally pada 1 Mei 1995 meninggalkan kesan begitu mendalam kerana ada yang berpendapat Butterfingers mempunyai masa depan yang cerah dalam arena muzik.
Emmmm... memang betul, akhirnya band ni menjadi band terkenal & legasinya membantu band-band alternative yang lain keluar dari kepompong mereka... Sekarang, macam-macam band yang ada, macam One buck Short...