Selasa, 16 November 2010

Sukan Asia 2010 : Malaysia 1 - iran 3...


Akhirnya, Malaysia terpaksa pulang awal kalah ditangan Iran dengan 1-3 malam tadi... Malaysia bukan tandingan Iran, jauh sekali... walaupun nampak la sinar sikit-sikit dikalangan player muda Malaysia ni, tapi Iran dengan taktikal bagus, body??? emmm, semalam memang asyik kena body-contact jer la dengan Iran...

Tapi harap player Malaysia boleh main semangat macam yang diaorang tunjukkan kat China ni... kalah pun tak kalah memalukan... Kalah melawan, sakit jugak Iran nak cari gol malam tadi... Minit 60 baru dapat gol (dalam masa 10 minit 3 gol kalau tak salah)... Kira ok la tu dapat bertahan macamtu... 

So lepas ni Piala AFF akan menyusul... Malaysia dalam group maut... Huhuhuhu... harap leh pegi ke final...



Isnin, 15 November 2010

Sukan Asia Guangzhou, CHINA : Ref tolong China...


Salam,

Baru-baru ni Malaysia kalah pada China 0-3 pada perlawanan ketiga kumpulan pada Sukan Asia 2010 ni... Apa yang jadi highlight dan buah mulut orang, pasal referee yang ntah ape-ape ntah!!!!

Malaysia dan China bersaing dalam grouping yang ada Jepun dan kyrgistan... Malaysia dan China nak menang untuk confirmkan layak ke pusingan kedua sebagai naib juara kumpulan di belakang Jepun... Tapi game ni jadi malapetaka buat peminat Malaysia... Huhuhuhuh...

Referee dari australia, apekebenda la nama dia... Ntah kenapa dari minit pertama memang memihak kepada China... bayangkan, Defender malaysia, Mahali tu tackle, terus kena kad kuning, sepatutnya tak la seberat tu hukumannya, sebab game baru aje start... dan kesalahan dia tak la serius pada pandangan aku... Sejak detik tu, memang Malaysia kena aje dengan Referee ni... Tak lama lepas tu, Mahali kena kad kuning kedua sebab tendang bola keluar, maybe boleh diterima kad kali ni, so dari situ, Mahali ni dah 2 kali kena kad kuning, so kena keluar padang, kemudian, tak semena-mena kapten malaysia Safiq plak kena kad merah pasal membantah kot, tapi nampak sangat time tu kapten terkejut besar...

Separuh masa kedua plak Kunanlan plak kena kad merah... yang ni lagi la tak logik, duk bergasak-gasak dalam kotak penalti, player China jatuh then bola dirampas, Refereee tiup wisel cakap penalti, ntah ape-ape ntah... 

Apepun, semangat pemain muda Malaysia ni, aku puji, first half takde pun kena gol, second half jer yang kena 3 bijik, tapi boleh diterima sebab diaorang memang tak leh terlawan dah masa tu... Just bertahan...

Apepun, petang ni lawan Iran, dengan skuad tempang yang sebelum pegi pun dah tempang, ni plak, injured dan kena gantung, lawan plak antara team terkuat Asia...Fuhhh, tak tau la macamana, rasanya dalam hati aku, memang kalah, tapi harap kalah melawan...

Inception : Kaliber DiCaprio...



Assalamualaikum...


Fuhh, lama tak update blog, aku macam biasa dengan alasan kat umah memang dah tak tahap cipan ke'slow'an nyerrr... 


Setelah berzaman tak pegi tengok wayang, akhirnya dapat jugak pergi, sorang-sorang jer pegi tengok... Orang umah balik kampung dengan anak... Aku tengok cite Inception... lakonan pelakon peberet aku, Leonardo Di Caprio... kena plak berganding dengan tukang buat cite tu, Christoper Nolan... Memang mengancam la, Nolan ni aku minat filem dia macam The Prestige dan Memento, memang sape biasa tengok filem dia, so tak pelik la dengan cite belit-belit dia... Hehehehehe...


Inception ni cite ringkasnya tentang hacker's otak orang, diaorang boleh masuk dalam 'mimpi' masa tido... untuk sape-sape yang kurang paham walaupun dah tengok cite ni, tengok la gambarajah kat bawah nih... Hehehehe, aku pun pening-pening jugak masa mula-mula tengok...


Anyway, memang satu kepuasan la dapat tengok cite macam ni... lagipun, macam aku ni, nak boleh pegi tengok wayang tu memang berkira laa, betul-betul cite yang aku suka jer aku akan pergi tengok...


Dan sekali lagi, DiCaprio memang peberet aku, dulu aku memang tak tengok Titanic sebab anti cite tu, tapi lepas tengok The beach, aku memang respect pada bro Caprio ni... Sejak tu, watak-watak yang dia bawak memang berkesan... dan  lagi, dia mesti pilih watak-watak yang slang bahasa lain-lain, Catch Me if You run (French), Blood Diamond (African English), Body Of Lies (Arab) dan lain-lain... Cara dia berbahasa tu memang aku minat sangat... Memang termasuk dalam 'A' list aku untuk aktor sepanjang zaman...


Sumber : dehahs.deviantart.com

Selasa, 2 November 2010

Tahniah Kelantan...


Salam...

Dah berakhir musim bola sepak tempatan kita baru-baru nih... So Final Piala malaysia menemukan 2 pasukan terkuat bagi 2 tahun berturut-turut... Kelantan akhirnya menamatkan penantian hampir 90 tahun untuk jadi juara Piala malaysia... Menang 2-1 ke atas Negeri Sembilan... Tahniah aku ucapkan... walaupun aku tak berapa suka dengan kelakuan penyokong-penyokong korang, tapi aku salute semangat korang... Takde lagi negeri yang mana penyokongnya sentiasa penuh walau lawan kat mana-mana pun... Dah jadi macam kat liga luar plak dah... 

Apepun, harap kelakuan lebih terjaga untuk musim-musim mendatang, kita nak tengok bola... Provok-provok je dah la, jangan la sampai bertembung secara fizikal... Sakit hati kena provok time team kalah @ ketinggalan tu biasa la... Tapi tu la yang seronoknya tentang bola ni... Ada masa sakit hati, tapi time team kita menang, lagi hepi... Kadang-kadang mood menang tu seminggu tak hilang-hilang... So just enjoy je la k... 

Ni senarai pemenang bagi musim 2010 nih... :-


Senarai Juara Piala 2010


* Liga Super: Selangor
* Liga Premier: Kuala Lumpur Felda United FC
* Liga FAM: Kuala Lumpur Sime Darby FC
* Piala Presiden: Sekolah Sukan Bukit Jalil "A"
* Piala Malaysia: Kelantan
* Piala FA: Negeri Sembilan
* Piala Sumbangsih (Piala Sultan Ahmad Shah): Selangor
* Piala FairPlay: Pahang

Ps : pahang ada jugak menang piala tahun nih, kekekeke... Tahniah...

Jumaat, 22 Oktober 2010

Titik Hitam...


Assalamualaikum...

Semalam... Huhuhuhu... hari yang menyedihkan buat aku dan keluarga belah mak aku... Anak sepupu aku meninggal dunia pukul 5 semalam... Dekat Balok... Sedih & ralat... Tapi, apepun, Allah dah tentukan sampai mana hidup kita nih kat dunia... So kena la redha...

Cuma ralat sebab, just budak-budak gaduh adik beradik... Tiba-tiba akhirnya, kematian... Aku plak, rapat dengan mak arwah, Kak Ngah... Harap dia boleh kuatkan diri... Satu satunya anak lelaki... Tapi dah pergi dulu...


Rabu, 20 Oktober 2010

Piala Malaysia 2010 Berakhir Buat Pahang...

Akhirnya, perjalanan Pahang dalam Piala Malaysia kali ini, terbantu di pusingan kedua... kalah kepada Johor FC (2-2, kalah away goal rule!!!!)...

Walaupun kecewa Pahang tak dapat pergi jauh, tapi at least tahun ni, player mentah Pahang dah pecah sumpahan peringkat kumpulan... Sejak zaman 'Star' 2005 smpai la tahun ni, tak pernah lepas grouping... So musim ni, memang yang paling best sejak 2005...



So harap-harap musim depan lebih kuat dengan ambil sorang dua lagi player, terutamanya bahagian tengah... kebanyakan gol pahang semuanya buat dari tepi... takde yang dari tengah, maknanya tak banyak through ball... 2 Musim lagi nak tunggu import mari, harap musim depan dapat menang sesuatu la...

Player-player yang ada harap tak keluar... biar la diaorang stay kalau boleh...

*** Sumber Gambar : Doc Ali, www.2121studio.com

Selasa, 12 Oktober 2010

Kemalangan Besar...


Salam...

Kelmarin, 1 lagi tragedi besar melanda Negara kesayangan kita nih, 12 orang meninggal dunia kerana eksiden di lebuhraya Utara-Selatan... huhuhuhu... Takziah pada semua keluarga yang terlibat...

Aku tak taula sebab apa terjadi sampai macam ni... memang la orang kata dah 'ajal'... Cuma kat Malaysia ni, kemalangan sampai tahap menakutkan...

Macam kes ni plak, Driver memang bersih, tak de saman tertunggak... bas plak, baru je dibeli 2 3 tahun... tiap2 penyelenggaraan ikut jadual... polis pun pening sebab apa lg... Cuma yang tinggal alasan, just bawak laju... Huhuhuhu...

Apepun, harap kejadian ni tak berulang lagi... Emmm, maybe tak mungkin tak berulang, cuma harap tak nak dengar lagi kematian dalam jumlah yang besar... Ngeri...