Isnin, 15 November 2010

Sukan Asia Guangzhou, CHINA : Ref tolong China...


Salam,

Baru-baru ni Malaysia kalah pada China 0-3 pada perlawanan ketiga kumpulan pada Sukan Asia 2010 ni... Apa yang jadi highlight dan buah mulut orang, pasal referee yang ntah ape-ape ntah!!!!

Malaysia dan China bersaing dalam grouping yang ada Jepun dan kyrgistan... Malaysia dan China nak menang untuk confirmkan layak ke pusingan kedua sebagai naib juara kumpulan di belakang Jepun... Tapi game ni jadi malapetaka buat peminat Malaysia... Huhuhuhuh...

Referee dari australia, apekebenda la nama dia... Ntah kenapa dari minit pertama memang memihak kepada China... bayangkan, Defender malaysia, Mahali tu tackle, terus kena kad kuning, sepatutnya tak la seberat tu hukumannya, sebab game baru aje start... dan kesalahan dia tak la serius pada pandangan aku... Sejak detik tu, memang Malaysia kena aje dengan Referee ni... Tak lama lepas tu, Mahali kena kad kuning kedua sebab tendang bola keluar, maybe boleh diterima kad kali ni, so dari situ, Mahali ni dah 2 kali kena kad kuning, so kena keluar padang, kemudian, tak semena-mena kapten malaysia Safiq plak kena kad merah pasal membantah kot, tapi nampak sangat time tu kapten terkejut besar...

Separuh masa kedua plak Kunanlan plak kena kad merah... yang ni lagi la tak logik, duk bergasak-gasak dalam kotak penalti, player China jatuh then bola dirampas, Refereee tiup wisel cakap penalti, ntah ape-ape ntah... 

Apepun, semangat pemain muda Malaysia ni, aku puji, first half takde pun kena gol, second half jer yang kena 3 bijik, tapi boleh diterima sebab diaorang memang tak leh terlawan dah masa tu... Just bertahan...

Apepun, petang ni lawan Iran, dengan skuad tempang yang sebelum pegi pun dah tempang, ni plak, injured dan kena gantung, lawan plak antara team terkuat Asia...Fuhhh, tak tau la macamana, rasanya dalam hati aku, memang kalah, tapi harap kalah melawan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la kalau nak...