Semalam dalam surat khabar Harian Metro, ada cite pasal 2 beranak kena jail pasal rompak kedai apentah... Kalau tak silap, kedai jahit kain... mak dan anak kena tangkap, anak berusia 29 tahun kalau tak silap...
Mereka berdua kena jail 6 dan 5 tahun... Huhuhuhu, kalau tak baca betul-betul, aku cakap jer, 'padan mukaaa'... Tapi bila pertengahan berita tu, ada cerita pasal kesusahan si emak membesarkan 9 orang anak, 5 dalam jagaan dia, plak tu ada anak sakit jantung, pastu ada yang masih menyusu lagi... Suami plak, kena tahan di pusat pemulihan akhlak... So kira macam ibu tunggal la... Dah la tak kerja... Hutang keliling pinggang... Siap merayu pada hakim untuk ringankan hukuman atau amik kira masalah yang dihadapi... Dan, yang penting, bukan kali ke-10 atau 11 merompak, yang ni yang pertama, sebab desakan hidup...
Yang lebih buatkan aku bengang dan rasa hidup kat Malaysia ni, kalau susah ada ke orang nak tolong??? kalau setakat susah nak bayar kereta tak per, ini nak biaya hari-hari, untuk sesuap makanan... Si emak pun cakap, macam-macam cara dia buat untuk mintak bantuan, pergi ke jabatan kebajikan, kena herdik pasal laki perangai tak elok... Yang lebih menyakitkan, hakim masa buat hukuman tu, cakap ' kena jugak hukuman sebab sekarang kejadian rompak-merompak ni makin menjadi' (walaupun dah diberitahu sebab diaorang merompak)...
Aduhai... Kalau perompak tu, memang jenis tahap botak chin ke bentung kali ker, nak jatuh hukuman sejuta tahun pun, ada aku kisahhhhhhh??????... Tapi... alahai, cerdik betul hakim...
Kat sini sape yang nak dipersalahkan??? kenapa sesusah keluarga tu, takde orang nak tolong??? Kenapa hakim tak amik kira perasaan kemanusiaan, walaupun memang terkandung dalam undang-undang, still boleh guna 'budi-bicara' rasanya... Sape yang nak jaga anak-anak dia yang lain??? apa kesan pada anak-anak tu??? Ada sesiapa cara ke??? Kenapa tak tengok kesannnn dari hukuman tuuuuuuuuuuuuuuuu??? Mana Baitumal @ jabatan kebajikan???? korang expect orang susah-susah ni nak pergi cari korang ke? Aku sendiri pun tak tau macamana nak berurusan dengan badan kebajikan ni, ni plak orang yang susah macam ni, tak tau apa-apa...
Aku ada terbaca blog orang, yang perempuan punya, kutuk-kutuk si emak yang ajar anak dia merompak... Hai, pikir la sendiri, si anak tu dah 29 tahun!!!! Dia tak tau beza ke rompak tu baik ke tak??? Mesti dia tau, tapi terdesak... Ko hidup senang, ko boleh cakap plak ' jangan amik jalan mudah'... Cuba ko susah sikit, sedara mara plak takde yang senang-senang, baru ko tau langit tinggi ke rendah...
Benda-benda macam ni, memang senang nak buat aku bengang...Ada lagi yek kisah-kisah macam ni dalam Malaysia ni!!!! berita tu tak disensasi pun, sebab bukan orang popular kan... cuma berita picisan jer...
Benda-benda macam ni, memang senang nak buat aku bengang...Ada lagi yek kisah-kisah macam ni dalam Malaysia ni!!!! berita tu tak disensasi pun, sebab bukan orang popular kan... cuma berita picisan jer...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen la kalau nak...