Khamis, 16 Disember 2010

AFF Suzuki Cup : MALAYSIA 2 vs VIETNAM 0...


Salam...

Indahnya tengok Malaysia menang malam  tadi dengan Vietnam... 2 gol dari Safee Sali cukup untuk Malaysia leading sebelum ke Vietnam nanti... Aku tak dapat tengok @ fokus dengan betul pada game ni kat astro... Terpaksa melayan anak aku, asal alih bola jer, nangis nak tgok kartun, asal alih jer nangis.... Sampai abis game aku merana, kekekek... Last 20 minit game ni plak, aku kena layan anak aku jual aiskrim, dia terbalikkan basikal, buat basikal tu jadi mesin aiskrim dia... Dia buat, dia jual, dia bagi duit kat pelanggan (aku la tu, kekeke)... So demi untuk bola, aku layan jer la... 

So dalam pemerhatian aku, Vietnam lebih superior dari segi kawalan bola dan pembukaan permainan... Malaysia plak, makin bagus apabila bertahan dan striker yang ada sekarang ni, bagi aku pasangan terbaik, Norshahrul Idlan Talaha - Safee Sali... Striker kembar ni boleh buat kerja sendiri sebab boleh dribble bola dari tengah, so takdela asyik tak dapat bola jer... Cuma problem, sampai sekarang, tak de la Playmaker yang betul-betul hebat (macam aku tulis dalam post sebelum ni)... Huhuhuhu...

Vietnam ada banyak peluang, terutama bila tengah Malaysia nampak macam berterabur, tak cover depender... Harap dapat diperbaiki... Dari segi penonton, seronok tengok ramai datang stadium dan buat bising, dah lama tak tengok bila Malaysia main... Tahniah semua...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la kalau nak...