Emmm... Selepas sekian lama aku terpisah dari dunia masa kecik aku, dah 17 tahun sejak kali terakhir aku brada di Sahabat 16, Lahad Datu, Sabah, Baru hari ini, aku terpikir nak cari gambar sekolah lama aku @ Sahabat 16...
Sayunyer time first time tengok blog sorang cikgu yang mengajar kat situ... Siap ada blog khas untuk Sek Ren Sahabat 16 nih : http://sksahabat16.blogspot.com... Perasaan bercampur-baur... Ni ke sekolah aku dulu???
Aku tak pasti samada sekolah ni dibuat pada tapak sek lama dulu ataupun tempat baru, tapi yang penting, betul2 buatkan aku teringat zaman kegemilangan aku & the geng time kecik2 dulu...
Dulu, Sekolah ni, hanya bangunan pejabat yang diberi Felda (lebih kurang macam pejabat Felda yang ada kat mana2 kawasan peneroka Felda skrang ni), dengan dinding kayunya tu... Berada kat atas bukit berdepan dengan laut... di depannya (bahagian bawah bukit), kawasan staf Felda (bandar sahabat kot sekarang, dulu sahabat 16 jer) & di sisinya (bahagian bawah bukit) adalah kawasan rumah peneroka felda...
Ntah mana la member2 aku kat sana dulu tuh, ada la sorang 2 yang aku jumpa, tu pun kat PPPTR & mak ayah dorang still kat situ... Yang lainnyerrr, sampai sekarang xde jumpaaa @ dengar kabar... Ye la, dulu mana ada HP nak mintak nombor pun, alamat surat menyurat jer la... So, sekali pindah, terus tak dapat contact dah...
** Sumber gambar dari blog http://sksahabat16.blogspot.com...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen la kalau nak...