Isnin, 6 Julai 2009
Neda??? IKON perjuangan versi Barat!!!
Emmmm... kebelangan ni nama Needa bergema di seluruh pelusuk dunia... Dia diangkat sebagai IKON perjuangan di Tehran sekarang nih... Golongan muda & bangsawan IRAN(luar dan dalam negara) pun siap buat poster wajah kematian dia sebagai salah satu cara nak berdemonstrasi...
Neda mungkin la meninggal kerana ditembak oleh tentera Iran (tu pun aku langsung tak percaya cite nih), tapi dalam keadaan huru hara macam ni, mestinya ada korban... Tak kisah la org tu sertai ke tidak demonstrasi jalanan yang memang menghuru-hara kan negara Iran nih... Nak tak nak, mesti ada salah satu pihak @ pihak berkecuali yang terkena... So sama kes dengan Needa nih... Hal macam ni tak boleh nak dielakkan...
Tapi, teori yang paling aku setuju @ ikuti, 'ada konspirasi' pembunuhan yang memang dirancang rapi... Dengan tak semena-mena 2 3 camera merakamkan detik kematian Neda time tuh... Dia meninggal dalam masa 2 minit... Video tu di upload dlm youtube, 1 dunia tengok & simpati... Apa lagi, macam biasa barat pun mnyemarakkan kebangkitan 'pihak yang betul @ xbersalah' di sana sini...
Sebelum pilihanraya lagi, salah seorang anggota NED terlepas cakap tentang Green Revolution di IRAN akan terjadi ( gerakan Hijau ni merujuk pada gerakan pembangkang sekarang, Mir Mousavi, kempen dia guna warna Hijau)... Diaorang dah tahu awal akan berlaku kes macam ni, sedangkan Pilihanraya Presiden tak berjalan pun lagi!!!! & semua orang tau, barat (US & sekutunya) memang dari awal tak suka ahmedinejad...
Video ni jugak cetuskan golongan yang nak jatuhkan Imam Ali Khomenei (yang sampai sekarang, cakap tiada penipuan dalam pilihanraya), bayangkan Ayatullah ni yang jadi simbol era revolusi menjatuhkan Shah Iran & selama ni disanjung, tiba-tiba jadi sasaran golongan bodoh ni yang tak setuju dengan Khomenei yang terus pertahankan kemenangan Ahmedinejad.
Tengok la betapa dasyatnya media memainkan peranan diaorang... CNN pun cakap "kumpulan militia bawah Ali Khomeinei yang buat (Basiji), dari atas bumbung!"... Sedangkan langsung xde bukti video @ ape2 pun... Media Malaysia ni pun bodoh, sesuka je cedok cite ni, siap berulang kali tunjuk kat paper diaorg... Aduhai, xde aroh la aku ni...
Dari cerita lain plak, Sebenarnya berlaku serangan pihak pembangkang yang serbu ke arah segerombolan penyokong Ahmedinejad yang tengah berarak... Pastu tembak rambang, pasukan keselamatan yang duduk atas bumbung plak, balas serangan untuk lindungi orang awam... Yang ni memang meluas diceritakan, tapi xde plak media barat siarkan!!!!!
& teori yang paling aku setuju, berbalik pada NED tadi... Memang kerja orang luar... Orang Barat!!!! & ada beberapa penembak tepat dari pihak diaorng ni try buat hal...
NED - national Endowment For Democracy... NED ni salah satu cabang rahsia CIA yang tugas dia cipta 1 pemangkin utk rakyat mengamuk... (create 1 spark)... sesuatu yang boleh menaikkan kemarahan rakyat, xkira la apebendanya... Tujuan dia, supaya semua negara demokratik yang wujud dalam dunia ni, jadi PRO-US... Yang tak sebulu, diserang bertalu2 dengan rakyat negara tu sendiri...
banyak sangat buktinya... Antaranya, Palestin, Lubnan, Venezuela (dan lain-lain)... Hassan Nasrullah menang besar kat Lubnan, tapi tengok la macammana NED buat.... Palestin, Hamas menang, tapi sentimen dimainkan scara sesedap rasa sampai la jadi pembunuhan antara 2 parti yang pada asasnya, sama je untuk jadikan Palestin negara bebas... (dari Yahudi LAknat tuh)...
Venezuela... Hugo Chavez... Rasanya ramai tak tau cite ni (2002 dulu), dia kena culik oleh pihak atasan tentera... & diaorang kuasai media & buat laporan kat media, Chavez mati terbunuh... Kesnya, bermula bila pembangkang buat demonstrasi, tiba2 ada tembakan rambang dari pihak lain (pihak Chavez kononnya), duk dr atas jambatan & tembak membuta tuli... Ada Video clear yang tunjukkan Pro-Chavez tembak ke arah orang ramai... Tapi bukti ni dah cukup wujudkan Spark dikalangan rakyat kat situ...
Chavez terus dicanang : Pembunuh... Tentera kepung rumah Chavez & tawan dia... Chavez diculik... & diberitakan mati...
Propaganda terus dimainkan oleh geng2 pembangkang yang amik alih kerajaan (time ni Chavez xletak pun jawatan lagi, sbb dia mati)... & time tu, presiden US yang paling bodoh dalam sejarah dunia, G.W. BUSH plak, ape lagi, lagi la rancak canang berita... Parlimen kena gantung...
Tapi, dalam perancangan teliti tu... Kantoi jugak lastnya... Isteri Chavez, berjaya telefon salah satu stesen radio haluan kiri (Chavez) kat kawasan pedalaman, "Chavez tak turunkan tandatangan, tandatangan palsu diturunkan"... & masa ni la, golongan bawahan, miskin & luar bandar bangkit (yang dibela Chavez)... Lastnya, tentera2 yang bpangkat rendah terikut sama... Chavez berjaya keluar!!! Perancang??? semua tiba2 hilang dari Venezuela & lari ke Miami...
& sama jugak macam kes Iran, Salah sorang wartawan CNN mengaku, interview Komandan tentera venezuela sebelum kejadian tuh (siap ada berapa orang mati, bila akan jadi & kutuk Chavez)...
Tapi macam biasa, bila tak jadi, media barat... terus tukar berita la kan... cover... seolah-olah mcm xde mende berlaku kat sana...
So... harap orang kita dapat bpikir walaupun sejenak... Jangan termakan dengan berita media ikut sedap je copy cite-cite yang dibuat-buat pihak media barat tuh....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Mungkin inilah agaknya apa yg akan berlaku kpd Malaysia jika kita mahu jatuhkan pemimpin yang menjuangkan Islam yg sedia ada. Apa salahnya jika umat melayu @ islam dimalaysia bersatu dibawah pemerintahan sedia ada?
BalasPadamView Profile: Rantong™