Jumaat, 31 Julai 2009

Turun Liga??? Tiada dalam Kamus...


Pahang kalah game last 1-5 dgn musuh tradisi, Selangor... Huhuhuhu... At last, no ke-2 tercorot jugak Pahang dapat, gagal pintas pinang yang lbih 2 mata & lbih 2 game... Hina btul rasa kena cmni...

& FAM sejurus je nak tamat liga ni, nak rombak liga dengan alasan xnak team2 yang ada msalah kewangan... Huhuhu, alasan tu bagi yang baru dgn liga Malaysia ni leh la terima... Tapi bagi pminat bola tempatan plak, 1 lagi alasan yang sebenarnya nak selamatkan Pahang dari terima malu... Walaupun tak tahu lagi cmner diaorg nak rombak liga, tapi rasanya leh agak, tu jer...

FAM akan meeting & buat keputusan pd Isnin nih... Bagi aku, lebih rela Pahang jatuh daripada sering di'tolong' oleh 'tangan' FAM... Malu sesangat kalau gitu...

H1N1...

Nampaknya makin teruk dah kemelaratan H1N1 nih... dah sampai dah pun kat UMP, gambang... Xtau la akan ditutup sementara ke tak... Wife aku bagitau semalam, 2 @ 3 orang kena H1N1, positif...


& overall, dah 4 orang meninggal kat Malaysia nih... Malam tadi, gi klinik, ramai betul hok demamnya, yg nampak teruk jgak la, harap2 bukan selsema binatang haram tu... Maybe sbb cuaca tengah panas giler skrg ni kot...

Cepat btul yek merebaknya menda nih... Tapi ada ustad dari Jakim cite, ni pun konspirasi dari US... Sebab tu la kalau korang perasan, Indon tak nak istihar H1N1 ni sebagai wabak... Sebab indin dah kena dulu ms selsema burung...

Aku pun setuju la sikit2, sbb slama ni pun mmg US penuh dengan konspirasi, baik 9/11 ke, Osama ke Selsema burung ke... Salah 1 sebab, US nak up balik ekonominya, so salah 1 cara dengan tingkatkan peng'eksport'an bidang pharmaseutikal (eja salah ni, janji leh sbut, kekekeke...) yang bleh kaut untung berbillion2... So kononnya, diaorg dah jmpa vaksin & then negara lain akan belinya, contohnya Malaysia nih... (sape tau kan, diaorg sndiri create virus tuh & then kuarkan vaksin)...

Bukan nak kata tindakan Malaysia beli vaksin tu salah (btul la tu, nak baik, beli la ubat)... Tapi tu la, ada agenda dari US, konspirasi yang biasa diaog buat dr dulu lg... Kita ni plak, dah kena tentula nak x nak kena jugak beli ubatnya... Senang je diaorg nih nak kaut untung... huhuhuhuhuhu...

Khamis, 23 Julai 2009

BiiiZeeee...

huh... 2 3 minggu ni xdpt nak memblogkan diri... bz skit kat opis... Minggu lpas plak, Wife & anak dah start duk sekali... Bini dpt keje UMP...

So pegi & balik keje, aku hok kena antor anak dulu ke umah pngasuh... Kat opis lak, sibuk dngn ISO la, Auditnyer la, IT lg... Banyok dah keje ttangguh nih... Esok kena pg plak PD, ada kursus Islam Hadhari...

Pas audit mggu dpan, maybe la bleh relax skit kot, so bleh la memblogkan diri secara kerap... Banyak perkara xupdate...

Rabu, 8 Julai 2009

Abandon All Hope's...

Malam tadi, Pahang 1 vs Terengganu 2... Kali ke-2 berturut-turut kalah pada pasukan pantai timur, sbelumnya, Kelantan... Walaupun game memang menyebelahi Pahang, serangan2 berbahaya buat team lawan macam team sama level jer... Tapi, at last kalah jugak...

Penang plak seri dengan Kedah 1-1... Emmmm, tinggal 2 game aje lagi... Pahang bertemu Perak & Selangor... Penang plak lawan team atasan jugak... Secara matematik, Pahang kena menang 2 game tuh & Penang kena kalah 2 game dia... So Pahang akan selamat... Tapi....... ???...

Bagi aku, musim ni dah tamat kot... Musim depan, di Liga Premier... Selama ni tak dapat aku nak bayangkan macamana Pahang jika main dalam liga kelas 2 nih... Tapi, nampaknya, kena telan air liur la... Terima kasih pada pihak yang merealisasikan mimpi buruk buat penyokong2 setia Pahang iaitu tidak lain tidak bukan
pihak management yang sememangnya berkaliber sungguh dalam bab2 merosakkan sebuah team gergasi di malaysia nih...

Ramai kata, tak payah risau, Pahang akan selamat dek krn 2 3 faktor (liga kena rombak, myteam tarik diri, dll)... Bagi aku, bukan soal tu, tapi maruah team Pahang sendiri tercalar abis... Lebih baik jatuh drpd berlaku perkara macam ni...


Tahniah pada player2 muda Pahang... Korang semua buat aku bangga... Dari awal liga sampai la niiii, masalah gaji tak pernah selesai, tapi permainan korang jauh lebih baik daripada pemain senior macam sebelum ni yang terdiri drpd 'star' yg 'star' giler nak mampos, mcam Yo, Tengku Hasbullah, Rosdi Talib, Indra & seangkatan dengannya...


Walaupun tak boleh bersaing lebih lagi, tapi yang penting ada peningkatan permainan korang... Team yang kalau dijaga molek, boleh menjadi macam team muda Kedah beberapa tahun lepas... Buat masa sekarang, berdoa je la, ada peralihan pengurusan... Kalau tak, selagi tu team Pahang akan hancur & lebih buruk, setaraf permainan dengan pasukan kelab2 yang setahun jagung di liga premier...

Sayu je rasa bila time2 camni... Dulu berdebar2 sbb takut Pahang kena pintas utk top liga... Sekarang, berdebar2 tggu detik bersejarah Pahang bakal jatuh... Tak terpikir pun Pahang kena lalui situasi gini... Huhuhuhu...


Anyway, Thanks buat anak2 muda Pahang ni...

** Table tu aku amik dari Sumber :- www.tokgajah.com

Sahabat 16...

Emmm... Selepas sekian lama aku terpisah dari dunia masa kecik aku, dah 17 tahun sejak kali terakhir aku brada di Sahabat 16, Lahad Datu, Sabah, Baru hari ini, aku terpikir nak cari gambar sekolah lama aku @ Sahabat 16...

Sayunyer time first time tengok blog sorang cikgu yang mengajar kat situ... Siap ada blog khas untuk Sek Ren Sahabat 16 nih : http://sksahabat16.blogspot.com... Perasaan bercampur-baur... Ni ke sekolah aku dulu???

Aku tak pasti samada sekolah ni dibuat pada tapak sek lama dulu ataupun tempat baru, tapi yang penting, betul2 buatkan aku teringat zaman kegemilangan aku & the geng time kecik2 dulu...

Dulu, Sekolah ni, hanya bangunan pejabat yang diberi Felda (lebih kurang macam pejabat Felda yang ada kat mana2 kawasan peneroka Felda skrang ni), dengan dinding kayunya tu... Berada kat atas bukit berdepan dengan laut... di depannya (bahagian bawah bukit), kawasan staf Felda (bandar sahabat kot sekarang, dulu sahabat 16 jer) & di sisinya (bahagian bawah bukit) adalah kawasan rumah peneroka felda...

Ntah mana la member2 aku kat sana dulu tuh, ada la sorang 2 yang aku jumpa, tu pun kat PPPTR & mak ayah dorang still kat situ... Yang lainnyerrr, sampai sekarang xde jumpaaa @ dengar kabar... Ye la, dulu mana ada HP nak mintak nombor pun, alamat surat menyurat jer la... So, sekali pindah, terus tak dapat contact dah...

** Sumber gambar dari blog http://sksahabat16.blogspot.com...

Isnin, 6 Julai 2009

Neda??? IKON perjuangan versi Barat!!!


Emmmm... kebelangan ni nama Needa bergema di seluruh pelusuk dunia... Dia diangkat sebagai IKON perjuangan di Tehran sekarang nih... Golongan muda & bangsawan IRAN(luar dan dalam negara) pun siap buat poster wajah kematian dia sebagai salah satu cara nak berdemonstrasi...

Neda mungkin la meninggal kerana ditembak oleh tentera Iran (tu pun aku langsung tak percaya cite nih), tapi dalam keadaan huru hara macam ni, mestinya ada korban... Tak kisah la org tu sertai ke tidak demonstrasi jalanan yang memang menghuru-hara kan negara Iran nih... Nak tak nak, mesti ada salah satu pihak @ pihak berkecuali yang terkena... So sama kes dengan Needa nih... Hal macam ni tak boleh nak dielakkan...

Tapi, teori yang paling aku setuju @ ikuti, 'ada konspirasi' pembunuhan yang memang dirancang rapi... Dengan tak semena-mena 2 3 camera merakamkan detik kematian Neda time tuh... Dia meninggal dalam masa 2 minit... Video tu di upload dlm youtube, 1 dunia tengok & simpati... Apa lagi, macam biasa barat pun mnyemarakkan kebangkitan 'pihak yang betul @ xbersalah' di sana sini...

Sebelum pilihanraya lagi, salah seorang anggota NED terlepas cakap tentang Green Revolution di IRAN akan terjadi ( gerakan Hijau ni merujuk pada gerakan pembangkang sekarang, Mir Mousavi, kempen dia guna warna Hijau)... Diaorang dah tahu awal akan berlaku kes macam ni, sedangkan Pilihanraya Presiden tak berjalan pun lagi!!!! & semua orang tau, barat (US & sekutunya) memang dari awal tak suka ahmedinejad...

Video ni jugak cetuskan golongan yang nak jatuhkan Imam Ali Khomenei (yang sampai sekarang, cakap tiada penipuan dalam pilihanraya), bayangkan Ayatullah ni yang jadi simbol era revolusi menjatuhkan Shah Iran & selama ni disanjung, tiba-tiba jadi sasaran golongan bodoh ni yang tak setuju dengan Khomenei yang terus pertahankan kemenangan Ahmedinejad.

Tengok la betapa dasyatnya media memainkan peranan diaorang... CNN pun cakap "kumpulan militia bawah Ali Khomeinei yang buat (Basiji), dari atas bumbung!"... Sedangkan langsung xde bukti video @ ape2 pun... Media Malaysia ni pun bodoh, sesuka je cedok cite ni, siap berulang kali tunjuk kat paper diaorg... Aduhai, xde aroh la aku ni...

Dari cerita lain plak, Sebenarnya berlaku serangan pihak pembangkang yang serbu ke arah segerombolan penyokong Ahmedinejad yang tengah berarak... Pastu tembak rambang, pasukan keselamatan yang duduk atas bumbung plak, balas serangan untuk lindungi orang awam... Yang ni memang meluas diceritakan, tapi xde plak media barat siarkan!!!!!

& teori yang paling aku setuju, berbalik pada NED tadi... Memang kerja orang luar... Orang Barat!!!! & ada beberapa penembak tepat dari pihak diaorng ni try buat hal...

NED - national Endowment For Democracy... NED ni salah satu cabang rahsia CIA yang tugas dia cipta 1 pemangkin utk rakyat mengamuk... (create 1 spark)... sesuatu yang boleh menaikkan kemarahan rakyat, xkira la apebendanya... Tujuan dia, supaya semua negara demokratik yang wujud dalam dunia ni, jadi PRO-US... Yang tak sebulu, diserang bertalu2 dengan rakyat negara tu sendiri...

banyak sangat buktinya... Antaranya, Palestin, Lubnan, Venezuela (dan lain-lain)... Hassan Nasrullah menang besar kat Lubnan, tapi tengok la macammana NED buat.... Palestin, Hamas menang, tapi sentimen dimainkan scara sesedap rasa sampai la jadi pembunuhan antara 2 parti yang pada asasnya, sama je untuk jadikan Palestin negara bebas... (dari Yahudi LAknat tuh)...

Venezuela... Hugo Chavez... Rasanya ramai tak tau cite ni (2002 dulu), dia kena culik oleh pihak atasan tentera... & diaorang kuasai media & buat laporan kat media, Chavez mati terbunuh... Kesnya, bermula bila pembangkang buat demonstrasi, tiba2 ada tembakan rambang dari pihak lain (pihak Chavez kononnya), duk dr atas jambatan & tembak membuta tuli... Ada Video clear yang tunjukkan Pro-Chavez tembak ke arah orang ramai... Tapi bukti ni dah cukup wujudkan Spark dikalangan rakyat kat situ...

Chavez terus dicanang : Pembunuh... Tentera kepung rumah Chavez & tawan dia... Chavez diculik... & diberitakan mati...

Propaganda terus dimainkan oleh geng2 pembangkang yang amik alih kerajaan (time ni Chavez xletak pun jawatan lagi, sbb dia mati)... & time tu, presiden US yang paling bodoh dalam sejarah dunia, G.W. BUSH plak, ape lagi, lagi la rancak canang berita... Parlimen kena gantung...

Tapi, dalam perancangan teliti tu... Kantoi jugak lastnya... Isteri Chavez, berjaya telefon salah satu stesen radio haluan kiri (Chavez) kat kawasan pedalaman, "Chavez tak turunkan tandatangan, tandatangan palsu diturunkan"... & masa ni la, golongan bawahan, miskin & luar bandar bangkit (yang dibela Chavez)... Lastnya, tentera2 yang bpangkat rendah terikut sama... Chavez berjaya keluar!!! Perancang??? semua tiba2 hilang dari Venezuela & lari ke Miami...

& sama jugak macam kes Iran, Salah sorang wartawan CNN mengaku, interview Komandan tentera venezuela sebelum kejadian tuh (siap ada berapa orang mati, bila akan jadi & kutuk Chavez)...

Tapi macam biasa, bila tak jadi, media barat... terus tukar berita la kan... cover... seolah-olah mcm xde mende berlaku kat sana...

So... harap orang kita dapat bpikir walaupun sejenak... Jangan termakan dengan berita media ikut sedap je copy cite-cite yang dibuat-buat pihak media barat tuh....


Ahad, 5 Julai 2009

Jatuh Liga???


Huhuhu, buat pertama kali, (klu la terjadi) pahang akan jatuh ke liga Premier... Semalam kalah dengan Kelantan 2-3... Peluang untuk seri @ menang besar, tapi xamik kesempatan yang ada...

Kesian tengok budak2 muda nih, diaorg berbakat... Tapi... Sekali lagi (macam tahun-tahun sebelumnya), management buat spoil lagi... Xabis2... Yang jadi mangsa bebudak nih, gaji berbulan-bulan xdapat... pastu main teruk, pnyokong plak bengang... (termasukla aku)...

Rasanya, bolasepak negara aku ni, xkan berubah dalam masa 5-10 tahun nih... So, lalu jer la yek!!!

Back to Pahang story... Penang plak makin power lak, asyik menang jer... so game liga tinggal 4 @ 3 aje lagi... pahang kena tinggal dlm 4 5 point... Game yang tinggal plak, semua tough... Lawan Terengganu, Perak & Selangor... Huhuhuhu, tangis darah lerr...

Apepun, harap budak2 muda Pahang ni xcepat mengalah... Korang ada bakat & boleh main, cuma faktor luaran yang kacau... teruskan kejar mata walaupun nampak tipis... Tunjukkan mcm ape yang korang tunjuk masa lawan Kelantan... At least, buat diaorg respect...

Aku baca forum, TokGajah pun, semua puji player2 Pahang masa game Kelantan nih...

1 lagi, aku tak puas hati dengan REF... Che Hishamuddin (player Kelantan) dengan kurang ajarnya menyepak balas dengan tendang kaki player defender Pahang, REF buat-buat tak nampak jerrrrrrr, tu dah satu hal, tak lama lepas tu, Che Hisyam ni gi siku plak player yang sama dari belakang!!!! REF plak bagi kad kuning pada player Pahang!!!!!!!!!!!! ape bende nyerrrrr niiiii????

REF punya la takut kena baling dengan Fan2 tuan rumah, sampai camtu buat keputusan... Kalau kat tempat lain tu, awal2 lagi Che Hisyam ni kena kad merah... Bengang btul aku...