Salam,
Hari ni tergerak hati nak contact member rapat selepas habis meeting... Teringat ke dia yang tiba-tiba menghilang tanpa berita... Bila berjumpa, terbongkar semua sebab kehilangan dia selama ni...
Sampai malam buta ni pun, aku still terkejut, tak sangka terjadi perkara macam ni pada kawan-kawan aku... Lebih-lebih lagi yang rapat dengan aku... Buat kawan (yang dimaksudkan), kuatkan diri untuk diri sendiri dan anak-anak... Walaupun kelihatan bodoh dengan ucapan 'bersabarlah, tabahkan hati dan seumpamanya' tanpa dapat menolong lebih dari itu, tapi harap faham yang aku betul-betul cuba nak menolong jika diperlukan (selain hanya ungkap kata-kata motivasi tadi dan hanya menjadi good listener)...
Apepun, macam kita bincangkan, ada hikmah dalam semua perkara, cuma tak tahu bila akan nampak hikmahnya, samada terus langsung atau hikmahnya akan nampak setelah 5 10 tahun nanti... yang penting percaya dan terima ketentuan... Cuma harap yang baik-baik sahaja...
Dalam keadaan macam ni, terasa betul sebagai kawan, tak dapat bantu lebih... Tak tahu mana nak start, tak tahu bagaimana nak menolong... Aku betul-betul terkedu... Macam tamparan pada muka secara tiba-tiba...
Aku doakan, kawan aku dapat bina semula bersama kekuatan dengan mereka yang akan sentiasa ada disisi (anak-anak)...
Semoga sahabat kamu tabah n kuat dlm mhadapi liku2 kehidupan ni....
BalasPadam