Selasa, 13 Mac 2012

Dirang : Ape Jadi pada Manusia...



Salam,

Akhirnya berita yang kita tak ingin dengar (walaupun dalam hati dah terasa, berdasarkan kes-kes sebelum ni), TERJADI!!!... adik Dirang (Nurul nadirah) telahpun meninggal dunia... Mayat orang dewasa yang terbakar yang dijumpai 4 km dari rumah Dirang, rupa-rupanya dah disahkan mayat adik Dirang... Aku menangis dalam hati bila tengok gambar adik Dirang ketika hidup, muka penuh ceria, perangai suka bercakap, aktif... memang teringat pada anak sulong aku, Mia... Perangai dan iras adik Dirang, cuma umur Mia je kurang setahun dari Arwah adik Dirang yang malang ni...

Bila dengar berita penemuan, aku terus je terbayang ni terjadi pada anak aku, Mia ni... Aku bayangkan dari saat dia lapar, turun nak beli meggi & telor. Dalam perjalanan ke kedai, terserempak dengan mak sedara, jiran... Sampai kedai, jumpa owner kedai... Then, bermula mimpi ngeri Mia...

Dia diseret ke belakang semak, dengan selipar dijumpai... tak jauh dari situ plak, telor yang dibeli, pecah di tanah... Meggi plak terburai ke tanah, menunjukkan Mia struggle tak nak ikut si pengkhianat amanah Tuhan. Tapi apa daya, tenaga anak kecil berbanding lelaki durjana tu... dah sampai destinasi, emmmmm aku tak dapat bayangkan dah ape yang terjadi, bukan tak dapat... tapi tak sanggup nak bayangkan orang buat perkara buruk ni pada anak-anak kecil... Rontaan, tangisan... Aduhai, rasa nak luruh hati kalau bayangkan anak aku berada di tempat arwah adik Dirang...

Bayangkan anak kecil ni, dengan kita bergelak ketawa, senyumnya, manjanya... tetiba bertukar cemas ketika berdepan dengan si pengkhianat amanah Tuhan ni...

Aku tak nak salahkan si emaknyer, hal kelekaan, pada sape-sape boleh berlaku... Kita tak boleh nak kata emaknya abaikan dia sebab perkara tu, dah 5 tahun jaga, sebelum ni pun tak terjadi perkara tak diingini... ditakdirkan terjadi macam tu... Sayu... dengan cara kematiannya... saat-saat kematiannya...

Pada kita ni, bila-bila pun boleh berlaku... Cuma, kita sama-sama harap tak berlaku... Semoga keluarga arwah adik Dirang dapat menerima takdir ni... Kepada si pengkhianat amanah Tuhan, aku pun tak tau apa yang bermain dalam kepala korang masa buat benda macam ni... Tak minta dikenakan hukuman seberat-beratnya, tapi apa yang engkau bagi/buat - engkau jugak yang akan terima/dibalas...

Syurga dah tentu bagi arwah adik Dirang... Tempatnya, dah ditentukan bagi anak yang tak berdosa ini... 


How could you touch something...
So innocent and pure... 
Obscure...
How could you get satisfaction 
From the body of a child...
You're vile, sick...
~ Fee Fi Fo, The Cranberries ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la kalau nak...