Rabu, 2 Februari 2011

Mesir : Hosni Mubarak, tak reti-reti lagi ke?


Assalamualaikum...

 Akhir-akhir ni, Mesir tengah hangat di pasaran... huhuhu... selepas kejatuhan presiden Tunisia, rakyat Mesir bangkit buat mogok dan tunjuk perasaan untuk tumbangkan Presiden negara diaorang, Hosni Mubarak... Hosni Mubarak ni presiden ke empat Mesir, selepas pembunuhan Anwar Sadat... Sebelum tu, orang kepercayaan Sadat ni adalah timbalan presiden... Pemerintahan dia sama lama dengan hayat aku kat dunia ni, dah 30 tahun, sebab dia naik 1981... Huh, bapok la lamanyer... Hosni ni lebih kepada pakatan barat, masa perang Teluk 1991 dulu pun, dia joint US, Arab Saudi untuk lawan Iraq (yang serang Kuwait)...

Tapi, antara yang jadikan dia famous, masa tahun 2000-an ni la, bila dia tutup pintu sempadan Mesir dan Palestin, halang semua bentuk komunikasi antara 2 negara... Atas alasan, nak stop penyeludupan senjata... Yang mana sehari sebelum perang Palestin-Israel tu, Mubarak ada berjumpa dengan menteri luar Israel (ntah ape nama, tapi perempuan la) untuk tutup pintu sempadan... Bila berlaku perang, rakyat Palestin yang harapkan bantuan luar dan cuba larikan diri, tersekat di sempadan dek bahana presiden Mesir yang tak mahu tolong sedara seagama sendiri... Seingat aku, inilah detik permulaan rasanya (walaupun secara tak langsung) kejatuhan sokongan rakyat dia sendiri... Padan muka...

Dulu, tak la ke arah ke'Israel'an sangat Mubarak nih... Tapi tak tau la ape sebabnya, sekarang pro-Israel dan US... Tunjuk perasaan ni memang besar, kalau tak salah, semalam @ hari ini, ada himpunan 1 juta rakyat untuk desak Mubarak berundur... selalunya bila dah ada demonstrasi macam ni, memang akan tumbang, cuma tak tau berapa lama boleh tahan jer lagi... Setakat ni, ramai dah penunjuk perasaan terkorban... Harap kematian dioarang berbalas dengan jatuhnya Mubarak nih... 

Ramai jugak rakyat Malaysia kat Mesir ni, yang jadi pelajar... Harap semuanya selamat walaupun keadaan tak menentu... Semalam dalam berita tv3, ada mak bapak pelajar datang ke tv3 untuk mengadu... Emmm, memang la tak salah untuk risaukan pasal anak... Cuma, aku pasti yang datang ni semuanya loaded-loaded dan berpelajaran ( pasal pakaian sorang-sorang dan percakapan yang tak pernah lekang BI-nyerrr), pertikaikan kenapa ada sikit jer pegawai samada dari MARA ke Kedutaan ke untuk jaga student Malaysia yang 11,000 ribu orang nih... Huhuhuhu, ada jugak orang macam ni... Dulu takde pun bising-bising, bila dah kena macam ni, sibuk nak cari salah orang...

Tak ada sape yang nak jadi camni kan, pelajar-pelajar pun paham keadaan kat sana, makan minum susah nak dapat pasal perintah berkurung, talian komunikasi disekat... dan macam-macam lagi... Tapi, janganla nak tuduh tak cukup kakitangan la ape la... Tak kan la nak hantar orang beribu-ribu sebab nak jaga pelajar??? Kat mana-mana pun, takde Kedutaan yang standby orang dia sampai beribu-ribu siap dengan tentera untuk jaga kebajikan diaorang nih... Kena la paham situasi... Jangan la asyik nak hentam jer...

*** RON 97 naik lagi??? Sehari lepas pilihanraya Tenang... heheheh... Kelakar la u ni... wakekeke...







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la kalau nak...