Lama dah tak update pasal anak perempuan aku yang sorang ni, Nurul Damia Syamila Bte. Mohd Farid... Dah pun 2 tahun 4 bulan... Dah besar dah Damia... Emmmm... Kejap je masa berlalu, dulu halus, kecil, mata pun tak berapa nak bukak... Sekarang, pantang lepa, ada je projek dia buat senyap-senyap, hehehe... Contohnya, main masak-masak sampai pecah-pecah pingga-cawan mama dia, mari merwarna monitor pc aku dan lain-lain, huhuhuhu...
Tiap-tiap hari bila aku pandang dia masa dia tengah tidur atau main depan aku, aku teringat dia masa dia masih lagi bayi... masa umur dia kurang 8 bulan... Dulu aku jarang dapat bersama dia, pasal dia tinggal kat kampung dengan mama, aku plak kat kuantan, hujung-hujung minggu jer la masa untuk aku bermain dengan dia, bermanja dengan dia, tu pun kalau aku dapat balik tiap-tiap minggu, walaupun dekat jer Kuantan-Jengka, tapi still makan kos kan nak ulang alik selalu, lagipun keje plak kadang-kadang ada yang nak kena settle masa cuti hujung minggu... So kesimpulan dia, ada bajet + masa, aku balik tiap-tiap minggu, kalau takde, emmm 2 minggu sekali lerr...
Aku pun tak perasan masa berlalu secepat ni... Ape-apepun, dia la penyeri hidup aku sekarang ni... Sekarang makin pemalu... Kalau pergi umah orang, duduk lama sikit baru nak hilang malu dia, pastu baru la start kenakalannya... Tapi, kalau kat pasaraya, emmmm kalau boleh nak tinggal mama abah dia sebatu... Abis semua dia nak... Dah tak larat aku nak bawak ke tempat macam tu, abis semua mainan + cekedis dia nak beli... Amboi, mesti dia ingat abah dia jutawan kot... kekekekeke...
Mulut dia, emmm tak abis-abis mengomel, tak duduk diam sekali...
Emmm, oleh kerana dia dah start manja lebih-lebih, so abah dia pun dah boleh la berkira-kira dapatkan adik untuk dia... hehehehehe...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen la kalau nak...