Selasa, 31 Ogos 2010

Merdekakah Kita di Tanah Berjasa ini???


Assalamualaikum...

Tepat pukul 12.00 malam tadi, genaplah ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang ke-53!!! Selamat menyambut Kemerdekaan pada semua rakyat Malaysia tak kira di mana pun korang berada... Sambutan kali ini dalam suasana umah Islam melaksanakan ibadah Puasa di bulan Ramadhan...

Tadi, pukul 7.10 malam, aku duduk bertenggek dekat tangga dapur umah mak mertua aku sambil nak tunggu berbuka, tiba-tiba ajer aku terimbas kepada satu peristiwa di bulan Ramadhan yang membabitkan Arwah Tok Wan aku... Huhuhuhu, dah lama arwah tinggalkan aku, hampir 15 tahun... Peristiwa yang aku ingat tu, Arwah Tok Wan mintak aku pegi kedai mesin nyior (Kelapa), tapi aku buat donno aje pada dia dan teruskan bermain dengan sepupu aku, sedangkan selalunya aku lah cucu harapan dia untuk ke kedai, hehehehe... Masa tu memang riak muka arwah memang hampa, sebab berkali-kali jugak dia bersuara mintak ke kedai... Something that i'll regret for all my life... Dan aku tak pernah lupa tiap kali datang bulan posa sebab peristiwa ni masa bulan posa...

Ok, itu sekadar pembuka cerita... Takde kena pun dengan tajuk... Tapi, Merdeka bagi aku banyak jugak berkaitan dengan arwah Tok Wan aku ni... Dengan dialah aku banyak bertanya tentang Merdeka, tentang zaman jepun, tentang kepayahan orang dulu, tentang ubi kayu, tentang pokok getah, tentang basikal tua, tentang kezaliman, tentang perbezaaan dunia kita sekarang dengan yang terdahulu... Tiap-tiap kali balik kampung, takde cite lain aku tanya, mesti tentang zaman dulu, mungkin sebab aku memang minat sejarah kot...

Merdekakah kita sekarang??? Yup... Merdeka... Tiap-tiap tahun kebelakangan ini, mana-mana paper atau tv paparkan persoalan ni... Bagi aku, tiada perubahan pun dari segi pengertian Kemerdekaan yang dicapai orang lama dahulu... Bukan orang zaman sekarang tidak menghormati lagi Kemerdekaan, cuma pada pendapat aku, terlalu banyak perkara untuk dirisaukan dalam setiap rakyat jelata di bumi bertuah ni... Terlalu banyak cabaran perlu ditempuhi... Tak kibarkan bendera??? Kenapa nak diperbesarkan??? Tak bermakna yang tiada bendera terpacak di rumah adalah mereka yang lupa asal usul, daratan, lautan, udaraan, bla bla bla...

Zaman ini, keperluan hidup lebih mendesak bagi besarkan anak-anak warisan bangsa kita, tiap-tiap mak ayah zaman sekarang cuba bekerja keras untuk mengikut saranan Negara bagi wujudkan sebuah Negara maju a.k.a Negara Bangsa yang dah tinggal 10 tahun aje lagi... Soal pendidikan bukan lagi soal mewah atau tidak, tapi memasukkan anak ke U adalah keutamaan untuk hadapi masa depan... 

Zaman ini, duit penting... Sehingga di mana-mana, ada aje skim cepat kaya, skim piramid, swisscash dan lain-lain... Majoriti suami isteri kawan-kawan aku bekerja, termasuk la aku dan orang umah aku... Mencari duit lebih untuk besarkan anak... Supaya anak menjadi bakal pemimpin masa depan negara kita ni... Dek kerana nak mencapai wawasan dan tidak mahu ketinggalan dengan arus perdana, ramailah manusia-manusia berpusu-pusu mencari bekalan kewangan dan hidup yang lebih selesa... Termasuklah mencari duit dengan cara memeras pelanggan, menindas yang kekurangan... Demi untuk menghadiahkan isteri gelang tangan Emas berkarat-karat... Demi menyediakan rumah besar dengan pagar simen yang sekali tengok macam tembok penjara... Demi mencari kereta yang lebih ummmmp... Demi status yang lebih dipandang tinggi... Sebab tu la kat pasar Ramadhan ada kueh sepotong, 70posen, huhuhuhuh...

Kerosakan belia-belia masakini pun pada aku, 1 pengorbanan besar yang kita terpaksa lalui dek kerana untuk terus maju dari segi ekonomi... Semua hal-hal ini berkait dengan keinginan tiap warga Malaysia yang tak ingin lagi susah seperti sebelum Merdeka... Dorongan inilah yang menyebabkan beberapa nilai murni yang terpaksa sesetengah kita korbankan...

So, jangan bising bila muda-mudi tak tunjukkan sambutan Kemerdekaan seperti yang korang nak... Kita semua dah terlalu banyak 'menunjukkan' semangat patriatik kita... Kita terlalu banyak korbankan nilai hidup kita... Cuma pandang ke depan dan nilaikan semula apa-apa yang kita boleh perbaiki dan apa yang perlu diseimbangkan dalam masyarakat kita... 

~ SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA ~


** Esok aku genap 29 tahun!!! 29 tahun aku hidup di muka bumi ini, 29 tahun aku hidup sebagai warga Merdeka Malaysia... Adakah anak aku berpeluang melihat Malaysia seperti mana kita sekarang? harap-harap macam tu...
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la kalau nak...